Rabu, 24 Oktober 2012

kita berbeza...

PERNAHKAH anda sebagai isteri merasakan ada hari-harinya 
anda berasa hambar dengan sikap suami anda.
Mungkin anda merasakan sikap suami anda sudah tidak seperti dahulu, banyak mengelak diri dan enggan pula berkomunikasi dengan anda.
Sekiranya terjadi sedemikian pasti ada sebabnya suami anda beraksi begitu. Mungkin dia mengalami masalah yang berat di pejabat, berhadapan dengan masalah kesihatan mahupun ingin berseorangan.
Bagaimanapun adalah malang sekiranya sikap suami berkeadaan demikian disebabkan dia sudah tidak menyayangi atau memerlukan anda lagi, namun dia sukar pula untuk meluahkan kenyataan itu kepada anda, manakala anda pula tidak mengetahui puncanya.
Berikut diberikan enam cara tanda mengenal pasti adakah suami anda sebenarnya memang sudah tidak menyayangi anda dan sekiranya perbezaan watak ini dapat dihidu dari awal mungkin anda sebagai isteri boleh memulihkan keadaan.

Dia jarang ada di rumah

Ramai di kalangan lelaki menggunakan alasan banyak kerja di pejabat menyebabkan mereka balik lambat ke rumah. Bagi mereka apa guna balik ke rumah awal sekiranya dihimpit dengan rasa kebosanan, tiada berperasaan, terasa menyampah mahupun terasa tiada makna sebaik sahaja sampai di rumah.
Hakikatnya di sebalik keadaan ini menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan tanpa disedari mereka akan menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja yang kini dirasakan lebih menarik daripada anda di rumah.

Tiada lagi kata-kata pujian darinya

Bilakah kali terakhir anda mendengar pujian daripada suami anda atau menghargai sesuatu yang anda lakukan. Lelaki tidak akan mengucapkan kata-kata pujian kepada individu itu apabila dia fikir si dia tidak layak untuk mendapatkan pujian berkenaan.
Apabila suami anda sudah mula kurang tumpuan kepada anda dan percaya semua yang anda lakukan adalah tidak berbaloi bagi dirinya, lambat-laun perhatiannya kepada anda mula hilang.

Dia suka menyalahkan anda

Tuduhan demi tuduhan dan suka menyalahkan anda adalah salah satu babak yang paling ditakuti dalam hubungan suami isteri. Ini juga menunjukkan tanda besar sebenarnya suami anda sudah tidak mahukan anda lagi dalam perhubungan berkenaan. Apatah lagi sekiranya dia sudah mempunyai wanita lain dan pastinya dia mula membuat perbandingan antara anda dan si dia. Akhirnya, anda yang akan menjadi tempat untuk dia melepaskan segala yang terbuku di hati dengan maki hamun dan sumpah-seranahnya.

Kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh pasangan terhenti

Ini termasuklah dia tidak lagi membawa anda untuk pergi jamuan makan bersama-sama, enggan bersama anda di mana-mana majlis ataupun tidak mahu makan bersama biarpun di rumah.
Ini disebabkan dia tidak lagi mendapati anda menarik buatnya dan apabila bersama anda dia tidak terasa keseronokan sebagaimana waktu mula bercinta dahulu.
Begitu juga dia terasa mahu berjauhan daripada anda setiap masa kerana 
berasa bebas sekiranya berbuat demikian.
Tambahan pula sekiranya dia sudah ada pasangan yang lain menyebabkan semua aktiviti yang lebih menyeronokkan boleh dilakukan bersama teman barunya.

Komunikasi selalunya hambar

Jika pasangan itu dalam keadaan bercinta selalunya semua komunikasi yang dilakukan adalah menyeronokkan dan menarik sehinggakan apa sahaja isu boleh dijadikan bahan.
Namun apabila kasih sayang sudah semakin menurun kesukaran untuk bercakap antara satu sama lain juga akan berlaku malah suami anda akan mengelak daripada bertentang mata dengan anda. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab.
Hanya isu utama yang dicakapkan itupun beberapa patah perkataan sahaja. Akhirnya tiada lagi ucapan dan kata-kata keluar dari mulut suami anda kerana dia berasa tidak lagi seronok untuk berbual dengan anda.

