kalau orang kerajaan buat betul
orang bukan kerajaan kata betul
orang bukan kerajaan buat betul
orang kerajaan kata tak betul
DAN LAGI
orang kerajaan buat salah
( walaupun terang2 buat salah )
tetap betul dimata kerajaan
orang bukan kerajaan pun sama.
KENAPA
sebab mereka ada kerjaya lain
KITA KONGSIKAN CERITA INI.
terdapat seorang pemburu yang membeli seekor anjing buruan , satu2 dari jenis anjing yang boleh berjalan atas air.pada satu hari pemburu itu ingin menunjukkan kebolehan anjingnya kepada rakan2nya. dia menjemput rakan2nya memburu itik , setelah beberapa ketika dia telah menempak beberapa ekor itik dan mengarahkan anjingnya untuk berlari di dalam sungai dan mengambil itik. sepanjang hari , anjing itu berulang alik berlari dan mengambil itik tersebut.
pemburu itu mengharap komen @ pujian terhadap anjing yang menkagumkan ini.
semasa berjalan pulang : dia bertanya rakannya sekiranya ada sebarang kelainan pada anjingnya.rakannya menjawab.
YA SEBENARNYA SAYA ADA MEMERHATIKAN SESUATU YANG LUAR BIASA -
ANJING AWAK TIDAK BOLEH BERENANG.
DARI JINGGO
sesetengah orang sentiasa melihat pada aspek yang negetif.
mereka tidak gembira apabila tidak ada masalah untuk diperkatakan
selalu mematikan lampu untuk melihat bagaimana gelapnya keadaan
selalu mencari keretakan pada cermin kehidupan.
tidak nampak kuih donat - hanya lubangnya.
percaya bahawa matahari bersinar hanya untuk menhasilkan bayang..
ITULAH ORANG YANG ADA DISEKITAR KITA.
18 ulasan:
harap saya tidak lah begitu...
sentiasa cuba menjadikan positif sebagai sifat diri, mohon Allah kuniakan sifat mahmudah dalam diri
cgu KL citizn
kita dibekalkan dengan ilmu untuk kita tahu dimana sepatutnya kita duduk..
hanya orang bebal saya cuba menafikan..
dan terus terusan....
menjadikan pengkritik sebagai kerjaya...
ramai org suka kritik org lain
ramai org boleh komplen org tu begitu begini..
ramai org tegur org lain tak betul itu ini...
tapi,
mahukah si pengkritik nak selesaikan msalah org yg dikiritik tu?
mahukah org yg komplen nak tanya apa masalah org yg dia komplen tuh?
mahukah sipenegur tuh nak atasi msalah org yg ditegur tuh?
hmmmmmm...
manusia mmg nampak org lain jer tak betul. diri sendiri?
huhuhu =P
blue
pengkritik ada kerjaya : ada yang macam tu...
orang macam ni memang tidak senang kalau orang lain senang..
nak tgk
jom kita pergi ke parlimen.
disana ada full time mencari salah orang.....
bila nak pergi.
Salam Jinggo,
Dlm stp diri kita harus ada sifat2 memberi dan menerima, iaitu harus sedia memberi dan menerima teguran atau kritikan...tanpa kedua2nya pasti ada yg terpesong jauh dari landasan krn tiada manusia yg sempurna..
puan zai
itu pada kita yg mungkin tidak banyak kpentingan untuk menyatakan itu dan ini..
kita jangkau skop yg jauh sikit..
cerita salah menyalah...
apa yg berlaku hari ini - tidak sihat untuk dikajikan renungan..
aku menang
kalau kalah...
hatiku aje yang memberontak - mana yang betul / tak betul....diri ini hanya mentimun...takkan jadi durian!
Orang yang bersikap negatif selalu memandang negatif terhadap sesuatu perkara atau kejadian. Walaupun dalam keadaan yang positif, orang yang pesimis akan tetap mencari yang negatifnya.
cgu sonata
kita bertindak atas kapasiti kita adalah..
keadaan semakin merumitkan.
pening.
orang yang pesimis akan tetap mencari yang negatifnya.
puan tirana
saya suka ayat ni...
adat org kita... hati org mesti dijaga walaupun menyakitkan hati.
cgu one
hati org mesti dijaga walaupun menyakitkan hati.
menyengatnya bahasa tu
terima kasih...........
memang lumrah manusia.. yang negatif juga yang menarik perhatian mereka.. moga kita dapat lari dari lumrah tersebut...
salam
a'ahh orang macam tu le yang menyusahkan hidup orang lain. Ada-ada je yang tak betul..ada je kekurangan / kelemahan yang diperkatakan. Seluas lautan biru yang cantik, dia asyik nampak titik hitamnya. Bukannya nak mencadangkan atau membetulkan..
Bagi saya senang je jinggo, kalau dalam mesyuarat ke apa ke, saya bagitau awal-awal: "Jangan kata tidak dengan titik!! .. berikan cadangan..kalau tak diamje!! "
Mengkritik memang senang. Sebelum mengkritik orang lain rasanya fahami dulu keadaan dan suasana orang yang hendak dikritik.
Dan tanya diri sendiri ikhlaskan kita dalam mengkritik seseorang bukan mengkritik kerana sakit hati dan dengki.
ummu
terima kasih kerana perhatian
betul tu cgu rasyid
kalau kita menjadi yg hitam - hitamlah yg kita akan jumpa walaupun melaut putihnya..
semuga kita bukan dalam kelompok itu
puan
kunang2
terima kasih kerana mengunjungi saya - semuga ruang yg disediakan pada kita ni mampun kita manafaatkan..
Catat Ulasan