semua kita hidup dalam lingkuangan masalah
SAMADA KITA SUKA @ TIDAK
samada di jemput - tidak.
PASTI DATANG.
seorang sarjana ilmu membuat tafsiran begini.
BIARKAN SEBANYAK MANA
MASALAH DATANG
kerana ukuran kebagusan hidup manusia
diukur dari skala pemasalah yang dihadapi
dan bagaimana tindakan kita keluar.
UNTUK ITU
jangan persoalanya samada
diundang atau tidak
PERCAYALAH
kita diajar pada setiap sesuatu
PERCAYALAH
sesuatu tidak akan berlaku tanpa beralasan.
PERCAYALAH
kita diajar
kita belajar
PERCAYALAH
setiap sesuatu yang berlaku akan ada.
kenangan dan pengalaman.
kenangan bermaksud kita berhenti untuk sesuatu.
pengalaman bermaksud kita mencari penambahbaikan dari sesuatu.
UNTUK ITU
bagaimana kita menjawab pada semua ' sesuatu ' itu
ada karektor yang tentunya membentuk sikap kita.
PERCAYALAH
terbentuknya sikap berpaksi kepada
persekitaran
pengalaman
pendidikan
PERCAYALAH
kita membuat tafsiran dan tindakan berasaskan
pada sikap kita.
19 ulasan:
ya , aku percaya.....percayalah pada ku!!!
Salam...
Percaya itu satu kekuatan...
salam...
saya juga kadang2 ada masalah
kalau yg perlu diselesaikan segera
kenalah selesaikan
kalau yg tak perlu
atau tak penting sangat
saya biarkan sahaja
janji tak ganggu hati dan fikiran saya
kena atasi dan setelkan
bukan lari dari masalah
heeeeeeeeeee
saya memang percaya cgu one
kalau naik ke gunung..
tak ada orang lain lagi dah
nak call............
ruby
percaya itu akan hasil kuasa tindakan
blue
saya memang ada masalah dengan kamu....
bila lagi nak selesai masalah tu
salam cgu...
mengapa dikau masih tak percaya... tolonglah mempercayai ku...huhu... krn kau sentiasa di dalam ingatan ku....
itu contoh jee... cgu... nak suruh org percaya boleh kan....he...
seorg pemikir pernah kate
manusia dilahirkan utk selesaikan masalah
tak kira siapa pun kita di mana pun kita
masalah tetap datang dan pergi
bezanya mungkin bagaimana kita nk selesaikan masalah itu
yg pasti manusia itu berbeza2
setuju ngan ip..
kalo berhdpn ngan masalah ni nk kene kool gak.. kalau sabar insyaAllah akan dpt dipermudahkan
Masalah?
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu?Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Setiap manusia, dibekal satu sistem pengujian yang amat berbeza untuk setiap individu, tapi percayalah, setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Percaya, ada orang lain yang sedia berganding bahu mengalas beban. Percaya yang Dia sentiasa mendengar segala pengharapan dengan syarat berusaha bersungguh sungguh.
Syd
Masalah jangan dicari tapi jika ia datang, jangan pula kita lari. Masalah mengajar kita banyak perkara yang baik.
zaijb
saya percaya kamu
sebagai saya percaya pada diri sendiri....
aku ada kerana kamu ada...
ha....
cgu IP
dari kecik kita bermaasalah
merangkak - jatuh dan bangun
jatuh dan bangun..
sehingga besar.
kenapa dah jatuh tak mahu bangun !
puan maiyah
kita berhak untuk bercakap soal masalah...
sebab mungkin faktor ajaran..
kita diajar
kita belajar
syaidah
komen macam buat N3.
saya yakin dengan ilmu yg dikongsikan....
puan tirana
menarik pandangan tu...
siapa tahu esoknya kita....
salam jinggo
maaf.
terlupa nak maklumkan, yang panjang itu, adalah terjemahan surah "alam nasyrah" surah yg memujuk rasulallah ketika sedang syugul dengan masalah. itu nilai yg saya pegang ketika bermasalah.
tiada niat untuk mempertikai ilmu sesiapa. sekadar mahu berkongsi. mungkin perkongsian saya tidak bermutu, seperti yang saudara utarakan.
maaf.assalamualaikum.
kak zai percaya jinggo boleh mengatasi apa jua masalah yang dihadapi sekiranya jinggo percaya jinggo boleh mengatasinya dengan melakukan sesuatu..
yakin..yakin.. dan teruskan keyakinan itu, percaya bhw ketentuan ALLAH itu mengatasi segalanya, pasti hidupmu akan bahagia.. (",) aminn..
Catat Ulasan