wajah seorang pejuang
isteri seorang pejuang
isteri seorang pejuang
Kami tidak serapat mana dulunya - mungkin komunikasi macam itik dan ayam
dalam beberapa ketika waktu terakhirnya.
mungkin atas keinginan untuk menyokong
AKU YANG DITAFSIRKAN REBAH
kami berbual semalam
hang bila nak balik - tak kan nak tunggu ayah sakit...baru nak balik
PAGI TADI 6.30.
ayah seperti biasanya akan ke masjid untuk rutin biasa - imam kampung
pengsan bila motor berlanggar dengan LEMBU.
akhirnya AKU BALIK KAMPUNG SEBAB AYAH SAKIT.
Kepala berjahit.Mulut berjahit.Kaki bersimen.
INILAH HARGA YG PERLU DIBAYAR OLEH
SEORANG PEJUANG BARANGKALI. RISIKO.
DAN AKU.
kau ni motovasi orang lain boleh tapi tak boleh motivasi keluarga sendiri..
kata seorang kawan yg tak sayang mulut.
apa daya saya : adakah semua yg datang ini memungkinkan kami undur kebelakang.
31 ulasan:
Alhamdulillah masih ada peluang bertemu ayah.. Macam saya, rindu macam mana sekali pun, memang tak boleh jumpa lagi dah..
Kadang-kadang tak balik tu..bukan bermakna kita tak ingat..bukan bermakna kita tak sayang atau bukan bermakna kita tak kasih...cuma kita ni banyak sangat komitmen agaknya tapi macam mana kalau kita jadikan melawat ayah sebulan sekali atau setahun sekali..sebagai satu komitmen juga...
jgn ckp mcm tu, itu cuma ujian utk awak jinggo :)
remain cool ek.
moga yang sakit kembali sembuh dan sihat :)
puan tirana
itu jawapan kita.komitmen.kepada orang tua - komitmen itu sendiri pun dia tak faham.....
apa2- dia tidak pernah tahu komitmen saya.
sebab antara kami 'masih' itik dan ayam - banyak diam dari bercakap....
mak su
terima kasih kerana masih jadi diantara orang2 terawal bersama saya di alam maya ni..
semoga semuanya beroleh kerahmatanNYa
Jinggo,
Alhamdulillah masih ada lagi ibu dan ayah. Saya kehilangan ayah di awal usia 18 tahun lagi...
Arwah ayah saya dulu pun pendiam...tetapi dia rapat dengan saya sebab anak bongsu.
Orang tua memang macam tu...kena pandai pujuk......dia orang terlalu sensitif. Kita esok pun cam tu agaknya.
Apapun, moga dia cepat sembuh.
salam cikgu
ayah cikgu kah sedang sakit itu?semoga cepat sembuh.
Dari Imam Syafie:
banyak mata yang terjaga
banyak pula yang tertidur lelap
memikirkan persoalan yang sudah
atau yang akan terjadi
tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul
beban duka boleh membuatmu hilang arah
kelmarin,Tuhan telah menolongmu...
percayalah esok pun DIA masih tetap menolongmu
**DIA bersama org2 yg sabar dan redha.teruskan perjuangan!!!
Salam jinggo. Tiap musibah ada hikmah di sebaliknya kan? Bersabar ye. Saya doakan semoga jinggo sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ini dan semoga ayah jinggo cepat sembuh.
salam...semoga terus tabah menghadapi semua takdirnya...kita adalah insan terpilih untuk menerima ujiannya..jue doakan awak sentiasa berada dlm keadaan yg tenang walau dlm keadaan apa sekalipun...
itu cuma ujian kecil buat kamu tuan. juga mungkin untuk uji kasihnya kamu buat sang ayah. saya juga lama tak pulang. tapi pertengahan ni mungkin balik.
Cikgu Jinggo
Perjuangan secebis jihad
kadang-kadang meruntuh hati
menguji rasa...
namun setiap kali kegetiran
melanda jiwa....
tika itu,
renungilah kembali hakikat yang
bahawasanya kitalah
Pejuang Allah....
Moga Ayah cepat sembuh.
Salam dari sakura.
Teringatkan ayah juga...
Seperti ada sesuatu yg sama antara mereka....
Harga yg perlu di bayar? Tu satu dugaan utk menguji sejauh mana kekuatan kita.
