Ahad, 3 Mei 2009

saya sedang belajar


Gagal lagi? Semua orang hendak berjaya tetapi malangnya mereka semua masih gagal kerana mereka sendiri yang mengamalkan langkah-langkah yang memastikan kegagalan.
Apakah amalan-amalan itu yang biasa dilakukan oleh kumpulan gagal?
1. Berada di dalam lingkungan orang gagal. 95% daripada orang yang kita bergaul adalah terdiri dari orang-orang yang gagal.Tandanya ialah orang sekeliling yang kita dampingi adalah mereka yang gagal. Dengarlah ucapan yang dituturkan oleh mereka. Apa yang anda dengar adalah hanya kritikan dan ucapan-ucapan seperti tak boleh, mana mungkin, payahlah ,aku dah buat, nampak tak boleh jalan, banyak orang dah gagal. Inilah ucapan yang sering anda dengar.Dari segi pencapaian mereka pula hanya biasa sahaja dan mereka ini sentiasa akan menasihatkan pada anda JANGAN BUAT, NANTI ANDA MENYESAL. Mereka seolah-olah ada kuasa untuk menentukan nasib anda. Anda sebenarnya berada di dalam lingkungan getaran tenaga emosi negatif yang terlalu kuat apabila anda berada dalam lingkungan mereka.
2.Anda berasa yang anda sudah pandai dan tahu segala-galanya.Apabila perkara ini berlaku maka anda mula berhenti untuk belajar. Ini bermakna anda cuba menghentikan peningkatan diri anda. Orang yang berlagak pandai ,hanya memiliki teori yang banyak di dalam minda dan fikirannya. Mereka tidak mampu melaksanakan dan mereka ini amat pantang kalau ada orang lain yang cuba memberikan cadangan pembaikan. Mereka rasa mereka serba tahu.
3.Anda bertanya sesuatu pada orang yang salah?Kalau anda tanya pada itik yang sedang berenang di sungai, maka itik akan jawab dalam sungai itu hanya pada paras dadanya. Anda pasti akan gagal jika bertanya pada orang yang bukan ahli dalam bidangnya. Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Awas! jika anda hendak berjaya, pastikan mereka ada pengalamn, autoriti, kebolehan dan kepakaran. Dengan bertanya pada mereka yang ahli dalam bidang masing-masing ,maka anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat.
4.Anda membuat keputusan berdasarkan pengalaman,emosi dan tanggapan anda sendiri. Apabila ada sahaja ada peluang yang muncul, anda sering hanya berfikir sendiri lalu membuat tanggapan berdasarkan pengalaman anda sahaja. Jika selama ini anda sering gagal maka ukuran keputusan sesuatu tindakan adalah berdasarkan apa yang anda percaya tentang kebolehan yang ada pada diri anda . Secara automatisnya adalah telah membina satu benteng penjara yang besar dalam diri anda. Semakin hari halangan ini semakin menebal dan anda benar-benar merasakan memang anda TIDAK MAMPU.
5.Anda fikir kejayaan begitu mudah dan dicapai dalam jangka masa pendek .Sudah berapa kali anda dengar pelbagai kejayaan yang telah dicipta oleh orang lain. Pada anda mereka mencapainya dengan begitu mudah dan selesa. Jadi anda pun cuba meniru seperti mereka. Dan apabila anda tidak mencapai seperti mereka maka anda pun membuat keputusan memang anda tidak mampu. Awas! kejayaan yang mereka cipta bukan dalam masa yang singkat. Kota Rom tidak dicipta dalam masa satu hari. Kejayaan adalah berkonsepkan TANGGA. Anda perlu mendaki dari satu anak tangga kepada satu anak tangga bagi capai kejayaan. Cepat atau lambat mendaki anak tangga berdasarkan pada siapa guru yang anda ikuti.
6.Anda hanya fikirkan kepentingan sendiri. Kebanyakan dari kita hanya fikirkan apa yang aku akan dapat, berapa banyak yang aku dapat ,apa yang mesti aku dapat, apa yang perlu aku rebut tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Awas! tahukah anda orang yang berjaya kehidupan mereka hanya memikirkan memenuhi keperluan orang lain?. Mereka sering memenuhi keperluan orang ramai mendapatkan barang keperluan yang orang ramai perlukan.
7.Anda mahu semuanya.Anda hanya tahu hendak sahaja tetapi sebenarnya anda tidak tahu dengan jelas dan praktikal apa sebenarnya anda hendak. AWas! pastikan apa yang anda hendak dengan jelas seperti saya hendak pendapatan RM10 000 sebulan , saya hendak berat badan saya 56kg. Anda juga perlu tahu AMBAK. AMBAK adalah singkatan dari Apa Manfaat Bagiku. Anda perlu tahu apa manfaat dan pentingnya sesuatu kehendak yang anda perlukan . Mengapa anda mesti dapat capai kehendak anda itu. Motivasi yang paling kuat adalah berdasarkan SEBAB. Sebab apa aku mesti dapat matlamat itu.Dengan mengetahui kepentingan tersebut ,ianya akan mendorong anda lebih kuat untuk berjaya.
8.Tabiat anda suka bertangguh. inilah virus yang paling hebat yang menjadikan anda seorang yang tewas. Awas! Anda perlu bersegera dalam melakukan tindakan. Pastikan Perkara yang utama(important) didahulukan tindakannya megikut ranking keperluan.9.Terlalu banyak perkara yang anda ingin buat sehingga hilang fokus.Kita terlalu ghairah untuk mencipta kejayaan sehingga kita hilang fokus pada sesuatu perkerjaan.
9. Anda hilang hubungan dengan Allah, Pencipta kejayaan hakiki. Sering kali anda lakukan sesuatu misi dengan menumpukan pada usaha anda. Anda lupa bahawa yang menganugerah kejayaan adalah Allah. Dek kerana ghairah mengejar kejayaan, anda lupa dosa pahala, halal haram .lupa dan lalai sembahyang, lupa dan lalai berdoa. Anda hanya fikir kejayaan itu adalah dari diri anda semata-mataKesimpulannya, jika anda masih mengamalkan teknik tersebut maka bersedialah untuk mencapai kegagalan.-

