Selasa, 9 Disember 2008

Kembali berNostalgia.....Ulang Siaran..




Banyaknya gambar2 di atas - sekadar untuk di kongsi ( sebab kita mungkin punya pengalaman berbeza )- MASTAN GHANDI : rasanya kena buang daerah kalau orang teluk intan tak tahu betapa seronok bernostalgia di kedai ( agak sama macam 20 tahun dulu )hidanganya sama . Mee Rebus dan Air Manis ( he...he...itu aja yang ada ). Tidak ada banyak istemawanya . Kalau di Teluk Intan - ada satu kedai lagi - MEE REBUS KAMARUDDIN (dari zaman Raja Muda Musa )- juga jual mee rebus air manis ( harga masih sama - design kedai masih sama )...pada aku MESTI singgah !! dan hari ini ramai ( amat ramai ) mungkin berkongsi nostalgia yang sama.zaman kecik2 dulu mungkin cerita kami sama.Ada satu lagi KEDE LAMBE ( bahasa perak ) sebab pekerja kedai makan ini ( mamak ) akan melambai orang untuk makam ( ha...ada yang makan - tapi tak ada bayar - sebab kena panggil ). Aku pusing untuk melengkapkan nostalgia.
Seterusnya yang bestnya Teluk Intan adalah kedai makan GHULAM RASUL....resepinya sama.tapi tak menang tangan.....

Cempedak Goreng - Ini macam satu kemestian. Mungkin kita tidak pernah tahu , orang kat sini makan cempedak dengan pulut...pelek !!! tapi itulah ceritanya.Masjid Sg Jejawi @ Sk Sg Jejawi ( gambar tak ada kat sini ) - masjid.teruknya. kenapa projek pembesaran masjid dari zaman Ramli Ngah Talib sampai sekarang tak siap ( dan aku membuat andaian sendiri ) jika di banding Masjid 6 juta siap ( 6 bulan - Bukit Beruntung ) . Mungkin orang kampung tak reti nak minta lebih ( sekadar yang diberi ) walaupun mereka ada hak....Dan Menara Condong - mesti naik ( walaupun dah tak terkira ).Dan aku - raya sudah berlalu : ceritanya tetap sama.....
Pentingkah semua NOSTALGIA begini : Penting bergantung kepada kepentingan individu. Pada saya itulah zaman dimana semuanya berlaku....agar kita tahu dimana bumi di pijak disitulah seharusnya langit di junjung....

10 ulasan:

erisya nor berkata...

jinggo...seronok baca entry ni...nostalgia buat erisya yang dah lama tak dengar loghat perak! rndu pulak rasenyer...

Tirana berkata...

Semua orang ada kenangan masing-masing. Kenangan yang tak mungkin mudah untuk dilupakan ialah kenangan yang meninggalkan bekas di hati..

Unknown berkata...

terima kasih erisya : sesekali kita bernostalgia.....orang perak ke..

Unknown berkata...

tirana : begitulah adanya kehidupan - tempat jatuh lagi kan dikenang inikan pula tempat kita mula mengenal kehidupan....

sonata anak kancil berkata...

Semua kedai tu diwarisi oleh ahli keluarga?Baguslah, resepi turun temurun (alhamdullilah ada yang sanggup menyambung),kalau tak berkubur aje lah...Pernah ke Sg Manik bulan 5, tapi tak le ke tempat2 ni semua,sebab tak pasti yang ok/ko!Dah tahu ni senang le...

Unknown berkata...

Puan Sonata : itu kebangga orang2 teluk intan. Kalau nak makan mee rebus - pegi kedai Mee Kamaruddin tu. Dari dulu dan sekarang sama aja kedai..taklah sesedap mana.tapi nostalgia tu....harga pun naik sikit2 ( walaupun minyak naik )...air adalh AIR MANIS aja....

Unknown berkata...

Apabila menyingkap masa lalu,terkenang saya pada zaman persekolahan dahulu.Apabila membaca cerita u dan anak teringat pada zaman cinta monyet.Tidak salah tindakan anak-anak selagi tidak menyalahi agama.Apa yang perlu pemantauan dan tunjuk ajar dari ibu bapa.Jika zaman remaja cinta monyet, bergayut di telefon yang disaksikan oleh sang nyamuk,berlarian di denai sawah padi hanya untuk mencurahkan idea dan hasrat hati, lagu sentimental 80-an yang pasti menjadi ilusi untuk insan tersayang salahkah mereka untuk mengalami zaman remaja itu yang terlalu indah untuk dikenang.Maaf jika saya keterlaluan.

erisya nor berkata...

Jinggo, erisya org perak. ramai sedara di taiping, teluk Intan, kuala dipang dan kuala kangsar :)

Unknown berkata...

biella - seronoknya berkongsi kenangan.memang macam tu masa dulu.bergayut dekat pondok talipon ( biasanya kat rumh ketua kg ) - nyamuk.gelap.hujan......tapi bila zaman berubah.keadaan sudah berubah....ceritanya yg sama seakan berlaku pada generasi seterusnya....

siti_m berkata...

bila ke teluk intan saya selalu jugak singgah mastan ghani. kawan dari teluk intan mesti puji mee rebus dia.
kita mesti ada kedai dan makanan tertentu dari zaman kanak2 yang jadi nostalgia sampai sekarang. bila sampai mesti singgah

Eco Kid Adventure on Facebook