Ahad, 11 Januari 2009

MaRAh.....

mereka memang ada hak untuk marah
Ada orang menyimpan kemarahan seperti ukiran pada batu karang yang keras.
Orang seperti ini menyimpan kemarahan di dalam hatinya dalam waktu yang lama.
Ada juga yang menyimpan kemarahan seperti tulisan pada pasir,
bedanya adalah kemarahan di dalam hatinya cepat berlalu.
Orang yang lain menyimpan kemarahan seperti tulisan air,
kemarahan hanya singgah sejenak di dalam hatinya.
Orang yang terakhir menyimpan kemarahan seperti tulisan angin,
mereka tidak membiarkan dirinya terpengaruh dengan kemarahan.
Supaya kita dapat menjadi orang yang terakhir, maka resepinya adalah kendalikan fikiran, tindakan dan kata- kata supaya kita tidak terpengaruh oleh kemarahan.
Resepi lain yang lebih praktis untuk mengendalikan kemarahan adalah yang diperkenalkan oleh Thomas Jefferson :
"Jika marah hitung sampai sepuluh sebelum melepaskan kata- kata.
Jika sangat marah hitunglah sampai seratus.
"Metode ini berguna untuk menahan kita melepaskan amarah.
Menurut Jerry L, Deffenbacher Ph. D, dosen psikologi di Colorado State University di Fort Collin, "Itu memberi Anda kesempatan untuk menenangkan diri, mempelajari segala sesuatunya, dan bereaksi secara lebih rasional. Dan Anda akan merasa mampu mengendalikan diri dengan menghentikan konfrontasi langsung."Mengendalikan rasa marah dengan baik dapat menentukan kesihatan anda lebih baik.

Kerana : kita mahluk sosial - tentunya kita ada cara tersendiri :
bagaimana untuk marah sebab dihujungnya kita mampu untuk tahu.
Bahawa MARAH adalah kemusnahan kepada segalanya..segalanya.

30 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

ada juga marah saya seperti ukiran pada batu yang keras ( kes yang memang tak boleh dimaafkan - hanya sekelumit aje ). Bukan saya penyebab marah, tapi disebabkan oleh yang kena marah...

marah lain hanyalah seperti tulisan angin...mana boleh tak marah...marah2 pun, untuk kebaikan kepada yang kena marah..

saya tak boleh jadi seperti Thomas Jefferson! he he he....jangan marah...buat bersabar..

erisya nor berkata...

Erisya luahkan rasa marah pada kertas :). Rasulullah saw pun pesan, jika rasa marah ketika berdiri...hendaklah duduk. Jika masih marah, ambillah wudhuk. Jika di tempat kerja, erisya lebih suka ambil pendekatan terakhir tuh...keluar dari suasana yang hangat. Takut mmeberi komen berdasarkan emosi bukan kebenaran....nak pula jika banyak provokasi! bagaimanapun, erisya lebih suka dimarahi boss secara lisan daripada dia marah melalui markah prestasi!

Tirana berkata...

Jinggo...

Marah ini sebenarnya perasaan, anugerah dari Allah kepada setiap insan. Setiap orang mempunyai perasaan marah ini. Marah boleh jadi positif jika kena pada tempat, masa dan caranya. Ada perkara-perkara yang memerlukan kita untuk rasa marah. Sebaliknya marah boleh jadi negatif jika tidak kena pada tempat, masa dan caranya.

Jadi kita perlu belajar cara untuk marah dan cara mengawal kemarahan jika ada orang lain yang membuatkan kita marah. This is what we called EQ. Dan kita sebagai orang Islam, sungguh beruntung kerana kita ada contoh terbaik iaitu Nabi Muhammad saw. Dalam kitab2 seerah banyak menceritakan bagaimana Nabi kita memarahi seseorang dan bagaimana baginda mengawal kemarahannya.

SITI KHADIJAH berkata...

memang betul marah adalah punca kemusnahan seseorang insan..
ramai orang dalam dunia ini hanya tahu marah-(kadangkala tanpa sebab) daripada belajar untuk mengawalnya.kata rasulullah s.a.w org yang hebat adalah mereka yg mampu mengawal rasa marah mereka..
fikir2 kanlah.

Unknown berkata...

sdr. jinggo,

Kalau marah, biasanya saya akan jauhkan diri dari kelompok. Kalau kat rumah pun saya akan keluar main domino. Itulah cara saya menguruskan kemarahan.