Kasih sayang dan aktiviti seks mula menghilang

Ini adalah saat kebahagiaan akan hilang dan terus luput dari sanubari seorang 
yang bergelar suami kepada isterinya.
Hilangnya kasih sayang dan tiadanya rasa ghairah kepada pasangan menyebabkan hubungan suami isteri itu sudah tiada makna lagi terutama ketika di ranjang.
Biarpun sesudah bertahun mungkin hubungan seks antara suami isteri 
sudah tidak serancak selalu namun hubungan akan berkekalan selagi ada rasa kasih sayang. 
Tetapi apabila semuanya hilang hubungan akan renggang dan akhirnya putus.
Apabila hubungan seks dilakukan pula hanya terasa hambar dan dingin 
sedangkan si isteri menanti dengan penuh rasa harap.
Si suami ketika itu kasih sayangnya pula sedang berbunga maka keghairahan 
pun menjelma berbanding anda yang telah lama dikenalinya.

PANDANGAN JINGGO

suami isteri.
kita berbeza.
psikologi.sosiologi.fasiologi.
PERTEMUAN PADA NILAI DAN KEPERCAYAAN.
kita memang berbeza.
kerana perbezaan itulah yang menjadikan hubungan
kita cantik untuk dilihat dan di nikmati.
SEANDAINYA KITA TAHU.
kita memang berbeza.
asas pada kemampuan mempertahankan hubungan adalah
softskill.kemahuan untuk tahu - kita berbeza.

Selasa, 23 Oktober 2012

HIDUP YG BERERTI

bercerita mengenai hidup
KITA ADA CERITA
satu pandangan mahu dikongsikan.
BIAR APA SAHAJA YANG BERLAKU
DALAM HIDUP.
kita sedang diajar
yang manisnya hidup bila kita
MENIKMATI NYA.
manisnya hidup pada prosesnya.


Selasa, 16 Oktober 2012

kita kawan kan.........


KITA SERUPA.
keperluan hidup manusia sama.
MAHUKAN 3 P
penerimaan.persetujuan.penghargaan.
itu kehendak fitrah.
PADA SAYA.
2 pertemuan yang membesarkan 3P
JUMAAT.
satu program bersama parent and kid.
cukup terkesan pertemuan yang boleh kita simpulkan.
kita jauhkan diri kita dari melihat anak2 dari sudut
kepentingan mereka.
SETERUSNYA
kem kepimpinan sekumpulan Mahasiswa IPTA
anjuran PERKAMA.
cukup terkesan untuk kita simpulkan
sejauhmana keinginan diri sendiri untuk mendapat 3 P
sejauh mana keinginan orang lain mendapat 3 P dari kita
YANG PASTI
 kita ada cerita.
kita ada kawan.
MANA MUNGKIN KITA BERJAYA
tanpa ada kawan yang seronok bersama kita.


Rabu, 10 Oktober 2012

hargai ikan kecil.........

Hiduplah seekor beruang di tepi sungai di hutan. Suatu hari, ia merasa lapar. 
Dia keluar dari sarangnya untuk mencari makanan.

Beruang itu pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Berdiri di sisi sungai, 
dia menatap ke dalam air. Dia menerkam
ikan, dan menangkapnya. Tapi kemudian, beruang berfikir, “Ini terlalu kecil ikan untuk mengisi perut saya. Aku harus menangkap ikan yang lebih besar.”

Jadi, ia melepaskan ikan kecil. Dia menunggu untuk beberapa waktu, sampai ia menangkap ikan lain. Kali ini juga ikan kecil. Dia berfikir bahwa ikan kecil tidak akan mengisi perutnya. 
Jadi dia lagi membiarkan ikan pergi.
Dengan cara ini ia menangkap ikan kecil, tetapi biarkan mereka semua pergi, masih berfikir bahwa ikan kecil tidak akan mengisi perutnya. Sampai petang , beruang itu tidak menangkap setiap ikan besar.


