Ahad, 7 Disember 2008

Gunung Ganang itu adalah PASAK BUMI


Dimana2 nadanya sama : BENCANA2 begini adalah peluang yang terbaik untuk memberi KHIDMAT. Dan satu keberuntungan kepada ADUN HULU KELANG - pilihannya satu. Saudara Azmin Ali mesti tunjuk muka. Ini seakan medan kepada team PKR untuk menyatakan KAMI JUGA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT.
Kita mungkin kebetulan : Yang pastinya kita seakan tidak berhenti diasakkan dengan cerita yang sama. Tidakkah kita belajar dari peristiwa runtuhnya Highland Tower yang meranap dan tentunya turut tertimbus adalah anak bekas TPM.
Enough is Enough - itu yang kita dengar dari mulut PM. Rasanya dulu pun sama. Itu adalah keinginan semasa : tapi seronok dengar komen Mr Gurmit Singah ( aktivis Alam Sekitar ) -
' hangat2 taik ayam ' - sapa yg kenal Gurmit Singah akan tahu perjuangan dia.
Komen Prof dari UITM untuk kita fikirkan.
Moral untuk aku dan kawan2 : Bila kita menjadi menjadikan kepentingan diri & politik & persekitaran semasa sebagai alasan untuk kita menidakkan hukum Allah yg memang sudah menjanjikan yang GUNUNG GANANG ITU ADALAH PASAK BUMI.

10 ulasan:

Ibnurashidi berkata...

Moral : Kita perlu sedar akan kekuasaan Allah..selalu bermuhasabah dengan bala yang diturunkanNYA..ada hikmah besar perlu difikirkan semua pihak..

Ayuh, Aidiladha menjelma mari kita muhasabah kembali pengorbanan dan kesabaran!

Selamat Hari Raya Aidiladha..

sonata anak kancil berkata...

Di mana kita berpijak, muhasabah diri!Ajar Geografi ikut silibus, begitu, begini...Murid pun bertanya - habis cikgu, kat atas bukit tu apa hal? Selamat Hari Raya Aidiladha.

Tirana berkata...

Bencana demi bencana diturunkan tapi kenapa agaknya susah sangat kita nak ambik pengajaran? Bukannya tak pernah jadi kondo runtuh, tanah runtuh malah ramai jugak yang terkorban..tapi manusia tak pernah serik.

erisya nor berkata...

Tirana, bila poket kembung dijadikan pilihan,..nyawa manusia tidak berharga lagi.

Jinggo, itulah masalahnya bila pakar tidak dibenarkan bekerja dengan aman...meski projek perumahan tak diluluskan oleh agensi yang bertanggungjawab...namun, satu panggilan telefon saja...semua beres!(ini satu contoh yang pernah berlaku)...memanglah bala...namun banyak bala yang berlaku adalah kerana undangan manusia!

Rashid berkata...

Salam..
Manusia yang mulai hilang rasa dan sentuhan kemanusiaan membuatkan bumi rasa terkilan, amarah...

Unknown berkata...

apa khabq org mesir ; sepatut macam tulah - semua bala seharusnya menjadi iktibar kepada kita. tapi secara pratikalnya ( persekitaran ) seakan2 membutakan kita : rasanya dalam semua keadaan begitulah.semuanya adalah hasil daripada teori ' untuk jaga periuk nasi '....kita tunggu bala seterusnya.......

selamat hariraya ustaz....

Unknown berkata...

....puan sonata : itu cgu ni cerita saya mengajar KENEGARAAN di PLKN - cantiknya pembikinan modul. Seharusnya kita menzahirkan kepimpinan begitu dan begini.

Begitu juga dalam kelas Pendidikan Alam Sekitar ( untuk Maktab Perguruan ) cantiknya dibincangkan mengenai EIA.SIA.DEIA.....dan murid pun bertanya !

Kita jadi Pendidikan kena berKORBAN....

Unknown berkata...

Puan Tirana kita akan serik kalau bumi kita menjadi seperti Iraq.Afganistan....ranap satu generasi.bangunnya satu generasi.baru......rasanya kita bukannya tidak ada bijak pandai : yang cukup mahir bila mempersoalan isu2 begini. sejauhmana suara2 bijak pandai mahu diambil...suara JKKK lagi power dari Prof untuk memperkatakan soal itu dan ini.....

Unknown berkata...

Puan Erisya - mungkin puan pernah tahu mengenai EIA. Rasanya satu dasar yg cukup jelas bila diperkatakan soal pembanggunan dan kesan terhadap alam sekitar. Persoalan kita : hanya dengan satu call - semua selesai...

Kesimpulan : kita berkerja dalam kapasiti kita ajalah.untuk melihat perubahan - bila fulus dijadikan ' tuhan ' semuanya tidak menjadi apa
........

Unknown berkata...

Saudara Rasyid - cantik bahasa dalam Utusan hari ini.BUMI MENANGIS LAGI.....ya.bumi menangis lagi : dalam bahasa lain bumi seakan mahu membalas dendam pada kita...

Nah kau manusia : 4.6 billion tahun aku berbakti pada kau.Langsung kebajikan aku tidak dipedulikan...sungai2 dibiarkan mengalir umpama longkang2 besar.langit yg biru menjadi hitam....

Selamat hariraya KORBAN......

Eco Kid Adventure on Facebook