Jumaat, 11 September 2009

saya jawab kat sini ajalah...

demo proses kitar semula kertas
TERIM KASIH KEPADA BEBERAPA ORANG RAKAN DI ' UM CARE GROUP '
saya jawab dan menulis disini
berkaitan dengan isu Sampah dan Tindakan Seterusnya.
Ini merupakan isu yang semakin tidak nampak sudahnya - penglibatan dan sokongan dari masyarakat terhadap ini semakin merumitkan lagi pemasalahan ini
rujuk kepada fakta ni.
RM 400 juta setahun dibelanjakan oleh kerajaan untuk menguruskan sampah
40 - 60 % kos pengurusan sampah di setiap Majlis Daerah
80 % dari semua tapak pelupusan sampah kita hampir penuh
sampah yang dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia sehari
19 ribu tan - dimana boleh mengisi setiap ruang KLCC - seandanya tidak diuruskan.
2 % sampah meningkat setiap tahun
40 % sampah kita boleh di kitar semula
( kita hanya mengitar 5 % sahaja )
KITA MEMBERI KERTAS TERPAKAI UNTUK MEMENUHI
KEPERLUAN KILANG KERTAS.
mengenal tindakan seterusnya yang boleh diambil.
kita berhadapan dengan satu pemasalah yang semakin meruncing bilamana kesan dari perubahan sikap @ minat semasa selain dari komitmen kerajaan dalam isu berkaitan.
INI MUNGKIN BOLEH DIKAITKAN DENGAN APA YG KITA KATAKAN
first class facilities but third class mentallity
dan fakta2 seterusnya cukup untuk nyatakan
Bumi ini bukan tempat selamat lagi untuk anak cucu kita.
tindakan kita melalui
KEMPEN2
IKLAN
KAJIAN
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.
dan diharapkan usaha kalian menjadi UMalaya diantara Universiti kembali unggul dalam bidang berkaitan.
dan yang terakhir
POLITICAL WILL
kuasa politik semasa diharap membantu..

kita belajar lagi seterus..

Dulu - dizaman mak dan ayah tidak perlu ada banyak persoalan bila dikaitkan dengan cinta jodoh dan kahwin
KENAPA HARI INI
mungkin perubahan persekitaran
yang belum ada itu dan ini
HARI INI KEADAAN BERBEZA
cinta.jodoh.perkahwinan harus dilihat dari sudut berbeza.
ILMU MENGENAI PASANGAN HARUS DIJADIKAN
satu lagi ' sukatan pelajaran ' dalam perkahwinan
KERANA - CINTA ITU
TRUST
kepercayaan.saling percaya mempercayai dan kesedian untuk berada dalam zon ini secara jujur.
RESPECT
ini asas kepada sesebuah perhubungan seterusnya.
bagaimana mahu meneruskan perhubungan seandainya dicabut rasa dan perasaan ini.
ADMIRE
mengagumi pasangan kita - pada buruk dan baik.
kerana fitrahnya begitu.
manusia suka dianggap penting pada semua keadaan.
kuasa puji pujian.
CARE
semuanya bermula disini.kerana kesediaan untuk memberi dan penerima.
kita disini untuk mencintai dan dicintai
DARI JINGGO
kerana mungkin kita diberi pengalaman dan merasakan cerita yang mungkin berbeza dalam hubungan sosial - menjadi satu tangungjawab untuk saya membaca dan berkongsikan bahan bacaan ini.sebab tidak ada manusia normal diatas mukabumi mahukan ' kecelakaan ' dalam mana2 hubungan.hari ini saya yakin perhubungan sosial @ cinta tidak seharusnya disandar pada apa yang kita nampak.
T.R.A.C
kita berkongsi dari buku cinta , jodoh , perkahwinan
kaedah Kajian Potensi Dinamik.

jangan jadi hakim...

Sekelompok orang tua yang beradab yang hidup sebelum revolusi budaya di Cina. Mereka membentuk sebuah kelompok di mana mereka akan ada bersama-sama saling tukar-menukar kebijaksanaan tua yang diturun- temurunkan sejak Kongfucius,MoTze dan Chuang Tze. Di samping itu mereka akan bersama-sama menikmati minuman teh.
Secara bergilir mereka berperanan menjadi tuan rumah dan masing-masingnya berusaha menghidangkan teh terbaik atau termahal untuk menyenangkan tamu- tamunya, serta untuk mendapatkan pujian dari mereka.
Suatu saat mereka berkumpul bersama di rumah dari seorang yang paling dihormati dalam kelompok tersebut. Ia menghidangkan tehnya dengan cara serta yang istimewa.
Ia mengukur daun teh dengan menggunakan senduk yang terbuat dari emas.
Tamu - tamu yang hadir tak ada yang berkata-kata kerana mereka tahu kalau teh yang dihidangkan itu adalah teh yang termahal yang belum pernah dihidangkan sebelumnya.
Semua merasa puas setelah menikmati hidangan yang disediakan. Sambil memperhatikan para tamunya yang sedang menikmati minuman istimewa itu, sang tuan rumah berkata;
“Teh istimewa yang kamu minum ini sesungguhnya dibeli di pasar malam yang dijual oleh para petani sederhana. Ia sama dengan yang diminum oleh para petani kecil.
Hendaknya kita belajar bahwa segala sesuatu yang baik tidak tergantung pada mahalnya harga dari barang tersebut, tetapi tergantung pada berapa besar penghargaan dan apresiasi yang kita berikan terhadap barang tersebut.”
DARI JINGGO
Itu cerita biasa yang kita pernah lalui dan tengok.
penghakiman.
kita membuat penghakiman berdasarkan apa yg kita tengok secara zahir.
belum tentunya apa yang kita hakimi itu betul pada ' tempatnya '.
dan diyakini bahawa nilai barang bukan pada mahal harga tapi pada nilainya.
WALAUPUN MURAH.
dan kita.nilai manusia bukan terletak pada siapa dia - tapi bagaimana penglibatan dalam kehidupan sehari mampu menjadikan kita lebih baik dari semalam.
konteks kita : sejauhmana penglibatan kita disini mampu memberi penambahbaikkan dari sehari kesehari.
SEJAUH MANA KITA TAHU MENGHARGAI.

