Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan
satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yang
berisi pisang yang tertulis nama orang yang
paling mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa
beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga
lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama
orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu.
Jangan lupa bawa ke mana
sahaja kamu pergi selama seminggu.
Inilah permainannya.
Selepas seminggu,
kita akan tahu keputusannya"
beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula
berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk .
Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu
lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis,
enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid
Maryam sudah bersorak.
Permainan sudah tamat.
Tidak ada lagi beban dan
bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang
dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?"
tanya Cikgu Maryam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.
Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi,
Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi,
bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita
simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.
Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati
dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.
Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan
bau pisang busuk hanya untuk seminggu,
cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan
kebencian sepanjang hidup kamu"
beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya
supaya membuang jauh-jauh perasaan
benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik
darpada membenci. !
3 ulasan:
Satu permainan yang praktikal untuk diaplikasikan... yang penting nilai dihujungnya... membentuk insan dengan nilai murni yang terselindung..
cerita yg menarik dan permainan yg baik utk d aplikasikan..
hah..... bagus permainan ni untuk motivasi kanak2...
Catat Ulasan