Isnin, 6 April 2009

kisah warna dan kita

Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar. Semua menganggap dirinyalah yang terbaik yang paling penting yang paling
bermanfaat yang paling disukai
HIJAU berkata:"Jelas akulah yang terpenting. Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan.Tanpa aku, semua haiwan akan mati.
BIRU menyampuk:"Kamu hanya berpikir tentang bumi,pertimbangkanlah langit dan samudra luas.Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa"
KUNING menjerit:"Korang ni serius ke? Aku membawa tawa, kesenangan,ceria dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan."
ORANGE menyusul dengan meniupkan trompetnya:"Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang, tetapi aku berharga karena aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Pikirkanlah labu, jeruk, mangga dan papaya. Aku tidak ada dimana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazat saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorangpun dari kalian akan terfikir di fikiran orang."
MERAH tidak boleh diam lebih lama dan berteriak:"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah kehidupan!Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa.Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy."
UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan. "Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, Pemimpin dan para marhain memilih aku sebagai pertanda kuasa dankebijaksanaan. Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."Akhirnya
NILA berbicara lebih perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama:"Pikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan kontra, untuk doa dan ketenteraman batin.
"Jadi, semua warna terus menyombongkan diri, masing-masing yakin akan kehebatan dirinya.Perdebatan mereka menjadi semakin keras. Tiba-tiba, cahaya halilintar melintas membutakan.Guruh menggegar.Hujan mulai turun tanpa kasihan.Warna-warna sama-sama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:"

WARNA-WARNA , kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus,unik dan berbeza?Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!"Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berkata:"Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing-masing dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai mengingatkan bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian.

Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok.


Jadi, setiap kali HUJAN turun keras membasahi bumi dan saat Pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita MENGINGAT untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain.MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK, KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHAN UNTUK SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, MEMBERI KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN ....

Persahabatan itu bagaikan pelangi:Merah bagaikan buah epal, terasa manis di dalamnya.Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.Biru bagaikan air jernih.Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.

KITA ADALAH SEBAHAGIAN DARI WARNA2 PELANGI.

gambar pelangi dari blog : cgu cat zana

mereka tidak penting


Kembali membaca sebuah buku
membina keperibadian anak anda
BANYAK ANTARA ANAK KITA MEMBESAR DENGAN MEMPUNYAI PEMIKIRAN BAHAWA MEREKA TIDAK PENTING !
mereka melihat di sekeliling mereka dan mereka melihat orang2 lain mempunyai kelebihan..sedangkan.
MEREKA TIDAK PENTING
hari2 mereka dihidangkan dengan kata2 yang sama.
bodoh.bangang.anak sial.anak tak guna.menyusah makayah.
MEREKA TIDAK PENTING
perkataan itu akan mereka ' install ' didalam minda dibawah sedar
perlahan2 mereka menerima ini sebagai satu kepercayaan :
saya tidak penting dan saya tidak bagus untuk apa2 pun.
dan akhirnya mereka menzahirkan dalam bentuk tindakan.
dalam buku lain menyatakan.
MANUSIA ZAHIRNYA ' TAHAN ' DENGAN KRITIKAN DARI SIAPA SAHAJA
tidak kata2 yang datang dari mak dan ayah.
KEPERCAYAAN AKAN TERBENTUK.
kita renungkan
Fitratnya kita kaya dengan emosi yang berbagai.
kerana ( cara mendidik anak2 ) lahir dari sistem apa yang kita nampak dahulu.
kita biasa berhadapan dan mungkin melihat bagaimana anak2 membesar dengan
' keganasan mulut ' - apa seterusnya.adakah berhenti disitu.TIDAK.biasanya anak2 ini akan
' memproses ' semua yang berlaku dan membentuk kepercayaan mereka. mereka akan zahirkan dalam bentuk tindakan.
AKU TIDAK PENTING.
untuk kehidupan seterusnya : bahaya !
mereka adalah sebahagian dari perubahan dunia.

Ahad, 5 April 2009

belajar perkara baru - yang praktikal...



selesai satu lagi tangungjawab - yang tidak sekadarnya berlalu begitu sahaja.
KERANA KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN
dan
KITA MEMIKIRKAN APA YANG KITA PERCAYA.
semuga anak2 ini tahu
BAGAIMANA UNTUK BERFIKIR
BAGAIMANA UNTUK MELETAKKAN KEPERCAYAAN
kerana apa yang kita percaya tidak semestinya betul
siapa yang membentuk kepercayaan kita.
ORANG PALING DEKAT DENGAN ANAK2
dan sesuatu yang ' mengejutkan '....
BILA ADA ANAK2 YANG MENYATAKAN APA YANG DIFIKIRKAN
dalam Bentuk Protes..
kerana itulah yang dia percaya.
terima kasih kerana semua yang terlibat. kepada ' anak2 ' SK Puchong Utama - kita adalah apa yang kita fikirkan.terima kasih Ayuni.Imran.Syaiful.Anek....
lihat gambar di

