Rabu, 29 April 2009

inilah karektor kita - mari teka


Andaikan anda melakukan satu perjalanan yang agak jauh dan menempuh pelbagai rintangan dan kesulitan. Setelah beberapa hari, bekalan makanan dan air yang anda bawa sudah kehabisan.Anda berasa amat tertekan, keletihan dan kelaparan serta kehausan yang amat sangat. Namun destinasi anda masih jauh.
Dalam keadaan yang semakin mencabar itu, anda tiba ke suatu tempat di mana terdapat tiga buah kolam. Dengan tidak sabar-sabar lagi anda meluru ke salah satu kolam tersebut dengan tujuan hendak meminum airnya kerana kehausan yang tidak tertahankan lagi.
Alangkah terkejutnya anda apabila anda menundukkan kepala untuk mencecah permukaan air kolam yang jernih itu, selera anda tiba-tiba tertutup. Anda tidak tergamak untuk meneruskan hasrat anda kerana anda melihat bertimbun-timbun tulang-temulang memenuhi kolam itu walaupun airnya begitu jernih.
Anda beredar menuju ke kolam yang kedua. Sekali lagi anda terkejut apabila mendapati kolam ini pun dipenuhi dengan rambut, sedang melintuk-liuk di dalam air kolam yang amat jernih itu. Anda berasa hampa kerana anda tidak sanggup menghirup air yang bercampur dengan rambut manusia.
Anda kemudian mencuba nasib ke kolam yang ketiga. Aduhai malang sekali, anda terkejut lagi kerana kolam yang ketiga ini lebih meloyakan. Seluruh kolam yang ketiga ini dipenuhi dengan darah manusia.Anda terduduk dan termenung memikirkan bagaimana anda hendak mengatasi masalah kehausan yang anda sedang tanggung. Bekalan makanan sudah habis, air pula tidak ada kecuali air yang di dalam tiga buah kolam ini.
Dan anda pada logiknya akan menemui maut jika anda tidak mahu meminum air dari kolam tersebut.
Nah, sekarang anda terpaksa memilih.
Manakah di antara tiga buah kolam itu yang anda sanggup meminum airnya?
DARI JINGGO
ini merupakan ujian karektor kita : dipetik dari sebuah buku
mari kita pilih
dan jawapan akan diberi kemudahan

24 ulasan:

2_one berkata...

rambut ringan dia kan terampun2 kat permukaan air.susah nk minum.kitakan tercekik cz terbelit rambut kat ank tekak..darah cecair.diakan larut n sebati dgn air..tulang diakan tenggelam..so senang nk minum

Unknown berkata...

Jika anda memilih air kolam berisi
IZZATI

pilih tulang kan...
ini sebagai kajian yg menyatakan....

tulang-temulang; anda adalah seorang yang keras hati, ertinya dalam hubungan pergaulan dengan rakan atau pun hubungan bersuami isteri anda seorang yang keras hati iaitu apa kata anda itulah keputusannya. Sifat ini ditamsilkan kepada sifat tulang yang keras dan tidak dapat dilentur lagi.

my name is Ain berkata...

sy pilih kolam yg isi tulang..
bygkan air dlm kolam tu mcm sup tulang, mesti xde rasa apa2..

*sy tahu sy mmg keras hati..huhu*

Unknown berkata...

ain.

itu hanya berdasarkan kajian yang bertahun...
kalau itu dah dipilih
tidak ada betul dan salahnya semua karektor.
sebab kita anugerah yg teristemwa.....

Tirana berkata...

Saya akan memilih kolam yang ada rambut..hehehe..

~Insan Biasa~ berkata...

saya pilih rambut gak...

Unknown berkata...

puan tirana

2 orang memilih tulang
2 lagi memiih rambut...
berdasarkan kajian yg saya baca.......ini jawapannya

Jika anda memilih air kolam berisi rambut; anda seorang yang kelihatanya 'lemah-lembut' tetapi sebenarnya anda seorang yang agak licik, cerdik dan tidak mudah diputar-belit atau dipermainkan, malah semakin orang hendak 'membelit' anda semakin pintar anda mengatasinya.

ini sekadar kajian karektor.

