Isnin, 28 Februari 2011

anak2 kita.....

Suka nak kongsikan satu bahan dari buku
YAKIN DIRI
9 JALAN CERDAS EMOSI DAN
CERDAS SPIRITUAL
ceritanya begini
BAGAIMANA TERBENTUK REMAJA HARI INI
mulanya dengan pembantu rumah
yang akan meninggalkan 2 kesan yang mungkin
kita selama ini tak nampak
anak akan menjadi seorang suka
MEMERINTAH
MENYALAH
anak2 dengan mudah meminta pembantu rumah
melakukan semua perkara.apabila pembantu rumah
melakukan kesilapan , anak2 akan memberi
hukuman sebagai respon
MEREKA DI BENTUK
MENJADI RAJA KECIL
seterusnya bila makayah sibuk dengan
tugasan diluar.
untuk menidakkan rasa bersalah tersebut.
' si raja kecil ' akan disempurnakan
semua keinginannya.
MEMERINTAH
MENYALAH
KEMAHUAN SENTIASA
DIPENUHI
seterusnya
perancangan keluarga yang hanya mempunyai
bilangan anak yg sedikit menjadikan anak lebih
berkuasa dirumah.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
menyebabkan anak2 tidak perlu berkongsi.
anak2 tidak dilatih untuk bersikap
TOLERANSI
SABAR
TIIDAK MEMENTINGKAN
DIRI SENDIRI.
akhirnya
inilah gambaran permikiran anak2
kita pada masa akan datang.
INI DITERUKKAN LAGI
dengan sistem pendidikan yang
menyatakan A itu bagus.
ITULAH ANAK2 KITA.

Jumaat, 25 Februari 2011

nak tak nak...


Pernah tak seketika kita
amat teruja ingin berkongsikan
buku baru yang kita baca.
kita kongsikan dengan seorang kawan
BACA BUKU NI
HEBAT SEKALI
selepas itu kita menanti
kalau2 yang ada respon darinya.
Enam bulan seterusnya
kita meminta kembali buku yang dipinjamkan
RUPA2NYA
satu
dia tak baca langsung
dua
buku sudah hilang
MORALNYA ADALAH
bukan sekadar buku
apa sahaja - tetapi juga
nasihat sebagai sahabat
nasihat sebagai guru
nasihat sebagai adikberadik.
KALAU KITA SUDAH SEDIA
MENERIMA MAKLUMAT
tidak semesti orang lain juga
sudah bersedia
KALAU ORANG TAK MINTA
selalunya mereka tak
mahu maklumat itu.

Jumaat, 18 Februari 2011

cikgu maryam bercerita....

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan
satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yang
berisi pisang yang tertulis nama orang yang
paling mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa
beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga
lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama
orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu.
Jangan lupa bawa ke mana
sahaja kamu pergi selama seminggu.
Inilah permainannya.
Selepas seminggu,
kita akan tahu keputusannya"
beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula
berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk .
Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu
lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis,
enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid
Maryam sudah bersorak.
Permainan sudah tamat.
Tidak ada lagi beban dan
bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang
dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?"
tanya Cikgu Maryam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.
Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi,
bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita
simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.
Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati
dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.
Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan
bau pisang busuk hanya untuk seminggu,
cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan
kebencian sepanjang hidup kamu"
beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya
supaya membuang jauh-jauh perasaan
benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik
darpada membenci. !

Khamis, 17 Februari 2011

jom kita bergerak

BERGERAKLAH KERANA
DIAM ITU BERERTI MATI.
kita kongsikan begini
air sebagaimana kita ketahui selalu
bergerak kerana memang itu fitrah yang ditetapkan.
dengan bergeraknya air tersebut maka air tersebut
akan selalu bersih dan dikategorikan sebagai air
yang suci lagi mengucikan.
sebaliknya ketikak air tersebut tidak bergerak maka
air tersebut akan tercemar. sarang pelbagai macam penyakit.
lama kelamaan warnanya akan berubah dari yang
awalnya bening tidak berwarna menjadi berwarna
dari yg awalnya tidak berbau menjadi berbau.
DARI JINGGO
mari kita bergerak
sebab berdasarkan kajian saintifik
itu sendiri untuk memulihkan
sungai langkah 1 adalah
PASTIKAN AIR ITU BERGERAK.
sebab air yg tidak bergerak
akan memproses kehadiran bendasing
melalui proses anarobik yang memberi
kesan yg buruk terhadap kesemupunaan
air dan sungai.

