Ada ketikanya anda mungkin cukup bernasib baik kerana mudah membina
hubungan mesra dan intim dengan pasangan sama ada suami atau isteri
mahupun kekasih.
Ia nampak seperti satu hubungan yang sempurna, hangat dengan
perbualan tanpa perlu bersusah-payah mencari topik yang serupa,
berkongsi rahsia dan penuh kepastian bahawa anda berdua akan terus
bersama untuk jangka masa yang panjang.
Bagaimanapun tidak semua perhubungan bermula dengan
ikatan sekukuh
itu dan tidak semua hubungan
mesra serta intim mampu
mesra serta intim mampu
dikekalkan untuk
jangka masa panjang.
Perhubungan memerlukan usaha dan ada perkara-perkara yang anda perlu
lakukan untuk meningkat kemesraan dan keintiman. Berikut beberapa tip
yang mungkin boleh diberi perhatian.
Cari minat yang serupa dan lakukannya bersama-sama
Mengikut kajian, kebanyakan perkahwinan berakhir dengan perceraian
pada tempoh lapan tahun pertama. Kajian juga mendapati bahawa selepas
tempoh tujuh tahun pasangan akan mula bosan dengan perhubungan mereka.
Ketika itu hubungan menjadi renggang dan masing-masing
mula kurang
berpuas hati terhadap perkahwinan mereka.
Bunuh perasaan bosan itu sebelum ia menjadi 'barah' dengan
cara berkongsi pengalaman antara satu sama lain.
Apa persamaan minat yang anda berdua miliki? Kongsi minat tersebut
dengan melakukan aktiviti bersama. Ia bukan saja untuk merapatkan lagi
hubungan bahkan anda akan
berkongsi pengalaman dan gurau-senda bersama.
Ketawa bersama
Ketawa sebenarnya berjangkit. Ini kerana apabila
kita mendengar orang ketawa,
kita mendengar orang ketawa,
otak kita secara automatik mahu turut terbabit dalam situasi
tersebut.
Berdasarkan beberapa kajian, termasuk kajian di Institute of
Cognitive Neuroscience, University College London, kita secara semula
jadi akan meniru gerak dan ekspresi wajah
orang yang bercakap dengan
kita, termasuk ketawa.
Kita akan ketawa apabila mendengar jenaka yang kelakar,
ketika sedang bermain, ketika digeletek dan sebagainya.
ketika sedang bermain, ketika digeletek dan sebagainya.
Bagaimanapun ketawa bukan saja tanda kita
memikirkan sesuatu yang kelakar,
memikirkan sesuatu yang kelakar,
ia juga salah satu cara kita mengukuh ikatan dengan orang lain.
Ketawa merupakan sesuatu yang universal dan pengubat duka, jadi
pergilah menyaksikan filem-filem komedi ketika bertemu janji bukan saja
ketawa anda akan membuatkan mood anda bertambah baik bahkan ia mungkin meningkatkan lagi ikatan perhubungan anda.
Jadilah seorang yang sentiasa menyokong
Dalam satu kajian selama lima tahun oleh penyelidik dari Universiti
Iowa Amerika Syarikat, mendapati pasangan yang baru berkahwin memberi
empat jenis sokongan yang mereka labelkan sebagai:
1.Sokongan fizikal dan emosional - berkongsi dan mendengar selain
berpegang tangan dan berpelukan.
2.Hormat - Menawarkan sokongan sebagai
penghormatan dan keyakinan diri.
penghormatan dan keyakinan diri.
3. Informational - memberi nasihat secara umum
4.Tangible - membantu dengan tanggungjawab tambahan atau menyelesaikan masalah
Rahsianya ialah memberi bentuk dan tahap sokongan yang betul
sebagaimana diperlukan. Tiada siapa yang suka jika mereka berasa seolah
sentiasa diarah atau diperintah oleh pasangannya.
Setiap orang mempunyai idea berbeza mengenai bentuk dan jumlah
sokongan yang diperlukan. Jadi pastikan pasangan anda tahu anda sentiasa
berada di sisinya untuk menyokong
dalam apa juga keadaan termasuk
kewangan.
