Ahad, 25 Januari 2009

15 batang pokok aja....


Dicerita dalam satu kampung terdapat seorang kaya yang memiliki harta yang ternilai banyaknya. Ladang , kebun , ternakan ,
perusahaan yang diatur dengan baik.
Sudah menjadi satu kelaziman orang kaya ini akan memanggil penduduk setempat untuk membantu dia menguruskan perusahaannya.
Selain dari itu : orang kaya ini mempunyai beberapa anak gadis yang sudah sampai masa untuk dikahwinkan.Orang kaya ni menghebahkan pada seluruh negara .
Sesiapa yang mampu menebang pokok balak terbanyak ( pada bulan terakhir pertandingan ) orang itu akan berpeluang berkahwin dengan anaknya.
Tempuh yang diberikan adalah setahun.
Pada hari yang dijanjikan : ramailah pemuda2 yang datang dari seluruh negara untuk menyahut cabaran dari orang kaya ni.
Dalam ramai2 pemuda : terdapat seorang pemuda yang gagah. Secara fizikalnya pemuda ini lain dari pemuda lain. Dengan kekuatan fizikal dan kapak yg digunakan pemuda ini mampu menebang 15 batang pokok dalam bulan pertama.
Sedang orang lain hanya mampu menebang beberapa batang pokok.
Bulan2 seterusnya 15 batang pokok mampu di tebang oleh pemuda ni.
Pemuda lain : ada yang semakin meningkat.
bulan ke 7 : anak muda ini masih 15 batang pokok.
pemuda lain semakin meningkat : ada yg hampir menyamai tebangan pemuda itu.
Bulan ke 11 : pemuda ini masih menebang 15 batang pokok
Pemuda lain sudah mampu menebang 20 batang pokok sebulan.
Pemuda ini akhirnya tewas bila tebangan hanya 15 batang sebulan -
sedangkan ada pemuda lain yang mampu menebang 23 batang pokok dalam tempuh yg ditetapkan.
Pemuda itu tidak puas hati : terus berjumpa dengan orang kaya dan bertanya kenapa bukan dia yang memenangi pertandingan ini.Sedangkan pokok yang ditebangkan lebih banyak dari orang lain...
Maka orang kaya ini bertanya kepada pemuda itu.
BILAKAH KALI TERAKHIR KAMU MENGASAH KAPAK KAMU.

Moral untuk kita

Bila kali terakhir kita mengasah potensi kita.Secara zahirnya kita hebat dengan kemampuan yang ada.Tapi sejauh mana kita mengasah potensi kita untuk ' menebang ' ( matlamat ) yang di rancang.
Orang yang hebat belum tentu hebat di hujungnya.
Orang yang tak hebat belum tentu dihujungnya sama.
YANG MENAIKKAN BELON BUKAN WARNANYA
TAPI ISI DALAM BELON...

14 ulasan:

Tirana berkata...

Potensi diri jika tidak digilap selalu akan menjadi malap cahayanya dan jika dibiarkan berterusan mungkin cahayanya akan padam terus..Sebaik-baiknya beristiqamah dalam membuat sesuatu perkara...Jangan hanya bersemangat diawal tetapi lemah dihujung perjalanan...

Unknown berkata...

Terima kasih Puan.

Macam juga pengaruh percaya : terlalu percaya dengan potensi dan kehebatan diri yang ada.Kita lupa untuk mengasah...

saya teringat Arwah A.Samad Ismail..menurut seorang mentor saya - setiap pagi semasa di NST dulu dia akan bertanya pada semua wartawan muda masa tu.

BUKU APA YG KORANG BACA MALAM TADI...

semuga kita mengambil iktibar cerita ini....terutamanya diri sendiri.membaca....(satu faktor )

buku apa puan baca sekarang !

erisya nor berkata...

hmmm...mulanya eirsya tak faham baca kisah ni....tapi bila baca lagi...rupanya pemuda tuh tiada peningkatan ...cuma maintain ajer..puas hati dengan bil. pokok yang ada...sedangkan pemuda lain semakin lama semakin meningkat blangan pokok yang ditebang kerana rajin mengasah kapak.

Hmmm....good moral story! thanks for sharing :)

Unknown berkata...

Puan Erisya : macam tu lah budaya kita.Yang bagus duduk kat atas.Kadang selesa berada dalam zon sendiri.

Sebab saya semakin yakin dan percaya : dengan apa yg berlaku hari ini.ramai orang2 yg hebat tidak pernah berhenti mengasah....

sebab saya yakin : kita dizahirkan dengan potensi yg berbeza....

sonata anak kancil berkata...

Saya rasa benar kata Jinggo, orang2 hebat sentiasa mengasah potensi & cari potensi lain...macam belajar, lagi banyak belajar, lagi banyak tak tahu dan kena belajar!

Unknown berkata...

cgu Sonata

itu macam dah dijanjikan : orang yg hebat sentiasa mencari kesempatan untuk menambahbaikkan diri....
orang yg hebat mempastikan hari ini lebih baik dari semalm.

cgu mengasah parang ke hari ni....

sonata anak kancil berkata...

cikgu sibuk mengasah otak yang lama "membeku" kasi cair, nak buat assignment PTK, 1 bulan dari sekarang kena siap!

Tirana berkata...

Jinggo...

Over confident pun rasanya bukanlah sesuatu ciri yang baik. Bila dah terlalu percaya dengan kebolehan diri sendiri..kita akan berhenti mencari dan tentunya prestasi diri kita akan menurun selepas itu. Low of self confidence pun tak boleh juga..kerana itu akan membuatkan kita berputus asa untuk berusaha...Jadi, kita ambil yang di tengah..iaitu be confident. Percaya kita ada kemampuan sambil berusaha menggunakan kemampuan yang ada untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...

Saya sedang membaca buku "9 things you simply must do to succeed in love and life.."

Brahim Nyior berkata...

Hmm, kita semua ada potensi.. potensi atau keupayaan untuk melakukan sesuatu yang mungkin orang lain tak mampu buat..

Teman suka artikel ni yop.. Teruskan..

Sulamankasihabadi berkata...

salam jinggo...
hidup kita ni kan perjuangan..kita yg tentukan masa depan kita...x da sapa yg nak gagal kan..nak dgn tak nak je.

yang pasti yer semua org nak diri ye hebat...n igat jgn sombong sehebat mana pun kita kena igat masih ada org lain yg hebat dr kita..

semoga kita mdapat lebih baik dr yg sebelom ya...

Unknown berkata...

Cgu Sonata :

saya mengasah stamina...senaman.jongging....

sebagai persedian untuk aktiviti laur...dah lama duduk aja gamaknya...naik semput sesekali !

Unknown berkata...

Puan Tirana

dalam kehilangan kita untuk terus naik keatas : kadang2 kita terlupa untuk menyasah.

sebab itu saya selalu ingatkan diri : mengasah pada setiap kali beraksi...membaca tentunya.

setidaknya tgk balik nota.

Unknown berkata...

Yop Brahim :

Takbir : YB Bote dah keluar party...apa yg mahu diasah selepas ni @ ada yang tumpul agaknya...

selamat berjuang YB - mengenai kita itulah ceritanya yop.potensi yg ada - cuma kena di asah.asah dan seterusnya....

Unknown berkata...

Uji : itulah yg sepatutnya menjadi ingatan kita.

Jangan dilupa - kita memang hebat.
cuma kadang2 bisikan qalbu yang menjadikan kita kadang2 lupa sementara....

Eco Kid Adventure on Facebook