Rabu, 16 Februari 2011

jangan fikirkan sangat....

Masih ramai rakyat Malaysia yang enggan mendapatkan kaunseling apabila menghadapi tekanan. Akhirnya ada yang mengambil keputusan drastik; dan paling membimbangkan ialah membunuh diri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar tingkatan lima membunuh diri. Dalam kes yang berasingan, seorang ibu telah membunuh diri selepas mencampakkan anak kecilnya dari
tingkat empat sebuah pangsapuri.
Peningkatan taraf hidup dan pembangunan yang pesat negara, kadang-kala telah menyebabkan masalah kepada golongan tertentu. Antaranya masalah tekanan atau stres daripada rutin kehidupan harian sama ada berpunca dari kerja, persekitaran atau individu lain. Namun begitu, masalah ini tidak sewajarnya dipandang mudah dan memendamkannya sehingga boleh mengganggu emosi dan rohani.
Tan Sri Lee Lam Thye, pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyatakan bahawa seorang daripada empat orang
rakyat Malaysia menderita dari masalah mental.
Antara yang boleh dilakukan bagi menangani
masalah tekanan ialah menjalani hidup sihat ,
seperti bersenam. Apabila bersenam,
badan akan mengeluarkan endorphin -
iaitu hormon gembira dan sekaligus dapat
mempertingkatkan kesihatan fizikal dan mental.
Anda tidak perlu menjadi seorang atlit untuk bersenam.
Mulakan dengan 20 minit berjalan di sekitar rumah anda.
Begitu juga dengan pegangan agama.
Dengan melakukan ibadah atau meditasi boleh
mengurangkan stres. Dengan meletakkan tubuh
badan dalam keadaan tenang,
stres dapat dikurangkan. Berdoa, beribadah atau
bermeditasi adalah latihan kerohanian yang boleh
dilakukan di rumah dengan bersyukur kepada
Tuhan atas segala kebaikan dan rahmat yang anda perolehi.
DARI JINGGO
kita ada apa yg kita fikir
fizikal kita bertindak
atas arahan minda dibawah sedar.
KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN
KITA ADALAH APA YANG PERCAYA

Ahad, 13 Februari 2011

masukkan air dalam kepala

suka nak kongsikan
SATU BACAAN YANG MENARIK
MENGENAI KITA
kisah matahari dan angin
masing2 sering bertelagah yang kononnya
mereka lebih hebat diantaranya mempengaruhi
manusia dan ciptaan Allah di bumi.

DISEBABKAN PERTELINGKAHAN TERSEBUT
mereka mendatangi bulan
untuk dirujuk pandangan.
maka bulan mencadangkan.

MEREKA PERLU BERTARUNG
siapa yang dapat mempengaruhi musafir di bawah
sana membuka pakaiannya , dikirakan menang.

PERTANDINGAN BERMULA.
undian dijalankan dan giliran angin dahulu.
dikala itu musafir sedang berteduh dekat sebuah tasik
semasa angin bertiup musafir itu mengilang tangannya
angin bertiup lebih kencang.
musafir semakin merapatkan pakaiannya.
akhirnya angin meniupkan badai
musafir semakin membongkok dan menarik selimut
dan berlindung rapat2 di sebalik pakaian dan selimutnya.
ANGIN GAGAL MEMPENGARUHI
MUSAFIR TERSEBUT.
giliran matahari.
matahari dengan perlahan meningkatkan kekuatan sinarnya
musafir mula mengipas dirinya.
semakin panas sinar matahari
musafir semakin tidak selesa.

DIA MULA
MEMBUKA BAJU
DARI JINGGO
mempengaruhi manusia lain tentunya
sahaja ada kemahiranya.
sebagai pendidikan tentunya tidak mudah
untuk kita mempengaruhi persekitaran kita
sebab amat diyakini.
perubahan bukan fitrah manusia
dia akan berubah kalau dia suka berubah
pendidik harus jadi ' medium ' yang disukai
dan boleh mempengaruhi.
kekerasanya mungkin tidak praktikal dalam
beberapa hal berdasarkan perkembangan persekitaran.