Kata-kata "Kemarahan akan memakan dirimu" saya akan ingat bila saya marah.

Tapi percayakah sdr.,

Ada marah yang perlu dipadamkan dan ada juga marah yang perlu dipertahankan!

Unknown berkata...

Puan : secara praktikal saya jenis pemarah jenis no 3. tapi sakit kalau marah sejenis tu....

Sebab saya ada baca buku lain : biasanya orang marah no 3 ni PENDENDAM....memang dia tak marah tapi tindakan seterusnya....

Masyaallah : semuga hari2 seterusnya biarlah saya dan kita maafkan saya semuanya orang2 yg nak marah...he...he....

Unknown berkata...

Puan Erisya : saya juga nak kongsikan kenapa kalau marah kena BILANG...sebab dikatakan masa marah gelombang kita LAJU ( dalam bentuk DELTA - kalau tdk salah ) - masa gelombang begini ; semuanya yg kita buat berdasarkan LOGIK semata.

Duduk.Diam.Redakan gelombang otak.Dengan cara masukkan oksigen....kita biasa tgk orang dulu akan menyinsing tangan sambil menarik nafaskan....

Gelombang Alpha - bermula dengan diam.untuk itu kita diam ajalah untuk semua keadaan...mungkin itu yg terbaik...

Apa yg berlaku di Palestin : gelombang apa pulak agaknya.....

Unknown berkata...

Puan Tirana : Semakin menarik komen - butiran marah datang dari minda kita , tentunya minda kita terdidik dari QALBU kita.

Saya percaya kepada EQ + ESQ.Yang bab ini kesukaran yg amat sangat untuk kita patuhi.

Kat TV3 ( maaf ) hari2 berita buat kita marah.bengang dan bebal.tindakan kita....kalau kita sama marah + bengang dan bebal = kita bangang agaknya ( maaf ).

Sebab tempoh 2 minggu terakhirnya saya tak mahu tgk orang macam tu.

Kat Palestin orang ada org marah.
Kat Kuala Terengganu ada orang marah.
Kat Parlimen lagi banyak orang marah......

Tapi perlu ke marah.Perlu pada keperluannya.

Unknown berkata...

Khaty : cgu tahu kathy kadang2 ada sikit2 dulu macam tu...dan khaty semua orang yg komen disini.hebat atas kapasiti masing2.
..ini ruang terbaik kahty untuk berkongsi dan belajar.....

Apa2 pun cgu bangga dengan khaty.amat bangga.semuga ini ruang dan peluang khaty untuk menjadi lebih baik dari semalam.....

Unknown berkata...

Tuan.

Ada marah yang perlu dipadamkan dan ada juga marah yang perlu dipertahankan!....saya petik kata2 TUAN.

Menarik untuk dilebarkan kefahaman.Saya akan gunakan AYAT tu.terima kasih.

Brahim Nyior berkata...

Marah ni sifat semula jadi manusia. Kalau ada orang ketuk kepala kita, sampai dua tiga kali dan kita masih boleh sengihhhhhhhh, memang tahap sabo..

Unknown berkata...

Yop Brahim..selamat kembali ke dunia maya....

kalau dah dua tiga kali kena marah: pelangkong aja.....itu cerita lama kut.cerita hari ni sedayanya.saborkan orang yg nak marah kita tu..kalau boleh !

kalau dah macam Israel tu apa tindakan kita yop.kekiri kena ke kanan pun kena......nak marah pun tak guna.

my name is Ain berkata...

saya rs sy jenis yg pertama..suka simpan..

Dearie Pearls berkata...

"Org yg mmebuat anda marah menguasai anda.."

tak nak di kuasai oleh org yg ntah pe2 ntah.
kalau LOL mrh, better diam, bc buku or makan.. kalau dah mrh tahap maxima, sob sob.. lemah tul..

Unknown berkata...

Ain : selamat untuk hari ini.Marah yang suka simpan....itu diakhirnya akan jadi dendam ( betul ke )....
...macam tu ye..

Rasanya begini.Marah dan suka simpan lebih kurang macam tak reti nak marah @ takut nak marah @ nak jaga hati orang......akhirnya QALBU kita yg akan bengkak kan ( sbb saya pun macam tu ).

Hari ini mari kita belajar bagaimana untuk menyatakan sedkit yg kita MARAH.....tapi dihujungnya tidak membubarkan persahabatan.Aku Menang - Kamu Menang.

Unknown berkata...

"Org yg mmebuat anda marah menguasai anda.."....

