Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor Burung Pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada lingkungan yang dituduhnya tidak bersahabat dengan nya. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang konon khabarnya, udaranya selalu dingin dan sejuk.
Benar, lama kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, dia semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi.Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si Burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih menyesali nasibnya.
Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor Kerbau, dia mengherdik si Kerbau agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri..Si Burung Pipit semakin marah dan memaki-maki si Kerbau.
Si kerbau tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Seketika itu si Burung tidak dapat bersuara kerana tertimbun kotoran kerbau.
Si Burung menjadi pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapat bernafas.Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya tahi kerbau, dia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah.
Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas- puasnya.Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung.
Setelah bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.Namun apa yang terjadi kemudian, seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si Burung, dan tamatlah riwayat si Burung Pipit ditelan oleh si Kucing.
APAKAH MORAL CERITA INI : MARI KITA FIKIRKAN BERSAMA....
7 ulasan:
hehehe..kesian burung pipit kena hempap dek tahi kerbau...
Jinggo...
Sesuatu yang kita nampak indah pada zahirnya tidak semesti membawa keindahan pada hidup kita dan sesuatu yang kita nampak jelek pada zahirnya tidak semestinya membawa kejelekan pada hidup kita. Kadang-kadang sesuatu yang kita nampak jelek itu boleh mendatangkan faedah dan kebaikan pada diri kita...
Barangkali kita menyukai sesuatu tapi ia tidak baik untuk kita dan barangkali kita tidak menyukai sesuatu tapi ia sebenarnya baik untuk kita...
Puan tirana : teringat pepatah lama - kuman yang diseberang kita nampak gajah depan mata...
kita selalu melihat kelebihan 'orang lain ' dan menafikan kelebihan diri sendiri....
saya suka ayat yang hujung tu...
Barangkali kita menyukai sesuatu tapi ia tidak baik untuk kita dan barangkali kita tidak menyukai sesuatu tapi ia sebenarnya baik untuk kita....
salam..itulah kita juga sama seperti burung itu..tak pernah puas dgn apa yg kita ada...tapi sifat berusaha itu sesuatu yg baik.berusaha kearah kebaikan dan untuk mendapatkan sesuatu yg terbaik buat kita...akan tetapi kita sering memandang sebelah mata pada mereka yg disekeliling kita yg mungkin selama ini tidak memberikan kita apa2 juga faedah...kita selalu katakan bahawa org itu sesuai dgn diriku,org itu terbaik untukku,org itu shj yg mampu membahagiakan diriku....kerana aku lebih mengetahui dan mengenalinya....akan tetapi pernahkah kita terfikir bahawa Allah shj yg mengetahui segalanya..DIA yg mengetahui segala yg terbaik untuk kita...maka terimalah apa jua kehendak dan takdir Allah dgn redhanya...Jgn sesekali kita menyalahkan atau membenci apa yg terjadi keatas kita mcm burung tu...yg membenci kerbau tersebut..tanpa burung itu sedari bahawa kehadiran kerbau itu sebenarnya adalah suatu rahmat buat burung tersebut...so,tepuk dada tanyalah iman..wallahua'lam...
Jgn sesekali kita menyalahkan atau membenci apa yg terjadi keatas kita mcm burung tu...yg membenci kerbau tersebut..tanpa burung itu sedari bahawa kehadiran kerbau itu sebenarnya adalah suatu rahmat buat burung tersebut...
terima kasih cgu : satu pandangan satu sudut yg lain.perubahan diri : itu satu keharusan pada kita - cuma terkadang dalam proses untuk berhijrah kita berhadapan dengan macam2...ada yang begitu dan begini...
semuga kita bersangka baik pada semua keadaan..sebab tentunya - hidup ini kita yg pilih.....
iyabetul tuh..jgn tertipu dengan kebaikan orang (mungkin ada udang di sebalik batu spt si kucing tuh :) )
Puan Erisya
kerana rambut sama hitam agaknya : susah kita nak tahu buruk baik orang....
sebaiknya kita bersangka baik....semuga orang sebaik kita....he3
salam..
i tink we're dont just a book from da cover..
Catat Ulasan