IBARAT MENGELUARKAN AIR YANG
MASUK KE DALAM TELINGA.
air tidak mungkin akan keluar dengan cara
memiringkan kepala.
caranya adalah
MASUKKAN AIR DALAM KEPALA
DAN KELUARKAN
.
begitulah hal dalam skop
mempengaruhi orang lain

Sabtu, 12 Februari 2011

kongsi lagi

wajah yang cantik merupakan bukan lagi satu tarikan
dalam mana2 hubungan sosial
TAPI BAGAIMANA
semua orang lari bila kita membuka mulut.
wajah cantik adalah satu jenis kejelitaan ,
tetapi ada satu lagi kecantikan
KECANTIKAN SOSIAL
akibat pulut santan binasa
akibat mulut badan merasa
KENAPA MACAM TU
sebab ada orang yg cantik
gagal dalam hubungan sosial.
mulut merupakan satu aspek kejelitaan
yang amat penting
pengaruhnya dari sudut keupayaan
menambat hati orang lain.
menurut pakar psikologi
orang yang pandai berbahasa
dipandang lebih tampan
lebih jelita daripada wajah sebenar.
KAJIAN MENYATAKAN
gaya bahasa menuduh
menyebabkan orang yang
mendengar menjadi defensif
akibat dari bahasa menuduh
menyebabkan pendengar
sakit hati.marah.perselisihan.
pertengkaran.pergaduhan.
GAYA BAHASA MENUDUH JUGA
DI SEBUT GAYA BAHASA ' AWAK '
gaya menuduh akan disertai dengan
jari telunjuk yang menuding.
gaya menuduh mengandungi unsur2

PENGHAKIMAN
HUKUMAN
KEPUTUSAN
TUDUHAN.
KAJIAN MENYATAKAN WANITA
LEBIH KERAP
MENGGUNAKAN GAYA BAHASA
AWAK DIBANDING LELAKI
DARI JINGGO
jangan gunakan bahasa tuduhan - kerana
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan
tuduhan balas seterusnya
kepada kita.jangan risau kalau kita diberi ' nikmat '
yang sama macam orang lain - cantik -
percayalah diantara kita dan orang lain
penghubungnya adalah
MATA
MULUT.

Jumaat, 11 Februari 2011

kita semua ada problem


Apa dia masalah? Masalah adalah situasi yang tak Anda ingini. Masalah adalah situasi yang berlaku diluar jangkaan Anda, diluar perancangan Anda. Ada bermacam sebab kenapa masalah terjadi, sebab paling utama adalah kesilapan. Anda silap dalam bertindak, maka berlakulah masalah. Anda silap dalam menetapkan matlamat, maka terjadilah masalah. Anda silap dalam memikir – Anda berfikir negatif, kesannya minda separa sedar Anda kerap menarik masalah. Akhirnya hidup Anda tak pernah serik dari dilanda masalah. Lepas satu masalah, datang lagi satu masalah!

Berikut adalah 5 tips asas bagaimana untuk menangani masalah.

1. Fahami sebabnya

Kenapa masalah muncul? Masalah berpunca dari kesilapan Anda – kesilapan dalam bertindak, kesilapan dalam berfikir, kesilapan dalam berniat, kesilapan memasang matlamat, kesilapan berimaginasi. Masalah situasi yang tak Anda ingini. Anda tak akan dapat elak. Untuk menangani masalah dari peringkat asas, fahami dulu sebabnya. Sebab apa masalah muncul? Ia berlaku sebagai cara untuk menunjuk Anda cara yang betul. Masalah dimunculkan untuk Anda nampak langkah yang betul. Dalam perspektif lain, Tuhan menurunkan masalah pada Anda sebagai balasan kepada perbuatan Anda, mungkin Anda ada buat dosa tanpa pernah meminta ampun.

2. Gali kepositifan disebalik masalah.

Setiap yang berlaku, pasti ada kebaikan tersirat di dalamnya. Masalah berlaku semata-mata untuk membuat Anda berubah. Jangan menyerah pada masalah. Jika Anda dilanda masalah, cari apa yang baiknya masalah tu. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kekurangan duit, kebaikannya, Anda akan terdorong untuk rajin bekerja atau berniaga supaya Anda berduit. Kenapa perlu gali kepositifan disebalik masalah? Supaya Anda nampak jalan keluar dari masalah, bukan buntu sebab dilanda masalah.

