Rabu, 3 Disember 2008

Ayahku dan StoneCold


Dari pertanyaan seorang kenalan : Dr Noliza (Phd ) bakal Guru Besar disebuah sekolah di Teluk Intan - kami berurusan dan ini dihujungnya - bagaimana saya mendapat dan mengekalkan MOTIVASI diri untuk letakkan diri di setempat yg sepatutnya hari ini.

Diringkaskan : Semua bermula dari AYAH saya.Maaf kalau tidak keterlaluan. Ayah agak tipikal dan zahirnya macam STONECOLD ( baran ).Semua dimata dia adalah SALAH. Kami anak2 terus membesar dengan melihat dan menilai satu persatu apa yg dizahirkan ( mak selalu jadi mangsa ). Mungkin jawatan IMAM menjadikan dia adalah PANDANGAN yang anak mesti begini dan begini.Ayah nak saya menjadi seorang GURU ( itu jawatan terhebat dimata orang kampung masa tu dan mungkin sekarang )

Saya memebesar dengan keinginan yang tidak selari. Perubahan keinginan menjadikan saya mula mendekati ' perubahan ' - gitar tong.lepak tepi tembok.balik lambat..cerita remaja kampung , zaman2 sweet charity ( 80 an ): Kami bertelingkah ( secara senyap )akhirnya SEPATAH KATAnya..( yg menjadikan saya hari ini )

Cabaran itu ada Motivasi dalam saya yg kuat. Orang persoalan apa sahaja tentang itu dan ini. Cabaran itu masih di atas.Saya belajar , membaca , studi , peperiksaan , berkerja - disebabkabn CABARAN ( dari sepatah kata ).Itu saya kirakan sebagaimana kata ADAM KHOO dlm buku hebat : WHY !!!! Kenapa perubahan harus berlaku. Tentunya kita mesti ada SEBAB.Dan ygn TERBAIK tulis sebab itu untuk kita jadikan PEMBAKAR...

Itu ringkasan saya Dr Ija.Matlamat saya jelas ke arah cabaran tersebut. Saya memegangkan kepada KONSEP ' WHY '.....dan hari ini KAMI masih macam AYAM + ITIK...tapi itu pencetus MOTIVASI saya ( walaupun dia tidak pernah tahu .Dan hari ini saya juga seorang GURU.Dan saya tahu di BANGGA dengan apa yang berlaku walaupun sepatah kata tidak pernah keluar dari mulut dia...AYAHku vs STONE COOL


Moral hari ini : untuk diri dan kawan2.Motivasi itu adalah gabungan dua patah perkataan MOTIVE and ACTION : tentunya semuanya tidak akan menjadi apa seandainya hidup tanpa MATLAMAT - dan tentunya matlamat tidak akan menjadi apa andainya tidak DI TULIS dan di PRAKTIKkan.Sebab fitrah nya kita akan MENENTANG perubahan. Tetapi dalam kontek hari ini perubahan harus berlaku. Bagaimana untuk mencetus PERUBAHAN tersebut adalah subjektif. Ini adalah persoalan yg harus di CIPTA.....

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu, saya suka baca post ni....

Saya rasa Ayah saya juga seperti cikgu. (Tapi kini dia dah menyahut seruan ilahi 11 tahun lalu). Seorang imam dan ketua kampung.

Cukup garang, tegas dan tak mahu mendengar pendapat anak-anak. Kadang-kadang saya terbawa2 perangai dia dan tidak mahu mengalah dengan anak-anak.

Tapi, selepas anak saya berumur 10 tahun, makin banyak idea yg dia keluarkan yg mampu membuatkan saya membuka pemikiran ini untuk mereka.

Zaman dah berubah.

Bila saya agak tidak bersetuju dengan pendapatnya, saya akan menawarkan 2-3 pilihan. Dan kami akan memilih mengikut suara mejoriti.

Senonokkan bila kita ada 2-3 pndapat berbanding menjadi seorang diktator....(merujuk diri saya dulu)...

Unknown berkata...

Terima kasih puan : saya pernah ada perbincangan yg besar dengan kawan - saya dengan ayah macam itik dan ayam..sesuatu telah berlaku antara kami. ( sehingga membentuk kepercayaan saya ) - seakan saya tidak penting pada dia.dan begitu juga pada saya. HAKIKATNYA TIDAK...

Tapi itu pencetus saya.....

Khairi Mohd berkata...

Begitu ye sejarah bro. InsyaAllah, ada hikmah. At least, it made you stronger.

ayah tegas, kau pun tegas. bila tegas itu di dua frame waktu berbeza, dasar pemikiran juga berbeza. akan ada pertembungan. tapi tak semestinya negatif kan.

kalau ayah tak tegas dengan pemikiran kolot dia, may be aku pun takde kat opis ni skang hehe..

nice one bro..

Unknown berkata...

khairi : Keadaan tidak boleh berubah tapi situasi boleh di ubah...sebab itulah ceritanya. Bukan mudah untuk menjadi mudah : yang paling penting bagaimana untuk mengekal ' desakan dalam ' tu.

Tirana berkata...

