Selasa, 13 Januari 2009

JanGan Kalah.Bangun....

Apa kepercayaan yang terbentuk dalam minda anak 2 ini.

Dalam sebuah syarikat pengankutan kargo menggunakan kereta api ada seorang pegawai, bernama Nik.
Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung jawab, tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai harapan apapun terhadap kehidupannya, dia melihat dunia ini dengan pandangan tanpa harapan langsung.
Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang tahun kelahiran bos mereka, semuanya pergi dengan cepat dan tergesa-gesa.
Dengan tidak sengajaNik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan.
Nik berteriak, memukul pintu dengan kuat sambil meminta tolong, semua rakannya sudah pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya, maka tidak ada yang mendengarnya.
Tangannya sudah merah dan bengkak2 memukul pintu itu, suaranya sudah serak akibat berteriak terus, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya, akhirnya dia duduk di dalam sambil menghelakan nafasyang panjang.
Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata..
dalam kontena sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak segera keluar dari situ, pasti akan mati kesejukan.
Dia terpaksa dengan tangan yang gementar, mencari secarik kertas dan sebuah pen,
menuliskan surat wasiatnya.
Keesokkan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut menemui Nik yangterbaring di dalam. Mereka segera menghantarkan Nik untuk ditolong, tetapi dia sudah tidak bernyawa lagi.
Tetapi yang paling mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu tidak dibuka, dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya, yang paling mereka hairankan adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja, Tetapi Nik mati"kesejukan"!

Pengajaran Cerita Ini:

Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah, dia mati kerana ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghakim dirinya dengan hukuman mati,
Bagaimana dapat hidup terus?
Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percayaan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.
Tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita sendiri sering terus memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk mengerjakan suatu hal, sehingga kita kehilangan banyak kesempatan untuk berjaya? Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar,
melainkan dalam hati kita sendiri.
Sebelum berusaha sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri, biarpun ada banyakbantuan yang tertuju pada diri kita ia tetap tidak akan membantu jika kita berkeadaan begitu.

21 ulasan:

Unknown berkata...

Cerita yang menarik untuk tidak mengalah. Sebenarnya kita kalah kerana kita memang mengalah.

Tapi gambar-gambar jinggo membuatkan hati saya semakin terbakar. walau apa pun beringat: janganlah kemarahan membakar kita!

Apakan daya kita sdr. jinggo, kita tidak berkemampuan untuk menolong mereka. Kita hanyalah mampu berdoa dan bersimpati dengan api kemarahan yang semakin marak.

Unknown berkata...

itulah tuan : sebenarnya dikatakan musuh utama kita adalah diri sendiri : kawan yg baik pun diri sendiri....sebab dalam diri kita ada SUARA2 kecil yang sentiasa bagi tahu kita....itu dan ini....

Hari ini saya menyempurnakan tugasan seterus nya di UM.Secara kebetulan ada pencalunan untuk pemilihan pelajar UM....ha bayangkan ! Meriah - disinilah nanti yang akan mengantikan semua peminpin yg ada....

Harap2 suara kecil mereka betul ...

nurdaniella berkata...

cikgu jinggo, betapa kuatnya pengaruh hati pada kita.. betapa hati kena kuat dan tabah.. betapa hati kena sentiasa bersemangat.. betapa sukarnya menjaga hati agar tidak mati..

Unknown berkata...

Nur...itu yg paling susah nak dikawal.Kita boleh bercakap dan mempersoalkan apa sahaja..

Lahirnya keputusan adalah dari HATI.Sebab tu proses penambahbaikan hati ini harus berterusan....

Sebab kerana hatilah yg menentukan siapa kita kan......

BAIK HATI.
BUSUK HATI.
HATI - HATI.
MAKAN HATI
.......apa lagi pasal hati.

Sulamankasihabadi berkata...

tuk kita berjaya..hanya diri kita yg dapat menolong...kata naluri hati kita kekadang benar...dunia ni penuh dengan harapan.nak atau tak je tuk kita capai harapan tu.yg penting diri kita..kalau nekad tuk kita berjaya n bahagia disertakan dgn usaha tuk berudah kita akan capai harapan tu.putus asa adalah kelemahan kita..yg penting keberanian berhadapan dengan kegagalan stelah kita usaha...

Setaip orang tak sama nasib ya.Allah tu maha adil.DIA berikan kita kegagalan utuk mguji dan baru lah DIA berikan kebahagian dan sebalik ya...

diri kita hak kita tuk berubah.org lain dpt dpt bantu kita jika kita x bantu diri kita sendiri...

Unknown berkata...

Uji : semakin hebat - yalah semakin dekat nak kahwin.kena fikir kehadapan....

Sebab hidup ini kena diatur.
Untuk mengatur kita kena bertindak.Untuk bertindak SUARA hati mesti mendokong kita kan....

Itu kekuatan untuk semuanya.Kalau hati yg negetif.....

