Tidak perkara lebih menarik dari duduk dan bercerita panjang dengan orang sehebat ini disatu pertemuan yang tidak di rencanakan....
dari ArQam sehingga ke ESQ ke Pak Lah.
kinilah tuan - saya satu diantara jutaan orang yang amat2 bersimpati dengan semua perjuangan untuk menegakkan hukum Allah diatas mukabumi.mungkin laluan kita berbeza tapi dihujungnya kita ada matlamat yang sama.
kinilah tuan - saya satu diantara jutaan orang yang amat2 bersimpati dengan semua perjuangan untuk menegakkan hukum Allah diatas mukabumi.mungkin laluan kita berbeza tapi dihujungnya kita ada matlamat yang sama.
pertemuan kami diakhiri dengan TALK dari Ustaz Pahrol -
Ketenangan Jiwa dari Perspektif Islam
DIMANA KEBAHAGIAN YANG DICARI
dan tentunya setiap kita ada tafsiran tersendiri tentang bahagia.
HARTA.PANGKAT.KUASA.CANTIK.
mungkin sebahagian dari yang kita KATAKAN
TAPI BAGAIMANA
dengan orang yang memang dah ada semua.
LADY DIANA.MICHAEL JACKSON.BRITNEY SPEARS.
( sengaja mengambil contoh di luar lingkungan kita )
apa yang mereka tidak ada.
kenapa tidak bahagia
TAPI DIMANA BAHAGIA YANG DICARI....
tapi dimana bahagia yang dicari
ini dikaitkan dengan persoalan QALBU
yang tentu tidak mudah mahu dilentur
16 ulasan:
Nnti buatkan N3 ttg ceramah dia tu...point2 pntg nak cari bahagia. Ok?
Happiness is what in your mind....Kalau kita fikir bahagia..bahagialah yang kita dapat..
asyiq
disebab saya duduk depan..
saya import semua MINDA ustaz pahrol...saya sedang membuat analisa untuk masukkan semua tu dalam TALK saya...
kerana kita tidak pernah dengar orang cakap...
ALANGKAH BAHAGIA AKU TAK BAHAGIA....
kerana bahagia ada fitrah..
dimana nak cari....
puan tirana
selamat kembali ke blog saya..
cerita bahagia
semua kita mencari kebahagian - ada yang jumpa ada tak seakan2 tercicir...
sebab qalbunya ditutup barangkali...
semuga hari2 kita seterusnya - bahagia.
salam..
Kebahagiaan penting bg setiap insan.Ia menjadi suatu matlamat hidup seseorang sama ada di dunia mahupun di akhirat.Sebab itu setiap orang sanggup bersusah payah n bermati-matian utk mcari kebahagiaan.Kegagalan mendapat kebahagiaan membawa kepada kekecewaan.krn itu,ramai org menjadi gila krn hidupnya x bahagia.Ada jugak yg sanggup mati krn gagal menemui kebahagiaan
kebahagian ni luas...semua nya ada dlm diri kita.mulakan dgn niat n perbuatan yg baik.
Kalau nak duit, taulah kita bagaimana nak cari. Kalau nak pasangan, tau pulak kita, yang macamana yang kita mahukan. Kalau nak beli rumah, pandai-pandailah kita cari lokasi strategik. Kalau nak mencari kawan, taulah kita orang yang macamana untuk dijadikan kawan. TAPI..kalau nak cari bahagia ni...banyak pengorbanan kena lalui...
"Tak semua yang indah itu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, apabila ditangan sendiri ia berubah warna"..-sekadar berkongsi kata-kata dari Dr HM Tuah(minat dia nih)
uji
komen paling panjang dari orang yg sedang menjalani kehidupan bahagia...
dimana bahagia yang dicari uji.
pada ketenangan.
dimana ketenangan yang dicari...
pada keredhaan dan rasa berTuhan...
hari ini - mari kita redha dengan apa sahaja yang berlaku - kerana kita disini bukan untuk dihukum..
kita disini untuk diuji....
saya - bahagia.kerana saya dipilih untuk tahu apa yang orang lain tak tahu.....
puan aryani
nak cari bahagia.
ketenangan + keredhaan - dan rasa berTuhan.
dipetik dari ceramah semalam
sebab semua adalah persoalan QALBU.
bagaimana untuk mencari ketenangan - zikir.
( kita akan bincang persoalan ini seterusnya )
semuga hari ini dan seterusnya...
kerana kebahagian yang dicari tidak mungkin ditemui dari luar...
Cikgu Jinggo
"Mencari kebahagiaan.... "
seperti menangkap kupu-kupu...
Semakin kita buru,
semakin pula ia pergi dari diri kita...
Sebaliknya, tangkaplah kupu-kupu itu dalam hatimu...
Karana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kita genggam,
atau sesuatu yang dapat kita simpan...
Carilah kebahagiaan itu di dalam hati....
Ia tak akan lari ke mana-mana. Bahkan tanpa kita sadari, kebahagiaan itu sering datang sendiri...
Selamat meraih kebahagiaan!
Bang Harun,
Bahagia, jangan bandingkan kereta kecil kita dengan Merc orang kaya. Bersyukurlah sebab kita berkereta, berbanding mereka yang berbasikal.
Bahagia, jangan bandingkan anak kita yang lasak-lasak atau sedikit nakal dengan anak orang lain yang nampaknya sopan dan pendiam. Bersyukurlah sebab kita ada anak, berbanding dengan mereka yang kahiwin lama tetapi masih berdua!
Bahagia, jangan bandingkan apa yang orang lain ada, dengan apa yang kita tiada.. Bersyukurlah sebab kita masih ada hati dan perasaan. Sesetengah orang kaya sudah tiada hati dan perasaannya, menyebabkan segelintir mereka mula melupakan nikmat Tuhan yang diperoleh.
Bahagialah menjadi diri sendiri.
Cayyyok!
Carilah kebahagiaan itu di dalam hati....
Ia tak akan lari ke mana-mana. Bahkan tanpa kita sadari, kebahagiaan itu sering datang sendiri......
sakura...
mencari bahagia.
memang dihati - kita yang menentuk kebahgian kita bagaimana.
dalam kontek Islam - saya yakin pada ketenangan dan keredhaan...
sebab semuanya bukan mudah.
hari ini mari kita belajar menjadi bahagia.....
yop
itu yg sepatutnya.
kerana apa yg berlaku - kerana kita dipilih untuk melakukan..
dan redha kerana - semua kita disini sekdar diuji...
Salam cikgu,
Apa khabar?
Saya minat hasil karya ustaz Pahrol.
Bahagia itu letaknya di hati.
Bahagia adalah maknawi juga bersifat rohaniah.
Rasa senang bukan bahagia, sekalipun berharta.
Dan tiadalah bahagia tanpa doa puja restu drpd ayahbonda.
*Semoga semuanya berbahagia
sri
saya sendiri - menjadi ustaz pahrol sebahagian daripada orang yang mesti yang jumpa..
dah lama mencari ruang.
semalam adalah kesempatan terbaik kami berjunpa dimajlis ilmu..
sebagaimana yg sri komen itulah kata dia....
kebahgian yg sebenarnya adalah dalam diri kita - kita yg tafsir sebab semuanya adalah pembicaraan kalbu...
Cikgu Jinggo,
Kebahagiaan qalbu tu yang paling penting..
Kebahagiaan qalbu tu yang paling penting..
itu yang kita mahu dengar...
Catat Ulasan