suatu masa dahulu terdapat seekor burung helang yang sedang menyangi didalam hutan.Seorang lelaki lalu dengan satu kotak penuh cacing.
Burung helang itu menahan dan bertanya
APA YANG ADA DALAM KOTAK ITU DAN KEMANA NAK PERGI
Lelaki itu menjawab
dia mempunyai cacing dan akan ke pasar menukar dengan menukar bagi beberapa helai pelapah bulu burung
burung itu bertanya lagi
saya mempunyai banyak bulu pelapah.saya akan mencabut satu dan memberikan kepada kamu bagi menjimatkan masa saya mencari cacing.
lelaki itu memberi cacing kepada burung helang itu sebagai balasan.
hari yang berikutnya perkara yang sama berlaku sehingga burung helang itu kehabisan bulu.
sekarang burung helang tidak boleh terbang dan mencari cacing.
ia kelihatan hodoh dan akhirnya mati kelaparan.
KITA KONGSIKAN YANG INI.
dalam hidup tidak ada cara mudah untuk berjaya.
untuk berjaya tentunya ada HARGA yang perlu kita bayar.
tidak ada jalan mudah.
persekitaran kita kadang2 terdapat individu yang tidak mahu membayar apa2 untuk mendapat faedah.mereka mencari benda yang percuma
22 ulasan:
saya rasa pengajaran yg perlu kita ambil dari kisah burung helang dan lelaki itu ialah...usaha..ya..kita kena berusaha sendiri mendapatkan apa yg kita mahukan...bukan hanya duduk berpeluk tubuh dan menanti rezeki datang bergolek sendiri..akhirnya kita sendiri yg akan rugi!
rugilah kat orang yang taknak usaha....sebab kejayaan yang dikecapi hasil usaha sendiri tu , nikmatnya lain...
dan intan
dalam hidup mana ada shortcut....
semuanya ada harga yg mesti kita bayar..
kesanggupan kita membayar....
kita akan dapat....
cgu anis
tapi jangan lupa : ada yg nak ambil jalan mudah...
nak jadi pengikut....
Kita akan lebih menghargai apa yang kita dapat dengan titik peluh kita sendiri. Apa yang kita mudah dapat, mudah pulak kita buang.
terima kasih puan.
saya kadang2 macam tulah - lemas dengan orang yg kadang2 nak menumpang secara percuma...
bukan tidak mahu bagi tumpang...
tapi.
menumpang bermadsud mahu senang dengan percuma....
wah...
best nie d jadikan panduan..
thanks bro...
-hening sejenak nie berfikir..-
Lol
kita jadikan panduan...
sepikan diri sekejap
berfkir
kan SEPI ITU INDAH.....
untuk berjaya perlu korbankan sesuatu,
untuk berjaya perlu berusaha mendapatkan sesuatu,
untuk berjaya perlu ada pengorbanan dan usaha...
cikgu harun, sila amik award di blog sy ye..
ikhlas dr saya
salam..
Nak tanya..dalam lopak tu tak de ke pacat..
salam Jinggo,
Mmg benar, tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu tujuan ataupun kejayaan..klupun ada jalan pintas perlu ada tuju arah dan matlamat yg betul klu tidak akhirnya akan membawa kemusnahan jua..contohnya skim cepat kaya...ramai yg nak cepat kaya tapi akhirnya kayap..
USAHA TANGGA@LIF KEJAYAAN...
JAGAN MALAS...
NAK APA2 KENA USAHA..
KALAU TAK...TAK DAPAT...
apa yang penting...mendapat sesuatu dengan usaha sendiri akan rasa lebih indah...hasilnya sangat berharga...
jalan pintas tak bole? saya rasa bole...kalau ada jalan pintas yang lebih selamat, kurang risiko, apa salahnya..
cam jepun dulu2...masa nak bina negaranya lepas perang... copy je teknologi org putih, tu jalan pintas lah.. tapi dah sampai tujuan, buat jalan sendiri...
cuma jalan mudah yang tak bolehnya...
tak gitu?....
jika inginkan sesuatu, kta kena korbankan sesuatu...xsume yg kta harap akan dtg sekelip mata...xsume impian jdi kenyataan...
wan - sapa cgu harun tu...klasiknya nama tu...
nanti saya ambik
moralnya : nak berjaya - mesti ada harga......
ariani
pacat tidak hidup dalam air - sebab pacat ada ektoparasit.....
dalam air @ lumpur
lintah - endoparasit...
kenapa takut !
zai..
selain skim cepat kaya
MLM....minta maaf kalau saya tersalah.
semua macam nak cepat kaya....
saya percaya : untuk berjaya mesti ada kesanggupan kita untuk membayar...
kalau tidak - bersediakan kita menjadi penyikut untuk selamanya
cgu izzah
alangkah manis kalau macam tu ingatan semua orang...
tengok budak2 kita kat sekolah..
meniru
satu daripada skill budk yg nak menang mudah kan....
akhirnya
sendiri mahu ingat....
cgu sekolah mana....
cgu kl
jalan pintas
boleh
tapi mesti bayar
macam hinghway....jalan pintas.
bayar toll........
yang penting : harga yg perlu dibayar.
dyyla
suka benor teman bila kome ngomen kat blog teman ni.
gitulah gamaknya
mane ada yg murah...
nak cari ' ustaz ' pun kena bayor......
harga : kena tunggu le....
he....
Catat Ulasan