diambil dari :

kesimpulan dari Jinggo
UNTUK BERJAYA ADA ' HARGA ' YANG PERLU DIBAYAR.
berapa harga yang mampu kita tawarkan......

hebatnya PLKN - giler lah....


rachel - cgu pinjam gambar ok.
SESIAPA YANG DILUAR SANA - YANG MENONTON AIM MALAM TADI.
yang sebenarnya gambar di atas adalah pakaian sebenar pelatih PLKN.
CERITANYA BEGINI.
PLKN - nama yang semakin cantik - hari kesehari bukan sedikit duit yang di lambak untuk sekadar memberitahu ' bagusnya ' PLKN.
Dan bukan sekali ruang media ' diberi ' untuk menyiarkan ' bagus ' PLKN.
Memang PLKN bagus - secara asas dan dasarnya :
ini merupakan satu institusi latihan yang terbesar dan ' tidak keterlaluan ' dikatakan - melahirkan kembali jinggo.
saya bukan sekadar jurulatih + ketua jurulatih TETAPI pelatih yang tempoh latihan 3 tahun.
DAN MALAM TADI
sekumpulan pelatih di bawa masuk di ' gelanggang kawad ' yang berbeza rentaknya.
sebilangannya berpakaian DENGAN DISIPLIN yang TAK betul.
sebilangannya MEMUALKAN.
BAJU LORENG dengan seluar apa tu...
biar apa cerita semalam
ATAS DASAR APA PELATIH ITU BERKAWAD DISITU
yang pastinya pelatih itu akan berlatih diluar subjek
yang pastinya pelatih itu akan ' mengosongkan ' kelas sebenar.
atas dasar apa mereka disitu.
KITA FIKIRKAN
saya amat yakin dan percaya hidup seharus berasaskan kepada niat ( itu yang diajar secara keras di kem latihan PLKN ). kita diajar untuk meletakkan matlamat di atas komitmen yang bukan sedikit. tapi apa yg berlaku malam tadi dimana menyimpangnya.
dari satu persatu ' promosi ' yang semakin tidak mengena pada asasnya.
WALAUPUN DIMANA DAN BAGAIMANA
kepada pihak JLKN - saya adalah produk yang pihak tuan lahirkan - cuma sesekali ' sengal ' memikirkan - apa seterusnya !

