Diri seorang wanita... Gahnya bukan pada kecantikan... Menawan bukan pada senyuman... Hakikat seorang wanita punya hati yang terlalu rapuh Mudah luntur pada dugaan...
Sekalipun wanita menongkah arus mencari kekuatan pada denai-denai harapan...
Mengertilah diri seorang wanita.... Terbatas pada rasa malunya, Tercabar pada naluri kecintaannya...
Kadangkala wanita menjadi kuat, Bila kesetiaannya diuji Bila kejujurannya dinilai Malah bila dirinya dikeji.... Tapi jangan lupa...
Wanita juga kadangkala mudah mengalah, Bila seringkali kesetiaannya tidak dihargai Bila kejujurannya jadi tak bernilai lagi Malah bila dirinya sudah lali... "Mengerti akan kekecewaan sendiri"
Wanita yang selalu menangis ada airmata yang mengajar erti bahagia.. ada airmata yang membawa duka... ada jua airmata pengganti kata-kata... Bila hati sudah enggan berbicara, Mengertilah.....
Yang bernama WANITA punya rasa cinta yang mendalam... Sekali menitis airmata jangan terlalu bangga.. mungkin bukan menagih simpati... atau mentafsir cinta di hati.... tapi kerana.. CINTANYA YANG SUCI... PADA SEBUAH KECINTAAN YANG ABADI.... "DEMI CINTA SUCI"
Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.
Wanita segalanya...tak ada wanita maka tak adalah lelaki kecuali Nabi adam!! Itulah kuatnya aura wanita. jangan hidup tanpa wanita...susah rasanya En Jinggo!
~kepada mawar idaman... ku doakan kau mekar ditaman, Diakari rasa bertuhan, Dihiasi haruman akhlak dan iman, kerana itulah ukuran jelitanya seorang perawan~
dan saya bangga menjadi wanita.. mawar larangan... hanya kumbang yang betul2 hebat akan jadi pemiliknya... semoga kita semua wanita dimuka bumi menjadi anak solehah, isteri solehah n ibu solehah.. AMIN...
21 ulasan:
YANG BERNAMA WANITA....
Diri seorang wanita...
Gahnya bukan pada kecantikan...
Menawan bukan pada senyuman...
Hakikat seorang wanita punya hati yang terlalu rapuh
Mudah luntur pada dugaan...
Sekalipun wanita menongkah arus
mencari kekuatan pada denai-denai harapan...
Mengertilah diri seorang wanita....
Terbatas pada rasa malunya,
Tercabar pada naluri kecintaannya...
Kadangkala wanita menjadi kuat,
Bila kesetiaannya diuji
Bila kejujurannya dinilai
Malah bila dirinya dikeji....
Tapi jangan lupa...
Wanita juga kadangkala mudah mengalah,
Bila seringkali kesetiaannya tidak dihargai
Bila kejujurannya jadi tak bernilai lagi
Malah bila dirinya sudah lali...
"Mengerti akan kekecewaan sendiri"
Wanita yang selalu menangis
ada airmata yang mengajar erti bahagia..
ada airmata yang membawa duka...
ada jua airmata pengganti kata-kata...
Bila hati sudah enggan berbicara,
Mengertilah.....
Yang bernama WANITA punya rasa cinta yang mendalam...
Sekali menitis airmata jangan terlalu bangga..
mungkin bukan menagih simpati...
atau mentafsir cinta di hati....
tapi kerana..
CINTANYA YANG SUCI...
PADA SEBUAH KECINTAAN YANG ABADI....
"DEMI CINTA SUCI"
ilayani.
dari seorang wanita
dibaca seorang lelaki
menarik - kerana hanya wanita yang tahu siapakah wanita...
terlalu menarik.
SALAM...
sejuk jer baca n3 kali nih, ahaks!
kerana aku wanita
kerana aku lemah
kerana aku emosi
kerana aku punya 9 nafsu
kerana aku kaum siti hawa
aku masih perlukan adam
sebagai pemimpin
sebagai pembimbing
sebagai pendorong
sama sama menuju
satu an-Nur
=)
adakah aku wanita yg dinantikan oleh seseorg lelaki???
jwpn hnya ALLAH sja yg TAHU...tiap ciptaanNYA melengkapi apa yg kurang...
ADAM & HAWA...
HAWA & ADAM...
wanita... boleh jadi racun, boleh jadi madu dan boleh jadi bermadu...hehhh...hehhh!!!!
kerana aku seorang adam
aku perlu menjadi seorg pemimpin
mampukah aku sebagai pendorong....
kerana mungkin ketidakmampuan kut........
sebaiknya hari ni
pinpim diri sendiri
dorong diri sendiri.....
dyla
suka dengar lagu ADAM DAN HAWA.....
cgu one
yang hujung tu,
power.....
jangan cari penyakit...
haih cgu one tu saje je....elok2 sihat,jgn caari penyakit ckgu one...
silap2 ....kerana bermadu, maka madu tetiba jadi racun! ihiksss...
cgu jinggo,
tetiba teringat cerita wanita dan pokok semalu tu....
cgu anis
saya mash teringat cerita tu.....wanita dan semalu....
Teringat kata-kata pujangga tentang cinta wanita, "Bila kemiskinan di muka pintu, cinta lari keluar tingkap".
"Bila kemiskinan di muka pintu, cinta lari keluar tingkap".
guru cgu..
saya sedang berfikir madsud ayat tu.....
kemiskinan
lari...
he...faham2.
Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.
salam dari sakura
Wanita segalanya...tak ada wanita maka tak adalah lelaki kecuali Nabi adam!! Itulah kuatnya aura wanita. jangan hidup tanpa wanita...susah rasanya En Jinggo!
salam.. wanita sekarang tak macam dulu.. tetapi yg akan ramai menghuni neraka pun wanita gak hanya kerana berkata kasar pada suami. Wallahualam
sakura seorang wanita
semuanya kerana wanita - saya percaya hebatnya seorang lelaki disebelah adalah seorang wanita yg hebat...
dunia ini dimulai dengan cinta adalah adam dan hawa
dan berterusan dari satu kesatu..
saya percaya kepada kekuatan tu....
kerana wanita.
puan maiyah
saya akui pada fakta itu...
Bagus N3 ni.
~kepada mawar idaman...
ku doakan kau mekar ditaman,
Diakari rasa bertuhan,
Dihiasi haruman akhlak dan iman,
kerana itulah ukuran jelitanya seorang perawan~
yong
semuga yong
membesar.
dewasa
matang
menjadi seorang wanita yang mampu mengubah dunia...
media sudah disediakan
apa lagi........
dan saya bangga menjadi wanita.. mawar larangan... hanya kumbang yang betul2 hebat akan jadi pemiliknya... semoga kita semua wanita dimuka bumi menjadi anak solehah, isteri solehah n ibu solehah.. AMIN...
Catat Ulasan