3. Optimis masalah tu boleh selesai.

Optimis adalah sikap dimana Anda yakin apa yang Anda usahakan boleh berhasil. Anda nampak di mana jalan keluar, Anda dapat rasakan apa yang Anda buat boleh mendatangkan kesan selagi Anda terus berusaha. Makin berusaha, makin nampak kesannya. Dalam menangani masalah, Anda perlu optimis. Anda perlu hadirkan rasa yakin bahawa masalah Anda boleh selesai. Setelah menggali hikmah di sebalik masalah (kepositifan) Anda perlu hadirkan rasa yakin masalah Anda boleh selesai, janji teruskan berusaha hingga masalah berjaya diselesaikan sepenuhnya.

4. Fikir penyelesaian, bukan bebanan.

Inilah aspek terpenting bagaimana menangani masalah. Fikirlah penyelesaian masalah, bukan memikir bebanan masalah. Jika Anda dilanda masalah secara tiba-tiba, terus fikir bagaimana menyelesaikannya. Elak merasa terbeban oleh masalah, elak berkata tentang masalah Anda. Meluah masalah tu boleh, tapi jangan amalkan kerana asyik meluah akan menyebabkan Anda tak nampak jalan keluar dari masalah melainkan Anda meminta pendapat bagaimana nyelesaikan masalah. Fikir penyelesaian masalah, Anda kena bercakap dan berbincangan mengenai penyelesaian masalah. Hati Anda kena yakin Anda kini menuju kepada penyelesaian masalah, bukan berlegar-legar di dalam masalah.

5. Tulis, buat, lihat prestasi.

Setelah Anda memikir jalan penyelesaian masalah, langkah seterusnya, tuliskan penyelesaian-penyelesaian itu. Kenapa? Sebab Anda perlu mengingatkan diri sendiri bahawa Anda sedang berusaha menyelesaikan masalah. Cara ini akan membuat Anda dapat mengelak dari merasa terbeban oleh masalah, sebaliknya mendidik minda Anda supaya memfokus pada usaha menyelesaikan masalah. Tulis penyelesaian masalah yang Anda boleh fikir, buat apa yang Anda fikir tadi, pastu lihat perkembangannya cemana. Kaji, adakah Anda nampak masalah Anda makin boleh diselesaikan atau makin bertambah?

6. Bertindak, bertindak, bertindak.

Kereta tak bergerak apabila minyaknya tak ada. Sepiring mee kari segera Maggi tak sedap di makan apabila rempah karinya tak ada. Duit tak akan ada bila Anda tak ada kerja. Begitu jugalah dengan masalah. Masalah tak akan selesai bila Anda tak bertindak. Selesaikan masalah. Elak hanya merasa terbeban oleh masalah. Sebaik-baik cara menangani masalah adalah dengan bertindak menyelesaikannya.

sumber : internet

Khamis, 10 Februari 2011

kita berkongsi lagi

A - Z TO SUCCESS
A : Accept
Terimalah Diri Anda sebagaimana adanya.

B : Believe
Percayalah terhadap Kemampuan Anda
untuk meraih apa yang Anda inginkan dalam Hidup.


C : Care
Pedulilah pada Kemampuan Anda
meraih apa yang Anda inginkan dalam Hidup
.

D : Direct
Arahkan pikiran pada hal-hal Positif yang
meningkatkan Kepercayaan Diri.

E : Earn
Terimalah Penghargaan yang diberi orang lain
dengan tetap berusaha menjadi yang Terbaik.

F : Face
Hadapi masalah dengan Benar dan Yakin.

G : Go
Berangkatlah dari Kebenaran.

H : Homework
Pekerjaan Rumah adalah langkah penting
untuk Pengumpulan informasi.

I : Ignore
Abaikan celaan orang yang menghalangi
jalan Anda mencapai Tujuan.

J : Jealously
Rasa Iri dapat membuat Anda tidak menghargai
kelebihan Anda sendiri,Jadi hindarilah.

K : Keep
Terus Berusaha walaupun beberapa kali Gagal.

