Ahad, 27 Disember 2009

kecantikan sebenar.............

Sememangnya ramai di antara kita yang lebih memberi perhatian kepada kecantikan fizikal. Rupa wajah, pakaian dan hiasan luar antara aspek yang diberi penekanan.
Namun kecantikan dalaman tidak kurang pentingnya.
Apa yang dimaksudkan dengan kecantikan dalaman?
Dalam bahasa mudahnya, ia adalah pancaran keperibadian positif seseorang.
Kecantikan dalaman, yang boleh juga disebut sebagai keindahan dalaman (‘inner beauty’), memancarkan atribut seperti keperibadian, kecerdasan,
ketrampilan dan wawasan seseorang.
Kecantikan dalaman adalah konsep kecantikan atau keindahan keperibadian seseorang yang sejati.
Jika kita memilikinya,
bererti kita amat mengenali diri kita.
Kita tidak terlalu yakin diri atau sombong
tetapi tidak pula merendah diri, pemalu
dan takut melakukan sesuatu yang sewajarnya.
Kecantikan dalaman memberikan kita satu kekuatan atau keberanian.
Kecantikan dalaman boleh diperoleh dengan dua cara,
sama ada secara semulajadi atau
melalui proses interaksi dengan alam lingkungan.
Ada orang bernasib baik kerana memperoleh sifat ini sejak dilahir tetapi yang lainnya terpaksa membatinkannya melalui proses pembelajaran dengan alam sekeliling.
Soalnya bagaimana hendak membangunkan kecantikan
daripada dalam diri kita?
Pertama
kita mulai dengan mengenal diri kita yang sebenar-benarnya. Kita harus berani mengakui kelemahan, kekurangan, kelebihan dan keunggulan kita.
Malahan kita harus berlapang dada menerima kritikan dan saranan daripada orang lain kerana mungkin tidak semua sisi diri kita yang mampu kita mengenalinya.
Kedua
lihatlah dunia sekeliling dengan pandangan positif.
Jangan buruk sangka dan cubalah untuk melihat sesuatu kekurangan
dengan mencari sisi positifnya.
Memang tidak semua hal yang terjadi sesuai dengan keinginan kita. Kalau ada hal yang tidak sesuai, kita harus ikhlas menerima bahawa inilah bahagian hidup yang harus kita jalankan saat ini. Kita hanya perlu melihat sisi positif atau hikmah daripada pengalaman kita, harapannya adalah kita belajar dari pengalaman itu agar kelak dapat lebih baik lagi. Berfikiran positif dapat membantu kita merasa lebih baik dan berlaku realistik.
DARI JINGGO
kecantikan sosial VS kecantikan fizikal
ini satu lagi kepentingan yang semakin jauh diabaikan.
kita kembali kepada beberapa berbincangan sebelum nya.
KENAPA ORANG SUKA DAN SENANG DGN KITA.
kajian besar menyatakan.
kesenangan kita bukan berfaktor kepada
pandangan fizikal semata.
jadi jangan abaikan kepentingan pembinaan kecantikan dalaman.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Petua awet muda: amalkan doa bercermin. Setiap kali melihat cermin fizikal, ucapkanlah

"Ya allah, sebagaimana Engkau mencantikan kejadian ku, Kau cantik kan lah kelakuan ku"

Bercermin di malam gelap hari juga agar dapat melihat diri.

Cermin yang paling besar dan teguh, adalah cermin yang di pantulkan ketika manusia mula melihat semua tindakan, semua kelakuan, semua percakapan, semua tindakan, di depan lensa matanya sendiri, dan lensa itu mula menangis. Hebat bukan ciptaan lensa ini?

Kita ini makhluk, pembinaan yang terlalu kecil. Tiada ada yang hebat, melainkan Nya. Pinjaman kita terlalu kecil. Bisa saja di pulang bila bila masa, bila di minta empunya.