Khamis, 10 September 2009

hai - budak kecik boleh berkenalan

Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.
Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.
Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.
Bersedia untuk ditolak
Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.
Buang rasa malu
Kebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat tebal
Perasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu.
Belajar memahami
Sebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.
Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak.
belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.
Ingat nama dan simpan nombor telefonnya
Tidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.
Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.
Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.
Bersikap positif
Di dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.
Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri.
DARI JINGGO
ini skill yang jangan ambil mudah - terutamanya penglibatan kita dalam dunia maya ni.samada di blog @ facebook .keinginan kita kadang2 tidak disambut dengan sempurna bila kita ' add sana add sini '.
terutamanya di facebook.
pengalaman dan panduan.
nak berkawan di alam maya -kenalpasti siapa.kerjaya.minat.bini orang @ laki orang.
dan lagi - tengok lenggoknya semasa menulis ( sebab kita menulis dengan emosi ).
JANGAN TERSALAH SERKAH - KITA AKAN MALU SENDIRI.

kita belajar lagi

Dalam hidup ini sememangnya bukan mudah untuk mencari cinta yang sejati. Namun jangan gusar kerana cinta itu sentiasa ada dan terpulang kepada diri anda untuk mencari dan akhirnya, memiliki cinta sebenar.
Bagaimanapun dalam meraih cinta sejati, ramai di antara kita yang bingung. Maklumlah bercinta sudah bertahun-tahun lamanya dan dirasakan dialah insan yang paling sesuai,
tetapi akhirnya putus jua di pertengahan jalan.
Situasi ini membuatkan sesetengah individu merasa serik untuk bercinta. Sesiapa yang pernah berdepan dengan masalah tersebut, janganlah terlalu bimbang. Ini kerana terdapat beberapa panduan yang boleh dijadikan asas untuk
memilih pasangan berdasarkan karektor sebenar diri anda.
Apa yang anda perlu lakukan, kaji personaliti diri dan pilihlah kekasih yang bersesuaian mengikut panduan yang diberikan. Moga-moga pilihan anda kali ini bertepatan dan percintaan anda berakhir di pelamin indah. Jika masih tidak kesampaian, cuba sekali lagi sehingga anda berjaya.
Karektor pendiam dan pemalu
Selalunya mereka yang mempunyai karektor sebegini agak sukar untuk mencari pasangan hidup. Maklumlah kebanyakan orang sekarang lebih sukakan teman yang bijak bersosial dan senang untuk berbicara di dalam apa jua situasi.
Jika kamu mempunyai karektor sebegini, pasangan yang dipilih haruslah seorang yang ceria dan gemar bergurau. Sikapnya yang ceria dan mudah tersenyum pasti akan memberikan warna kepada kehidupan anda yang sebelum ini agak beku dan kaku.
Untuk mencari kekasih, anda perlu elakkan individu yang mempunyai karektor seperti anda. Jika anda terjatuh cinta dengan insan yang juga pendiam dan pemalu, sudah pasti perhubungan yang terjalin suram dan akhirnya tidak mampu bertahan lama.
Peramah atau periang
Bagi mereka yang mempunyai sikap peramah dan periang, kekasih yang menjadi pilihan seharusnya mereka yang mempunyai karektor yang sama dengan anda. Barulah hidup anda serasi dan perhubungan yang terjalin mampu bertahan lama.
Jika anda memilih pasangan yang pendiam, pasti anda akan merasa bosan. Maklumlah apabila anda membuat lawak, hanya anda seorang yang ketawa. Sebaliknya si dia hanya mendiamkan diri kerana tidak faham dengan lawak yang anda lakukan.
Selain itu elakkan juga diri anda dengan individu yang terlalu pemalu, sensitif ataupun romantik. Jiwa anda sebenarnya agak kasar dan tidak suka terlalu memikirkan perkara-perkara yang kecil. Lebih teruk, anda juga tidak tahu untuk memujuk sekiranya pasangan anda merajuk untuk perkara yang anda rasakan tidak wajar untuk diperbesarkan.
Lincah dan aktif
( jinggo kut )
Kehidupan anda yang terlalu banyak komitmen termasuklah terhadap kerjaya, keluarga dan teman-teman membuatkan anda sukar untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar serasi.
Untuk anda yang mempunyai karektor sebegini, anda perlu mencari kekasih yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan dengan apa sahaja yang anda lakukan. Lebih seronok jika si dia boleh berkongsi minat dengan anda serta mampu menjadi sebahagian daripada rakan-rakan baik anda.
Jika anda bertemu dengan insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dialah paling tepat untuk menjadi pasangan hidup anda.
Individu yang perlu anda elakkan ialah mereka yang terlalu sensitif atau mudah merajuk. Sebabnya anda bukan seorang yang romantik dan
tugas memujuk adalah sesuatu yang amat sukar untuk anda lakukan.
Sensitif
Mereka yang terlalu sensitif sebenarnya agak sukar untuk mencari pasangan yang serasi. Mereka terlalu mudah terasa dan jiwa yang dimiliki terlalu lembut. Oleh itu, insan yang mahu berdampingan dengan mereka perlu sentiasa menjaga perlakuan serta tutur kata agar si dia tidak terluka.
Orang yang paling sesuai dengan anda tentulah seorang romantis, pandai memujuk dan membelai, manja serta berjiwa lembut. Insan yang berjiwa lembut juga kebiasaannya sangat bijak mengambil hati dan amat serasi dengan diri anda yang sensitif.
Jangan sekali-kali mencari mereka yang lincah ataupun aktif kerana anda tidak akan terkejar dengan pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Akhirnya anda akan merasa diabaikan, membawa diri dan seterusnya perhubungan yang terjalin musnah begitu sahaja.
Berkeyakinan
Sikap yakin yang ada pada diri anda memang bagus. Namun jika anda terlalu yakin dengan apa sahaja yang anda lakukan hingga ada teman yang melabelkan anda sebagai angkuh, sudah pasti anda sukar untuk mencari pasangan yang serasi.
Untuk mereka yang berkeyakinan, pasangan yang paling cocok dengan anda ialah individu yang berpendidikan tinggi serta bijak berkata-kata. Sekurang-kurangnya anda mempunyai teman untuk bertukar-tukar fikiran kerana 'standard' yang dimiliki oleh pasangan anda seiring dengan keyakinan yang anda miliki.

