terjumpa buku ini
CINTA JODOH DAN PERKAHWINAN
kajian Potensi Dinamik
berdasarkan kajian Numberlogi dan Metafizik
SAYA PETIK AYAT INI - KERANA YANG LAINNYA KITA AKAN KONGSIKAN
Dulu Aku Buta Tengtang Cinta
Aku Sangka Cinta Itu Sepatutnya Buta
Hakikatnya Cinta Itu Celik dan Lebih Berkesan
APABILA
Cinta Itu Celik
APABILA
Aku Celik Tentang Cinta
22 ulasan:
cinta anugerah Allah...cinta sepatutnya memberi kebahagiaan bukan penderitaan.cinta itu keindahan bukan kejelikan.cuma hati yang selalu buta dek kerana cinta.
Salam sdr. jinggo.
'Cinta buta' memang ada maksud yang sersirat. Cinta buta adalah bercinta dengan mengikut hawa nafsu dan kata hati. Maka akan dirempuh apa segalanya.
'Cinta celik' adalah cinta yang berpaksikan fikiran dan kewarasan dengan kata hati nurani. Maka akan terpupuk dan bertunas melalui penilaian yang bijak dan pertimbangan waras akan menghasilkan cinta unggul dan sejati sebagaimana yang di nasihatkan Rasulallah kepada umatnya tentang kriteria memilih isteri/suami.
cgu anis
kerana cinta barangkali
adanya perkataan bahagia
adanya perkataan derita
kerana cinta - kalau dibaurkan dengan emosi yg tdk stabil akan memberi kesan kepada tindakan..
hari ini marilah kita renung dan lihat sejauhmana kita mendapat manafaat besar dari cinta...
tuan mount
cinta buta VS cinta celik
dimana kita...
saya setuju pada asasnya - niat kita menzahirkan cinta itu pada peringkat mula.....
akan menentukan pembawaan kita seterusnya....
ya. cinta tak buta.
cinta takkan pernah buta.
yang buta cuma kita, sang pencinta.
addy
cinta tidak buta
kalau penafsirnya tidak buta kan...
cinta tak buta..
manusia yang bercinta jadi buta..
dan membuta tuli bila bercinta..
semoga kita tidak dibutakan dengan cinta...semoga cinta membimbing kita kearah yg lebih baik...amin..
Salam sdr jinggo,
cinta.. bisa berikan kekuatan dan bisa juga melesukan. Moga kita semua mampu beroleh kekuatan dengan adanya perasaan yang indah.. cinta.
ya setuju.
cinta jadi buta bila kita bodoh.
jadi hamba cinta.
konon berkorban dengan alasan cinta.
tapi hakikatnya nafsu semata-mata.
Saya suka utk berkongsi dari sebuah buku yg bertajuk ""77 tip melembutkan hati lelaki" lagi. Saya suka buku ni...hehe. Jom kita share....
"Keakraban individu sbg sahabat dalam percintaan timbul apabila kedua-dua belah pihak meyakini mereka saling dapat menyimpan rahsia. Bermula dari bercerita berkaitan perkara-perkara umum, fokus besar..dikecilkan dan menjelajah kehidupan peribadi msg2. Peringkat kepercayaan ini menjadi elemen yakin dgn sikap individu dan cuba memahami sebagai rencahnya pula.
Cikg Jinggo
"kita kongsikan....
tentang cinta..."
Cinta bagi sakura
"CINTA BUTA,membiarkan diri hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu dikata,'Cinta Itu Buta'
"CINTA CELIK",Cinta itu terbit dari naluri dan jiwa. Ianya tidak boleh dipaksa atau memaksa. Cinta itu akan datang dgn sendiri apabila keserasian dua jiwa sudah sebati....
tapi now sakura sedang dalam "CINTA RABUN" he he he
Salam dari sakura
cgu izzah
kenapa macam tu..
sebab impaknya terus kepada emosi dan seterusnya kepada tindakan kita...
untuk itu jangan buta hati.buta mata.
cgu miss jazz
cinta buta dikaitkan dengan sikap tertutup kita untuk menerima - pandangan orang yg terbuka
kenapa...
untuk itu hari ini : jangan kecewe..kerana kita disini untuk bercinta dan dicintai...
cgu rasyid
membaca buku tu - saya mendapat idea baru yg mahu diturunkan pada pelatih2...
cinta itu kekuatan
cinta itu juga kelemahan kita
kalau tersalah catur..
addy
seterusnya...
addy amat bijak mengulas topik ini.
bercinta ke...
he...jangan buta hati.buta mata.
Orang yang sedang bercinta merasakan nikmatnya cinta tapi orang yang putus cinta merasakan cinta itu hanya menyakitkan...Saya merasakan cinta dan kasih sayang itu perlu disebarkan di antara sesama insan..
puan aryani
cinta dan kepercayaan + apa lagi....
mungkin skop kita hari ini menjuruskan kepada cinta lelaki dan perempuan.
kenapa ada cinta..
persoalan
kerana saya ada pengalaman berbeza.
saya yakin kebenaran komen puan
terima kasih
sakura
cinta rabun tu macamana...
meneka dalam kesamaran...atau
meniti di titian yg rapuh..
kesian.
macam menaruh harapan aja..
tapi tak apa.
kerana esok masih ada
tapi....
masih adakah esok...
puan tirana
membaca dan membuat pengamatan sendiri ( berdasarkan pengalaman ) - kita memang perlu ada ilmu untuk bercinta.
bukan sekadar untuk kata fitrah.
tapi kesan dikiri kanan
memerlukan kita tahu banyak...
untuk itu : beli buku tu....
Salam sdr Jinggo.
Cinta memang mengasyikkan. Kita boleh khayal dan terasa dunia ni kita saja yang punye.
Tp putus cinta sangat menyakitkan. Terasa nak lari dari dunia ini...
cgu hazlin...
cinta
membikinkan....
dunia ana yg punya...
kalau putus............
dunia ini sapa yg punya !
Catat Ulasan