Isnin, 2 Mac 2009

mari kerja......

ini semut jenis apa agaknya
Semut adalah serangga bertubuh kecil tetapi hidup dalam satu komuniti kukuh bersatu padu. Semut dapat dilihat di tempat lembap dan mengandungi sisa makanan. Ada pelbagai spesies semut di dunia dan kehadirannya dalam jumlah yang banyak pasti menggawatkan manusia lantas pelbagai kaedah dilaksanakan untuk menghapuskannya.
Sikap rajin dan dedikasi semut boleh dijadikan iktibar dan pedoman dalam menelusuri roda kehidupan di dunia ini. Perhatikan bagaimana semut apabila mencari makanan, mereka begitu tekun, gigih malah cukup tabah meneroka kawasan dianggap
mempunyai sumber makanan.
Meskipun kawasan itu terletak jauh dari sarangnya, namun mereka masih sanggup mencari dan terus mencari sehingga berjumpa dengan sasaran dikehendaki. Semangat kegigihan yang membara itu ternyata ada pada diri setiap semut. Tiada pengecualian kerana semua perlu berusaha mencari sumber makanan keperluan harian.
Justeru, penting dijadikan petanda aras kepada kita supaya bersikap penuh komited terhadap usaha penghidupan. Hal itu sejajar tuntutan Islam yang menyeru umatnya tekun dan bersemangat dedikasi melakukan sesuatu pekerjaan.
Daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "
Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja,
ia laksanakan dengan cemerlang."
Allah SWT menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil kerja tekun dan berdedikasi. Ia kerana orang yang hebat dan berjaya cemerlang itu selalu memusatkan perhatian mereka pada usaha yang sedang mereka lakukan.
Bertindak cepat dan bergerak dengan matlamat yang tepat menjadi penanda jaya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."
(Surah al-Najm, ayat 39)
Apabila berkata mengenai dedikasi, maka sikap masyarakat Jepun dan Korea adalah antara contoh terbaik masa kini yang menepati semangat semut itu. Kedua-dua masyarakat itu begitu terkenal dengan etika kerja yang tinggi dalam memajukan diri dan negara.
Bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat, Charles Evans Hughes berkata: "Orang tidak akan mati kerana bekerja kuat. Mereka mati kerana pembaziran dan kecemasan."
Sebenarnya, keazaman dan semangat gigih menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan dan se kali gus memacu kegemilangan. Inilah semangat semut jika kita rajin perhatikan dengan mata hati yang murni akan perjalanan hidup serangga merayap itu.
Apabila semut berusaha mencari sumber makanan, segala ikhtiar akan ditumpukan dengan perhatian bersungguh tanpa timbul rasa putus asa. Sikap kerajinan semut bersendikan pada bergerak cepat dan tepat memberi impak positif kepada kelangsungan hidup semut.
Kita mesti meneladani sikap dan tabiat baik itu kerana ia selaras suruhan agama.
Kata Ibnu Umar dalam satu wasiatnya: "Gunakanlah daripada sihatmu bagi masa sakitmu dan daripada hidupmu bagi masa matimu."
Demikianlah beberapa sikap dan tabiat baik serangga semut yang boleh dimanfaatkan manusia kerana ada ketikanya kita selalu cuai dan tidak mampu berasimilasi dengan alam secara baik dan sempurna

14 ulasan:

Mak Su berkata...

stujus, kalu bekerja, bekerjalah sebaiknya, jangan sambil lewa.. sbb kita cari rezeki, utk kita, anak2 dan keluarga, sanak-saudara yng dtg ke open house, sahabat-handai time sambut besday. oleh itu, biarlah halal jasmani dan rohani ruh pekerjaan itu :)

Tirana berkata...

Apa sikap semut yang patut kita contohi? Sikap rajinnya, sikap komitednya, sikap tidak kenal erti putus asanya,sikap kerjasama dan tolong menolongnya, sikap tidak tamaknya dan mungkin banyak lagi sikap murni semut..Alangkah bagusnya jika semua manusia mempunyai sikap seperti sikap semut.. Di mana ada gula di situ ada semut...hehehe..

