Apakah erti beban kepada mereka
Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:
“Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?”
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey.
“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit.
Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.”
“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.”
Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut.”
“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.
Kata Jinggo: Beban ( masalah ) adalah cerita kita.Menurut Dr Hill orang yg tidak ada beban adalah orang yg di kubur.Selagi kita bernyawa selagi itu kita akan dilingkungi dengan beban demi beban : dan tentu penafsiran berbeda bergantung kepada tahab kepercayaan kita dan kemampuan kita berhadapan dengan beban tersebut.
Moral dari cerita diatas : letakkan beban tersebut : berehat sebelum mengangkat semula...
Persoalan kita - mampukah kita meletakan beban itu dan mengangkat semula.
22 ulasan:
Assalammualaikum,
Saya setuju. Satu pandangan tentang beban yang banyak benarnya dalam hidup ini.
Terimakasih
bg ujie,mampu jika fizikal dan mantel kita sudah siap sedia tuk berdepan dgn msalah.bila otak dh relex..kosong...bru boleh berfikir dgn tenang tuk selesaikan masalah.sbb tu kadang kala ada sesetengah org kuar bercuti tuk tenangkn fikiran
cr tman tuk luahkan perasaan.setidak yer ada org yg boleh beri buah fikiran..mcm bidang keje sri..kan :)
Ha'ah ek....beban. dok pk pk beban. hari2 pk. 24jam pk beban. Ringan jadi Berat.
Apapun kita x bley lari dari beban!
Habsah : terima kasih kerana perkongsian.begitulah hidup kita.selagi kita bernama kita itulah cerita kita.
Yang membezakan penafsiran tengtang beban adalah EQ kita sahaja...semuga hari2 seterusnya kita dipermudahkan segala urusan....
G : memang sapa2 pun kena ada kekuatan lain untuk berhadapan dengan beban.sebab impak terhadap minda yg terus pada fizikal.
yg ini kita kadang2 gagal.suara2 kecil yg mengajar itu dan ini.....
hanya didikan QALBU sahaja yg membetulkan keadan
cgu anis : teringat kisah beban dan air tu.....untuk itu jangan pegang beban lama2 sangat......kita tarik nafas.duduk....lega...
Jinggo..
Wajar belajar bagaimana meletakkan beban untuk menarik nafas bagi melegakan kelelahan. Tendency kita tinggi ke arah menggalas beban secara berterusan tanpa rehat (itulah yang terjadi kepada saya). Di hujung jalan kita keletihan dan hasilnya samada kita jadi kecewa atau kita jadi marah.
Kalau dapat ditinggalkan (diselesaikan) terus beban itu, lagi baik tetapi jika tak dapat dan terpaksa menggalasnya dalam jangka masa yang agak lama, kita perlu belajar teknik meletakkan beban (lebih2 lagi jika beban itu banyak)itu dan teknik mengangkatnya semula...semuanya ada SKILL...
cikgu jinggo, kan bagus jika kita dapat meletakkan beban itu buat selamanya.. tak perlu dipikul lagi..
Puan Tirana : kadang2 ada orang seronok bermain dengan masalah ( saya pernah jumpa ) sebab setiap beban yang datang : bermadsud hari ini satu perkara baru lagi kita akan pelajar....
Dan seterusnya pada saya : kadang2 saya seronok bermain dengan beban walaupun kadang2 tersasar.
Semuga hari2 seterusnya kita diberi ruang untuk memahami bahawa hanya org dalam kubur aja yg tidak dibebankan dengan pemasalahan dunia....
Beban...yang berat...hmm...selalunya mmg nampak macam mudah tapi bak kata pepatah berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul...hanya orang yg mengalami aje yg bole faham kan..saya harap beban di bahu ni semakin berkurang..insyaallah.
Puan Nur....kalau boleh diletakkan : saya sendiri pun nak letakkan.tapi kita ambil iktibar org yg mengalas air.....jangan dibeban.....terima kasih kerana kita masih berurusan...
Intan : itulah hidup kita - kecil besar bergantung kepada kepercayaan kita.
Dan sebaiknya kita letakkan beban sekejap.sebab dikala beban itu masih dipikul : gelombang otak kita tidak stabil ( delta ) : dan berdasarkan kajian akademik - tukar gelombang otak ke Alpha.