Sabtu, 4 April 2009

jinggo melapurkan....ada cerita


kenapa dengan pelajar ini
kerana diyakini perkembangan mereka seharus seimbang
JASMANI
EMOSI
ROHANI
INTELEKTUAL
maka ini adalah satu perlaksaan yang dikirakan tepat dengan mengambil kita minat dan keperluan modul
mungkin ada sesuatu yang mahu diberitahu
MAK AYAH KAMI SIBUK - INI KALI PERTAMA KAMI BERPELUANG
UNTUK KELUAR DARI LINGKUNGAN KAMI...
Persedian untuk membuat
VISI KOLAJ
teknik penggunaanMinda diBawah Sedar
cgu budak lelaki tak malu
nampak ketiak
tahniah - kerana masih ada anak2 yg menjadikan ini sebagai
sesuatu yang tidak molek untuk ditengok.
dirumah ada semua.
mungkin ini kali pertama basuh pinggan.
patutlah berminyak...

DARI JINGGO DAN RAKAN
terima kasih cgu nor - kaunselor SK PUCHONG UTAMA.
kerana komitmen yang menjadikan..
INI SATU PROGRAM YANG MENINGGALKAN KESAN KEPADA KITA.

Khamis, 2 April 2009

persediaan besok....

kamu dan kamu yang melihat semua caturan yang berlaku.

ini yang mampu ditinggalkan - sebagai persedian untuk esok
kita ada PM baru - kerana aturan kehidupan sudah mengaturkan begitu
seriuh mana kita dengan penafsiran kita -
kemampuan kita untuk menolak hukum Allah diluar batasan kita.
yang pasti - esok kita ada PM baru -
yang akan menjadi nakhoda kita dalam memartabatkan
Ketuanan Melayu agar tak hilang didunia
Kembali menjadi Al Quran dan Sunnah sebagai asas rujukan.
DIDASARKAN KEPADA FAKTA AKADEMIK -
SEMUA DITULISKAN BEGINI
kepimpinan adalah satu seni untuk mempengaruhi pengikut
kearah kecapaian sesuatu matlamat
dan beberapa buat buku lain menulis begini.
kepimpinan adalah kemampuan seorang untuk
berkeinginan untuk menjadi pemimpin
berkeinginan untuk menunaikan tanggungjawab & amanah
berkeinginan untuk memberi khidmat
berkeinginan untuk mengambil risiko
dalam beberapa buah buku lain
kemahiran kepimpinan dikaitkan dengan
kemahiran untuk berkomunikasi secara hadapan dengan baik
kemahiran membuat keputusan
kemahiran menyelesaikan konflik
kemahiran pengucapan umum
dalam sebuah buku lain juga menyatakan
zahirnya seorang pemimpinan seharusnya ada
kesihatan ( penampilan yg baik )
komunikasi yang berkesan
etika dan akhlak yang sesuai dengan keperluan
ilmu
jiwa - kefahaman agama yang dipraktiskan.
nota ceramah kem kepimpinan eco kid
Kita dan saya - ada ruang dan peluang untuk menyatakan YA kerana selagi kita menyatakan TIDAK selagi itulah kita terus terusan terperangkap dalam cerita demi cerita yang dihujung tidak banyak membantu kita -
kalau didasarkan kepada keperluan hari ini.
ini adalah pandangan peribadi yang harus dilihat dan ditafsir dari sudut akademik.

kita nilai pertemuan ini - atas dasar apa - kalau tidak ada apa2.

KISAH CINTA LAGI

mencari cinta yang sebenar.

Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini.
Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.
Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.
William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.
"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya,"
demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.
Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, . Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi.
Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'.
Cinta kepada harta bererti bakhil
cinta kepada perempuan ertinya alam,
cinta kepada diri ertinya bijaksana
cinta kepada mati ertinya hidup,
cinta kepada Tuhan ertinya takwa.
kata-kata Hamka
"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.
KITA RENUNGKAN YANG INI

sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia.
Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia. Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan.
Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang.
Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Rabu, 1 April 2009

kisah cinta dan kawan


suatu hari cinta dan kawan tinggal sekampung
TIBA2 CINTA JATUH DALAM TELAGA
kenapa
kerana cinta itu buta
lalu kawan pun ikut terjun dalam telaga
kenapa
kerana kawan akan buat apa sahaja demi cinta
didalam telaga cinta hilang
kenapa
kerana cinta itu halus mudah hilang kalau tak dijaga - sukar dicari apatah lagi dalam telaga
sedangkan kawan masih tercari dimana cinta dan terus menunggu
kenapa
kerana kawan itu sejati
akan kekal sebagai kawan yang setia
HARGAILAH KAWAN SELAGI KITA BERERTI
Eco Kid Adventure on Facebook