L : Learn
Belajar dari Kesalahan dan Berusaha
untuk tidak mengulanginya.

M : Mind
Perhatikan Urusan sendiri dan Tidak
menyebar Gossip tentang orang lain.

N : Never
Jangan pernah Putus Asa.

O : Observe
Amatilah segala hal di sekeliling Anda. Perhatikan,
Dengarkan, dan Belajar dari Orang lain.

P : Patience
Sabar adalah Kekuatan tak ternilai yang
membuat Anda terus berusaha.

Q : Question
Pertanyaan perlu untuk mencari Jawaban
yang Benar dan menambah Ilmu.

R : Respect
Hargai Diri sendiri dan juga Orang lain.

S : Self Confidence, Self Esteem, Self Respect
Percaya diri, Harga diri, Citra diri, Penghormatan diri
membebaskan kita dari saat-saat tegang.

T : Take
Bertanggung jawab pada setiap Tindakan Anda.

U : Understand
Pahami bahwa Hidup itu selalu ada Potensi untuk naik

V : Value
Nilai Diri sendiri dan orang lain,
Berusahalah melakukan yang Terbaik.

W : Work
Bekerja dengan Giat,Jangan lupa Berdoa.

X : X'tra
Usaha lebih Keras membawa Keberhasilan.

Y : You
Anda dapat membuat suatu yang berbeda.


Z : Zero
Selalu Ingat, Usaha Nol membawa hasil Nol pula.

Rabu, 9 Februari 2011

saya suka....



saya suka kerja yang begini
KERJA YANG MUNGKIN
tidak ada batasan sempadan
yang ada adalah
OBJEKTIF DAN NIAT
ini bukan soal pulangan
ini soal sumbangan.
DAN SAYA MENGIRAKAN
ini adalah bidang dimana
ilmunya terus mengalir.
KERANA ITU
dimana2 amat diyakini
PEKERJALAH KITA
BERASASKAN
BAKAT DAN MINAT.

Ahad, 6 Februari 2011

sunyi.....

Kajian menyatakan KESUNYIAN MERUPAKAN
PENYAKIT TERSEMBUNYI
hari ini 1 daripada 10 orang dewasa
kesunyian
ini dikaitkan dengan kurang berinteraksi
dan bersosial berisko tinggi untuk
mendapat penyakit nyanyuk.
DARI JINGGO
kurang berurusan dengan orang lain.
kenapa jadi macam tu
mungkin fakta ini menarik untuk dikongsikan
SATU KECELAKAAN
besar dalam hidup manusia bilamana
kita tidak dipedulikan
dimana mulanya
TENTUNYA
bermula dari kita tidak
mempedulikan orang lain.
amat diyakini dengan perubahan
persekitaran hari ini berurusan dengan
orang lain memerlukan kemahiran
yang bukan sedikit.
ini dikaitkan dengan satu fakta akademik
yang cukup menarik.
KITA BERSOSIAL
MACAM KITA MELABUR SAHAM
orang melabur semua nak untung
( keuntungan emosi )
kadang kesilapan dan kegagalan
kita menjadikan orang lain untung
menjadikan kita tidak dipedulikan.
KITA FIKIRKAN.

Jumaat, 4 Februari 2011

anak lelaki lagi....



mungkin lama masa
MEMPERKEMASKAN DIRI
kami terjarak.
sedar2 aja....
adik berahim dah jadi laki org hari ini.
TAHNIAH UNTUK YANG
MENJADIKAN TARIKH
YANG SAMA SEBAGAI HARI NIKAH
hari ini dimana
2 hati menjadi 1
1 dalam semua hal
walaupun zahirnya kita entiti yang berbeza.
semahu tidak.kita perlu menjadi 1.
DAN SETERUSNYA
selamat pengantin baru.
semuga cerita seterusnya
menarik untuk kita kongsi dan dengar.
yang pasti nikah kahwin tidak
sekadar memenuhi keperluan fitrah
dan hukum tabii semata.
ada cerita lain
yang kita tahu
yang perlu belajar
yang perlunya - kita diajar.

kita memang macam tu



menjadi seorang abi hari ini
KADANG2 ADA SESUATU
yang menarik untuk dikongsikan
anak membesar.
melalui satu latihan
DIAJAR DAN BELAJAR.
mereka diajar
dan kita mengajar.
HARIERI JATUH
basikal dan longkah
2 cerita yg mungkin berbeza
kepada lelaki.
tak apa anak lelaki harus diajar
erti hidup yang berbeza.
kena kuat.
kepada perempuan
habis anak aku
tercalar pipi tak cantik.
MORALNYA
kita memang berbeza.

