Selasa, 6 Januari 2009

Masih Pasal Sekolah.

Pengalaman pekana teh tarik bersama sekumpulan kawan2 di satu sudut
kami bincang dan hasilnya inilah.
Ini cerita kita : dan pandangan ini adalah PANDANGAN SAYA.....
Kita semakin risau dengan apa yang berlaku , dan apa yang terus berlaku.Bila semua sistem menjadikan A itu segalanya.Dan orang yg COROT seharusnya terus diletakkan dibelakang....
Kepada Cgu2 : ini mungkin sekadar pengalaman.
Kerana cgu2 ( bukan malaikat ) ada ketikanya mungkin masih meletakkan LABEL pada anak2 murid.Yang A sepatutnya diajar oleh cgu2 begini. Yang COROT tak apa lah...bagilah cgu ni....( tentunya kadang2 cgu yang paling sibuk : dengan dialah SU Sukan.Su PIBG.Taukeh Pusat Tution...Lagi pun budak2 kelas COROT. Dan seterusnya begitulah. Sudahlah anak2 ini di LABELkan di kelas : cgu yg masuk pun di LABEL kan juga....
Guru Besar @ Pengetua : sendiri memberi BAHASA BADAN lain kepada murid A dan murid COROT dan cgu A dan cgu COROT....dan kepada MakAyah murid A dan MakAyah murid COROT.
Kepada MAKAYAH : ini sekadar pandangan yang saya NAMPAK.MakAyah murid A hanya duduk dan berbual dengan MakAyah murid A..dalam satu taklimat besar diperhatikan begitu.Ada seorang MakAyah.Duduk berbual pasal berapa A anak dia dapat.MakAyah yang tak dapat A terpinggir ( tak diajak berbual )bila MakAyah sendiri menjadi sistem sosial begitu.
MakAyah kelas COROT terus diam. Dan terpinggir terus dan terus......
Ini sistem yang sudah melebar dan merebak.Bila MakAyah sendiri menjadikan sistem ini seakan tidak ada ruang untuk penambaikan.
Setiap LABEL akan membentuk satu SISTEM KEPERCAYAAN yang akan install dalam MINDA DIBAWAH SEDAR.Murid COROT akan terus COROT bila kita menjadikan dia COROT. Sebab dia PERCAYA dan seterusnya membentuk SISTEM KEPERCAYAAN yang aku COROT.
Sistem Kepercayaan ini akan terus di kukuh lagi dengan sistem yang sedia ada dan ketidaksedian kita merobohkan sistem itu.
Pandangan Jinggo : Saya yakin dan percaya cgu2 yang bersama saya disini : mungkin diluar sana.Faham.Bahawa A bukan lagi segalanya :
ITU YANG SISTEM KITA MAHU JINGGO.

26 ulasan:

my name is Ain berkata...

saya jwb kat sinilah..
erm, layout tu sy tak buat sndiri tp just amek kt internet je..xbkesemptn nk buat sndri..lg2 kena belajar coding2 segala..nnt juling mata jadinya..
saya cadangkan lawat di di sini
http://freelayouts.com/blogs,
http://www.smashingmagazine.com/2008/12/01/100-free-high-quality-xhtmlcss-templates/,
http://freeskins.blogspot.com/..
kena try and error la..
selamat mencuba..

addyaholix berkata...

itu silapnya kita. terus-terusan melabel manusia kerana keupayaan kendiri yang berbeza. sampai kadang-kadang perbezaan tu buat sebahagian dari kita rasa tersisih.

Unknown berkata...

ok terima kasih ain.nanti saya akan tukar...saya dah tgk semalam : ada beberapa layout yang saya pekenan....

pasal N3 saya.apa komen.
saya adalah murid dari kelas COROT dulu.Tapi hari ini rasanya dah lain kut....sebab kita tidak diajar berdasarkan potensi agaknya.

Unknown berkata...

