Selasa, 30 September 2008

ini yang mampu di tinggalkan:senyum




esok raya:Bukit Beruntung masih sibuk.hari ini pagi -cuci kereta.Ramai orang. Dalam ramai2 ada seorang yg menjadikan hari ini menarik. YB NASARUDDIN - KETUA PENERANGAN PKR SELANGOR (kami kawan baik dulunya ). Lama kami bercerita pasal PERJUANGAN. Dan ini kesempatan terbaik aku membuka cerita - kenapa muka YB jarang ada kat SINAR.....bla...bla....kita buat kerja kerana Allah syeikh . ok kita jumpa selepas raya.I keluarkan 30 ribu cukup. Ok program bina insan...aku macam tak percaya. Adakah ini cerita orang politik !Kalau betul - ramailah yang akan mendapat laba. Tentu aku mula mengirakan untuk menggunakan duit itu untuk begitu dan begini.

Kereta besar YB siap.Tapi ada suara tak puas hati - YOU TAHU I SAPA ,I TAK KACAU BISNES U PUN KIRA OK....maaf, kereta dicuci.cincai.tapi aku suka dengan perkataan tu..akhirnya kita buat tafsiran sendiri. Marah Vs Tak Puas Hati....

Akhirnya Moral :

kepada taukeh kedai cuci kereta - buat kerja biar ikhlas -kereta banyak , sebab selama ni kerja nya bagus. apakah bila kereta banyak ( tak payah kerja bagus ).hidup ini umpama boomerang - kita memberi dan menerima.

Kepada YB - ramai orang nak kuasa (samada untuk berkuasa@ bersosial).....tapi insyallah , berkat niat yg betul ( insyallah kemenangan bersama kita )

Kepada Aku - kalau tak puas hati tak guna merungut kat belakang ,jumpa dan cerita....

Ahad, 28 September 2008

dan aku belum memberi apa2 lagi....





Kuala Lumpur. Ini cerita semalam.Kuala Lumpur tidak pernah berhenti. Tidak sunyi – keadaan masih sama.Sibuk. Jalan di mana2 masih begitu , malah makin teruk. Dari Rawang ke Gombak – jalan sesak , sibuk bercakap dengan diri sendiri. Kenapa banyak sangat orang MATI hari ini ( semalam ) – tiba2 – betul2 depan TEMPLE PARK – seorang TUA ( penjual aiskrim – berdasarkan motor ) di langgar dari belakang. Jatuh dan tersadai tepi jalan. Melayu. Cuaca di atas tidak memberi apa2 keampunan. Terlalu panas , seorang TUA ni bertarung nyawa ( berapa agaknya dia dapat hari ini , macam dengan dia + keluarga + raya ). Aku tidak mampu buat apa2 ( Cuma terkedu sendiri – aku dah menhabiskan hampir RM 100 pagi ini untuk beli yang aku kirakan TAH APA2 – mamma mia ! ( the movie soundtrack featuring the song of ABBA )……

Malam – teruskan pembacaan buku LA TAHZAN

ARISTOTELES menyatakan “ manusia ideal adalah manusia yang gembira dengan perkerjaan yang ia lakukan demi kepentingan orang lain dan ia sangat malu jika ada orang lain melakukan pekerjaan yang menjadi tugasnya. Sebab , memberi belas kasihan kepada orang lain adalah sebuah tanda ketinggian nilai sedangkan menerima belas kasihan dari orang lain adalah sebuah petunjuk tengtang kegagalan “

Dalan sebuah hadith disebut ‘ tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah..”

PENGAJARAN UNTUK DIRI SENDIRI.

Orang yang memberi – apakah di lakukan demi kepentingan orang lain @ melakukan kerana tugas…..

FIKIR2 KAN.

Dalam SINAR hari ini – banyak orang memberi , adakah mereka itu laku demi kepentingan orang lain @ melakukan kerana tugas.

Sabtu, 27 September 2008

jangan bersedih


Untuk sesiapa yang BERSEDIH di AidilFitri

Mengingati masa lalu dan menhadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang , kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu , sama ertinya dengan membunuh semangat , membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir , peristiwa masa lalu akan di lipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara , mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun , berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian , tidak ada lagi kesedihan , kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali , kerana ianya memang sudah tiada..