Ayah dan ibu saya juga tegas (bukan keras)lebih-lebih dalam soal agama. Dan saya rasa bersyukur sangat2 untuk itu. Dalam ketegasan mereka masih ada ruang untuk mereka beri pilihan pada anak-anak terutama yang bersangkut paut dengan kehidupan dan masa depan. Dalam soal agama tiada pilihan selain menurut kata ayah dan ibu.

Bagi saya untuk terus menjadikan diri termotivasi, macam jinggo kata MATLAMAT kena jelas. Kena tahu apa yang kita mahu dan ke arah mana kita nak pergi dan kenapa kita memilih matlamat itu. Bila semuanya telah jelas, insyaAllah kita akan sentiasa termotivasi. Sesungguhnya motivasi dari dalam diri itu yang penting..Motivasi luaran sekadar membantu.

Unknown berkata...

itulah puan tirana : matlamat harus nampak.sebab tu saya selalu NAMPAKkan apa yg saya NAK. Sebab itulah selalu saya kongsi : Sebab semalam yg baca buku Athony Robbin - perubahan tidak mungkin berlaku kalau kita tak nampak...

Ayah dalam cerita saya : itulah dia.tapi itu juga pencetus motivasi luaran saya...

Mak Su berkata...

ouh? saya pun stonecold, dan dia pun pgg jwtn begitu :D, well... layanzzz

en_me berkata...

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah takdok tolok bandingnya.. salammmz cikgu ittewww

Unknown berkata...

en me - itu yang sepatut : tapi dalam kontek tulisan saya ni - tidak timbul soal menderhaka.cuma kadang2 karektor itu mungkin sedikit berbeza.sebab hari ini mahu tidak mahu kita kena belajar skill untuk bersama anak2 ( maaf bukan nak mengajar ) : sebab impaknya berbeza disebab ketidakcelaruan ' penafsiran ' antara ayah-anak.

erisya nor berkata...

jinggo, erisya benar2 berharap ada ramai lagi guru seperti anda!

Unknown berkata...

mak su : pls jangan jadi stonecold.baca blog mak su hari ini - saya dapat bayangkan macamana........tarik nafas k.....maafkan orang tu.

sonata anak kancil berkata...

Yang saya hadapi ialah anak motivate bapa. Sudah terbalik!Dia tanya macamana cikgu? Apa saya nak buat sekarang???Betapa 'terror'nya sianak.

addyaholix berkata...

salam en jinggo.
baca tulisan disini buat saya terus berilmu.

"Ayah nak saya menjadi seorang GURU ( itu jawatan terhebat dimata orang kampung masa tu dan mungkin sekarang )"

ya, guru jawatan terhebat. dibelakang berjayanya seorang doktor, ada seorang guru. dibelakang hebatnya seorang peguam, ada seorang guru. dibelakang hidupnya seorang manusia, ada jasanya seorang guru!

Unknown berkata...

Puan Erisya - itu cerita saya.Saya tidak bermadsud untuk membuka tempelang...tapi itu yg tidak sepatutnya ditafsirkan.Era2 Glokal ni - semua pendekatan harus diubah.Berani mengaku 'kecelakaan ' diri. Yang penting dihujungnya ada hidup yang bermakna yg mampu dikongsikan oleh orang lain.

Rasanya proses itu dah berakhir kut.Saya menggunakan ruang yg terbaik sekarang - untuk sorot semula kisah2 ' kecelakaan' yang akhirnya menjadi 'keberuntungan' yang besar pada saya.

Semuga kita diberkatiNya.

Unknown berkata...

Puan Sonata : jumpa juga sesekali peristiwa macam tu - anak nak motovasikan ayah...boleh tapi skill tentunya berbeza.Sebab bapak ada egonya sendiri.Silap2 tak dapat duit belanja @ ayah jadi stonecold.

Unknown berkata...

addy - itu cerita orang kampung - sampai sekarang.kerjaya sebagai seorang guru ( di kg mana ada doktor , pegawai bank , konstant , kalau ada H.A kat klinik itupun dah macam Dr ) jadi jawatan terbesar adalah cgu.Jadi cgulah segala - galanya.Ketua Pemuda.Ketua AMK.Ketua Silat.Ketua Boria.Ketua Gitar Tong....Belia 4B.Kompang.

Satu kerjaya yg murni.Sebab di tangan cgu segalanya bermula...Sebab tu itulah perbandingan.Kerjaya di amat di hormati.

Tapi yang penting hari ini kita semua adalah ' cgu2 ' untuk diri sendiri ,anak2 dan persekitaran kita......

Tanpa Nama berkata...

Kenangan bersama arwah ayah.....Kalau dia makan, tak siapa berana duduk semeja. Betapa kami tkut nk bertegang urat dgnnya. Ada aje yg tak kena. Tapi,...he make me stronger and stronger....

Unknown berkata...

Puan Aryani - saya tgk ramai yg macam tu..selalu yg kena marah tu tentu lebih banyak dapat perhatian..dan yg banyak dapat perhatian tu tentunya lebih berjaya dari anak2 yg sekadar biasa biasa kan....macam saya. Bukan nak makan sekali - nak tgk bayang pun kalau boleh elak...he...kesian stonecold.sekarang hanya iman tua yg dah tak larat nak marah2 sesiapa lagi...marahkan nyamuk bolehlah kut.....

Eco Kid Adventure on Facebook