Addy : saya tidak salahkan apa yg berlaku di sekolah.sistem masyarakat sendiri.MakAyah membuat klik2 sendiri.Itu ok : bila berbincangan menjurus kepada penambaikan anak2..

tapi sistem sosial itu sendiri dah berubah.Bila ( kadang2 ) idea MakAyah anak COROT ini kadang2 disisih...dan sistem itu terus membiak.

addyaholix berkata...

itu yang perlu kita ubah en jinggo.

saya bukan dari kelas COROT dulu. saya juga bukan budak-budak A. saya letak diri saya dalam lingkungan budak TENGAH. sebab saya rasa dalam sesetengah perkara saya masih lagi COROT. tapi saya juga "bijak" dalam sesetengah hal.

saya lebih suka anggap diri saya COROT sebab bila berkeadaan macam tu baru saya cuba untuk perbaiki diri supaya bergerak kearah budak-budak A.

erisya nor berkata...

tuan J....ingatkan masalah label tidak berlaku lagi di sekolah....:(

my name is Ain berkata...

sori..terlupe nak komen pasal n3..nnt boleh jadi 1 n3 pulak kalau saya komen sekali gus.

naseb saya tidak berpengalaman macam tu. sbb sy bsekolah rndah di kmpg dgn msyrkt yg sikit. setiap darjah cuma ada 1 kelas. jadi 1 sekolah cuma ada 6 kelas shj. tak ada perbezaan kelas pelajar pandai atau kelas pelajar corot.

di sekolah menengah pula, saya ditempatkan di sekolah berasrama penuh. Jadi sudah tentu semua pelajarnya adalah yg cemerlang (bukan nk puji diri sndiri) hihi. cikgu-cikgu semua baik, tiada berat sebelah, malah memberikan tumpuan yg lebih kepada pelajar yg digolongkan dlm kelompok 'lemah'. tu yg membuatkan saya bangga menjadi anak didik guru-guru Sekolah Tun Fatimah.

azlanlin berkata...

Perubahan takkan berlaku selagi konsep homofili masih bermain di minda bawah sedar setiap insan. Keseragaman lorong dan laluan kehidupan yang membentuk sebegitu..

Dalam perbezaan, ada persamaan dan dalam persamaan ada perbezaan. bagaimana cara menyamaratakan persamaan dan perbezaan itu ke satu arah... MATLAMAT HIDUP!

Pastinya Eco-Kids boleh memainkan peranan sebaik mungkin...

tak gitu Mr Jinggo?

SRISUFI berkata...

salam selasa cikgu....

huurrrmmm....

sri juga pernah dikelaskan oleh individu 'mcm perfect' tu dlm kelas2 tertentu...

macam2 jer

Unknown berkata...

Addy sekali lagi : saya dari kelas COROT semasa sekolah menengah.Tapi kelas A masa di sekolah rendah....

akhirnya : budak2 kelas Corot ni perlu TENAGA lain untuk naik keatas.Label yg mereka budak corot itu kena di ubah dahulu...

Contoh pada saya : susah menjadi orang2 corot ni.

cgu tak nampak.
awek cun kat sekolah tak nampak...
yang selalu nampak adalah cgu dsiplin...

bila keluar sekolah : masuk kolej : sistem seakan berubah.dan berubaha terus berlaku dan berlaku...bermulakan dengan LABEL...potensi saya dimatikan semasa dikelas COROT.

Unknown berkata...

Puan Erisya : saya rasa dikalangan GURU2 tdk lagi kut.tapi dikalangan PARENT label masih menebal...

sampai nak berkawan pun : berapa A ko ada nak kawan dengan anak aku....

terutamanya dikalangan masyarakat marhein...( bukit beruntung )

Unknown berkata...

Ain : saya pernah buat Program SM Tun Fatimah dulu kat hutan bandar JB.

Komen2 diatas pengalaman saya.sekolah rendah sebab makayah dekat.Sekolah Menengah ( masuk asrama penuh ) : mula duduk kelas COROT dikalangan budak A+++++.

Tapi hakikatnya macam saya tulis diatas.Kita tidak menjadi ORANG bukan disebabkan kita bukan ORANG tapi label demi label......

Unknown berkata...

Cgu azlan ( semakin dasyat bahasa yg di gunakan ) : Saya melihat ke arah itu cgu : Setiap orang dizahirkan dengan potensi yang berbeza...

Setiap orang mampu untuk naik keatas : tetapi terkadangnya sistem seakan MEMBANTUT potensi yang ada...

Insyallah Eco Kid bergerak kearah menilai nasib orang berdasarkan potensi....

Unknown berkata...

Sri : sekarang dah jadi Kaunselor - cerita ini harus dijadikan perbandingan.Setiap orang ada potensinya tersendiri....

Jangan label....

Mak Su berkata...

saya pun selalu sangat nampak banyak kekurangan pada diri saya, dan saya pun selalu malu nak campur dengan orang yang hebat-hebat, di mesyuarat PIBG, selalu dok kat belakang, or kat tepi-tepi lorong, or kat depan-depan (suka datang lambat, padan muka saya), dan saya hanya bercakap-cakap dengan fellow ibubapa yang saya kenal jer... :(

(shy-shy cat)

Unknown berkata...

