seorang peladang menfitnah jirannya telah berjumpa seorang ahli sufi untuk menyatakan kekesalan dan kesilapannya. Ahli Sufi tersebut memintanya mengambil satu beg bulu dan jatuhkan di tengah2 bandar.
Peladang itu melakukan seperti yang disuruh
Kemudian ahli sufi tersebut menyuruhnya pergi ke sana dan mengutip kembali bulu2 tersebut dan masukkan kembali ke dalam beg.
Peladang tadi mencuba tetapi tidak berjaya kerana bulu2 tersebut berterbangan ke merata tempat. Apabila dia kembali dengan beg yang kosong.
AHLI SUFI ITU BERKATA.
samalah dengan kata2 awak itu.Awak senang mengeluarkannya tetapi awak tidak dapat menariknya kembali ,
jadi berhati2 dalam memilih kata2.
DARI JINGGO
asas dalam hubungan sosial.
elakkan
berdebat @ bertengkar
memberi kritikan
SEMUGA PERKONGSIAN INI MAMPU MEMBERI SEDIKIT ANJAKAN PADA KITA.
25 ulasan:
"elakkan berdebat dan bertengkar....." cantik pendapat tu! Tapi perlu juga pasangan berdebt dan bertengkar kerana banyak kebenaran akan keluar ketika berdebat dan bertengkar. Jangan terlalu terikat pada teori dan pandangan kerana ada situasi yang terkecuali dan teori itu tidak semestinya TEPAT.....
Berdebat, bertengkar dan memberi kritikan ada seninya..so rajin2 lah belajar seni berdebat, bertengkar dan memberi kritikan..agar kita boleh elakkan terjadinya pergaduhan..ibarat menarik rambut dalam tepung..rambut tidak putus, tepung jangan berselerak.
kritikan membina apa salahnya....
cgu midah
masa bertengkar - kita sibuk nak cari sapa betul sapa salah..
tak sempat rasionalkan pada semua keadaan.
jadi..
kita kena ada kemahiran berdebat @ bertengkar....
puan tirana
dunia bertamadun bermula dengan pertengkaran..
tapi seninya harus dikuasai.
sebab dikala kedua2 berlaku - gelombang otak berada dalam kondisi amat laju..
kepada semua.
dunia bertamadun bermula denga konflik
cguone
kritikan membina ada seninya....
emm...
berdiam diri lebih baik...
he...uji bila nak jadi mak..
macamana sekarang..
sedang membayangkan..
kalau bertengkar dengan abang misai macamana..
he....
Itulah sebabnya dalam masyarakat kita ada peribahasa: Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga; atau pun kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa.
Maknanya sama, iaitu bertuturan dan percakapan yang menjadi fitnah akan membawa keburukan kepada masyarakat seluruhnya.
Terlajak perahu, boleh diundur, bang, tapi kalu terlajak kata, ...
.. LU PIKIR LAH SENDIRI!
(Pinjam tagline Nabil)
insyallah awal tahun depan..
ujie n abg misai??
selalu ye kalau bertengkar,masing2 berdiam diri...cari kelemahan diri masing2..bagi peluang masing2 reda dulu..tak sampai 1 jam semua ye akan ok balik...huhu
marah?
diam.....
tapi yop brahim
kenapa selalu orang melayu yg cipta ayat tu - orang melayu yg lupa...
cgu2 bahasa kena main peranan ni..
he...jangan lupa yop.episod angkat tilam akan bermula semula......
uji..
gitulah adat berumahtangga...
sebab tu diadakan kursus kahwin....ada ke diajar skill bertengkar ni...
marah
diam
kalau diam
tanda marah..
sehari 2 ni hang diam aja
marah kut
Kemahiran bertengkar? Masa betengkar tu, fikiran kena kawal la, biar je sebelah pihak tu lua marah dia... dah habis dia outkan semua,...kita balas baliklah. Warass dan rasional kena jaga beb...dah mahir dah bertengkar ni...keh-keh keh
saya pun klau marah selalu diam..tu lebih baik, kalau masa marah kita bercakap..rasanya benda yg kecil akan jadi bertambah besar kan? dan ini akan lebih memburukkan keadaan...diam itu baik!
cgu kamalia
dalam apa hal pun nak bertengkar kena berkemahiran..
sebab fitrah manusia semua mahu dianggap betul...
jadi dimana nak mulakan.
rendahkan beat suara
rendahkan badan
rendahkan keangguhan
rendahkan kesombongan
semuga dihujungnya tidak ada kalah - menang.
betul intan
sebab masa marah - sibuk nak mencari dan mempertahankan diri...
semuanya tidak rasional..
apa yg terbaik.
diam
Kekadang dalam situasi berlaku perbezaan pendapat, soalan2 ingin tahu sangat mujarab.
Biasanya dalam sesuatu pendapat tentu berdasarkan fakta atau sebab musabab tertentu. Jarang sakali fakta, sebab dan musabab tidak dinyatakan. Amaraha akn timbul oleh pendengar kerana pendapat yang berbeza.
Oleh itu, ajukanlah soalan2 ingin tahu (perlu ada seni tanya) untuk mengetahui keadaan sebenar...
Ermmm..betul ke mr jinggo?
cgu azlan
hebatnya komen.
saya percaya kepada ilmu untuk mendekati semua cerita2 begini..
hari ini semuanya ilmu..
nak marah pun kena ilmu...
Ha ha ha, kena mulakan pertengkaran dan amalkan petua-petua yang diberi.kah kah kah. Lebih baik tidak bertengkar, selesai secara matang....kan lagi baik...buruk la muka bila marah...hodoh! lebih baik senyum..jer. dalam hati berzikir dan selawat. Subhanallah, wallahamdulillah,......
Gurisan dek kata-kata begitu tajam dan bisa melukai. Tapi itu hanya jika digunakan untuk tujuan melukai..
Sebaliknya jika tusukannya bertujuan untuk menyedarkan kerna dah tiada cara lainnya.. mungkin ada baiknya juga. Ini kerna, kadangkala.."satu tumbukan lebih berkesan dan akan diingati berbanding dengan belaian & gosokan manja yang mudah ilang begitu saja. Mudah dilupai.."
.."satu tumbukan lebih berkesan dan akan diingati berbanding dengan belaian & gosokan manja yang mudah ilang begitu saja. Mudah dilupai.."
cgu rayid
cantik ayat ni...nanti saya nak pinjam
teringat peribahasa "mulut mu harimau mu".. salamm abang jinggo itteww
Catat Ulasan