Seandainya telah engkau catatkan.
Dia milikku tercipta buatku. Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Tetapi ya Allah.
Tetapi ya Allah.
Seandainya telah engkau takdirkan.
dia bukan miliku.
Bawalah ia jauh dari pandanganku.
Luputkanlah ia dari ingatanku.
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.
Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia.
Walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang tercinta.
Dan ya Allah yang tercinta.
Gantillah yang telah hilang.
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya tuhanku.
Ya Allah ya tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan.
Adalah yang terbaik buat ku.
kerana engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian.
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian.
Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman.
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup.
Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
sumber : email yg dihantar dari insan yang tak dikenali.
20 ulasan:
amin...
salam.. Allah yg menentukan segalanya.. kita hanyalah insan yg kerdil dibumiNya
Semoga segalanya m`jadi baik. Amin.
**Sy tumpang m`baca di sini. salam ukhwah. :)
Amin ya rabbal alamin...
Ya..mudah-mudahan akan diperkenankan.Doa di bulan Ramadhan.
Amin.. Ya Rabbal Alamin...
:-)
salam
manusia hanya merancang...Allah jua menentukannya.
Berdoalah...
cgu one
amin2..kepada mereka2 yg berkenaan....
maiyah
gitulah adatnya manusia atas mukabumi ni...
allah yg menentukan segalanya....
zayma..
terima kasih kita berurusan..
kita tukar link..
dan amin..pada yg berkenaan..
aie..
yang mesteri - email tu macam nak tujukan pada siapa...
cgu anis
semuga dipermudahkanNya
halezed
Allah berhak menentukan yang terbaik untuk umatNya
Salam sdr. Jinggo
Itulah yang saya sebutkan di blog saya. "Cari dan mengadulah kepada Allah Yang Maha Tahu seandainya kita ragu-ragu dengan manusia dan diri sendiri"
Sedarlah kita yang hidup kita di dalam ketentuanNya.
Terima kasih di atas peringatan ini.
tuan..
begitulah seadanya kita menjadi insan..
ada tempat mengadu....
Amin..
Sesungguhnya Dia Maha mendengar..rintihan hambaNya..
Semoga menemui Sinar Bahagia :)
p/s Utk mr Jinggo juga.."penyu menangis siapa yg tahu...."
...Semoga kebahagian milik anda:)
PnKartini
ayat yg dihujung tu
lain macam..
saya penyu belimbing - tak tahan diuji...
ha..
ha..terima kasih kerana pandangan.
Jodh pertemuan di tangan Allah.
Amin.
aminn...semoga cikgu cepta2 dpt jodoh..
ke dah jumpe cume takut nakluahkan???
farha
terima kasih.............he...
Catat Ulasan