Kesian Mak Su....tak apalah.duduk kat belakang sebab semasa mesyuarat PIBG...sebab ramai yang semakin menjadikan PIBG batu loncatan untuk menang Ketua Cawangan...betul tak mak su...

addyaholix berkata...

ya. bila masuk kolej rasanya sistem budak COROT tak wujud. entahlah. tapi kolej saya istilah COROT langsung hilang. sebab semua sama.

semua atas usaha sendiri. dan masa ni memang saya betul-betul usaha untuk lari dari imej budak COROT yang pernah saya bawak satu masa dulu.
dan alhamdulillah usaha saya tak sia-sia.

tapi saya tak jadi budak A, saya cuma mampu pegang title budak TENGAH.

ONE ZABA berkata...

Kalau udah kecemerlangan sesebuah sekolah itu diukur melalui pencapaian peperiksaan, itu lah akibatnya. makayah pun begitu jugak. Bukannya nak nilai kemampuan anak, kerna tidak semua org dilahirkan dgn otak "A".

Mak Su berkata...

hahhaa, oh... betul gaks tu, naifnya saya, tak nampak plaks tentang peluang tu. kalau macam tu, lepas ni saya nak masuk kerusi ler. oops!

azlanlin berkata...

Setiap orang mampu untuk naik ke atas : tetapi terkadangnya sistem seakan MEMBANTUT potensi yang ada...

>> Kekuatan EQ memainkan peranan besar dalam 'menaikkan' seseorang ke atas. Kita terbiasa dengan pemikiran sistem MEMBANTUTKAN potensi yang ada...kan?

Mengapa tidak, kita berfikiran TERBALIK (REVERSE THINKING) dengan keadaan potensi individu yang membantutkan SISTEM yang menghalang... bukankah begitu yang benar-benar menguji kemampuan potensi?

(Adakah dengan cara berfikir seperti itu kita DILABELKAN sebagai...terkeluar sistem?)
>> Seumpama dalam RISIKO ADA PELUANG...

Apa pandangan Mr Jinggo?

azlanlin berkata...

Sorry, pembetulan:

Potensi individu yang mampu melangkau SISTEM yang menghalang...

Unknown berkata...

Dari budak A.Tengah dan corot.kita sama sahaja.sistem kepercayaan mengubah pandangan kita bagaimana untuk berjaya.

Untuk budak A : dapat A sebab usaha
Untuk budak TGH : sebab usaha
Untuk budak Corot : sebab usaha...

itu hanya sekadar abjad2 sahaja kan....hari saya dah merasa jadi semuanya sekali...

Unknown berkata...

Akhirnya Cgu OneZaba menulis : takut juga cgu2 marah dengan N3 saya ni...

sebab cgu juga seorang ayah
seorang ayah belum tentu cgu....

kita IKUT berdasarkan sistem kan..yang lain2 biarlah MakAyah tambah...betul tak cgu !

Unknown berkata...

Mak Su betul tak....Pengerusi PIBG mesti merangkap Ketua Cawangan apa2lah....bosannya.jadi dewan sekolah jadi dewan untuk agenda cawanngan.SU PIBG pun kadang2 SU cawangan....

Sebab itulah cgu2 semuanya : kenapa setengah2 MakAyah malas nak join aktiviti PIBG....ini sekadar pandangan....

Unknown berkata...

Cgu Azlan : Budak David Bekam tu dikatakan mula sepak bola dikala umur 7 tahun.Bill Gate keluar sekolah dikala unmur 13 tahun.berjaya pun.
Taukeh ( Arwah ) NAZA Motor hanya sekolah setakad tingkat 5
Taukeh Yayasan Bukhari hanya setakad tingkat 5.

Kesimpulan dihujung : A bukan segala tetapi SIAPA yang mahu mencungkil potensi.Adakah sistem @ MakAyah.....atau potensi itu berkarat terus....

Unknown berkata...

Cgu Azlan : Budak David Bekam tu dikatakan mula sepak bola dikala umur 7 tahun.Bill Gate keluar sekolah dikala unmur 13 tahun.berjaya pun.
Taukeh ( Arwah ) NAZA Motor hanya sekolah setakad tingkat 5
Taukeh Yayasan Bukhari hanya setakad tingkat 5.

Kesimpulan dihujung : A bukan segala tetapi SIAPA yang mahu mencungkil potensi.Adakah sistem @ MakAyah.....atau potensi itu berkarat terus....

Eco Kid Adventure on Facebook