Selasa, 3 Ogos 2010

Macam tu lah lelaki.....


KEHARMONIAN perhubungan dua orang
insan bercinta berlandaskan

banyak faktor terutamanya kefahaman yang utuh.
Sikap saling bertolak-ansur menjurus kepada perhubungan yang lebih sihat dan kekal lama.
Dalam hubungan pasangan suami isteri mahupun kekasih adalah penting
mengenali suka duka dan pantang
larang sesama sendiri supaya

keintiman dapat diwujudkan secara spontan.
Jikalau golongan wanita mempunyai pantang tersendiri
seperti lelaki perlu setia atau,

kaum lelaki juga mempunyai topik sensitif sendiri.
Sememangnya lelaki penuh dengan ego tetapi
wanita tidak harus

mempermainkan ego mereka sehingga
menjejaskan hubungan yang indah harmoni.

Belajar memaksimumkan keegoan lelaki dalam cara
positif untuk lebih memenangi hatinya.

KITA KONGSIKAN FAKTA2 INI
Elak menceritakan ada seorang lelaki yang
secara diam meminati anda,

apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.
Membenci ibunya. Jikalau ada pun menyimpan perasaan kurang senang jangan
terlalu vokal meluahkannya. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibunya.
Jangan cuba menokoh tambah sebaliknya bertindak tenang.
jikalau ingin memberi komen utarakan hal-hal
yang positif dan neutral sahaja.
Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya.
Ini akan menjejaskan kepercayaannya terhadap anda. Jangan sesekali memanjangkan
cerita kecurangannya terhadap anda.
Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan
seksual mungkin tidak sehebat seperti
pada awal perkahwinan dan mungkin
Juga ada perubahan.
Jangan cuba membandingkan hal itu
dengan kehebatan pada masa lalu.

Elak menceritakan kecurangan
sahabat anda terhadap suaminya.
Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian
kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba
mengongkong atas sebab keselamatan
hubungan bersama anda.

Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya.
Jika satu hari dia mengeluh tentang
majikannya yang bermasalah,

maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian.
Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut.
Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat.
Lebih baik jangan bagi keputusan
sebaliknya berilah dia pilihan.

Cerai adalah perkataan yang paling harus
dihindari walaupun berlaku

perselisihan faham yang teruk.
Berpisah atau bercerai adalah

perkara yang jarang dimain-mainkan lelaki.

Elak membanding pendapatan apatah
lagi jika gaji anda lebih besar.
Ini akan menyinggung perasaan si suami dan
menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan yang harmoni.

Pertemuan bersama teman membuatkan anda membuka hati
untuk berkongsi hal-hal persendirian.
Elakkan menceritakan hal itu
secara teliti kepada pasangan anda kerana lelaki
tidak gemar kisah mereka dijaja.
DARI JINGGO

kita memang berbeza dari awalnya
lelaki dan perempuan
mana pernah sama.

LELAKI ADA EGONYA

Isnin, 2 Ogos 2010

untuk ana dan adik2...dan yang lain.


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
DARI JINGGO
kadang2 proses pemberitahuan
ayah - anak
sukar untuk di verbalkan.
sebab itu kadang2 ujian paling besar
ada membentuk lingkungan terdekat.
BUKAN MUDAH
mungkin melalui begini.
ada keinginan yang boleh disempurnakan.

Ahad, 1 Ogos 2010

kisah orang asal...







selain berminat dengan flora dan fauna
saya turut berminat dengan isi2 lainnya
KAUM ASAL
orang asli yang kita dinafikan kepentingannya
sepetang bersama tok batin dan anak buahnya
DAN MEMBAWA SEKUMPULAN
PELAJAR YANG MASIH INGAT
orang asli tak pakai apa2.
RUPA2NYA
diaorang dah pakai kereta besar
diaorang dah ada radio sendiri
diaorang dah ada hospital sendiri
dan macam sendiri.
UNTUK ITU
selamatkan hutan
selamatkan alam
bermakna kita selamatkan
WARISAN ORANG ASAL

