Khamis, 19 Disember 2013

saya dan 3P

CERITA KITA SEMUA SAMA
MAHU DIHARGAI
keperluan hidup manusia.
3 P
kita mahu orang lain memberi

PERSETUJUAN
PENERIMAAN
PERHARGAAN

dimana2 - itulah kita
anak2 perlukan 3P dari makayah
murid2 perlukan 3P dari guru2.
suami perlukan 3P dari isteri

SEANDAINYA KITA TIDAK DAPAT 3P
DALAM KELOMPOK PERSEKITARAN KITA
kita akan mencari 3P di persekitaran lain.
tempat dimana kita boleh dapat 3P

 



Isnin, 16 Disember 2013

kita dimana

Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama.
Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.
 
Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.
Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.
Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda! 

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’. 

Orang yang sama
bakat yang sama
kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.

Ahad, 15 Disember 2013

CERITA CGUJINGGO


BUKAN SEKADAR BERCERITA
lama tempoh masa yang diambil untuk
membentuk CguJinggo.

ADA KENANGAN
ADA PENGALAMAN

saya percaya kepada beberapa faktor yang
menjadikan CguJinggo berbeza.
KITA HARUS BERANI MENJADI BERBEZA.
dan sudah tentu menjadi orang yang berbeza
TIDAK DISENANGI
kerana kita berbeza.
DIMANA BERMULA PERBEZAAN INI.
saya dan kita ada mimpi
MIMPI UNTUK MENJADI APA.
MIMPI UNTUK DIKENANGAN SEBAGAI APA.
CguJinggo mahu meninggalkan ilmu yang mengalir.
ilmu yang memperkasakan orang lain 
berdasarkan 

PENGALAMAN
KENANGAN

yang tentunya tidak semua orang diberi cerita yang sama.
SAYA PERCAYA SATU FAKTOR
disekolah kita diajar dulu baru exam
dunia diluar sekolah kita berhadapan exam demi exam

KITA BELAJAR DAN DIAJAR.


Khamis, 21 November 2013

SATU LAGI CERITA BARU


SATU LAGI CERITA BARU
cerita perjuangan.
untuk menjadi manusia yang mampu memberi
hari ini secara rasminya
cgujinggo
PLF CGUJINGGO
yang menariknya
ceritanya sama
pendekatan berbeza.
kesimpulan
DUNIA LATIHAN
semakin berbeza
ketamadunan dunia latihan juga berbeza
HARI INI
bukan lagi zaman
BAWA BENDERA DISANA SINI
BAWA TELUR KEMANA2
dunia latihan sudah berbeza.

terima kasih kepada Sifu Rizal Hasssan
Saudara amat berbeza.

Selasa, 15 Oktober 2013

kita gagal.


Seorang wartawan menemuramah seorang CEO sebuah bank luar negara


“Tuan, apa rahsia kejayaan anda?”
“Tiga perkataan sahaja”
jawabnya....
“Apa itu tuan?

”“Keputusan yang tepat!”

“Bagaimana anda membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan sahaja”
“Apa itu tuan?”

“Pengalaman”

“Dan bagaimana anda mendapatkan pengalaman?”
“Tiga perkataan sahaja juga”
“Apa itu tuan?”

“Keputusan yang salah…

dari jinggo

kegagalan meninggalkan kita
pengalaman
kenangan
SEANDAINYA KIta.
mengambil kegagalan sebagai kenangan
kita terus berhenti mencuba
mengambil kegagalan sebagai pengalaman
kita belajar dan diajar.

cerita disini.

Lama tidak kesini
Walaupun semuanya mula disini.
Hari akan disini.
MENULIS DAN BERCERITA
kisah cerita salinan dari cerita yang panjang
CERITA JINGGO
moga diberikan kekuatan untuk terus disini.

Isnin, 12 Ogos 2013

kisah helang

Helang merupakan jenis unggas yang mempunyai 
umur paling panjang didunia. 
Umurnya dapat mencapai 70 tahun. 
Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu
seekor helang harus membuat suatu keputusan
yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. 
Ketika helang berumur 40 tahun, kukunya mulai menua, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyulitkan waktu terbang.
Pada saat itu, helang hanya mempunyai dua pilihan:

Menunggu kematian, atau 
Mengalami suatu proses transformasi
yang sangat menyakitkan
suatu proses transformasi yang
panjang selama 150 hari. 
Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang k eatas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi jurang , 
berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung. 
Pertama-tama, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, ia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.
Suatu proses yang panjang dan menyakitkan. 

Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mulai dapat terbang kembali. Dengan paruh dan kuku baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh bertenaga!

DARI JINGGO

 Dalam kehidupan kita ini, kadang kita juga harus melakukan
suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan.
Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang konservatif, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. 

Kita harus rela untuk meninggalkan perilaku lama kita agar kita dapat mulai terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan. Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar hal- hal yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah keahlian baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.

 Halangan terbesar untuk berubah terletak
di dalam diri sendiri dan andalah
sang penguasa atas diri anda. 

Jangan biarkan masa lalu menumpulkan rasa 
dan melayukan semangat kita.
Anda adalah helang-helang itu.
Perubahan pasti terjadi.
Maka itu, kita harus berubah!

Eco Kid Adventure on Facebook