Unknown berkata...

mak su..

saya amat2 percaya - kepada satu perkataan
KOMITMEN.
sebab didalm perkataan tu ada perkataan DSIPLIN...

itu aja.
NAK TAK NAK

Unknown berkata...

Di mana ada gula di situ ada semut...hehehe..

puan tirana

bagaimana dengan dimana ada gula disitu ada semut.
madsudnya orang yg sentiasa melihat peluang - kadang2 sampai menafikan : yang gula tu bukan hak semut...

dalam bab ni - kita kena fikirkan semula......

ASYIQ berkata...

Jinggo,
Semut ni mmg byk yg kita boleh jdkan pengajaran..tapi saya marah sgguh kalau dia kacau harta benda di dapur saya....bab ini kita x boleh nk jdkan teladan. Harta orang dijadikan harta sendiri....angkut ubat semut OK byk2 dr pasar mlm...
pupus la dia sebulan dua...pas tu dtg balik. Kan dia bangsa yang tak mudah putus asa...
hmmmmmmmm....

Unknown berkata...

Asyiq,
dalam bab di mana ada semut, di situ ada gula.... jangan jadikan tauladan.
dalam bab lain.... boleh terutamanya cara kerja yang bersungguh-sungguh dan tak kenal erti putus asa.

sonata anak kancil berkata...

teringat lagu: enjit2 semut, siapa sakit naik atas? atau siapa sakit turun bawah? mana yang benar (situasi hari ini - boleh pakai lagi ke?)

Unknown berkata...

enjit2 semut, siapa sakit naik atas? atau siapa sakit turun bawah? mana yang benar....

mari kita fkirkan : hari ini sapa sakit memang kena henyak kat bawah sebab semua orang tak sakit nak naik keatas.....orang tak sakit tak kira kit meraung ke - melalak ke - yg penting : mesti naik keatas...

untuk itu jangan sakit....
kalau sakit ( buat2 ) tak sakit....

sonata anak kancil berkata...

Itu kira ok pe, yang payahnya, yang sakit tu nak naik atas juga!!!nabil kata, lu fikir la sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Agaknya smut tak pernah rasa penat.

Tak pernah pulak nampak semut berehat kat mana-mana kan..

Asal kita jumpa semut, pasti dia sdg membawa sesuatu (makanan) atau menghurung sesuatu.

Ada satu cerita,

Seorg adik ni sedang memerhatikan semut bergerak di dinding rumahnya sambil mmbawa makanan. Si adik ni sengaja menjatuhkan makanan tadi dan lepas tu dia lihat semut lain yg berada di bawah pula menaikkan makanan ini tadi...

Dia bertanya kepada semua ni, " ko tak reti penat ke semut...." agaknya dia berfikir...

p/s Kalaulah semut tu boleh mnjawab...sayalah org pertama yg nak dengar apa yang diperkatakan oleh semut tersebut.hehehe

Unknown berkata...

cgu sonata

kita ikut ajalah apa kata nabil.......lu fikirlah sendiri.

Unknown berkata...

puan aryani

itulah semut.bila dia penat.
kalau kita nampak semut jarang yg duduk diam.
mesti jalan2 cari makan.

tak ada yg kita nampak lepak kat tepi tingkap.tepi karidor.tepi.....
mesti kerja...kerja....kerja.....

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo,
sakura suka cikgu selitkan kata2 mutiara dan surah2 yang berkaitan dengan "mari kerja...."

sakura pernah hadir kursus
berkaitan dengan "kerja" penceramah merujuk kerja
mengikut taksiran al-quran bukan merujuk "Perintah Am" or "GO" baru kita tahu tugas kita sebenarnya...

Tentang semut
sakura suka dengan kata mutiara ini

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam...
di atas batu hitam....
dimalam yang amat kelam....
ianya wujud,
tapi amat sukar dilihat......"

Unknown berkata...

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam...
di atas batu hitam....
dimalam yang amat kelam....
ianya wujud,
tapi amat sukar dilihat......"

sakura.

saya akan terus gunakan kata2 ni untuk dikongsikan dengan anak2 murid......datanglah ke gombak.

Eco Kid Adventure on Facebook