Khamis, 29 Julai 2010

untuk diri sendiri - seorang lelaki


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus,
tak mungkin mampu untuk meluruskan mereka.
Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah,
kerana mereka dicipta begitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA
DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA
DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan
menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah,
zat yang kekal.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA,
TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SERAPUH KACA,
KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA,
HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka
akan nampak nilai dan keadilan Tuhan.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki negarawan,
karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
mereka bukan saja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula yang
akan membengkokkannya.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG
DIROSAKKAN
OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG
DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOHNYA
PEREMPUAN PUN DAPAT
MENUNDUKKAN SEPANDAI-
PANDAINYA LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita
tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri
mereka sendiri,
apalagi mengenal lelaki.
Bila wanita derhaka,
dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah,
rusaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan
ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.
Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah kepimpinan kita.
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI
SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI
SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

Selasa, 27 Julai 2010

macamana nanti.

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik,
demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara,
Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa
guru suatu masa dahulu memain peranan penting
dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
.
SUMBER UTUSAN.
kita fikirkan begini
penglibatan guru dan politik adalah cerita yang cukup
menarik berdasarkan senario semasa dipersekitan kita.
SEJARAH SUDAH DITULIS
BESARNYA PERANAN GURU DALAM
KANCAH INI.
sekadar pandangan.
BAGAIMANA AGAKNYA NANTI.
bila guru2 ' menebalkan ' fahaman sampai
ke bilik guru
ke bilik darjah.
akan ujud kumpulan
berdasarkan warna parti.
DARI JINGGO
dasar yang dirancang tentu ada
cerita untuk memberi menambahbaikkan kepada kita.
kadang2 terfikir sesekali
sejauh mana provokosi dan sistem politik ' menang - kalah '
ini mampu memberi kesan untuk memberi menambahbaikkan.

dimana2 pun sama....

Facebook dan Reunion
sudah menjadi macam satu padanan
terutamanya rakan2 dibangku sekolah
MACAM2 CERITA
bila terjumpa rakan di FB
semua diimbau satu persatu.
DIMANA2 PUN SAMA.
dari pengalaman rakan2
reunion2 lain
SETELAH BERBELAS
TAHUN TAK JUMPA
semua macam tak sabar.
semua boleh dikorbankan
macamana agaknya dia dan dia
TAPI SETELAH BERJUMPA
semua ceritanya sama.
masing2 dengan cerita sebelumnya.
sibuk dengan urusan sendiri.
TIDAK MUDAH UNTUK
URUSAN SETERUSNYA
dari jinggo
mari kita fikirkan

Isnin, 26 Julai 2010

APA YANG PALING


1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Suatu hari, seorang ustaz berkumpul dengan
murid-muridnya.
Lalu si ustaz bertanya....
Pertama : “Apa yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab
"orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya".
ustaz menjelaskan semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI".
Sebab itu sememangnya janji Allah Subhanahu wata'ala
bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Kedua : "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya menjawab
"negara Cina, bulan, matahari dan bintang - bintang".
Lalu ustadz menjelaskan bahawa semua jawaban yang
mereka berikan itu adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak
dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
hari-hari yang akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan ajaran Agama.
Ketiga : "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "gunung, bumi dan matahari".
Semua jawaban itu benar kata ustaz.
Tapi yang paling besar dari yang ada
di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Keempat : "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah".
Semua jawaban adalah benar,
kata ustaz, tapi yang paling berat
adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat
semua tidak mampu ketika Allah Subhanahu wata'ala,
meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
permintaan Allah Subhanahu wata'ala,
sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena
ia tidak dapat memegang amanahnya.
Kelima : "Apa yang paling
ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan".,
tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
MENINGGALKAN SHOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat,
gara-gara bermasyarakat kita meninggalkan sholat.
Keenam adalah, "Apakah yang
paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang".
Benar kata ustadz, tapi yang paling tajam
adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah,
Manusia selalunya menyakiti hati dan
melukai perasaan saudaranya sendiri.
Eco Kid Adventure on Facebook