Jumaat, 26 Jun 2009

inilah kita......


bagaimana nak kenal orang berdasarkan kod peribadi. penting sangat ke.
penting untuk memudahkan perhubungan sosial .
orang yang berjalan laju
kemahuannya kita akanseolah2 ada sesuatu yang di kejarnya.tidak sabar mencapai matlamat.gemar persaingan.keras kemahuan.tahu apa yg dia tahu dan sukar untuk di halang kemahuannya.kalau kita cuba halang di tolak tepi.
orang berjalan perlahan
masa tidak penting ( dan mahu orang ikut rentaknya ).padanya masa tidak penting.cuba menguasai orang lain.mementing diri sendiri
Berjalan bahu jatuh ( mata memandang jalan )
orang yang kecewa dengan dirinya dan kehidupan.bersikap negetif pada kehidupan.pasif.amat pasif dan menjadi beban kepada orang lain.
orang yang berjalan tegak memandang hadapan
jelas tengtang matlamat.apa yang menganggu akan di tolak tepi.orang spt ini akan meminta banyak pengorbanan....

MENGENAI PAKAIAN

kadang2 terfikirkan kenapa benda2 macam ni semakin menjadi perhatian – sebab menurut satu kajian di USA dah ada training mengangkat pipi ( madsudnya bila pipi terangkat , mata jadi kecil : itu dikatakan senyuman yang paling ikhlas….).

dan di negara kita tidak ketinggalan – Perlis dah buah seminar mulut , Terengganu dah buat seminar senyum sokmo.

Orang yang ‘ suka pakaian berjenama (walaupun bundle )
Melayan keperluan orang lain dengan baik.Perancangan yang teliti @ hati2.Orang yang simple
seluar jeans , tshirt
Suka pada keseronokkanMoody ( ikut mood ) - Suka memberontak - Tidak suka di kongkong
Orang suka suka dengan pakaian seragam ( termasuk Rela )
Pandai berkerjasama dengan orang lain -Penganut fahaman tradisional ( hati2 kawan bercinta dengan org begini )
Orang yang berani berpakaian / lain daripada yang lain.
Banyak tenaga dalam / emosi - Berjiwa seni - Sangat mengutamakan kebebasan - Jiwa sensitive @ terbuka @ berterus terang.
Barang bersepah dalam kereta , bilik , pejabat
Tidak suka peraturan - Tidak suka tanggungjawab -Tidak suka benda remeh temeh
Orang yang sangat pengemas @ pembersih
suka pada peraturan .Sifat degil .Tak padai menyesuaikan diri – mahu orang lain ikut peraturannya
Orang yang banyak kasut
Suka memuaskan diri sendiri
Bawa kereta perlahan
Tidak pandai menyesuaikan keadaan.Takut mencuba benda baru – suka menurut perintah ( pasif )Kurang inisiatif - Takut pada kegagalan. Tdk berani ambil risiko – tidak suka buat keputusan.
Bawa kereta laju.
Agresif - Tidak suka peraturan - Tidak suka bertolak ansur.

kita fikirkan
Penting ke ilmu ni?
PENTING. Sains ( 90 % sains tidak membelakangkan Islam cuma di nafikan oleh orientalis barat ) – kelancaran hidup kita tidak boleh kita nafikan ada kaitan dengan semua ilmu di atas.
( DENGAN TIDAK MEMBELAKANGKAN KETENTUAN ALLAH ).
untuk itu fikir2kan lah

Khamis, 25 Jun 2009

kita bersedekah ajalah.....

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan.
Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.
'Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .
Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'
' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.
Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis
.Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis .
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ;
''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
dari jinggo
hidup kita memang macam tu.hari ini kita diatas siapa yg tahu besok kita dimana.
sebab itu saya memujuk diri dan kawan2 - nikmat yang diberikan kepada kita ada ujian dariNya.terkadang kita terlupa - kita terleka.
saya nak berkongsi kerana ini juga sedekah dari saya untuk kawan2.
sumber : blog isu hangat

