Rabu, 27 Januari 2010

gua punya blog gua punya suka


BETUL KE
gua punya blog gua punya suka
TIDAK
Kita dihadap dengan suatu cerita
YANG MUNGKIN BOLEH KITA JADI PANDUAN.
satu persatu kecelaruan menyalurkan emosi semasa
DIHADAP KE MEJA PENGADILAN
ini media terbuka.
keharusan kita memikirkan.
SESESIAPA BOLEH MEMBUKA
MEMBACA
MEMBUAT TAFSIRAN.
kita biasa dengar begini
GUA PUNYA BLOG GUA PUNYA SUKA
itu adalah jawapan
YANG TEPAT.
kita berhak menulis apa sahaja.
tanpa kita perlu persoalankan apa2.
TETAPI.
ada dua pandangan
secara beretikanya.
KITA MENULIS BERADASARKAN APA
ADA DALAM KEPALA KITA.
kita menyalin emosi kita dalam bentuk tulisan.
sakit emosi kita
sakitlah yang kita zahirkan dalam bentuk tulisan
jiwa kacau dan seterusnya.
kita salinkan dalam bentuk tulisan.
secara perundangan.
SUDAH TENTU ADA PERUNTUNGAN UNDANG2
yang menjadi sempadan kita.
DARI JINGGO
ini media terbuka.
ruang ini dibaca.
karektor kita dinilai
KALAU KITA BACA BLOG2 TERTENTU
politik sebahagiannya.
memang cukup untuk membuatkan kita berfikirkan
inikah budaya kita
inikah melayu kita
SEMUA KITA BERBEZA
kita berbeza
sosialogi
fasiologi
psikologi
SEMUA TU MENJADIKAN KITA BERBEZA
perbezaan tidak seharusnya mengujudkan
PERBEDAAN YANG MENJADI JURANG
untuk itu mari kita fikirkan.

23 ulasan:

Ruby berkata...

~ salam...

kerana kebebasan bersuara kita perlu beretika...

kerana kebebasan menulis kita perlu peka...

kerana kebebasan yang diberikan kita perlu tahu caranya...

kerana tulisan cermin peribadi kita...
ambil lah peluang sebaik mungkin...

Tanpa Nama berkata...

entry ini yang boleh di gunapakai konsep... "akai sekupang"...

bertanggungjawablah atas segala catatan perbuatan.. konsep mudah yang perlu di faham oleh setiap Muslim

Tirana berkata...

Bahasa menunjukkan bangsa. Bangsa beradab menggunakan bahasa yang bersopan. Orang yang tinggi pekertinya menggunakan bahasa dengan cermat. Sedikit sebanyak dari bahasa (tak kira percakapan atau penulisan) orang menilai kewibaan kita, personaliti kita dan tingkah laku kita.

zai berkata...

Penulis blog yg keterlaluan melepaskan perasaannya dan mengutuk individu tertentu secara berlebihan sepatutnya harus menggunakan bahasa yg lebih beradab kerana kadang2 ia ibarat meludah kelangit..akhirnya terkena diri sendiri..setiap dari kita ada pandangan masing-masing yg perlu dikongsi dan dilihat dari pelbagai sudut..positif dan negatif..apapun..yg terkena batang hidung tu..lu pikirla sendiri...

Unknown berkata...

ruby
sebab tu dinegara kita tidak boleh terlalu bebas gamaknya..
sebab kebebasan yang disalah erti kan.....
jadi jangan salahkan sesiapa......

Unknown berkata...

syaidah
kita harus bertangungjawab.
sebab di blog ni kita menulis - memang nak suruh orang baca kan.........

Unknown berkata...

puan tirana
kita diukur berdasarkan
isi bahasa
gaya bahasa
kalau sudah tersasar jauh dari asasnya - kita nilai kan sendiri.

Unknown berkata...

zai
gitulah.
kita menerima apa yg kita beri...
rata2 begitulah dialam maya ni.
karektor yg berbagai...

diharap orang yg berkarektor begitu bukan klik kita.....................

