Isnin, 3 November 2008

aziz m.osman + vee + ustazah...



dua hari berterusan HARIAN METRO menulis cerita yg sama. TAJUK BESAR yang pastinya ini ada NILAI untuk di baca...

Untuk kita fikirkan : dimana betul dan salahnya cerita ini. Kepada lelaki ( yang penting aziz dah dapat..) kepada perempuan ( kenapa dunia ini macam tak adil pada ustazah ni ) kepada AKU - untuk di fikirkan - berilah peluang AZIZ & USTAZAH selesaikan cerita diaorang..penglibatan CERITA macam yg ada NILAI tidak banyak membantu ustazah untuk menyatakan betulnya dia....

Kepada kita - yang pasti Ustazah dan Aziz adalah manusia yg tidak dapat lari dari kesilapan yg mungkin ( tidak silap pada NIATnya ) : berdasarkan kata pujangga - JAM YG MATI PUN ADA BETULNYA.madsudnya pada kita - jangan kita membuka aib orang lain ( kalau Allah dah tutup ) - sebab seburuk2 sangkaan kita ada Ustazah dan Aziz ada betul...beri peluang pada mereka.

Untuk Ustazah dan Aziz - disini letaknya kematangan kita. Musibah yg datang bagaikan satu ujian. Jangan di ikut rentaK orang2 yg mencari NILAI BERITA. Aziz ada fakta.Ustazah ada fakta.....semuga Allah beri kekuatan pada keduanya....

Ahad, 2 November 2008

ini cerita kita.


terima kasih kerana komitmen kalian menjadikan pertemuan kita amat bermakna - shafikah , eka , haikal , shara , nily ...kaunselor SMK KIARAMAS - semuga hari ini lebih baik dari semalam


senaman Poco Poco...

Semuga seterusnya kita tahu menafsirkan - hanya 3 golongan yg dijanji meratakan atas mukabumi ini : orang yg CEMERLANG , MALANG DAN RUGI.emuga kalian tahu memilih agar kita tahu membezakan diantara ke INGINAN dan HARAPAN.

Jumaat, 31 Oktober 2008

apa yg membezakan kita - ceramah malam ni....


Mantan Pengarah BiroTataNegara Selangor - Hj Shukur Ghaffor bersama di PJKN.

Apa yang menjadi kita berbeza - dalam kontek Perpaduan ( Melayu , Cina dan India dan seterusnya ) - kita masyarakat berbeza ujud dan hidup dalam satu komuniti yang arahnya sama. Keharmonian bersama kaum. Tapi kita sering berbeza.

lama duduk menyelak buku itu dan ini - akhirnya ini intipati yg mahu dikongsi dan seterus menjadi sebahagian daripada cerita kita. Berdasarkan kajian besar menyatakan kita berbeza di sebabkan oleh FASIOLOGI ( fizkal ), SOSIOLOGI ( persekitaran )DAN PSIKOLOGI ( emosi )- begitulah juga dalam perhubungan sesama - kita sering berbeza...

Ketidaksamaan ini menjadikan kita berbeza - dan sistem yg tidak melihat ' punca ' berbeza menjadikan kita semakin berbeza...

Konflik dari penafsiran seterusnya membutir impak yg tidak molek untuk kita lihat.
Kajian menyatakan kita berkonflik disebabkan K + M + H = K ...karektor + matlamat + Halangan = Konflik.Untuk itu apa tindakan kita : sejauh mana kemampuan kita untuk menyamaratakan MATLAMAT zahir daripada Karektor yg dibentuk dari sistem awal ( agresif , asertif dan pasif ) -

Moral untuk aku : ini yg akan di ' goreng ' malam ni...menyamaratakan MATLAMAT. Begitu jua dalam kehidupan sosial kita. Kita sering berbeza....sejauh mana kemampuan kita untuk menyamaratakan adalah lahir daripada sistem.......

Khamis, 30 Oktober 2008

fikir2kan...