Sabtu, 2 Mei 2009

anak murid + cgu2 dan mak ayah....



sekadar gambar yang tidak mengambarkan cerita dibawah.
cerita ini dikutip dari perbincangan yang lama dengan cgu dollah , cgu razak , cgu mat dan cgu dillah - yang terlibat secara seterus dengan sekolah ini
kita belajar satu lagi perkara baru hari ini
BAGAIMANA BERURUSAN DENGAN ANAK MURID YANG
SEAKAN2 BOLEH BELI CGU2.
kenapa boleh beli
bila cgu2 sekadar untuk memenuhi - sistem pendidikan - sedia ada.
7 - 17 tahun mesti berada dalam sistem yang sedia ada.
KAMI MUNGKIN TAK PERLU SEKOLAH - SEBAB MAKAYAH KAMI ORANG KAYA.
KERETA CGU SAMA TARAF DENGAN KERETA ORANG GAJI SAYA....
sombong dan keterlaluan fahaman ini.
tapi itu mungkin realiti sebilangan cgu2 yang datang dari sistem pendidikan yang sama
MENDIDIK UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG SEBAIK MUNGKIN.
apa yang berlaku.
TIDAK SEDAMAI YANG DISANGKA.
MORAL MAHU DIKONGSIKAN.
khas untuk bro & sister SMK Seri Permata.
Kalian mungkin sebahagiannya terbaik sebahagian begitu barangkali.
Maaf kalau ini sekadar pandangan yang songsang. Apa lagi yang boleh cgu2 katakan :
kalau sebahagian dari kawan2 kita ( intan + sufi ) yang macam tu.
kita kena jadikan satu peringatan besar : dunia hari ini tidak mahu orang yang sekadar dinilai dari berapa A kita ada. Dunia hari menilai kita dari sudut lain.
Pembanggunan diri seharusnya ditafsirkan dan dilihat dari
keseluruhan sistem kehidupan.
KITA MESTI TERIMA DAN BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN
dan apa lagi tugas cgu2 disekolah -
kami menyerahkan diri untuk menyediakan generasi hari esok.
dan pastinya cgu juga manusia yang tidak lari dari pemasalahan sendiri.
BAGAIMANA MAHU BERURUSAN KALAU ADA DIKALANGAN KAWAN2 KITA YANG HARI2 MENJADIKAN KELAS SEBAGAI BILIK TIDUR KE2....
terima kasih sufi + intan kerana kalian mungkin sebahagian dari yang terbaik.
bagaimana yang lain.

Jumaat, 1 Mei 2009

cerita kejap tadi


PERINGATAN UNTUK SEMUA.
kita seronok menikmati Hutan dan kereduhannya.
bukan sekadar kita nak reduh - kereta pun sebolehnya kita tidak mahu kepanasan.
LETAK KERETA BAWAH POKOK
persekitaran kita tidak menentu
untuk itu
PERINGATAN UNTUK SEMUA
jangan suka2 nak reduhkan kereta.
kalau macam ni...
SEORANG BUDAK LELAKI
entah pinjam kereta bapak - tak bagi tahu
entah sahaja nak tayang dengan awek - aku ada kereta.
AKHIRNYA
kita berkongsi dan belajar dari semua keadaan
HATI NAK PINJAM KERETA PADA ANAK2 SEKADAR NAK TAYANG PADA AWEK
NAK REDUPKAN KERETA BAWAH POKOK.

