Jumaat, 23 Januari 2009

Jangan Sombong


Seekor anak anjing yang kecil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya.
Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya.
Kata kuda itu : “Kamu pasti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui kalau pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya, sebab saya bisa mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.
Anjing itu menundukkan kepalanya dan pergi, lalu dia mendengar seekor sapi di kandang sebelah berkata : “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab nyonya di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemoh.
Teriak seekor domba : “Hai sapi, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya, saya memberi mantel bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”
Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam percakapan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, kucing bangga bagaimana dia telah mengenyahkan tikus-tikus pengerat dari ladang itu. Semua binatang sepakat kalau si anjing kecil itu adalah mahluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.
Kecewa oleh kecaman binatang-binatang lain, anjing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya, sedih rasanya sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan lagi…..
Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut,
“Saya tidak dapat memberikan pelayanan kepada keluarga disini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna disini.”
Kata anjing tua itu : “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati, kamu tidak bisa memberikan telur, susu ataupun bulu, tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak bisa kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk membawa kegembiraan. ”
Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan tampak amat letih kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, anjing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan anjing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.
Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, serta berkata : “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi senang, bila kau menyambutku semesra ini, kamu sungguh yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini, kecil kecil kamu telah mengerti ertinya kasih……. ..”
Jangan sedih kerana kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kamu dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya. …
Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan.
Moral dari Jinggo : itu cerita yang mungkin biasa kita lihat dan zahir didepan mata.Sombong dengan kelebihan yang diberi dan ada satu sudut ada diantara kita menyalah diri : kerana ketidakmampuan untuk menjadi macam orang lain.
kenapa mesti menjadi macam orang lain.
keharusan kita yakin : setiap kita dizahirkan dengan potensi yang berbeza - cuma terkadangnya label demi label dari persekitaran menjadikan kita hilang ' kewarasan sementara ' - kita tidak suka diri sendiri.
walaupun jauhnya : kita ada manusia terhebat dengan potensi yang kita ada.

20 ulasan:

nurdaniella berkata...

cikgu, saya selalu terapkan dalam diri, bila kita susah, ada yang lebih susah dari kita.. andai kita rasa kita bijak, ada yang lebih bijak dari kita.. andai kita rasa kita cantik, ada yang lebih cantik dari kita.. pastinya ada 'yang lebih' dari segala2 nya..

Unknown berkata...

Nur.

menarik pandangan tu.tapi itu mungkin juga pandangan yg lain.tapi itu mungkin pandangan dikala kita WARAS...

dikala emosi kita betul

tapi bagaimana kalau dicabut sekejap kewarasan dan emosi digodak...kadang2 terkeluar juga kesombongan diri....

Peruntung seandainya kita terus dibekalkan ketetapan - kesedaran diri.kita lebih ada orang lain lagi lebih....

semuga hari2 seterusnya kita diberkatiNya.

Marzalina berkata...

Terima kasih atas motivasi pagi yg sungguh baik sekali.

azlanlin berkata...

Kewarasan minda dan emosi sering menjengah jendela hati manusia. Adakala naik dan turun. Progres saham umpamanya. Itu biasa bagi manusia normal.

Watak dan perwatakan yang diceriterakan oleh Tuan Jinggo adalah watak dan perwatakan dalam kehidupan sekeliling kita. Biasanya 'kita' akan terpengaruh dengan 'kekuatan' orang lain walhal..kita mmg tiada kekuatan itu. Tentunya kita akan hadapi tekanan perasaan.

Kekadang, kita sendiri lupa dan tidak tahu kekuatan kita sendiri!!

Watak dan perwatakan:

~selain watak anjing dlm cerita itu:
>> mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Mampu menganalisis kekuatan diri sendiri dlm mengharungi kelompok watak di sekeliling.

~ watak anjing:
>> memiliki keyakinan diri yang rendah. Tidak mengetahui dan kenalpasti kekuatan diri sendiri. Mudah menerima provokasi oleh watak di sekelilingya.

>> Jadilah TUAN pada MINDA & DIRI SENDIRI : Motto Warna-warni Kehidupan http://azlanlin.blogspot.com

Mak Su berkata...

(terharu) biarlah saya kekal begini, berselindung di sebalik topeng

Sulamankasihabadi berkata...

pe yang kita ada bila2 boleh ditarik nikmat yer.Sbb Allah tu sentiasa menguji..kita kena jadi org yg sedar diri.kelebihan yang kita ada tu la utuk kita kongsi dgn org lain...

sombong,kedekut,bangga diri,semua tu penyakit yg akn memakan diri kita sendiri.

jinggo,klu kita x sombong semua sayang pada kita tau :-)

Tirana berkata...

Ibarat satu bangunan yang terdiri dari susunan batu bata dan tiang-tiang sokongan. Andaikata terkurang satu bata atau tiang sokongan, maka terloponglah bangunan itu dan mungkin juga kestabilan bangunan itu akan tergugat. Kita adalah di antara batu bata dan tiang sokongan itu..


