Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri. Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja
sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti - malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita- Dan begitulah seterusnya kita.
Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan.
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan.
Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri.
Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya
kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.
saya macam orang kalah hari ini - perut memulas2...
salah dimana ni.
tapi tak kalah kut.
bertanggungjawab : sebab dah beli makanan di bazzar ramadan yang kita kadang2 ' memperjudikan ' kuanlitinya.kita yang memilih.
29 ulasan:
Kita kalah kalau itulah yang kita fikirkan. So betulkan semula fikiran kita untuk menang.
Semoga perut Jinggo cepat pulih.
betul puan..
dalam semua hal - kita kalah sebab kita - kata kita kalah..
dalam satu buku lain.
sikap bertangungjawab !
dengan kekalahan kita...
pasal perut ni......aduhai !.
Ok Jinggo, Saya pun masih belum kalah lagi dalam percaturan hidup ini. That why le saya suka bersama kalian semua. Memberi motivasi dan harapan untuk saya terus berjuang. Dan saya tidak akan kalah. Perjuangan ini pasti diteruskan. Walaupun usia sudah lewat... saya tidak akan kalah.... Pasti dan pasti kejayaan itu milik saya juga. Walaupun lambat seperti kura-kura, namun saya akan menang dipenghujungnya. Tolong doakan....Malam ini saya masih di usm ni meninggalkan segala kebahgiaan yang ada demi menggapai impian.. Terlalu sukar saya bayangkan keperitan phd ni, betul2 lone study buat saya...
makanlah pil chee kit teck aun untuk kelegaan perut anda.
cgu ija
kesimpulannya mudah : jangan mengaku sahaja...sebab kuasa mengaku akan menjadikan kita memang macam tu..
jadi.dibawah ilmu NLP - ini kuasa samantik...
gunakan jalan yg betul.
pil chee kit teck aun ...
en zoll...
klasiknya ubat ini.
rasanya macam dah lama tak tgk ubat ni..
terima kasih
salam cgu jinggo,
kdg2 kita jgn lupa pd yg klasik tu.. tiada yg klasik, tiada yg moden, cuma kdg2 bila kita terlalu asyik dgn kemodenan, kita terlupa utk menoleh ke belakang, ke arah klasik yg semakin kita tinggalkan..
so moral of the story, sy setuju dgn saranan che zool.. makan lah pil chee kit teck aun... ngeh ngeh ngeh, sejak bila lah jadi duta ni ek!
ngeh..ngeh..
sebut pasal ubat - dah lama tak tengok air cap badak..
ni badan tgh panas ni - menarik juga...
Kalau dah pilih - bertanggungjawablah..
Kalau dah ucap - Bertangunggjawablah..
Pilihlah produk buatan Malaysia!
salam Jinggo..
ya ka kita kalah?.. kdng memang kita kalah.. kdng kalah tue.. teruk sngat.. wlu kalah cmna pun kn juga brtnggungjwb.. dah kita pilih mcm tue kan..
so.. lps nie kn fikir nak menang pl..
p/s: jinggo betul kt ZOOL@TOD try ubat tue.. bagus jg.. sy dah pernah cuba.. menjadi..hee.. berlambak kt farmasi.. wlu dh klasik tp tetap org tau jg..
ari
banyak ke beli barang2 produk malaysia..
he...
he...
semua kita kena bertanggungjawab...
miaza..
terima kasih banyak2 pada en zool...kejap lagi nak ke seven11 - tgk ada tak..
terima kasih pada hang juga
salam.. betuii tu, apa yg telah sy pilih jalan sy dulu sy kene bertanggungjawab atas kesilapan sendiri.. la;ah blum lagi :)
puan maiyah
bertanngungjawab bermadsud mengurangkan rasa - nak salahkan keadaan............
salam
Semoga dah sembuh !:)
Bila terasa akan kekalahan diri..hanya kita perlu bina semula semangat dlm diri ..kerna tanpa itu semua pasti tiada motivasi diri dlm merubah cara dan prestasi diri...
Semoga semangat itu tidak luntur dlm mendidik ank bangsa...:)
hari ni nak memilih kuih tunjuk pulak.
Bukan kalah...
tapi...,
kemenangan yg di tangguh...
p/s to One....slmt shoping...
Semoga taqwa mengakhiri Ramadhan ini dan kemantapan Iman mendahului Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Maaf Zahir & Batin
hidup ini sungguh komplek. rasa macam hendak membiarkan saja apa yang berlaku.
kekalahan akn mnjadikan kte lbh tabah dan kuat utk mnggapai kmenangan akn dtng as long as we try our best& x putus asa..
kita selalu kalah pada ramai org dan pd diri sendiri jgk, tapi tak nak mengaku. kerana kita sering beranggapan kalah sesuatu yang memalukan, sesuatu yang memeritkan walhal byk yg kita patut belajar dr kekalahan semalam untuk kemenangan esok...
Pm Kartini
terima kasih kerana pandangan
ambik sikap tangungjawab - bermadsudnya kita memilih untuk berada dalam situasi itu..
menang
kalah
bukan berpersoalan kalkau kita pilih...
cgu one
hari ini saya memilih untuk layan cerita tamil kat TV2 - jap lagi
puan aryani
bukan kalah tapi kemenangan yg ditangguh....
mendalamnya.
teja
semuga kita diberkati dalam segala urusanNya
brozan..
ada apa yg boleh kita kongsikan - rasa macam ada sesuatu aja....he
mirae
terima kasih keran urusan - semuga hari2 hadapan - mirae akan diperolehkan terus ruang untuk menjadi oranhg yg betul2 - betul !
cgu ari
sekali lagi - macam menulis dari hati aja.....
ntah kenapa saya setuju dengan cgu ari.tapi mengalah pada hari ini tak bermakna esok2 pun kita akan terus mengalah....
mengalah pada hari ini mungkin juga satu cara..satu strategi untuk menempa kemenangan pada hari esoknya.
Catat Ulasan