Unknown berkata...

cgu anis.

kenapa pilih rambut.
sebab saya pun pilih rambut
kenapa saya pilih rambut.
ini datang dari ' dalam ' kut......

dah tidak ada pilihan.
itu aja pilihan.....

pilih berdasarkan gerakhati...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kalo nak ikutkan, dalam keadaan mcm tu saya akan memilih apa sahaja yang saya jumpa pada awalnya kecuali darah lah...mana sanggup nak minum darah...

p/s Kalau diberikan pilihan yang lebih baik dari ke3-3 kolam ni kan best.heheh

Unknown berkata...

puan aryani

bayangkan situasi tu..
tu aja yg ada..
kita tentu akan memilih berdasarkan ' gerak hati ' kita.......

ini sekadar kajian dalam buku Komunikasi...nak kenal orang dalam kontek perhubungan.

Tirana berkata...

Saya memilih kolam rambut itu mengikut gerak hati.tak boleh fikir apa sebabnya...hehehe..

Tapi jika saya membeli makanan dari luar..dan jika ada rambut..saya tak akan makan makanan itu...Ketika ini kita ada pilihan..Kita boleh beli makanan yang lain..

Unknown berkata...

puan tirana

situasi diatas.
itu aja pilihan
semuanya memilih berdasarkan gerak hati....
dan saya sendiri pun memilih rambut...
kenapa
gerakhati.

Tirana berkata...

Jika anda memilih air kolam berisi rambut; anda seorang yang kelihatanya 'lemah-lembut' tetapi sebenarnya anda seorang yang agak licik, cerdik dan tidak mudah diputar-belit atau dipermainkan, malah semakin orang hendak 'membelit' anda semakin pintar anda mengatasinya.

Ada kebenarannya sedikit sebanyak. Ramai kawan kata, saya ni lemah lembut..(orang kata, bukan saya kata) tapi susah jugak nak terbelit dengan tipu daya orang...hehehe..Alhamdulillah..Allah pelihara saya agaknya.

Unknown berkata...

puan tirana

menarik nya ilmu Allah
semakin kita mencari
semakin banyak yang kita ketinggalkan selama ni......

nanti saya akan kongsikan banyak lagi....

ape2 jer berkata...

en jinggo dr awal baca mmg dah pilih rambut tak tau ler nape.tp nk tau kalo pilih darah tu camne lak karektornya yerr

Unknown berkata...

cik mulan

dalam situasi diatas..
kita dalam tekanan masa dulu....
pilih apa agaknya
semua ok...

tapi belum ada yg pilih darah....

ape2 jer berkata...

kalau sy pilih darah kategori bagaimana pula saya yer

SRISUFI berkata...

Salam cikgu,

~sayangnya saya telah tahu maksud tersirat ini kerana cikgu dah cakap kat sini hehehe..

Apapun saya akan memilih yang pertama kali saya jumpa. Dan saya tidak menolak untuk mimun air dari ketiga-tiga kolam ini jika nyawa saya jadi taruhan kerana saya mahu teruskan perjalanan.

apakah???

Unknown berkata...

cik mulan.....

Jika anda memilih air kolam yang dipenuhi darah; ertinya anda seorang yang bersetia dalam persahabatan atau perkahwinan dan kekeluargaan. Anda seorang yang berhati mulia, anda sanggup berkorban apa sahaja (walaupun berkorban darah) terhadap orang yang anda sayangi

ini dalam kontek perhubungan....
buku ini adalah buku komunikasi

Unknown berkata...

Dan saya tidak menolak untuk mimun air dari ketiga-tiga kolam ini jika nyawa saya jadi taruhan kerana saya mahu teruskan perjalanan

sri ini penghakiman saya....

dihujungnya ada NYAWA.
kita diberi pilihan.dan kita tidak ada banyak pilihan.
perjuangan harus diteruskan....
perjuangan harus diteruskan....

ape2 jer berkata...

oooo begitu rupanya hmm..

Dearie Pearls berkata...

Dear Friend..

"Friendship Award..
The Best Blogger.."

Anda Dianugerahkan..
Sila ke Mahligai saya..
Ngeeee..

Unknown berkata...

terima kasih Lol....
kerana kita kawan...

Unknown berkata...

cik mulan

semakin meriah ilmu Allah dicari gali oleh manusia...
jadilah diri sendiri....

Eco Kid Adventure on Facebook