Menerima seadanya tanpa syarat
Memang mudah untuk terbabit dalam perhubungan dengan idea bahawa anda
mampu mendorong pasangan untuk berubah - walaupun kecil - untuk menjadi
seperti yang anda ingini.
Bagaimanapun idea tersebut tidak selalunya
realistik atau adil untuk pasangan anda.
realistik atau adil untuk pasangan anda.
Biarpun apa yang anda ingin ubah itu perkara kecil seperti meminta
pasangan memotong rambut atau meminta pasangan meminati kumpulan muzik
yang anda minati atau meminta pasangan berhenti memakai baju yang anda
tidak sukai, semua itu mampu menjadi halangan kepada keintiman hubungan
anda.
Terimalah pasangan seadanya. Penerimaan datang seiring dengan
dorongan untuk pasangan berkongsi perkara-perkara yang peribadi dan
intim seperti impian, perasan dan sejarah hidupnya.
Memanglah ada masa apabila perubahan itu perlu dan penting seperti
meminta pasangan berhenti merokok kerana tabiat tersebut menjejaskan
kesihatan, tetapi permintaan itu mestilah berasaskan kepada percaya dan
menerima bukannya mengkritik dan menilai.
Beri perhatian
Keintiman secara mental, emosional dan fizikal
dengan pasangan anda bermula dengan
dengan pasangan anda bermula dengan
anda mendengar apa yang dia perkatakan dan beri perhatian
kepada segala tindakannya.
kepada segala tindakannya.
Bunyinya seperti mudah, tetapi sebenarnya tidak. Untuk beri perhatian
sepenuhnya anda perlu menolak perkara lain ke tepi daripada keributan
kerja hingga kepada senarai
apa yang hendak dimasak untuk makan malam.
Ketepikan semua hal peribadi anda dulu dan dengarlah apa yang ingin disampaikan oleh pasangan anda.
Ketika mendengar luahannya, pandang mata pasangan anda, senyap ketika
dia sedang berkata-kata dan apabila anda menyuarakan pandangan nadanya
biar nampak
anda benar-benar prihatin dan mengambil berat.
Kekalkan pandangan mata
Mata adalah jendela hati atau mungkin juga mata jendela keintiman.
Ketika anda memandang mata pasangan anda dari seberang meja, anda bukan
sekadar memberi perhatian tetapi
sebenarnya anda meluahkan keintiman
anda.
Pandangan mata adalah komponen penting tentang bagaimana kita
bersosial dengan orang dan ia adalah salah satu perkara penting dalam
mencetuskan hubungan intim dan romantik atau sebaliknya.
Komunikasi dari mata ke mata bersifat lembut, dan penegasan secara senyap (non-verbal) bahawa anda amat penting bagi pasangan. Pandangan mata memperlihatkan rasa percaya dan terbuka.
Pastikan anda 'ada' ketika bersama pasangan
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh
membahayakan,
tetapi ia juga boleh membuatkan hubungan kekeluargaan anda
berisiko.
Ini sebabnya. Menggunakan telefon bimbit nampak
seperti perkara sangat penting,
seperti perkara sangat penting,
tetapi sebenarnya ia mengurangkan 'keberadaan' anda
bersama pasangan.
Apabila anda membuat pelbagai kerja pada satu masa - contohnya
memandu dan bercakap di telefon - anda tidak menumpukan kepada perbualan
dan tidak dapat menangkap isu-isu penting yang dibualkan yang boleh
membawa kepada salah faham serta membuatkan pasangan terasa seperti
disisihkan dan terluka.
Anda membahagi masa antara telefon, jalan raya dan perbualan. Untuk
membina dan mengekalkan keintiman, pilih salah satu pada satu-satu masa.
Jadi cuba fikirkan, adakah iPhone lebih mendapat perhatian berbanding
pasangan anda? Adakah anda bekerja apabila telefon berbunyai sedangkan
ketika itu anda sedang makan dengan pasanga? Adakah anda membawa
BlackBerry ke bilik tidur? Jika semua jawapannya ya, anda mungkin perlu
mematikannya untuk memberi lebih perhatian kepada perhubungan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan