Dunia menyaksikan untuk seterus PERLANTIKAN KETUA POLIS DUNIA yang baru. kita ada macam2 cerita yang boleh kita jadi sandaran.kita mungkin ada pengalaman melalui cerita.Skripnya sama : Atas nama keAMANANan dunia.kita seakan dicatur di white house.
negara ni kita lantik orang ni. dia boleh ikut telunjuk kita.
negara ni jangan bagi orang ni menang sebab dia berjanggut macam Osama.
ok negara ni degil sikit : kita sekat ekonomi dia.
dan ini satu lagi kerana ni MUSUH negara kawan kita.....kita sokong kawan kita....
Itu pengalaman kita.Hari ni merupakan hari Satu kepada OBAMA duduk - di kerusi yang sama sahaja. Harapan kita.Kita semacam tidak ada pilihan yang banyak.Seluruh dunia seakan menagihkan sedikit perhatian sebab lainnya OBAMA ni. kulitnya lain.rambutnya warna lain sikit.anak2 dia lain sikit.tok nenek dia lain banyak dari yang lain. Perubahan untuk melihat dunia dicatur di RUMAH PUTIH memberi faedah untuk semua.DUNIA MENAGIHKAN PERHATIAN ! KITA TIDAK ADA BANYAK PILIHAN - KERANA SISTEM YG DIATUR DAN DICATUR SEAKAN2 MENJADIKAN ITULAH ' KEPALA ' DUNIA.KITA TIDAK ADA BANYAK PILIHAN......
15 ulasan:
tapi dunia di tangan Allah...ingat itu...di mana-mana sahaja kita berada...walau sebesar mana kekuatan Amerika sekalipun...Allah tetap ada bersama kita semua
x excited pun ngan kehadiran obama di rumah putih tu, acuan depa sama, dari acuan dot dot dot tu jugak dengar ceritanya.
mari pandang ke timur secara serius, dan mari guna dinar secara betul2, dan jauhkan makanan eksotik
Dihah : memang dunia ditangan Allah - cuba kadang2 kedangkalan dan kealpaan kita kadang2 menjadikan itulah segalanya...
dunia ditangan Allah.segala caturan buruk dan baik untuk kita tahu dan menilai yang kita disini bukan untuk dihukum...
kita berdoa semuga hukum Allah diletakkan dihadapan bukan hukum Obama.....amin
sekali lagi mak su jadi orang lain.serius....
itulah harapan kita mak su : sistem yang berkiblatkan kepada sistem obama ni....sama aja....
hari ini : mari kita layan lagu shela On 7 : Berhenti Berharap
Hmm, baru nak posting, Bro Jinggo dah tulis dulu pasal Barack Obama nih...
Mr. President,.. itulah gelaran yang dirujuk kepadanya selepas ini.
Tak dapat tidak, memang kita mengharapkan dia akan mengubah pandangan Amerika terhadap Islam, dan masalah di Timuir Tengah amnya.
"Change" yang menjadi kata 'sihirnya' sehingga mampu menyebabkan rakyat Amerika memilihnya, perlu dikotakan.
Ayuh Obama, andai kau juga seperti Bush, akan bertambah jauhlah jurang antara Barat dan Timur.
sekali lagi ujie tambah2 pening....
salam ceria cikgu..
ADA APA PADA OBAMA??
yang ada padanya hanya menyambung kesinambungan perjuangan boneka Yahudi-Bush.dunia akan menyaksikan perubahan yg diharapkan HANYA RETORIK SEMATA-MATA.
even dia berkulit hitam..hati tetap jadi hamba duit dan mata tetap rabun dek kuasa..
sekiranya benar dia prihatin dgn isu di Timur Tengah..keprihatinan dr aspek apa?Dunia menyaksikan secara terang2an Obama menyatakan sokongan Yahudi mengerang Palestin...di channel 502 ASTRO
benarlah...bila Tuhan tak ditakuti..macam2 boleh terjadi..
dunia oh dunia..
selagi kita berharap apda manusia..selagi itulah kita akan keciwa. lagipun, mampukah obama melawan suara ramai?lagipun, pastilah org yahudi hanya menyokong org yang pro-israel sahaja menjadi presiden...
yop brahim : berhenti berharap - change @ perubahan....macam yg kita semuanya pelobi2 kat belakang obama pastinya tidak duduk diam yg menjaga kepentingan masing2.
macam yg kita tahu sebahagian besar - pelobi adalah yahudi yang kita telah tahu zahirnya bagaimana.
perubahan dari segi pandangan barat terhadap islam harus dimulai oleh pendirian obama....
kita berharap !!!!
ujie : orang nak jadi pengantin ni kalau ada gempa bumi kat sebelah pun dia buat tak tahu....he....he...
jangan ambil tahu dulu.
lepas ni baru ambil tahu...he...he...
Sri : APA ADA PADA OBAMA
Obama ada KUASA untuk membuatkan dia berKUASA.
Sistem dan dasar yang seakan macam MENANG - KALAH.
Apa lagi kuasa kita ! Secara praktikal sistem kapitalis yang didasari oleh USA seakan menguasai dunia....dan dimana kita.
Kadang2 : kita tersepit dalam satu sistem ciptaan manusia.
Konflik antara kita dan kita menjadi kita terus terusan hamba kepada SAPA2 saja yg duduk di RUMAH PUTIH.
Puan Erisya : pastilah org yahudi hanya menyokong org yang pro-israel sahaja menjadi presiden...saya memetik kata2 puan.
Kita sepatutnya kita risaukan : pelobi2 yang sentiasa menjadikan sesiapa sahaja yg dudk di RUMAH PUTIH akan mengikut telunjuk....
Semuga hari2 seterusnya bumi kita Malaysia diturunkan seorang pemimpin yg tidak menjadi KRONI pelobi....mencaturkan itu dan ini...
Salam sdr.
Betul, dunia bukan di tangan Obama tetapi tetapi kebanyakan Pemimpin negara di dunia termasuk juga negara Islam di dalam poket dia.
mengapa mereka lari dari Allah dan terjun ke dalam poket amerika sangat senang ditelah.
Gila dunia!
Tuan
Bila kita persoalkan tengtang USA : sesesiapa saja ceritanya sama.saya percaya kepada sistem kapitalis yg diperkenalkan.
dunia bergerak kearah itu.....
Catat Ulasan