Sekadar renungan
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup
Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh,
Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh,
akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka
Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka
bertambahlah ilmu dan waraknya
DAN
dan bagaimana kalau duduk sebelah orang ' ulat buku ' akan bertambah apa......semuga hari kita lebih bari semalam.
27 ulasan:
cikgu..terima kasih atas santapan minda pagi ni...dengan siapa kita berkawan..maka itulah yang akan mencorakkan sikap dan diri kita..kalau kita duduk dekat dengan penjual kasturi..maka kita kan dapat bau wanginya...kalau kita duduk dekat dgn orang yg berasappp..nanti kita pun akan terlekat bau asap tu..huhu..itulah hakikat dalam berkawan.
dan intan..
sekarang mengadap laptop dengan saya...
apa yg intan dapat...
he....
rugi dan malang kalau hububungan ini disia2kan....
Kawan sejati bukanlah orang yg selalu bersamamu saat kamu senang & berkecukupan, yg selalu memujimu dihadapanmu & membenarkanmu walau kamu melakukan kesalahan, tapi kawan sejati itu adalah orang yang setia bersamamu ketika kamu dalam keadaan susah & kekurangan, yang meluruskan & mengingatkanmu saat kamu melakukan kesalahan
Kalau duduk di sebelah "ulat buku" untung2 ilmu dia meresap masuk dalam diri kita..hehehe.. tak pun, dia heret kita masuk geng "ulat buku"hehehe..
macam saya kata pada seorang kawan yang saya anggap abang. orang selalu puji dia kelihatan muda. dan saya cakap sebabnya dia bergaul dengan yang muda macam saya. haha!
setuju!! Sebab tu kena hati2 pilih teman...
Ada ulat buku tak kat sini??Ngeh3X
Salam.
Betul apa yang cikgu cakap tu.
Dan emak saya selalu berpesan, Kalau kita jahat berkawanlah dengan kumpulan kawan2 yang baik sebabnya insyaAllah kita akan ikut mereka jadi baik dan kalau kita baik, jangan sesekali cuba untuk berkawan dan masuk kumpulan jahat sebabnya kita akan mengikut jejak mereka menjadi jahat juga.
Sebab tu orang tua selalu tanya kita berkawan dengan siap.Salah satu sebabnya adalah mudah untuk mengenal siapa kita.
kawan?
mayb aku tak pernah punya besfren?
kawan2 mayb ramai, bak kata pepatah, kawan ketawa ramai, kwn menagis?
kalo besfren kita lelaki?
kekal ke? hmmmm
=)
ade org ckp, laki ngn pompuan x ley jd besfren.
tol ker?? hurm,,...............
cgu anis
saya selepas ni - nak cari kawan sejati ajalah
selama ni semua kawan ' part time ' aja........
he....
duduk sebelah ulat buku.
itu yg sepatutnya puan...
tapi kalau tak sepatutnya.......
zahirnya : kita adalah apa berada disekitar kita.....
addy...
kalau sapa2 berkawan dengan addy......
akan jadi lelaki sepuitis dia...addy
ummu
semalam saya terduduk.terjelebuk - sebab kawan...
disebabkan itu hanya kawan partime kesannya tak seberapa......
arryani
kenapa orang panggil ulat buku...
ulat makan buku ke...
sebelum kita pilih orang jadi kawan...mcmne nak kenal orang itu boleh jadi kawan sejati...atau tidak?
:-)
aie..
sebab tu : ini pandangan.
tak ramai kawan tak apa - pastikan kita ada kawan yg amat2 berkuanliti...
dan.
jangan berkompromi dengan kawan2 yg nak ajak kita terjun ' lombong '.......
blue..
saya sedang berfikir
kalau kawan lelaki kekal ke...
subjektif.
saya seterus berfikir
Justeru itu kita haruslah melihat dgn siapa kita berkawan atau bersahabat kerana seseorang insan mudah terikut ikut dgn adat kebiasaan sahabatnya..Sesungguhnya sahabat yg paling banyak mendapat ganjaran drp Allah ialah sahabat yg paling banyak melakukan ihsan walaupun sekadar nasihat..
amah...
sejutu 30 %
tak setuju 70 %
semuanya pada niat..
macam kita.berkawan ' part time '......
yang penting jangan berkawan dengan orang yg akan menjerumus kita jatuh dibawah
sya belum cukup puitis. dan saya selalu harap saya mampu jadi manusia yang mampu memotivasikan diri sendiri dan manusia lain.
saya lebih selesa bersahabat baik dengan lelaki. mudah untuk saya bercerita tentang semua perkara. saya bebas bercakap tanpa perlu bimbang apa-apa. tapi tak bermakna saya tak punya sahabat baik perempuan. di kolej dulu ninie kawan baik saya. cuma selepas dia kahwin, kami seolah terbatas. dan sekarang teman baik saya lelaki.
dan saya setuju, kualiti lebih penting berbanding kuantiti.
ariani
hari ini - selain dari kawan - kita kena kenal juga siapa musuh kita....
betul tak.
sebab dunia yg berbagai rentak hari ini menjadikan kita semakin sukar...
untuk itu berpada2 berkawan.
cgu anis...
kita berkawan macam main saham kan....
kita melaburkan sesuatu..
nakkan sesuatu.
bagaimana bersahabtan yg sentiasa rugi....
nak kenal.
ini bukan kerja kita.....
aady...
sebab kita kawan - saya menanti addy dikem...
sambil2 meracunkan diri.....apa tu.macam yg kita dah bincangkan kat facebook.
saya tunggu.
dan addy
tak ramai kawan tak apa.
yg penting
kuanlitinya.
ulat buku partnernya kutu ilmu ....ngee
Catat Ulasan