Rabu, 2 Februari 2011

untuk dikongsikan

Seorang anak sedang memperhatikan perjuangan seekor
kupu-kupu cilik yang berusaha keluar dari kepompongnya.
Ia menunggu berjam-jam dan merasa bahwa
sang kupu-kupu kecil kelihatannya tidak mampu
untuk mengeluarkan dirinya.
Oleh kerana merasa kasihan,
sang anak mengambil gunting

untuk membuat lubang yang
lebih besar agar si kupu-kupu

itu dapat keluar lebih mudah.
Akibat perbuatannya, memang kupu-kupu
itu berhasil keluar,

tapi otot-otot sayapnya tidak
menjadi kuat dan besar

sehingga ia tidak dapat terbang.
Sang anak mendapat pelajaran
yang sangat berharga,

bahawa sang kupu-kupu memerlukkan perjuangan
yang keras agar supaya otot-otot
sayapnya dapat terbentuk. Niat baik sang anak
justru menghasilkan cacat seumur hidup
bagi sang kupu-kupu yang malang.
Sering kali, yang kita perlukn dalam
hidup ini adalah perjuangan.

Jika Allah merelakan kita untuk
melalui hidup ini tanpa tentangan,

maka hal ini akan membuat
kita lemah dan tak berarti;

sama seperti si kupu-kupu
kita tidak dapat “terbang”.
Lihatlah kegagalan dari sudut pandang yang positif.
Jadikanlah kegagalan sebagai
anak tangga mencapai kesuksesan.
Emas yang murni adalah
emas yang berasal

dari pembakaran terpanas.

Kegagalan akan mengeluarkan semua
potensi yang kita miliki.
Kegagalan memaksa kita untuk berubah
dan mengambil tindakan, kerana bukan kegagalan yang
terpenting melainkan apa yang akan
Anda lakukan
dengan kegagalan itu.

Earl Nightingale pernah mengatakan,
“Dalam pertandingan
baseball,
Anda tidak akan pernah berpindah
ke
base yang kedua
jika Anda tetap berusaha menempatkan
kaki Anda di
base pertama”.
Anda tidak akan mencapai
mimpi Anda
jika Anda
TIDAK BERANI MENGAMBIL RESIKO
untuk menghadapi kegagalan
dalam usaha Anda.

ika Anda yakin bahwa hal ini adalah sesuatu
yang tepat untuk Anda dan Anda mempersiapkan diri dengan matang,
Anda akan bertemu dengan kesuksesan yang Anda inginkan .
Ingatlah, bahwa kesuksesan seseorang tidak diukur
dari betapa sukses
ia pada saat ini, tetapi lebih
diukur dari berapa
banyak
tentangan yang berhasil
ia hadapi dan tuntaskan.
Hidup ini bagaikan rangkaian musim yang berbeda. Ada kalanya musim hujan, di lain waktu datang musim kemarau. Tidak ada musim yang akan bertahan selamanya, dan ketika satu musim berakhir maka sudah saatnya berubah, bergerak maju dengan keyakinan dengan keyakinan yang positif. Kegagalan dapat membuka pintu baru, ingatlah ketika kesempatan datang dan mengetuk pintu Anda, dan Anda membuka pintu tersebut, maka bersiaplah bertemu dengan kegagalan. Namun jangan gusar, karena kegagalan ini tidak bersifat final. Jika Anda menyambutnya dengan positif, kegagalan dapat berubah menjadi kesuksesan. Jika kesempatan mengetuk pintu Anda dan Anda tidak membukanya, Anda tidak pernah mengetahui kesukesan yang lebih besar dari apa yang Anda genggam sekarang. Kegagalan dapat membangun kepercayaan diri Anda karena pengalaman-pengalaman itu akan menjadikan Anda lebih percaya diri.



dari jinggo.
Eco Kid Adventure on Facebook