PERNAHKAH anda sebagai isteri merasakan ada hari-harinya
anda berasa hambar dengan sikap suami anda.
Mungkin anda merasakan sikap suami anda sudah tidak seperti dahulu,
banyak mengelak diri dan enggan pula berkomunikasi dengan anda.
Sekiranya terjadi sedemikian pasti ada sebabnya suami anda beraksi
begitu. Mungkin dia mengalami masalah yang berat di pejabat, berhadapan
dengan masalah kesihatan mahupun ingin berseorangan.
Bagaimanapun adalah malang sekiranya sikap suami berkeadaan demikian
disebabkan dia sudah tidak menyayangi atau memerlukan anda lagi, namun
dia sukar pula untuk meluahkan kenyataan itu kepada anda, manakala anda
pula tidak mengetahui puncanya.
Berikut diberikan enam cara tanda mengenal pasti adakah suami anda
sebenarnya memang sudah tidak menyayangi anda dan sekiranya perbezaan
watak ini dapat dihidu dari awal mungkin anda sebagai isteri boleh
memulihkan keadaan.
Dia jarang ada di rumah
Ramai di kalangan lelaki menggunakan alasan banyak kerja di pejabat
menyebabkan mereka balik lambat ke rumah. Bagi mereka apa guna balik ke
rumah awal sekiranya dihimpit dengan rasa kebosanan, tiada berperasaan,
terasa menyampah mahupun terasa tiada makna sebaik sahaja sampai di
rumah.
Hakikatnya di sebalik keadaan ini menyebabkan mereka banyak
menghabiskan masa di tempat kerja dan tanpa disedari mereka akan
menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja yang kini dirasakan lebih
menarik daripada anda di rumah.
Tiada lagi kata-kata pujian darinya
Bilakah kali terakhir anda mendengar pujian daripada suami anda atau
menghargai sesuatu yang anda lakukan. Lelaki tidak akan mengucapkan
kata-kata pujian kepada individu itu apabila dia fikir si dia tidak
layak untuk mendapatkan pujian berkenaan.
Apabila suami anda sudah mula kurang tumpuan kepada anda dan percaya
semua yang anda lakukan adalah tidak berbaloi bagi dirinya, lambat-laun
perhatiannya kepada anda mula hilang.
Dia suka menyalahkan anda
Tuduhan demi tuduhan dan suka menyalahkan anda adalah salah satu
babak yang paling ditakuti dalam hubungan suami isteri. Ini juga
menunjukkan tanda besar sebenarnya suami anda sudah tidak mahukan anda
lagi dalam perhubungan berkenaan. Apatah lagi sekiranya dia sudah
mempunyai wanita lain dan pastinya dia mula membuat perbandingan antara
anda dan si dia. Akhirnya, anda yang akan menjadi tempat untuk dia
melepaskan segala yang terbuku di hati dengan maki hamun dan
sumpah-seranahnya.
Kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh pasangan terhenti
Ini termasuklah dia tidak lagi membawa anda untuk pergi jamuan makan
bersama-sama, enggan bersama anda di mana-mana majlis ataupun tidak mahu
makan bersama biarpun di rumah.
Ini disebabkan dia tidak lagi mendapati anda menarik buatnya dan
apabila bersama anda dia tidak terasa keseronokan sebagaimana waktu mula
bercinta dahulu.
Begitu juga dia terasa mahu berjauhan daripada anda setiap masa kerana
berasa bebas sekiranya berbuat demikian.
Tambahan pula sekiranya dia sudah ada pasangan yang lain menyebabkan
semua aktiviti yang lebih menyeronokkan boleh dilakukan bersama teman
barunya.
Komunikasi selalunya hambar
Jika pasangan itu dalam keadaan bercinta selalunya semua komunikasi
yang dilakukan adalah menyeronokkan dan menarik sehinggakan apa sahaja
isu boleh dijadikan bahan.
Namun apabila kasih sayang sudah semakin menurun kesukaran untuk
bercakap antara satu sama lain juga akan berlaku malah suami anda akan
mengelak daripada bertentang mata dengan anda. Sepatah yang ditanya,
sepatah yang dijawab.
Hanya isu utama yang dicakapkan itupun beberapa patah perkataan
sahaja. Akhirnya tiada lagi ucapan dan kata-kata keluar dari mulut suami
anda kerana dia berasa tidak lagi seronok untuk berbual dengan anda.
Kasih sayang dan aktiviti seks mula menghilang
Ini adalah saat kebahagiaan akan hilang dan terus luput dari sanubari seorang
yang bergelar suami kepada isterinya.
Hilangnya kasih sayang dan tiadanya rasa ghairah kepada pasangan
menyebabkan hubungan suami isteri itu sudah tiada makna lagi terutama
ketika di ranjang.
Biarpun sesudah bertahun mungkin hubungan seks antara suami isteri
sudah tidak serancak selalu namun hubungan akan berkekalan selagi ada
rasa kasih sayang.
Tetapi apabila semuanya hilang hubungan akan renggang
dan akhirnya putus.
Apabila hubungan seks dilakukan pula hanya terasa hambar dan dingin
sedangkan si isteri menanti dengan penuh rasa harap.
Si suami ketika itu kasih sayangnya pula sedang berbunga maka
keghairahan
pun menjelma berbanding anda yang telah lama dikenalinya.
1 ulasan:
terima kasih share ya cikgu :)
Catat Ulasan