Semoga ayah anda cepat sembuh. Anda masih punya ayah-hrgai apa yg masih ada di depan anda sementara ini. Tak mcm sesetengah org, jatuh sakit, bngun sndiri krna sudah tidak ada org yg layak utk dipanggil ayah.
cgu one
semuga kita dan kita masih berada dipaksi yg betul.hidup perak !
khejor yop khejor......
asyiq
ayah memang macam kot - tafsiran berdasarkan apa yg dia rasa dan dia nampak - yg didasarkan dari cerita yg panjang.
kadang2 sebagai anak - tidak semua yg dia faham untuk dikongsikan..
baik kami diam-saling menhormati kapasiti masing2.
akhirnya berjumpa di katil hospital.
sedih sebab saya kena kembali ke perjuangan dikala semua masih bersama ayah.......
DIA bersama org2 yg sabar dan redha.teruskan perjuangan!!!
sri - terima kasih : ini diantara orang yg sentiasa tahu perjuangan saya.
bukan sekadar perjuangan.kerjaya.kepuasan dan keinginan.
saya akan kembali ke lapangan hari ini sri.....
kak yong.
terima kasih untuk segalanya.
kita disatu perjuangan biarpun dilaluan berbeza....
semuga kita dirahmatiNya
kita adalah insan terpilih untuk menerima ujiannya.....
cgu jue
kita memang insan yg dipilih.dipilih untuk menyempurnakan sebahagian daripada proses penambahbaikan hidup diri sendiri dan orang lain...
orang muda addy.
bila kita nak pekena teh tarik...
nak balik kampung...
kalau ada niat.balik.....
tika itu,
renungilah kembali hakikat yang
bahawasanya kitalah
Pejuang Allah....
sakura - saya kehilangan kata2.
terima kasih.
puan aryani
terima kasih kerana untuk seterusnya kita berkongsi......
ayah - walaupun macam itik dan ayam - tapi itulah cetusan motivasi saya...........
saya menjadi hari ini kerana dia.
Jinggo,
Sabarlah ek.. dugaan ni.. Tu tandanya Allah masih sayangkan hambanya..
salam cikgu.. dah lama rasanya tak bagi komen.. harap2 cikgu bersabar yer.. ni semua dugaan dan mungkin juga peringatan.. sesibuk mana pun kita, sesekali kena juga jenguk mak ayah di kampung..
haha!
mungkin satu hari nanti kita boleh bersua muka. saya mahu jumpa manusia pemberi semangat macam tuan =)
ya dah niat nak balik. kalau pun tak niat, memang kena balik. sebab kakak saya bertunang. cuma saya perlu perkuatkan benteng pertahanan saya untuk hadapi soalan-soalan lumrah. kamu fahamkan?
haha!
Jinggo..
adik2 lelaki saya pun jarang balik rumah..kalau mak bising biase jer pada saya..sebab mak memang rapat dengan semua anak2nya. kalau lebih 3 minggu tak jengah rumah..mak akan telefon adik2 saya..
tapi abah berbeza..abah dengan anak2 memang tak banyak cakap..kena kita yang bercakap dengan abah..tapi sebenarnya abah risau jugak bila anak2 lelaki abah tak balik dalam jangka masa yang lama. dia akan bising dekat mak...tanya kenapa anak2 tak balik..
maknanya walaupun abah senyap..tapi dia sangat concern pasal anak2nya..bak kata adik perempuan saya,abah suka melindungi kami..abah still anggap anak2nya yang dah besar panjang,dah berkeluarga dan pandai berdikari ini si kecil yang memerlukan perhatian dia.
itulah seorang abah..senyapnya bukan kerana tak sayang..cuma dia tak pandai menunjukkannya dengan kata2..
hargailah dia selagi wujudnya nyata..
semoga ayah cikgu cepat sembuh..
Asalamualaikum. Saya turut simpati dan berdoa agar ayahmu sihat semula.Hospital T.Intan ke..Maaf lambat respon coz 3 hari di usm.Saya turut simpati kerana saya agak saya lebih tahu kerana persahabatan kita terlalu panjang. Namun saya rasa semua rintangan dan problem itu boleh diatasi. U kan kuat dan pandai ambil hati. Ambillah peluang ini untuk sahabatku terus berbakti dan menyanyangi ayah selagi dia masih ada. ......Buatlah yang terbaik ketika dia sakit ni.....
Salam.
Semoga cepat sembuh...
cgu cat
itu yg mampu kita katakan.
sabar
kerana itu sebahagian dari yg perlu dibayar....
nur...
begitulah cerita ayah dan anak.
anak perempuan
anak lelaki
kadang2 yg 2 penafsiran yg berbeza - tengtang balik kampung.
he.....
addy
bila nak kahwin....
he....
orang tua nak menimang cucu.....
izzah
mendalam madsud tu....
saya hargai walaupun masa kadang2 tidak bersama kami
cgu ija
sedaya saya buat yg terbaik...
saya dah balik hari khamis....
dan kembali ke KL kerana ada kem....
Catat Ulasan