Jangan anda hidup di dalam mimpi – mimpi buruk masa lalu , atau di bawah bayang – bayang kesedihan lalu . Angkatlah diri kita dari fantasi tersebut ! Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorban tersebut berulang kali ? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya.

Dengan kembali ke masa lalu , bererti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dabn melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyediakan , sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia – nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat :

Itulah umat yang telah lalu…..( Al – Baqarah )

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tiada ada manafaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman ini….

Dipetik dari buku La Tahzan ( untuk bacaan seterusnya )

PENGAJARAN untuk diri sendiri : Hidup adalah selingkar cerita yang kita tidak tahu di mana hujungnya. Apa ke sudah cerita ini. Yang mahunya – sedayanya kita akur dengan apa yang telah di caturkan agar kita tidak tergolong di kalangan kaum @ umatNya yang di laknak….

Jumaat, 26 September 2008

sekadar teguran : motivasi pagi....

Hari ini - jumaat.masih di UM.lama tunggu ( bro & sis ) datang : sebagaimana di janjikan kita akan berjumpa 8 pagi ( untuk bagi duit raya....he....bukan sekadar duit raya - terima kasih kerana tolong semasa Program Alam Sekitar ). Tapi inilah orang muda ( terutamanya dalam duduk di IPT & IPS - bro fokuskan )...sebelum bro minta maaf menulis secara terbuka. sebab bro tahu ada yang akan baca ( dan orang lain akan baca )

Kalian diantara bijak pandai Melayu yang bro suka dan senang. Selain dari IQ kalian yang tersedia untuk di canaikan , kemampuan kalian untuk bersama2 melihat pembanggunan insan sekeliling di iringkan ( sebab rata-ratanya aktivis pelajar ). Tapi ini kali berapa bro menunggu.menunggu dan terus menunggu.

Kalau kalian membaca tulisan ini ( BUKA SINAR HARI INI - IJAZAH BUKAN JAMINAN KEJAYAAN HIDUP ). Ini satu pandangan dan mungkin teguran yang PALING serius yang bro mahu kongsikan. Kalian akan gagal meletakkan diri sebaik mungkin ( di luar kampus ) - ulang semula LUAR KAMPUS. Dikampus dunianya berbeza - dunia luar tidak menilai IQ kalian 100 %.Ada sudut lain yang dilihat terutamanya pembinaan SOFT SKILL kalian ( yang teruk - maaf ).

Berani Bro katakan : PENGURUSAN DIRI kalian terlalu dangkal ( adakah sistem yang berakar selama ini menjadikan kalian begitu - mungkin ). Sistem yang meletakkan A di atas segalanya. Urusan PENGURUSAN DIRI pandai2lah cari ( dimana nak di cari - kalau tidak ada keinginan ).Bersama kalian bro - selalu MAKAN HATI ( terus terang - tapi biasanya semuanya bro maafkan )- TDK TAHU MENGURUS MASA,TIDAK BERMOTIVASI , KOMUNIKASI YANG LEMAH , KURANG SEMANGAT KERJA BERPASUKAN , KEPIMPINAN DIRI LEMAH , SOMBONG , SIBUK DENGAN SMS , PENAMPILAN DIRI TDK BERTEMPAT ( bukan semua )...kurang membaca.

Kata cgu sharifah ( rakan bloggers ) mereka TAK TAHU.ok tak tahu , sebab tidak di beri tahu , dan mungkin tak tahu kenapa perlu perubahan tersebut.Bila akan tahu !!!!Bro ulang sekali lagi : Dunia luar tidak menilai IJAZAH kalian. Dunia luar cabarannya berbeza - dan raya2 bro minta maaf - sampai sekarang 9 pagi. Semuanya masih tak bangun ( satu lagi SUSAH NAK BANGUN PAGI )...Dan Bro mesti tunggu,tunggu.dan tunggu.

Akhirnya : apa tindakan kita - tepuk dada tanya selera. Ruang terbuka untuk mencari peluang untuk meningkatkan diri.NAK TAK NAK....

