Khamis, 29 Januari 2009

kisah semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda,
Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

28 ulasan:

Sulamankasihabadi berkata...

hai..la semalu..malu sungguh kami ya..

tp zaman sekarang ramai yg tak tahu mcm mana tu pokok semalu...lebih2 yg dok di bandar..yg mcm kita ni tahu ler mmg asal kampung.keliling umah ada pokok semalu...

sbb tu org tua2 ckp..nak jaga seorang anak perempuan tu lebih senang mjaga lembu sekandang...

malu ada tempat yer...x malu x bertempat buruk padah yer..

Unknown berkata...

uji

tahu pun.pokok semasa : dalam bahasa saintifiknya Mimosa Pudica-apa yg penting !
Allah jadikan alam ini bukan sia2.
kita disini bukan untuk dihukum - kita disini untuk belajar dan diajar....

jadilah semalu - untuk abang misai..

Sulamankasihabadi berkata...

tu la yg sepatut yer...insyallah...ujie akan jd semalu tuk abg misai selama-lama yer...thanks....:)n didik lah puteri jinggo seperti pokok semalu..:-)

Mak Su berkata...

kalu tak kembali ke rumah kala senja, kawan dengan ju'on ler ya...ahaks

nurdaniella berkata...

cikgu, ini satu pengajaran paling bagus untuk remaja2 perempuan.. sebagai bekalan untuk menghadapi ujian dalam hidup..

Unknown berkata...

Uji : itu yang sedang difikirkan - nak jadikan semua 'gadis2' dihadapan - dikiri dan kanan - seumpama pokok semalu....

kuat.kental.ada prinsip.ada peraturan....

semuga kita dirahmatiNya

Unknown berkata...

Mak Su

kalau anak dara tak balik dikala senja....
kenapa agaknya....
minta simpan2 segala sukusakat kita....

Unknown berkata...

Puan Nur

Saya terjumpa cerita ini dalam sebuah buku yang saya baca.Dan pastinya saya akan sebar dan kongsikan kepada ramai remaja2 perempuan lain..

dan peringat untuk orang lelaki...
jangan dekati pokok semalu....

siti_m berkata...

hebatkan macam mana apa saja yang ada di muka bumi nie hatta pokok, binatang apa-apa saja boleh dikaitkan dengan kehidupan manusia...
terima kasih jinggo sebab sering membawa cerita2 yang memberi pengajaran sebegini. moga kita sering ingat-mengingati ke arah kebaikkan.... Insyaallah

Unknown berkata...

cgu ct m

sebagaimana dikatakan - kita disini untuk diajar dan belajar : dari semua kejadian.
semuga cerita2 begini mampu menanjak kita setapak lagi kehadapan...

hari ni kita belajar benda baru...

~Insan Biasa~ berkata...

sebagaimana dahulu2, banyaknya pokok semalu.di sentuh ia kuncup.
Itulah juga senarionya zaman mak2 kita.

zaman berlalu, sekarang susah juga nak jumpa semalu. kalau ada pun, budak2 sekarang dah tak kenal semalu.
Itulah senarionya zaman sekarang,
anak remaja sekarang dah tak seperti semalu.

perlu jadi semalu... dan kenal pasti adakah ia semalu... sebab ramai tak kenal semalu.

Tanggungjawab berat tu...mendidik insan menjadi semalu. Membimbing insan mengenal semalu. Mendorong insan supaya memilih semalu.

Hermmmm...peringatan yang sgt baik untuk semua perempuan. Terima kasih dengan n3 ini.

Unknown berkata...

cgu anis

Saya berfikir : betul - dulu perempuan baik2 sebab banyak pokok semalu

Sekarang - pokok semalu dah tak ada....

kita belajar dari cerita besar tu.banyak yg tersirat daripada apa yg disuratkan......
kita kongsikan cerita pada org2 dikiri kanan kita...

sonata anak kancil berkata...

oleh kerana tak kenal pokok semalu,sebab tu bebudak remaja sekarang ramai tak reti malu...