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

Org yg hanya miliki cantik luaran tp langsung tiada cantik dalaman ibarat bunga dedap...
Hanya kecantikan dalaman kekal selamanya yg luaran tu nanti luput ditelan usia.
Setuju dengan saranan jinggo perlu muhasabah diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.

zaijb berkata...

kecantikan dalaman lebih utama... baru lahh keseluruhan nampak berseri....

Catwoman berkata...

Jika ingin cantik, pastikan dalaman bersih terlebih dahulu.
Seri luaran akan terpancar dan bersinar jika dalaman kita bersih dan cantik.

;)

Tanpa Nama berkata...

stuju ...

Ada org ckp,org cantik lbih rmai derita daripada org yg tk cntik..

Apa pndapat anda?

Jard The Great berkata...

bagus blog ini.. ehehe..

2_one berkata...

perkongsian yg menarik.=)
bg sy bila sebut ttg kecantikan dalaman apa yg trlintas adalah rohani kita..iaitu kualiti iman kita,hati yg bersih yg mezahirkan peribadi yg cantik yg asli bkn tiruan atau lakonan semata2..kalo lah kita menjaga rohani itu,iman itu dgn sebaiknye rsenye kecantikan dalaman itu kan muncul.krn Islam itu syumul menyentuh smua aspek, baik dri segi bersosial,komunikasi,n byk lg..apapun perkongsian jinggo menarik n bagus..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

berfikiran positif, bersangka baik. ikhlas.. kecantikan dalaman yang semestinya sentiasa perlu di pelihara.. akhlak diri juga komunikasi. keperibadian.. karektor dlm tiap perhubungan sosial. ya.. betul tue orang akan senang dengan kita jika kita mampu memiliki kesemua aspek itu. Barulah akan terpancar pada luarannya..

The Island of NAMOYAKI, berkata...

salam cikgu!
Fakta yang sungguh bermanfaat.
terima kasih yg tidak terhingga.

Tirana berkata...

Bila baca entri ni..tiba-tiba tertanya kepada diri sendiri "Cantik kah saya?" Cantik atau tidaknya fizikal boleh dilihat melalui cermin..tapi cantik atau tidaknya minda, emosi, social dan spiritual, bagaimana untuk mengukurnya? Tentula melalui sikap dan sahsiah diri kita...

Unknown berkata...

syaidah
satu nya saya percaya
amat percaya.
hidup jangan terlalu banyak ' persoalan ' maksudnya kita sering mempertikaikan - itu dan ini.....
terutamanya dalam konteks hubugan sosial.............

Unknown berkata...

cgu IP
ini yang mahu kita kongsikan pada pelajar kita.
kesibukan nak bagi orang nampak - kadang2 kita lupa....
aura dan fitrah kita memerlukan kecantikan lain....

Unknown berkata...

zaijb
nak cantik dalam
jadi manusia yang bijak dari dalam dan serlahkan diluar....

Unknown berkata...

zyma.
setuju.
untuk itu - be yourseft.jadi diri sendiri - sebab diri sendiri yang tahu bagaimana cantik seharusnya diletakkan..........

Unknown berkata...

aryani
orang cantik lebih derita.
setuju.
sebab orang sakit banyak yang sakit jiwa...
sibuk memikirkan bagaimana nak terus cantik......

betul tak.
jiwa kacau.

Unknown berkata...

jack..
terima kasih kerana jadi rakan jinggo.............

Unknown berkata...

2 one
itulah jawapan kepada semua persoalan...
kecantikan yang dibina atas nama ESQ...
semuga kita dipermudahkanNya

Unknown berkata...

maiza
azam tahun 2010.
mari kita sesama membina kecantikan dalaman semuga senang untuk dibina apa2 yang lain.....

Unknown berkata...

namoyaki
terima kasih - kita berkongsi dan bertindakan diatas mananya baiknya ilmu ini

Unknown berkata...

puan tirana
dari membaca emosi melalui tulisan...
puan cantik
amat cantik.

Eco Kid Adventure on Facebook