Khamis, 25 September 2008


terima kasih - dari cgu azza

dari library UM

Semasa masuk UM tadi - dah ramai pelajar (UM) menheret beg besar - ada apa agaknya dalam beg - mungkin kepada kakak & abang yang prihatin , dalam beg tu mungkin ada baju adik2 (t'shirt pun ok), kain tudung mak (beli yang murah2 - student),kain pelekat ayah - ini kenangan besar yang nak di kongsikan dalam keadaan SUNYI2 macam ni (kat Library) - semua dah balik raya (dulu pun aku macam tu)

Ni cerita lama - mungkin 30 tahun dulu, raya di kampung yang (betul2 kampung)guna air perigi, lampu minyak tanah. Kg Sungai Jejawi, Teluk Intan - 40 km dari Pekan besar Teluk Intan. 30 tahun dulu hutan. Ayah (aktivis politik) akhirnya berpolitik dengan bendang. Raya cukup menarik. Amat menarik. Bermula dari moreh (biasanya pergi untuk makan aja kut) - sampai ke raya. Yang bestnya masa nak raya. Beli baju raya. Kasut raya (paling bosan, sebab raya biasanya hujung tahun : kasut raya merangkap kasut sekolah !)- baju raya : pengaruh COMBAT agaknya - ramai yang macam tu masa tu. Yang penting baru. Banyak bunyi2an di kampung. Meriah buluh. Aku tidak ketinggalan - pernah juga habis bulu kening terbakar (gara2 meriah buluh)...Hari raya meriah(kutip duit) dan yang PALING SERONOK petang lepak dekat rumah TOK SIDANG (tgk cerita melayu) - masa tu rumah tok sidang aja ada TV.ha....ha....bising bunyi generetor masa tu. Tapi rasanya itu yang paling best sebab rumah TOK SIDANG macam PANGGUNG WAYANG.....dan anak tok sidang (berlagak betul masa tu).

Dan hari ini - semua dah lain....

sekadar untuk berkongsi...

raya semakin dekat : tak banyak cerita mengenai lelaki & raya - perempuan mungkin banyak yang di fikirkan - baju raya.kueh raya.langsir raya.kusyen raya.kad raya. fokus ( dalam blog ) pun rata2 cerita yang sama. raya.rasanya cerita lelaki sama sahaja - sediakan duit ( untuk dirayakan ) ,pecah duit raya , dan akhirnya zakat fitrah.rasanya itu aja kut 3 perkara besar...

ok sebagaimana di janjikan semalam : sekadar untuk di kongsikan cerita besar ( di tulis oleh orang besar dalam kajian )- cerita membina dan seterusnya mendidik anak2 di zaman SMS , MMS.Bukan mudah - sebagaimana kata GLEN DOMAN " setiap kanak2 , pada detik dilahirkan, mempunyai bakat yang lebih besar dari LEONARDO DA VINCI ".....tapi ianya tidak akan menjadi apa2 kalau anak2 tidak tahu yang mereka ' MEMBAWA PERBEZAAN KE DUNIA INI '. kenapa tu !

Anak2 harus di sedar - selalu bahawa mereka adalah orang penting.setiap geraklakunya adalah untuk menonjolkan kepentingannya. Kita mungkin jarang melihat keadaan itu. Anak2 perlu di jadikan penting - minda ( di bawah sedar ) harus di tanam dengan kata2yang menjurus kearah itu.....( SELALU DI KAMPUNG DULU : DENGAR KATA MACAM NI...ANAK TAK GUNA , SIAL dll ). Orang lain bercakap tidak sama dengan mak ayah bercakap (tanamkan dalam minda) - seterusnya anak2 itu akan membesar dan membentuk kepercayaan - aku memang tak suka.aku memang sial.......

Bab 1 - proses ' menanam ' dalam minda di bawah sedar akan menjadi impak pada hari2 seterusnya. untuk itu jadikan anak kita PENTING. - katakan padanya : SAYA MEMBAWA PERBEZAAN PADA DUNIA....kehadiran , suara, pandangan , emosinya harus di jadikan penting.mereka mahu di hargai..

Bab seterusnya ( kita akan kongsikan...)
Eco Kid Adventure on Facebook