Dan itulah : semuanya bermula dengan diri sendiri....
Hati2 dengan SUARA2....

Mak Su berkata...

gelabah

Unknown berkata...

mak su : apa yg ngelabah.orang dalam kontena tu....dia kelam kabut sebenarnya...

Buat keputusan berdasarkan : cerita orang lain.betul tak.....

kuIna berkata...

menarik cerita nie... mengalah sebelum berjuang

Mak Su berkata...

panik giler, fikiran negatif, salah perception, tak bertenang, cepat nak melatah atau melompat bila berada di situasi stressful, mungkin takut kepada ruangan tertutup (klostrofobia ker hapa ker tu?), rasa tak ada bekalan oksigen dah, sudah putus asa terhadap rahmat Tuhan (for Muslim)

Tirana berkata...

Bila ada keyakinan, di situ ada kemahuan...bila ada kemahuan di situ ada jalan... Keyakinan itu merupakan tunjang..Jika tunjang tidak kuat..pokok mudah terbalik..begitu juga kita..bila keyakinan goyah..jalan yang terbentang luas depan mata pun boleh nampak sempit..jalan yang terang benderang disinari lampu pun nampak kelam di mata..sudahnya, kita takut nak mencuba atau kita malas nak berusaha... sebab di dalam minda kita dah set..kalau cuba pun tak guna..aku bukannya boleh dapat apa yang aku inginkan...Maka ketinggalan lah kita..

Unknown berkata...

kulna : itulah sebahagian dari kita.mengalah sebab apa.sebab kadang ada orang bagi tahu : yg kamu akan kalah .....selain pengalaman demi pengalaman...

kita kalah sebelum berjuang.saya ingatkan diri saya sendiri...jangan kalah sebelum berjuang.....

Unknown berkata...

Mak Su : apa yg mak su tulis hanyalah andaian budak Nik tu kan....saya rasanya dia ni org yg berfikiran negetif...

nak kena pergi kem motivasi.

mati sebab diri sendiri yg menjadi hakim....

Unknown berkata...

Puan Tirana : ini macam kesimpulan untuk semua.Minda kita dah tentunya....dan kita bergerak kearah itu.

Dalam banyak hal kita seakan menjadi hakim pada diri sendiri...

terima kasih.

Mak Su berkata...

heh heh heh

SRISUFI berkata...

memetik ayat cikgu ni...sri sgt setuju.....pokok pangkal hati kita...kemahuan diri kita

salam ceria cikgu...

Tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita sendiri sering terus memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk mengerjakan suatu hal, sehingga kita kehilangan banyak kesempatan untuk berjaya? Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar,

melainkan dalam hati kita sendiri.
Sebelum berusaha sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri, biarpun ada banyakbantuan yang tertuju pada diri kita ia tetap tidak akan membantu jika kita berkeadaan begitu.

Tanpa Nama berkata...

Ternyata Nik tewas walaupun tidak berada di gelanggang pertaruhan.

Kerana apa? Perasaan putus asanya telah menutupi akal fikiran yg tidak mahu "bertindak" dengan cepat.

Ketewasan hidup dia perlu dijadikan pengajaran pada kita-kita agar jangan mengalah sebelum benar-benar berjuang berhabis-habisan.

Brahim Nyior berkata...

Bro Jinggo, saya geram, marah dan dendam dengan Israel yang memang tak berhati perut ini.

Analagi yang Bro Jinggo bagi tu, menarik. Benar, kita adalah apa yang kita fikirkan...

Sebenarnya Israel bangsat bukan membunuh HAMAS, tetapi dia melahirkan lebih banyak anak muda yang akan menyertai HAMAS untuk menghancurkannya.

Andai boleh diupah, kita upah pembunuh untuk Hosni Mubarak...

Unknown berkata...

Terima kasih Sri : itu mungkin sebahagian daripada kita.Manusia fitrahnya pelupa...

orang hebat.orang bijak.tidak diukur dari faktor fizikal : tapi sejauhmana TINDAKAN yg dibutirkan.

Kadang2 kita terleka dan tertewas...( diri sendiri ): saya beringatkan pada diri....

Kawal SUARA KECIL yang kadang2 mendahlui kita....

Unknown berkata...

Puan Aryani : Nik tewas sebab cerita2 dahulu yg menjadi hakim...macam kita barangkali.

Sebab menjatuh hukum pada diri sendiri @ pada orang lain...

Semuga hari2 hadapan - kita dibekalkan dengan kewarasan untuk itu

Unknown berkata...

Yop brahim : malam tadi menhabiskan bacaan tengtang sejarah Zionis dan Yahudi.....memang sudah menjadi satu kepercayaan kepada mereka....

Bangsa lain adalah anjing.
itu kepada Yahudi.sebab itu mereka menjadikan peperangan ini atas tajuk dahwah mereka....cis !

Kepada kita - itu bukan setakad anjing...sejarah membuktikan....mereka memang kaum yg dilaknat !

Eco Kid Adventure on Facebook