Selasa, 27 Januari 2009

kisah seorang anak

dipetik dari buku ini

seorang anak hidup dengan kritikan
dia belajar untuk mengutuk
seorang anak hidup dengan memuji
dia belajar untuk menghargai
seorang anak hidup dalam permusuhan
dia belajar untuk berkelahi
seorang anak hidup dengan toleransi
dia belajar untuk menjadi sabar
seorang anak hidup dengan cemuhan
dia belajar untuk menjadi pemalu
seorang anak hidup dengan dorongan
dia mempelajari keyakinan
seorang anak hidup dengan rasa malu
dia hidup dengan rasa bersalah
seorang anak hidup dengan keizinan
dia belajar menyukai dirinya
seorang anak hidup dengan keadilan
dia belajar menghargai dirinya..

Mari kita cari dimana kebenaran pada cerita ini...

17 ulasan:

Tirana berkata...

seorang anak yang hidup dalam kemiskinan, dia belajar untuk bersyukur dan menghargai kesenangan...

Anak-anak akan belajar dari persekitaran. Jika dia diletakkan dalam persekitaran yang positive, insyaAllah sikap positive lah yang akan tertanam ke dalam jiwanya.

Unknown berkata...

Puan tirana :

betul tu - saya rasanya hidup dengan kemiskinan dulu sebab tu MADSUD kejayaan pada saya tidak sama dengan orang lain....

Pada orang lain mungkin KEJAYAAN diukur dari faktor fizikal : pada saya KEJAYAAN bila mana saya menyempurnakan matlamat saya....mungkin faktor masa kecil agaknya.

Tirana berkata...

Betul kata Jinggo..kejayaan yang dicapai oleh kita yang telah melalui pelbagai kesukaran di masa lalu bukan diukur secara fizikal tapi diukur dengan sikap kita.

sonata anak kancil berkata...

ada benarnya jinggo ; tapi apa yang saya dapati pengaruh rakan sebaya cukup kuat untuk anak2 belajar macam2...Ini bila saya berdepan dengan anak2 didik yang bermasalah, ibubapak tak tahu pun, bila diberitahu macam ni, macam ni...macamana makbapak tak bengang..

Unknown berkata...

Puan Tirana : ni nak kongsi : saya selalu sangat di datangi kawan2 yg buat MLM...kejayaan mesti pada kereta besar !!!!

Nak aja saya bagi tahu : saya adalam orang yg telah berjaya..saya hampir melunasi semua yg saya mahu berdasarkan komitmen.bisnes.training centre...adalah kejayaan saya.
membuat orang2 ketawa dan tersenyum adalah kejayaan saya.

akhirnya diam itu lebih baik....sebab kita yang tahu ukuran kejayaan kita...

Unknown berkata...

Cgu Sonata : Saya nak kongsikan kajian akademik mengenai pengaruh persekitaran terhadap anak2..

Sikap zahir daripada faktor persekitaran ( 70 % ) , pengalaman ( 20 % ) dan pendidikan ( 10 % )...

itu kajian dibuat : sebab itulah saya amat yakin dan percaya untuk mengubah sikap anak2 pelajar :

UBAH PERSEKITARAN.
UBAN KELAZIMAN...

Bagaimana untuk ubah !.rasanya cgu sedia maklum bahawa ini bukan kerja sehari dua....

semuga kita diberkati dan dipermudahkan segala urusan untuk mengubah....

Sulamankasihabadi berkata...

uat masa sekarang hanya mampu membaca..menghayati..n memahami...

kita yg corakkan kehidupan mereka...baik dr kita baik la jadi ye mereka...n sebalik yer...

sayangkan anak tangan2 kan sayangkan isteri tinggal2 kan.betol tak jinggo?

semoga aku n abg misai akan cepat dapat anak amin :-)(senyum penuh makna)

sonata anak kancil berkata...

walaupun saya tak baca kajian itu, apa yang cikgu jinggo catatkan, memang benar! itulah anak2 hari ni...wlpun begitu, ibubapa sepatutnya mencorakkan anak2 ke arah yang positif (tak tahu la klu sebaliknya pulak...)