Allah menjadikan manusia dengan keistimewaan yang berbeza-beza supaya dapat membentuk satu masyarakat yang sempurna. Kita hanya perlu menjadi diri kita dengan keistimewaan yang tersendiri agar boleh menyumbang ke arah mengujudkan masyarakat yang sempurna itu. Jadi tidak perlu gelisah andaikata kita dapat menjadi seperti orang lain kerana kita juga ada peranan mengikut kemampuan kita dan tidak perlu juga sombong dengan keistimewaan kita kerana keistimewaan itu tidak akan menyumbang apa2 tanpa sokongan dari orang lain. In other words..We are compliment to each other...

Mulai hari ini...tugas yang penting ialah selami diri sendiri dan cari keistimewaan itu serta gunakan ia ke arah kebaikan.

Unknown berkata...

Intan Mazlina.

kena ingat : tak bagai gabra sangat ( rendah diri ) jangan duduk sebelah orang hebat.

duduk sebelah orang ( kurang hebat )....

kita akan jadi hebat : tapi pastinya semua org hebat...

Unknown berkata...

cgu azlan :

sori tak dappat join makan2 malam tadi....

mengenai cerita angjin tu.itu cerita kita kadang2 terasanya kecilnya dunia berdasarkan CAKAP2...HEBATnya dia tu @ ada orang yg menjadikan kita SEMAKIN kecil...

pada hal mungkin ada potensi yg kecilnya kita lebih bagus dari besarnya orang lain....

moralnya : be yourseft

Unknown berkata...

Mak Su : dah kembali...

madsudnya - jadilah mak su.tulis pendek.dan bertopeng....

banyak kiasanya...

Unknown berkata...

Puan Tirana

Kerana kita mahluk sosial terkadangnya dihentikan sementara kewarasan gamaknya...lupa yang kita ada potensi sendiri.

cakap2 org lain kita jadi kepercayaan : dan seterusnya itulah kita : tak bagus sebab orang kata tidak bagus !!!

nak mempastikan kewarasan tidak dihentikan sementara adalh kerja QALBU yg sentiasa membisikkan itu dan ini...

saya : kena pujuk diri selalu dan sentiasa.aku hebat !!!

Unknown berkata...

jinggo,klu kita x sombong semua sayang pada kita tau :-)

uji : kalau kita tak sombong jangan harap PAS nak menang kut kat Terangganu.Dan jangan harap PKR nak memerintah Selangor.

Sombong dengan kuasa sementara.

Pengajaran untuk kita jangan sombong....

nurdaniella berkata...

cikgu, manusia ni mudah lupa.. di saat kita di bawah, mungkin kita tidak pernah terfikir untuk sombong.. tapi, kita tak dapat mengagak apa yang akan terjadi pada kita andainya kita berada di atas.. cuma, saat itu, prinsip yang kita pegang amatlah penting untuk menjadi benteng..

Miss Jaz berkata...

salam skang saya bangga dengan diri saya..bukan belagak,tapi saya harus menghargai diri sendiri.saya yakin apa yang tuhan berikan perlu digunakan sepenuhnya..tak perlu jadi orang lain,akan tetapi asah diri,untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik...now..saya yakin saya perlu memulakan apa yg terpendam dalam hati!!thanks atas artikel ini....thanks mr jinggo...

Unknown berkata...

Puan Nur

itu cerita orang yg sombong : kerana kita kadang2 alpa - minta2 dijauhkan sifat2 macam tu....

Unknown berkata...

cgu jazz...

untuk naik ketas , mesti didahului dengan bangga dengan diri sendiri.

kita memang bagus untuk menang.
tapi masyarsakat kita kadang2 tidak membenarkan kita menzahirkan melalui kata2.

terbaiknya kita bertindak.
dan saya tahu kemampuan cgu....jadi diri sendiri.

SRISUFI berkata...

salam bahagia cikgu...

nauzubillah..
minta2 dijauhkan dari sifat sombong apatah lagi riak dan kufur nikmat yg diberi percuma .sekelip mata jua Dia boleh menarik kembali nikmat tersebut.


benar kata mak:
kenali darimana asal usulmu...akan kau tahu haluan mana harus kau tuju..



cintailah personaliti kita..walau siapapun ia..kerana kita hanyalah hamba biasa-biasa sahaja yang ingin menjadi luar biasa hebat....MESKIPUN KITA TIDAK PERNAH TERMAMPU...


wslm

siti_m berkata...

tapi masalahnya bila seseorang itu berkuasa sifat sombong akan menjadi tabiat dan cara mereka. sedangkan kalau mereka merendah diri mereka akan lebih dihormati. moga dijauhkan olehNya sifat sombong dan bongkak dari kita semua

Unknown berkata...

Itulah Sri : semuanya diantara kita minta 2 dijauhkan sifat2 umat-umatNya yg diperuntukkan kecelakaaan.

Sombong dengan nikmat yg dipinjamkan. Saya selalu ingatkan pada diri - agar menggunakan nikmat sementara untuk dilebarkan pada orang lain sementara ada kesempatan.

Unknown berkata...

Kerana kesombongan orang yg memegang kuasa lah gamaknya Kuala Terengganu kalah kut...

Dah banyak sangat bukti2 kemurkaan dan kejatuhan orang2 yg diatas disebabkan sombong....

Eco Kid Adventure on Facebook