Namun harus diingat, sikap yakin perlu diimbangi dengan rasa sabar dan bertimbang rasa supaya mereka yang mendampingi anda berasa selesa apabila keluar bersama. Apabila keselesaan itu wujud, anda bolehlah menyemai keserasian untuk hidup bersama.

mesti susah dulu

Menurut pakar2
mutiara yg mahal itu kononnya berasal dari sebutir pasir yg memasuki tiram yg terbuka.
pasir yang masuk ini menimbulkan kesakitan yang luar biasa - untuk mengurangkan rasa sakit ,tiram membaluti pasir tersebut dengan air liurnya secara berterusan selama beberapa tahun.lama kelamaan - pasir yg bersalut air liur akan bertukar menjadi mutiara.
CANTIK DAN MAHAL.
kejayaan mesti dimulai dengan kesakitan sebagaimana kata Billi Lim dalam
bukunya DARE TO WIN
tidak ada kegagalan , melainkan kejayaan yang ditunda.
menurut Socrates
kehidupan yang tidak teruji adalah kehidupan yang
tidak layak untuk dinikmati.
KISAH PERAK
perak perlu dibersih sebanyak tujuh kali sebelum sempurna.
dipanaskan berulang2 kali untuk mengeluarkan kekotoran daripada asalnya.
DARI JINGGO
kesulitan dan kepayahan sering kita tafsirkan berdasarkan cerita kita sendiri.
kita kena renungkan yang matahari sentiasa tetap bersinar , seandainya seketika hari mendung bukan bererti matahari berhenti bersinar.
mungkin itu adalah kesempatan untuk menikmati keteduhan.
lambat laun mendung tetap akan berlalu
dan matahari terus bersinar.
DAN BEGITULAH KITA.
semuga hari ini kita mulakan hari baru.
kita berhak menentukan dimana bermula..
semula hidup kita dan dimana mahu kita sudahkan
kerana kita yang menarik hidup ini bagaimana perjalanannya seterusnya.

Rabu, 9 September 2009

ada ke macam ni..

NAK TERGELAK PUN ADA
tapi inilah kadang2.
dunia semakin jauh meninggal banyak perkara yang tak logik dulu.logik hari ini.
MAK MENTUA
nak cari jodoh untuk anak lelakinya.
tapi awas.
MAK MENTUA NI AGAK DEMAND.
macam2 nak...
kesimpulan diakhirnya kenapa.
KITA SUDAH JAUH DAN AMAT JAUH MENINGGALKAN BANYAK PERKARA.
mungkin mak mentua ni nak cari menantu
melalui proses temuduga
agak praktikal dengan apa berlaku dipersekitaran hari ini.
Eco Kid Adventure on Facebook