Unknown berkata...

ujie

untuk pengantin baru : ini sekadar perkongsian - warna anak yang bakal dizahirkan nanti tentunya bermula dari hari pertama bergelar suami dan isteri seterusnya mak dan ayah...

sebab dunia semakin rencam : mendidik anak2 seharusnya dilihat dari sudut akademik...persoalan dikiri kanan seakan2 tidak membantu ( terkadangnya )...

semuga Ujie mampu menzahirkan yang terbaik dari benih yg tersedia baik...

Unknown berkata...

cgu sonata.

terima kasih kerana perhatian terhadap isu ini.nanti ada masa saya buat N3 persoalan ini.

ruang kita semakin sedikit : peranan kita semakin banyak diambil oleh persekitaran yg tentunya TIDAK banyak membantu...

addyaholix berkata...

seorang anak yang hidup,
dia belajar untuk mati.

Aisyahumairah berkata...

salam,
kebiasaan yang kita nampak dalam reality dalam kehidupan sekarang ni sama sahaja..walaupun ada yang hidup dalam keadaan yang dhaif pun tapi lagaknya macam org kaya..dan ada yang dhaif pun tapi bersyukur dgn apa yg ada...biasalah sifat manusia...anak-anak sekarang belajar kehidupan melalui persekitaran nya...especially dri kawan2..emmm...zaman semakin moden tapi akhlak kita semakin teruk..Dalam Islam juga terima perubahan dalam setiap aspek namun apakah kita mampu untuk merubahnya....walau setinggi mana status kita, kita adalah hak ALLAH...Bile2 masa je nikmat akan ditarik...

Unknown berkata...

seorang anak yang hidup,
dia belajar untuk mati.

addy terus berfalsafah...macamana tu agaknya.nanti saya kena rujuk kepada orang dikiri kanan yg boleh bantu...

Unknown berkata...

Sister Aisyah : berkatalah Rasullah S.A.W

kalau gunung uhud berubah , aku akan percaya , kalau si polan tu berubah , kita kena tengok dulu...

moralnya.beratnya perubahan kepada manusia. sebab fitrah kita akan menentang perubahan tersebut.kenapa ! persekitaran membentuk menjadikan apa yg kita lazim lakukan menjadi budaya seterusnya tabiat seterusnya sikap seterusnya takdir kita...

untuk itu sister aiyah : mari kita sama2 menjaga persekitaran orang dikiri kanan kita kerana....kita adalah apa yg kita fikirkan...

noriza berkata...

Bila dikenang kisah susah zaman sekolah dulu berlinangle air mata dibuatnya.Masa tu terlalu susah rasanya. Nak beli minyak motor pun tak ada duitnya.Ada yang nak tolong belikan bila lihat kita kepanasan menyorong motor...tapi buat-buat beritahu tahu ada abang dah belikan. Malu konon..Semua itu jadi kenangan yang senantiasa jadikan diri ini bersemangat untuk terus mengapai impian. Tapi tidak untuk anak-anak sekarang. Mereka semuanya senang dan semuanya dapat. Susah hati pula dibuatnya. Hanya sebagai ibu apa yang mampu saya lakukan berdoa dan memberi bimbingan sebaiknya.

Unknown berkata...

cgu ija

itulah budak sekarang.cabarannya berbeza.mendekati diaorang pun harus berbeza...

perubahan mereka berasaskan kepada ancaman dalam dan luar..
mari kita fikirkan bersama...

apa cerita kawan2 kat Bota....
...

Unknown berkata...

saudara rantong

terima kasih kerana kita berurusan.insyallah : kita akan manafaatkan..

Eco Kid Adventure on Facebook