Jumaat, 30 Januari 2009

TEH TARIK MEE CELUP

sesekali tengok anak2 kat sekolah
Duduk sembang2 dengan beberapa tokoh besar kepimpinan Bukit Beruntung.
Cgu Nasa ( calun ADUN Batang Kali - Ketua Penerangan PKR Selangor ) Cgu Anuar ( pegawai khas Dato' Zainal Sakom dulu ) , mat rahat ( SU PKR Hulu Selangor ) dan cgu harun ( he....) sambil pekena teh tarik dan mee celup kami rewang2 sembang -
sehinggalah ke topik yg seronok mahu dikongsikan.
Tiga dari kami bukan cgu sekolah - tapi dimata orang di sini - kami adalah cgu :
kerana kerja dalm bidang pendidikan.
PERSOALAN : ADAKAH PENDIDIKAN ITU MILIK CGU2 DISEKOLAH SAHAJA
itu merupakan satu pandangan yang agak ketinggalan pada zaman ini.kalau dulu mungkin kita akui betul.bukan hari ini.dengan kerencaman persekitaran hari ini dunia pendidikan adalah milik semua orang.
semua orang harus menjadi guru - ruang sudah terbuka.
persoalaan demi persoalan berangkai - masalah sosial.disiplin.kurang motivasi.tidak ada jatidiri - adakah itu semuanya milik cgu2 disekolah.adakan disekolah penyudahnya...
itu cerita lama bila semuanya menhala ke sekolah.
APA PERANAN YB.PERANAN KERAJAN MEMERINTAH.PERANAN IBUBAPA.
PERANAN MASYARAKAT
dunia sudah berubah - pendekatan harus seiring dengan perubahan.
ancaman dalam dan luar tidak seharusnya dilihat sekadar apa yg kita nampak.
Perbualan untuk seterusnya : panas sepanas teh tarik yang datang dan datang..
taukeh kedai belanja.
Kesimpuan untuk YB : kita berada dalam satu tahab sosial yang memerlukan kita kerja kuat.ramai diantara kita hanya orang2 biasa.kerja biasa2.pendapatan biasa2 dan seterusnya YB harus simpulkan pandangan kawan2 kita juga berbeza.
dan mungkin kita juga masih mendapat guru - guru yang biasa2 ( maaf ) :
Akhirnya saya dan kami menanti KOMITMEN dan PERANAN orang yg berkuasa !!

12 ulasan:

Tirana berkata...

..while every teacher is not a parent, every parent is a teacher...

Semua orang sebenarnya memang jadi pendidik samada dia sedar atau tidak.Jika dia sedar dia adalah seorang pendidik, maka ia akan memainkan peranan secara positif, jika dia tidak sedar, dia akan memainkan peranannya secara negatif.

Kadang2 kita kena jolok orang2 yang berkuasa ni supaya mereka mainkan peranan sebab kadang2 mereka terlalu sibuk berpolitik sampai terlupa hal-hal pendidikan dan yang berkait dengan masalah remaja hari ini.

Unknown berkata...

Puan Tirana

sistem kepercayaan lama : pendidikan tu hak cgu kat sekolah -macam kami parent di Al Amin -peranan parent melebihi mualim kat sekolah...

saya tgk di Al Amin Keramat - semua parent yg buat.persedian sukan.siapkan padang : ruang itu ada rasanya tapi keadan belum membenarnya....kat library ada mak2 yg susunkan buku...

ini sekadar perkongsian.

erisya nor berkata...

tuan J...erisya pun keliru bila ada yang membahasakan cikgu kepada tuan J...

tapi yang bagusnya gelaran cikgu ni...ianya kekal hingga ke mati. panggilan boss, puan dsbnya biasanya hilang bila masuk ke zon bersara.

jane berkata...

salam cikgu,

betul tu. anak2 kita bukan hanya belajar di sekolah. kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari. mak bapak pulak kencing cemana ? jangan serah semuanya pada guru. setiap orang adalah pendidik...arahnya saja yg menentukan sama ada +ve atau sebaliknya.

biasanya kalo tukar yg berkuasa, bertukar lah pulak kaedah perlaksanaan sesuatu perkara. itu yg tidak boleh kita lakukan pada pendidikan...main suka2 mau tukar...yg jadi mangsa adalah anak2 kita!!

Unknown berkata...

Puan Erisya

Biasanya gitulah masyarakat hari ini - kenapa orang panggil saya cgu.satu di PLKN - itu panggilan kepada semua Jurulatih.
kedua - dikem saya terlibat secara terus dengan pelajar.
ketiga - kat pusat tution.

yang pastinya itu panggilan saya disini.
jangan cari jinggo kat bukit beruntung......he...he...

Unknown berkata...

CGU JANE..

cgu sedia maklum - tapi suasana tu mula berubah dikawasan elit - guru sekolah dan parent seiring dengan perubahan - cuma dikawasan golongan pertengahan...

mengenai kuasa politik.
kita sedia maklum : bila sistem dipegang oleh kuasa2 politik sehinggakan pendidikan - haru biru jadinya....

~Insan Biasa~ berkata...

erm...panggilan cikgu tu kan keramat. tapi ada juga yang tak mahu bila dipanggil cikgu. kenapa ntah...

sekadar memberitahu saya ada. Esok cikgu nak jumpa tutor kat kelas!

Well....setiap seorang dari kita adalah cikgu.;-P

Unknown berkata...

cgu anis

terima kasih kerana kita masih berurusan.
memang ada orang yg jadi cgu tapi tak mahu dipanggil cgu - sebab cgu ini dikaitkan dengan pendidikan..

mungkin orang tu tak minat bidang pendidikan.
jadi cgu adalah anugerah....

siti_m berkata...

Ibu bapa sekarang ramai yang ‘menswastakan’ tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak kepada pihak ketiga terutama sekolah dan guru. Sedangkan mendidik adalah tanggungjawab semua pihak dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang lebih dengan dibantu oleh pihak2 lain. Tanpa kerjasama semua susah nak bangunkan generasi yang gemilang seperti yang diharapkan

Unknown berkata...

cgu ct m

saya suka dlm bab menswastakan cgu2 kat sekolah...
tapi lain kalau parent yg hantar anak kat sekolah swasta....

apa2 pun kita semua ada peranan....

ckLah @xiiinam berkata...

Encik Jinggo....
Saya hanya seorang cikgu kecil di sebuah sekolah cemerlang, yang sentiasa meletakkan tugas P& P dipundak paling atas. Namun, dalam pada itu, segala titik bengik dan tugas-tugas rencam seorang guru, sebarang perubahan dasar dari 'orang-orang atas' yang bukan cikgu itu...kami juga sentiasa menurut tanpa ada sungutan atau pilihan... tanpa mengabaikan tugas dipundak paling atas itu.....kerana yang diukur oleh ibu bapa, komuniti dan 'orang-orang atas' itu akhirnya adalah peratusan angka-angka dalam slip peperiksaan....

Maaf kalau pandangan saya dirasakan tidak membina...

Unknown berkata...

cgu cikla

sebagai guru - rasanya posisi cgu betul.kita tolak persoalan dasar yg menjadikan berapa A yg budak2 boleh dapat...
berasaskan komitmen - itu yg terbaik.dan kami ( parent di sekolah swasta ) melihat peranan dari sudut yg berbeza...

guru2 tidak seharusnya dibebankan...
ulang : tidak harus dibebankan dengan kerenah ' kami2 '...kenapa anak aku tak jadi macam anak orang lain......

Eco Kid Adventure on Facebook