inilah kita....kawan2 kita

Semalaman bersama rakan - rakan
jemaah yang bertudung labuh.berkupiah putih
ini pandangan saya.
biar apa label sekali : kita seharusnya adil pada diri kita dan orang lain
Hari ini secara sedar ataupun tidak kita berhadapan dengan ramai kawan2 yang mahu menjadi setiap ruang mampu dimanafaatkan sebaiknya
berdasarkan dari pertemuan dengan ramai rakan dalam ' gang baca2 '
BUKU YANG DIKAITKAN DENGAN PEMBINAAN KEROHANIAH SEMAKIN LARIS
ramai kita semakin mencari diri.
dalam proses itu kita membentuk
KELOMPOK DEMI KELOMPOK.
KELOMPOK JUBAH
KELOMPOK TUDUNG LILIT
KELOMPOK ' SIS '
KELOMPOK SERBAN
KELOMPOK KUBIAH PUTIH
KELOMPOK JANGGUT SEJEMPUT
KELOMPOK JANGGUT PANJANG
CAMPUR LAGI
gang PAS
gang JIM
gang ABIM
gang UMNO
dan Gang Staz..
dihujungnya kita semuanya sama
MENCARI + MEMBERI DAN MENERIMA
dalam proses mencari ini.terkadangnya , kita ghairah
SEAKAN AKAN KEMARUK dengan kelebihan KELOMPOK kita...
dan pastinya di HUJUNGnya....
OK - KAU BUKAN KELOMPOK KAMI PERGI MAIN JAUH - JAUH

SAYA FIKIRKAN BEGINI
Diantara kemarukan dan sengketaan beginilah gamaknya membuatkan SENANG2 israel semakin seronok dengan kerjanya.....
kita bertelingkah hanya pada asas tidak pada dasar.
kita bersengketa hanya sekadar berlainan warna bendera DAN LABEL
DAN ITU LAH KITA.
Yang tentunya KIBLAT masih sama..

Rabu, 24 Jun 2009

siapa musuh kita pulak....

Apakah musuh utama pohon?
Ketika manusia mulai pandai melebur biji besi menjadi batang besi, lalu menempa dan membentuk lempengan, kemudian mengasahnya menjadi sebilah mata kapak yang tajam; ketika itulah pohon-pohon di dunia mulai risau akan nasib mereka.
Pohon-pohon melihat semakin hari semakin banyak kerosakan yang dilakukan oleh manusia dengan kapak-kapaknya.
Apa jadinya bila dunia tanpa hutan yang lebat?
Apa jadinya bila dunia tanpa pohon. Namun pohon tak mampu berbuat apa2. Pohon hanya boleh menitikkan airmata dan geram saat memandang satu-per-satu pohon lain bertumbangan akibat dikapak.Kerosakan pohon sudah sedemikian dashyatnya.
Kini hanya tertinggal sebatang pohon di hutan itu yang merintih,
“Oh,mengapa manusia menciptakan kapak yang digunakan untuk menebangi pohon-pohon?
Sungguh kejam kapak itu.
Rintihan itu terdengar oleh seorang penebang yang menjawabnya sambil tertawa-tawa, “Ha..ha..wahai pohon lihatlah, sebilah mata kapak ini takkan boleh melukaimu begitu parah bila tak dilengkapi dengan
pegangan yang terbuat dari kayu yang kuat.
Sedarkah kau bahwa kayu itu berasal dari pohon- yaitu dirimu sendiri!”
APAKAH MORAL CERITA INI

kita sering menyalahkan itu dan ini
satu jari ke orang lain bermakna yg lain menhala kepada diri sendiri.
Musuh utama kita adalah diri sendiri.

siapa kawan kita....itulah kita

Sekadar renungan
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup
Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh,
akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka
bertambahlah ilmu dan waraknya
DAN
dan bagaimana kalau duduk sebelah orang ' ulat buku ' akan bertambah apa......semuga hari kita lebih bari semalam.

Selasa, 23 Jun 2009

saya sedang menguatkan diri....


kadang2 mungkin bila terkena batang hidung baru kita terasa
senangnya nak nasihatkan orang
ITU DAN INI.
dan saya sedang menguatkan diri.
SEMUGA ESOK SAYA AKAN DIPERMUDAHNYA MENGURUS HARI2 SETERUSNYA.
kerana
SATU LAGI PERKARA BARU YANG SAYA DAN KITA DIAJAR.

dunia telah mengajar kita sebenarnya....

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasa nya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah SAW menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
moral untuk difikirkan
kerana cabaran persekitaran yang berbeza : seharusnya pandangan kita juga harus berbeza hari ini. ancaman dalam dan luar semakin tidak mampu ditahan2 - apa kuasa kita lagi untuk menahan.budaya demi budaya.tabiat demi tabiat hari menjadi kita semakin menakutkan : Kuasa apa lagi yang kita ada mampu untuk menjadi ' anak2' perempuan dipersekitaran kita tahu dan mahu belajar bahawa dunia dan alam telah mengajar kita sesuatu.
sementalahan menjadi seorang bapa ' jarak jauh '.
Eco Kid Adventure on Facebook