Isnin, 4 Mei 2009

masalah adalah hadiah untuk kita


Optimisme adalah memandang hidup ini sebagai persembahan terbaik.
Tidak ada sesuatu yang terjadi begitu saja dan mengalir sia-sia.
Pasti ada tujuan. Pasti ada maksud.
Mungkin anda pernah mengalami pengalaman buruk yang tak menyenangkan, maka keburukan itu hanya kerana anda melihat dari salah satu sudut mata yg berkaitan wang saja.
Bila anda berani menengok ke sisi yang lain, anda akan menemukan pemandangan yang jauh berbeda.
Anda tidak harus menjadi orang tersenyum terus atau menampakkan wajah yang ceria.
Optimisme terletak di dalam hati, bukan hanya terpampang di muka. Jadilah optimis, kerana hidup ini terlalu rumit untuk dipandang dengan mengerutkan alis dan muka.

Setiap tetes air yang keluar dari mata air tahu mereka mengalir menuju ke laut. Meskipun melalui anak sungai, belokan, kawasan kali keruh, danau dan muara, mereka yakin perjalanan mereka bukan tanpa tujuan. Bahkan, ketika menunggu di muara, setiap tetes air tahu, suatu saat panas dan angin akan membawa mereka ke pucuk-pucuk gunung. Menjadi awan dan menurunkan hujan. Sebahagian menyuburkan rumput, sebagian tertakung dalam sumur-sumur atau telaga. Sebagian kembali ke laut.
Adakah sesuatu yang sia-sia dari setiap tetes air yang anda temui?
Masalah Adalah Hadiah.
Bila anda menganggap masalah sebagai beban, anda mungkin akan menghindarinya atau menjauhinya. Bila anda menganggap masalah sebagai halangan, anda mungkin akan menghadapinya.
Namun, masalah adalah hadiah yang dapat anda terima dengan suka cita. Dengan pandangan tajam, anda melihat kejayaan di balik setiap masalah.Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi. Maka, hadapi dan ubahlah menjadi kekuatan untuk kejayaan anda. Tanpa masalah, anda tak layak memasuki jalur kejayaan. Bahkan hidup ini pun masalah, kerana itu terimalah sebagai hadiah.
kita renungkan.
Masalah datang dan pergi : seorang sarjana ilmu pernah menyatakan
KEBAGUSAN SESEORANG DIUKUR DARI SKALA PEMASALAHAN YANG DIHADAPI DALAM BAGAIMANA DIA KELUAR DARI PEMASALAHAN ITU.
kita akui.
Kesukaran seekor ulat beluncas keluar dari kepompong akhirnya menjadikan ianya kuat.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang kekdang masaalah dapat memberikan kita sesuatu:

1 bina azam semula
2 bina semangat
3 bina hasrat
4 kemahuan
5 azam
6 target
7 kehendak
8 cita-cita

p/s sekadar berkongsi..kalo ada yg silap tolong perbetulkan

Unknown berkata...

tapi puan kadang2 ada juga yang...

gila
sewel
bingung
marah
malu
baran
hisap itu ini...

sebab itu hari ini kita kerana belajar untuk tahu : Masalah itu adalah hadiah untuk kita.

~Insan Biasa~ berkata...

Tak pernah fikir masalah itu hadiah. Tapi sering fikir masalah itu musibah.

Tulisan ini mengajar saya membantu diri mengubah pandangan yang sebenarnya menyesakkan nafas.

Tq cikgu...

Masalah adalah hadiah...
Maka kita akan bersedia menerimanya
Masalah adalah hadiah...
Maka kita akan menghadapinya

dengan rela hati
dengan penuh strategi

Tq cikgu...

Satu cara untuk elak stress bila masalah datang...
Masalah adalah hadiah!

Dearie Pearls berkata...

Fikirkan Penyelesaian Kepada Masalah.
Bukan masalah itu sendiri kerana
Kita Dilahirkan untuk menyelesaikan setiap masalah samada masalah kecil atau besar..

Cuma bezanya..

Bagaimana setiap daripada kita menyelesaikannya..

Ya, Masalah adalah Hadiah..

Thanks for sharin!

Unknown berkata...

cgu anis

reframing - madsudnya bila ada masaalah datang - kita ' bingkai'kan semula berdasarkan penafsiran lain...

macam Donald Trump.
ada cerita yg saya nak kongsikan nanti.dia bangun.jatuh.dan jatuh.bangun balik - berganda2
formulanya
bingkaikan semula masalah !

ada skill untuk dikongsikan

Unknown berkata...

Lol

terima kasih kepada pandangan.

ceritanya mudah
penyelesaiannya tidak mudah.

masalah dikaitkan dengan emosi
sejauh mana bijaknya kita mengendalikan emosi itu....
yang membezakan kita kan.....

2_one berkata...

masalah dan masalah...masalah adalah satu catalyst utk kita mnjd org yg hebat,berpengalaman,tabah n cekal..cuba kita perhatikan org2 yg hebat,semestinya pada permulaan langkah mereka didatangi dgn 1001 masalah samada masalah dalaman ataupun luaran..situasi ini sinonim dgn peribahasa berakit-rakit ke hulu berenang2 ketepian bersakit2 dahulu bersenang2 kmudian..(tersilap peribhsa hrp maaf)

~ a m a ~ berkata...

hurm..
teringat 2 kata2 indah,,

''..tidak lah allah menimpakan sesuatu ke atas kamu dgn sia2, bukannya allah tidak tahu betapa retaknya hatimu, betapa peritnya pnderitaanmu, betapa hancurnya perasaanmu, tapi mungkin itulah yg DIA mahukan krn DIA tahu hati sebeginilah yg akan lebih lunak dan akrab dgnNYA..''

percayalah bahawa...
-tidak akan pernah allah beri ujian kpdmu melainkan Dia tahu kita mampu menanganinya.segala yg blaku pasti ada hikmahnya..dugaan dan cabaran akan menguatkan n mematangkan kita u lbh cekal menempuh hari yg mdatang..

semoga ALLAH merahmati kita semua..:)

Unknown berkata...

izzati

itu harga yg mesti dibayar untuk naik keatas...
setiap kita ada penafsiran sendiri berkaitan dengan masalah dan penyelesaiannya.

saya percaya kepada ' bingkaikan ' semula pemasalahan - lihat dari sudut lain.

Unknown berkata...

sis ama..

terima kasih kerana pandangan yg terbaik.
suka baca.
sebab semuanya akan menganjak diri kita ditapak lagi kehadapan.....

Eco Kid Adventure on Facebook