Unknown berkata...

cgu sonata..

itu cerita yg sepatutnya kita ambil perhatian....pokok semalu sudah tdk dikenali...

jadi semuanya dah hilang malu..
untuk itu : tengok pokok semalu ingat CERITA JINGGO....he..kita ambil iktibar.

Miss Jaz berkata...

salam mr.jinggo..thanks..jue insaf...kena sentiasa perbaiki diri..kadang2 kita tidak memikirkan benda2 yg remeh,akan tetapi benda2 yg remeh itu bisa membuatkan kita membuka mata....jue akan sentiasa mengkaji dan memperbaiki diri ini...sesungguhnya diri ini terlalu banyak kekurangannya...

erisya nor berkata...

hmmm..pertama kali dengar kisah ni....kebetulan pula erisya buat tanka perkara yang sama tentang semalu.....kebetulan yang aneh! kerana tanka tu ditulis 3 tahun dahulu cuma baru tahun ni erisya publish dlm blog (dulu cuma untuk paparan blog ahli haiku sahaja)

khasyikelvin_ berkata...

semalu,
kecil dan berguna.
adakalanya kita tak seteguhnya,
sekuatnya,semalunya juga sepertinya!
bagusnya n3 neh!berguna sangat2.

Tanpa Nama berkata...

haha.. i get what u min!!!
as a conclusion, i understand that female should have HARGA DIRI>>

right???

SRISUFI berkata...

Salam hebat cikgu...

dari dulu semalu sangat sinonim dengan sri...mengingatkan kepada seseorang nun di Cairo..

seseorang itu selalu pesan...hendak menjadi bunga jadilah bunga semalu..selalu tertunduk malu bukan bermakna layu...durinya tajam berceracak membawa erti kamu wanita terpelihara...

sangat sukar untuk menjadi semalu tamsilan kendiri...namun tidak mustahil..insyaAllah

Brahim Nyior berkata...

Menarik untuk saya kongsi dengan pelajar-pelajar saya, terutama yang perempuan.

Insya-Allah,saya jadikan set induksi. Makaseh Bro Jinggo..

Marzalina berkata...

Malu...malu itu sabahagian daripada iman...kalau kita ada sifat malu, bermakna kita masih mempunyai iman. tapi malu ni banyak pengertiannyakan cikgu? zaman sekarang ni nak malu kena bertempat..tapi jgnlah sampai tak malu langsung..

Unknown berkata...

cgu miss jazz

orang yg hebat akan mempastikan hari ini mesti lebih baik dari semalam - dan pastinya kesilapan yg berlaku dan berlaku adalah KECELAKAAN yang mesti diubah...

sesama kita ambil iktibar.

Unknown berkata...

Puan Erisya

Saya ingat pokok ini : dalam dalam buku Sains UPSR ada menceritakan tengtang pokok ini.
tapi bukan pokok semalu - MIMOSA PUDICA - mungkin selepas ni ada ilmu tambahan pada budak2 tu selain dari gerakbalas tumbuhan terhadap ransangan

Unknown berkata...

sister ah lin

sebagai anak muda - ini ruang dan peluang menampil yang terbaik dalam diri sendiri.

jangan baca sahaja.
sesama kita melakukan perkara paling sukar - bertindak !

Unknown berkata...

hai rachel

semua yg cgu tulis disini - adalah apa yg kita belajar dalam kelas CB

menampilkan yg terbaik dalam diri sendiri - modul 1

Unknown berkata...

salam sri

kita terlalu banyak berkongsi - itu dan ini.rasanya ini media terbaik untuk kita.

sejauh mana kita bertindak.
yang lelaki harus tahu : pokok semalu nampak aja cantik - nak dekat...hati2
yang perempuan harus tahu : jadilah semalu...........

Unknown berkata...

yop brahim

terima kasih kerana perhatian : kalau boleh ambil gambo tampal kat bilik darjah..

khutbahkan sikit.
budak2 sekarang - dah tak tahu apa itu pokok semalu...

Unknown berkata...

Intan

pada cgu - intan adalah ' ladang ' semalu.................

kita fikir2kan.

Eco Kid Adventure on Facebook