Dengan cara.tarik nafas.masukkan oksigen.....mari kita praktikkan....
hehe Tq cikgu...saya akan cuba praktikan.
Lagi satu Intan : dalam sebuah buku yg hebat menyatakan - kita kena belajar dari bencana.....
kita mampukah kita jadikan beban itu 'satu lagi' belajar baru hari ini....
Nak angkat beban kena kuat.pastinya macam tu.....
kalau dah letakkan beban ke bawah, nanti mampu ke nak angkat blk? saya rs sy xmampu..
mcm kalau kita angkat kotak dari titik A ke B. lagi bnyk berhenti lagi penat. Baik kita angkat terus ke titik B. cepat smpai, cepat hilang beban..
Kalaulah 'beban' dalam kehidupan tu boleh buat mcm ni..
tp kalau xde beban, hidup x challenging lnsg.. xdpt experience..dh xdpt belajar dr kesilapan..
betul ke cikgu?
jangan layan jer, setiap hari cerita baru masuk, cerita lama tetap ada disitu takkan hilang melainkan macam exam sekolah, habis tahun lain cerita timbul. bagi org dewasa ni, apa nak cakap? buat bodoh je lah.... takkan nak tuwa cepat ek. oops!
Betul ain : kalau dah letakkan beban ke bawah, nanti mampu ke nak angkat blk? saya rs sy xmamp.....
Mampu @ tidak.itu 'gift' untuk kita.kita kena tukar pandangan terhadap beban.tukar kepercayaan.tukar pemikiran....bahawa kita sedang diajar oleh Allah....yg orang lain tak tahu.
Jangan menghukum diri sendiri.
Sebab kita disini bukan untuk dihakimi @ diadili......kita disini untuk belajar...
Kita disini untuk belajar.
Beban adalah gift dari Allah...
Mak su oh Mak su....sekali lagi satu pandangan yg sesuai dengan identiti mak su.relax.begitu sepatutnya....
sebab ini cerita dunia.
cerita orang dalam kubur lain pulak
untuk itu mari kita menganggat beban.....
beban juga yg kita tanggung kepada rakyat islam sendiri...bebannya kena pada kita....tapi ada mereka tak pernah rasa peduli dan mempedulikan
Assalsamualaikum Dihah : Apa yg berlaku sekitar pergolakan dunia hari ini adalah beban kita.....bila dikaitkan dengan kita.tentunya ada yg mempersoalkan......
itu bukan cerita kita.
kenapa kita nak sibuk2....
Semuga beban ini menjadi cerita kita.....hanya kita yg mampu untuk menyelesai pemasalahan kita....hidup Palestin
SALAM BUAT CIKGU..
SRI masih dalam ujian NYA sekarang...SRI tidak berdaya mencanai idea...seolah2 buntu segalanya...namun harus utkku bertandang ke blog kalian..walau hanya menjenguk ...menyapa...
terima kasih tak terhingga
--------------
Ironi sekali manusia sering melakukan sesuatu perkara tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Mereka tidak pernah menebak perasaan orang yang sering menjadi mangsa keadaan. Mereka yang kebal dibiarkan bermaharajalela. Sedangkan manusia yang jauh tidak berdaya diperlakukan sesuka hati. Mahu tidak mahu, mengadu sahajalah kepada Sang Maha Segala. Moga-moga sendu doa itu di bawa naik ke langit tingkat oleh Malaikat.
Benarlah kata Imam Assyafii; memenuhi segala kesesuaian dengan hati semua manusia adalah hal yang tidak mungkin kamu capai.
Sri : saya kena baca 2 kali...akhirnya itulah kita Sri.
kadang2 apa upaya kita untuk berhadapan dengan beban demi beban...yang kadang terfikir kita : mampukah aku.
dan pastinya teringat cerita ulat beluncas dalam kepompong.dan seterusnya KUASA TARIKAN.....
yang berlaku sudah pun berlaku sri kan...kita seterusnya menarik KUASA NEGETIF untuk menjadikn kita seakan dihenyak2 dengan tafsiran demi tafsiran...sebahagiannya adalah tafsiran.
untuk kita dan kita : sebuah buku yg hebat pernah menulis begini : kita disini bukan untuk dihukum.
kita disini bukan untuk diadili.
kita disini untuk belajar...
dan kita belajar dari bencana.....
Catat Ulasan