Khamis, 30 April 2009

kita kongsikan bersama

Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda. Cari benang cuba masukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ? .
Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? .
Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.
semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha
.Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.
Dari Jinggo
Tidak keterlaluan kalau mahu di kongsikan saya mendominasi Teori Penggunaan Minda Dibawah Sedar ini - kerana saya amat2 yakin kita dibekalkan dengan sesuatu yang mungkin
KITA TAK TAHU
KITA TIDAK MAHU TAHU
bagaimana kita menjadi berdasarkan apa yang MAHU JADI - persoalan yang membezakan kita ada kita - bila kita
TIDAK DOMINAN KAN
TIDAK PERCAYA
semakin kerap teori ini diperkatakan : dan kalau dilihat pada kejayaan ramai orang2 yang mendahului kita adalah KEINGINAN untuk berjaya - selain MENAMPAKkan kejayaan tersebut secara jelas.
untuk itu apa lagi
KITA DOMINASIKAN KEINGINAN KITA DALAM BENTUK VISUAL DAN IMIGINASI - dalam Gelombang Alpha
akhirnya
padi yang kita tanam padilah yg kita akan tuai...
sebarang persoalan saya akan jawab dalam komen

Rabu, 29 April 2009

marah fitrah kita

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

AKHIRNYA
dari jinggo
KITA DIBERI BANYAK RUANG DAN PELUANG
untuk tahu
MARAH JUGA FITRAH KITA.
dimana harus dihamburkan.
bagaimana mahu dihamburkan.
KERANA KITA JUGA TAHU
luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal

inilah karektor kita - mari teka


Andaikan anda melakukan satu perjalanan yang agak jauh dan menempuh pelbagai rintangan dan kesulitan. Setelah beberapa hari, bekalan makanan dan air yang anda bawa sudah kehabisan.Anda berasa amat tertekan, keletihan dan kelaparan serta kehausan yang amat sangat. Namun destinasi anda masih jauh.
Dalam keadaan yang semakin mencabar itu, anda tiba ke suatu tempat di mana terdapat tiga buah kolam. Dengan tidak sabar-sabar lagi anda meluru ke salah satu kolam tersebut dengan tujuan hendak meminum airnya kerana kehausan yang tidak tertahankan lagi.
Alangkah terkejutnya anda apabila anda menundukkan kepala untuk mencecah permukaan air kolam yang jernih itu, selera anda tiba-tiba tertutup. Anda tidak tergamak untuk meneruskan hasrat anda kerana anda melihat bertimbun-timbun tulang-temulang memenuhi kolam itu walaupun airnya begitu jernih.
Anda beredar menuju ke kolam yang kedua. Sekali lagi anda terkejut apabila mendapati kolam ini pun dipenuhi dengan rambut, sedang melintuk-liuk di dalam air kolam yang amat jernih itu. Anda berasa hampa kerana anda tidak sanggup menghirup air yang bercampur dengan rambut manusia.
Anda kemudian mencuba nasib ke kolam yang ketiga. Aduhai malang sekali, anda terkejut lagi kerana kolam yang ketiga ini lebih meloyakan. Seluruh kolam yang ketiga ini dipenuhi dengan darah manusia.Anda terduduk dan termenung memikirkan bagaimana anda hendak mengatasi masalah kehausan yang anda sedang tanggung. Bekalan makanan sudah habis, air pula tidak ada kecuali air yang di dalam tiga buah kolam ini.
Dan anda pada logiknya akan menemui maut jika anda tidak mahu meminum air dari kolam tersebut.
Nah, sekarang anda terpaksa memilih.
Manakah di antara tiga buah kolam itu yang anda sanggup meminum airnya?
DARI JINGGO
ini merupakan ujian karektor kita : dipetik dari sebuah buku
mari kita pilih
dan jawapan akan diberi kemudahan
Eco Kid Adventure on Facebook