Mari kita sama2 fikirkan - ini sebahagian dari ILMU ILMU ALLAH yg diturun dalam bentuk ' kata2 ' untuk kita. Bila kita tidak menjadikan ILMU2 ini sebahagian daripada kepentingan...inilah sebahagian ceritanya...sebahagian KITAB2 LAMA , AL QURAN , HASIL2 TULISAN PEMIKIR2 ISLAM......seakan akan mahu di hilangkan daripada KITA. Tenggelam dalam runtuhan di Perpustakaan Akademi Islam Universiti Malaya...



akhirnya - ini yang akan ditinggalkan : semuga hari2 seterusnya kita beroleh kerahmtanNya dan seterusnya dlindungi - dan percayalah HIDUP INI ADALAH PILIHAN kita....setelah kita MEMILIH - JALANNYA HARUS KE DEPAN.....

selamat hari jadi......




Cerita seorang ' pejuang ' untuk anaknya...Selamat HariJadi yang ke 10 tahun. 10 tahun kita lalui kehidupan bersama. 10 tahun kita tempuhi satu persatu kehidupan yang akhirnya hari ini kita mula merasakan ALANGKAH tidak adilnya hidup ini untuk kita. Dan kita semakin jauh , jauh dari semua yang pernah kita lalui 10 tahun dahulu.

Adakah dunia ini tidak ADIL untuk kita. Abi teruk di ' henyak ' dengan apa yg berlaku. Lama abi ambil masa untuk terus membuatkan keputusan. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sepatutnya berlaku. Dunia ini ADIL pada paksinya...

Hari ini genap 10 tahun kita bersama, dan abi minta maaf. Untuk pertama kali Abi tidak akan menyertai ' majlis ' ana...Abi dah beli kek yang ana nak. Abi dah beli ' handphone ' baru untuk ana...( tapi abi tak tahu bila nak bagi ).

Pesanan abi - semuga hari2 seterusnya semuga ana cepat membesar dan taksirlah semua apa yang berlaku....hidup ini ada serangkai cerita dari PILIHAN DEMI PILIHAN.Akhirnya kita memilih untuk jadi begini....abi minta maaf.

Moral untuk aku dan kawan2 : dunia masih ADIL untuk kita. Dunia dan segala hukum hakamnya berpaksi ditempat yg betul : cuma penafsiran kita sahaja yang membedakan. Hidup adalah proses yang beransur - ansur...semuga kita berhati2....

Rabu, 29 Oktober 2008

dari jinggo untuk jinggo : sekadar sama2 jadikan ingatan....





Untuk seterusnya dari ' hilang ' yg panjang - ini ceritanya : pertemuan yg menarik untuk selingkarkan - PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NEGARA ( PJKN ): satu Program ' ganti ' kepada belia yg tidak berpeluang untuk ke PLKN. Rasanya tidak keterlaluan dikatakan - ini sebahagian daripada lambakan ' duit kita ' untuk melihat BANGUN nya remaja & belia dalam posisi yg sepatutnya. Diharapkan komitmen KEMENTERIAN BELIA & SUKAN - ini disertakan serta dengan NIAT !!!!!

Akhirnya : terima kasih kerana komitmen kalian ( shira ,shile , lokman , ustas , penghulu , yaya , farah - skadar beberapa nama...)- rasanya ini RUANG & PELUANG untuk kita terus sama2 melihat dan menhayati - bahawa JALAN HARUS KE DEPAN...terima kasih kepada adik2 dari UNISEL..dan ketahuilah : jangan bebalkan diri , dan seterusnya membina tembok yg menghalang orang LAIN yang mahu MEMBERI....

Pada aku dan kawan2 : perkara ini diumpamakan sebuah tasik yg tenang - kita jatuhkan sebutir batu dipermukaan air itu , batu akan jatuh dipermukaan air yg tenang lalu menjunam ke dasar tasik dan pada masa yang sama menghasilkan gelombang yang tersebar jauh ke pantai....gelombang itu berombak kecil secara berterusan sehingga batu itu mencecah dasar....

Dan seterusnya pada rakan2 dari UNISEL - apa yg berlaku bukan sekadar cerita biasa : kita memang di takdirkan untuk berjumpa.bercerita dan seterusnya membongkar dan merungkai itu dan ini....akhirnya sekali lagi JALAN HARUS KE DEPAN !!!!!
Eco Kid Adventure on Facebook