Isnin, 2 Mac 2009

kita nilailah sendiri

Sombong atau bongkak adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.
Firman Allah swt maksudnya:"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.kita tidak patut memandang orang lain dengan pandangan yang rendah.
islam sangat melarang umatnya bersifat demikian.dalam hadith qudsi,Allah berfirman maksudnya:"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."dan sabda baginda lagi maksudnya:"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah kalu seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
suka menonjolkan diri
suka disanjung di hadapan orang lain
bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
tidak mengendahkan nasihat orang lain
merasa dirinya saja betul
suka memuji-muji diri sendiri
bermegah-megah dengan keturunan.
rasulullah saw bersabda maksudnya:"
sesiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...
hari ini boleh dikatakan semua halaman media menulis cerita orang2 sombong.

12 ulasan:

Sulamankasihabadi berkata...

itulah kita....(manusia)

lihat diri,lihat org...

kita adalah pelakon yang hebat.pandai2 melakonkan watak kita di bumi Allah.

Unknown berkata...

uji

kerana itulah kita : maka beringatlah kita dengan nikmat yg diberikan........

itu semua milik sementara.

Tirana berkata...

Kenapa kita harus sombong dan bongkok padahal ketika dilahirkan ke dunia, semua orang dilahirkan tanpa pakaian dan ketika meninggal dunia nanti, semua orang akan dibungkus dengan kain putih..Segala yang ada pada diri kita ini merupakan sesuatu yang dipinjamkan oleh Allah dan Allah berhak mengambil semula apa yang dipinjamkan-Nya itu. Wajarkah kita sombong dan bongkak dengan apa yang bukan menjadi milik kita?

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo,

Satu sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah sombong. Sombong adalah menganggap dirinya besar dan memandang orang lain hina/rendah.

"Allah melarang kita untuk sombong:

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

Kita sama2 berdoa agar kita tidak tergolong dari golongan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Masih confuse memikirkan siapa yang sombong?? Blum berpeluang baca paper hari ni.

Tapi, minta2 kita tidak tergolong dalam kumpulan yg di benci Allah tu....

Unknown berkata...

puan

ramai yang tak sedar - kita ni hidup hina tanpa NIKMAT YANG DIBERI...

hidup bawak taik aja..
taik mata
taik hidung
taik gigi
taik.....taik
taik kuku....

kenapa nak sombong.....

Unknown berkata...

sakura..

tapi disekeliling kita hari - penuh dengan orang2 yg sombong......
apa kita nak buat tu
nak abaikan - kadang2 orang2 tu ada kaitan dengan kita...

kita bersangkabaik semuga Allah memberkati semua kita...

Unknown berkata...

Puan Aryani

bukan hari ini sahaja - dah lama kita dihidangkan cerita yg sama - yang berkuasa terus menggunakan
kesombongan kuasa.....

sehingga kita terus keliru - mana satu yg betul ni....

my name is Ain berkata...

zaman sekarang ni, kalau nk nilai diri sendiri rasanya tak sesuai kot.. sebab kat luar sana banyak sangat pengkritik bebas.. so, apa kata, kita minta pndgn org lain sebelum menilai diri sendiri.. pastu kita nilaikan balik diri kita dari penilaian org tu..

boleh ke ckgu cm ni?

Unknown berkata...

ain - cgu sedang fikirkan.

kerajaan berusaha keras untuk mengurangkan orang2 yg begini kat bumi Malaysia ni - contoh.

Modul PLKN - kami memang mengajar untuk menjadi orang yg tahu menhargai diri sendiri dan menghargai orang lain......

bila dikaitkan dengan fitrah kita - kita lupa akan semua tu adalah nikmat sementara....

Mak Su berkata...

rapatkan diri dengan Allah dengan cara rajin baca firman-firmanNya dan juga terjemahan untuk lebih pemahaman boleh menundukkan sifat sombong bongkak, insyallah :)

Unknown berkata...

mak su

terima kasih - semuga kita tidak dalam kelompok umatNya yg dijanjikan kemurkaan....

Eco Kid Adventure on Facebook