ONE ZABA berkata...

kadang kala ada satu situasi...

kalau orang kita (geng la tu)yang buat...tak pa la. pejam mata ja.

kalau bukan orang kita apatah lagi musuh kita....maka melenting la!!!

Tanpa Nama berkata...

Blog memang kita punya..kalo cerita2 tu mmg tntg diri kita..

tapi...yg jadik masaalah ialah bila kita hentam org lain ..

Mohd Farid berkata...

Dalam Islam sendiri menekankan soal akhlak dalam berbicara.. mengguna pakai kata-kata yang baik lebih menarik orang untuk mendekati Islam sebenarnya.

Tak gitu cikgu?

Faridrashidi.Com

Tanpa Nama berkata...

betul cik harun... kita menulis utk di baca.. tapi manusia ini.. akal dia.. ada byk jenis.. (refer to entry anda seblum ni).. jenis akai sekupang yang menterjemahan segala yang berada dalam akal fikiran ke dalam tulisan

itu sebab di katakan... perkara paling penting dalam diri manusia adalah hati.. jika rosak maka rosaklah semuanya..

manusia zaman sekarang ramai yang tak pandai bertanggungjawab atas tindakan sendiri, itu sebab TERbuat salah, Tercakap kat public hal itu ini, TERcerita kisah buruk waima sebelum ini semua yang dicerita baik baik belaka..

yang penting.. jangan baling batu dan sembunyi tangan..dan harus beringat yang kurik itu kendi, yang merah itu saga...

aiseyy TERpanjang celoteh.. ;)

Unknown berkata...

aryani
blog kita punya
cerita kita punya..

hak miliknya..
sapa saya masuk blog kita...
cerita kita adalah cerita orang lain juga

betul tak.

Unknown berkata...

ustaz farid
macam tu - apa yang kita harus tau....
etika
undang2 dan diatasnya adalah agamakan..

kadang2 kita lupa...

ZOOL@TOD berkata...

Ramai "bloggers" menggadaikan susila dan tertib berbahasa. Begitu sakit mata dan hati membacanya.

Mungkin saya dah tua kot.... Tetapi kalau melampau sangat hingga memaki-hamun dan mencarut rasanya ada sesuatu yang tidak kena dengan si empunya blog. Sakit mental mungkin?

Tanpa Nama berkata...

Kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis.

Unknown berkata...

enzool
dunia sudah mula menghukum rasanya - sebagaimana yg kita tahu....
satu angkara facebook
satu lagi angkara blog
dimana2 pun - kita hidup berlandaskan adap dan adat.....
............

Unknown berkata...

kak hanim

dan kita juga kena bertanngungjawab di hadapan hukum Allah nanti....

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam....selalumya ada jugak blogger yang meluahkan perasaan dihati tapi cara dan gaya bahasa yang digunakan tu tak betul...tak beradap...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam....selalumya ada jugak blogger yang meluahkan perasaan dihati tapi cara dan gaya bahasa yang digunakan tu tak betul...tak beradap...

Brahim Nyior berkata...

Salam Bro Jinggo,

Saya sekali-kali tak setuju jika ada pandangan, ikut suka akulah, blog aku, kau nak heran apa?

Ia sekaligus menterjemahkan kedangkalan akal seseroang bergelar manusia. Bukankah mata pena lebih tajam daripada mata pedang?

Seandainya kita menulis mengikut etika, pasti manfaatnya kepada pembaca juga.

Saya andaikan kita semua beradab, meskipun sesetengah daripada kita tak sependapat, ia tidak membolehkan kita menghunus kata nista dan cacian yang menjelekkan.

Salam...

~Insan Biasa~ berkata...

herm....tgh menung fikir...

Daun Mengkudu berkata...

http://bux4ad.com/_cdda9b60.htm

Eco Kid Adventure on Facebook