Secara trasional begitu dan mungkin begini.

orang marah akan meninggikan suara
orang marah akan membesarkan mata..
orang marah akan bercakap laju
orang marah akan SEWEL sementera...

Dia akan menguasai kita.Untuk itu.Diam.Biarkan dia yang menguasai diri sendiri.....he...biar dia marah dengan dinding !

Mak Su berkata...

marah itu dendam yang berwarna merah dan hitam :(

Unknown berkata...

Mak Su - marah itu merah.hitam tu tak tahu pulak....apa2 pun jangan marah...sebab 'mak2 ni ' selalu akan mulakan pagi dengan marah....

marah anak lambat bangun.
marah ayah......
marah anak terhegeh2 nak pakai baju
marah anak terhegeh2 sarapan
marah anak.....pencil hilang lagi.
marah anak.....botal air hilang...

Moral.Jangan mulakan pagi dengan marah.....KUASA TARIKAN menyatakan macam2 perkara negetif akan berlaku...

noriza berkata...

Assaalamualaikum, Jangan marah kata saya tau. Saya masih disini.

Sulamankasihabadi berkata...

salam jinggo..marah ni ada mcm2 ragam...

selalu ye mak marahkan anak2 sbb sayang...

tp kalau marah dan trus ke arah dendam alamat yer binasa...

semua yer bermula dr MARAH..mmg lumrah yer begitu.sebaik mana pon seseorang akn ada 'MARAH' dalam diri masing2..sbb tu kita diberikan akal untuk pikirkn yg mana baik n buruk..kecuali org yang tak berakal..

khasyikelvin_ berkata...

Alhamdulillah, ilmu yang berguna...

Unknown berkata...

cgu noliza : saya mudah aja.kalau saya diam.bermakna saya marah kut.....lebih baik dari berPERANG....sebab kalau berPERANG dihujungnya ada kalah - menang.....

kalau diam - masih bolh kawan - dah dah ada gencatan senjata

Unknown berkata...

G - marah tu fitrah kan.tak normal kalau tak ada marah.cuma saluran tu aja yg mungkin berbeza...

Yang logiknya : marah tu adalah API.Api biasanya panas.tapi kalau tak ada api macamana nak masak.hisap rokok....he....he....jadi marah tu biar bertempat....

Unknown berkata...

ah lin....ilmu yang dikongsikan semuga menjadi iktibar pada kita semua....

Mak Su berkata...

hihihi, dun worry jinggo, saya adalah seorang mak yg sangat plain dan sporting tak hengat, adakalanya saya langsung malas nak bersuara ;p

ramai orang kata saya sangt berlemah lembut ngan anak2, patutler anak2 saya suka buli saya, huwaaaa (sedih pulok)

Marzalina berkata...

intan kalau marah selalunya diam...bila diam dan tak bercakap tu maksudnya intan marah...kalau kemarahan tu nak meledakk...contohnya kalau nak marah kat orang lain..intan akan cepat pitam..so kalau dah rasa nak pitam..mestilah susah nak marah kan..hmmm...camtulah...buat masa ni syukur sangat sebab rasa marah itu masih dapat dikawal supaya tidak meledak...

Unknown berkata...

mak su : yeke....dulu - jangan gelak : saya selalu kena buli dengan TOT !!!!...( nama dirahsiakan ) : suka marah.pagi marah.tengahari marah.malam marah...tak marah bila hari gaji aja kut...

hujungnya.....kita layan ajalah apa yg berlalu...untuk tu tok sah marah2.

Unknown berkata...

Intan : kalau mengantuk baik marah orang.mesti tak mengantuk.

tok sahlah hang terlibat dlm aktiviti macam tu....nanti laki lari malam...memang tention berurusan dengan orang2 yg suka marah ni.......eeeee ngerinya.macam Saddam HUssein !.

Moral : mengantukkan : Pi marah kat kucing ka....

Mak Su berkata...

oh ya ker? hahahaha, nasib lah badan...ahaks, layanzzz

neutralnya saya tak marah, saya ni macam pasir or air kot, saya cuma marah bila orang meluahkan marah mereka kepada saya, dan warna muka dan mata mereka menjadi hitam dan merah kerana pengaruh syaithon di belakang tengkuk mereka, oops!

Unknown berkata...

Dah malam : kita tutup cerita marah...he....moral : jangan marah...semuga semuga hari ini kita lebih baik dari semalam

Eco Kid Adventure on Facebook