Rabu, 20 Mei 2009

untuk sorang kawan yg bersedih

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja :
sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.

13 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

untuk itu kita kena tahu kemahiran mengawal emosi la kan...xkan sedih tapi pura2 happy...tak hipokrit ke..

Unknown berkata...

...cgu anis

kita bersedih
kalau sendiri2 pun dah tak ok
auranya akan merebak pada orang lain.....
untuk itu.
kemenangan kita dilewatkan sahaja......

jangan lupa ada pelangi kat pulau indah.....

~Insan Biasa~ berkata...

ada ke? pelangi kat pulau indah dah hilang!

Unknown berkata...

cgu anis...

pelangi tu bukan kerja kerja...
kalau kat pulau kan lagi cantik....

cari
kejar....

he....

Sulamankasihabadi berkata...

sedih??sapa yg sedih??adakah si dia?he3...ok..ok..(gurau saja)

alangkah bertuah ye kawan jinggo tu sbb dia ada kawan untuk berkongsi kesedihan tu...

tp knapa harus dipanjangkan kesedihan tu..kan masih ada ruang untuk kembali ceria seperti dulu...
semua ye terletak pada diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

Laa Tahzan..

koleksi yg mesti ada pd semua org..Tak rugi beli.Berbaloi. Buku ni ke yg dibeli semalam?

2_one berkata...

hmm..kalau sy sedih,kecewa sy akn cari temapt yg xde org n menangis puas2..pastu lakukan something spt jalan2 tgk pemandangan,riadah ataupun tdo...he..sy kn pastikan mse sy terisi dgn aktiviti..barulah sy xigt perkara sedih tu..kadang2 kita xboleh terlalu pendam rse sedih nanti boleh sakit jiwa kut..bg sy,kalau perkara sedih tu boleh dilupakan,lupakan trus,n cari perkara yg mggembirakan hati..ataupun someone spt kwn ke org yg rapat dgn kita yg boleh dipercyai,then luahkan rse sedih n kongsikan dgn dia..maybe kwn boleh mnenangkan..kita xkn rse keseorangan dlm mghadapi masalah..dari islamik,dkatkan diri dgn Allah swt..

Unknown berkata...

ujie

itu nikmat
tuhan sediakan untuk kita....
setidak2 kita menjadi orang yg JATUH.....
dan sesungguh ramai orang hebat atas mukabumi ini berjaya sebab jatuh ' ranap '...

kita doakan kawan kita tu...

Unknown berkata...

aryani

buku ini dibeli semasa saya ' kalah ' dan saya bangun - sedikit berfaktor dari buku yg ini....

Unknown berkata...

izzati

yang dihujung tu
dekat diri dengan Allah
tapi sejauh mana kemampuan kita berlawan dengan suara2 kecil.....

KTS berkata...

adakalanya kita perlu mengalah untuk menang :)

Unknown berkata...

kutaksempurna

kadang2 mungkin macam tu - mengalah dulu - tidak semestinya kita kalah.....

~ a m a ~ berkata...

mengalah tak bermakna anda kalah..

Eco Kid Adventure on Facebook