Apa yang lebih buruk, setelah terus berdiri untuk waktu yang lama,
 beruang sekarang merasa lelah.
Dia perlahan-lahan mulai merasa menyesal kerana telah melepaskan begitu banyak ikan. Dia menyedari bahwa semua ikan kecil, bersama-sama akan mengisi perutnya, 
tapi sekarang sudah terlambat. 
Dia harus tetap lapar hari itu.

Selasa, 9 Oktober 2012

SUAMI KITA BAGAIMANA....

KERANA cinta anda telah berumahtangga dengan seseorang yang pada awalnya anda merasakan dialah yang paling sesuai menjadi pasangan dalam hidup.
Sedangkan sebenarnya, hanya selepas beberapa lama tempoh perkahwinan, 
barulah anda mengenali siapakah suami anda sebenarnya.
Artikel ini ditulis bukan untuk membuat anda rasa resah dan gelisah.
Ia sekadar memberi panduan kepada anda sebagai seorang isteri untuk mengenali siapakah suami anda sebenarnya dan mengapa anda perlu berusaha untuk 
mengubah sikap atau mendorongnya menjadi insan yang lebih baik.
Apa-apa pun, yang penting perlunya anda mengetahui sikap sebenar suami anda terlebih dahulu.

Sukar dipercayai

Suami anda sering bercakap tidak benar dan selalu menyembunyikan personaliti yang sebenarnya ketika keluar berjanji temu dengan anda. Selalunya perangai ini hanya dapat dikesan selepas beberapa bulan berkahwin. Jika perkara ini berlaku terhadap anda ternyata anda perlu lebih berhati-hati dan selalu bertanyakan kepada rakan-rakannya mengenai apa yang dilakukannya di belakang anda. Tetapi sekiranya rakan suami pun bersubahat dengan suami anda... usahalah cara lain.

Suka bertindak ikut rasa

Dia akan menghubungi anda sesuka hatinya bertanyakan sesuatu dan dilihat suka membuli anda dan tidak suka kata-katanya dibangkang. Suami seperti ini mungkin agak panas baran orangnya, anda sebagai isteri pasti tahu bagaimana untuk memujuk, mungkin dengan cara kelembutan yang anda miliki.

Teragak-agak membuat keputusan

Dia mengajak anda keluar kemudian selang beberapa jam kemudian dia bertukar fikiran pula. Jika anda berkahwin dengannya , pastikan keputusannya benar-benar 'sahih' sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Sekiranya berlaku juga lagi... sabar sajalah.

Suka menonjol

Adalah benar pada masa sekarang sebahagian golongan lelaki suka menonjolkan diri dan menjadi insan yang berjaya. Selalunya lelaki seperti ini menawan, kacak dan senang dengan wanita. Namun lelaki seperti ini sebenarnya mudah dan mungkin akan jatuh cinta lagi dengan wanita lain kecuali anda pandai mengendalikan dirinya.

Mendominasi (menguasai)

Dia selalu menguasai segala tindakan dan minda anda sehingga baju anda pun dia yang memilihnya. Anda bakal merasakan hanya sekadar boneka. Lelaki ini juga mudah menggunakan penderaan mental dan fizikal ke atas isterinya.


Tidak mempunyai perasaan

Lelaki jenis ini akan 'mencuri' anda daripada keluarga dengan memisahkan anda daripada rakan-rakan sehingga mengganggu kehidupan biasa anda kerana dia tidak suka melihat 
anda bergaul dengan orang lain.

Tidak yakin pada diri sendiri

Seorang lelaki yang berharap segalanya pada anda dan segalanya tentang anda. Mula-mula anda akan rasa seronok tetapi lama-kelamaan semuanya menyakitkan hati.
Terlalu mengharapkan kesempurnaan
Dia cuba mengawal kesemua perkara yang anda lakukan dengan tepat untuk mendapatkan kesempurnaan sebagaimana yang dihajatinya. Kemudian, apabila ada masalah mendatang, anda pula dipersalahkan.

Manipulasi

Dia hanya mahu mengawal segalanya termasuk hobi anda sampailah ke perbualan dan segala tindakan yang dilakukan untuk faedah dirinya sahaja sehinggakan semua idea yang dikeluarkan, anda harus mempercayainya biarpun anda sangsi mengenainya

Misteri

Ini bergantung kepada usia dan kematangan. Sekiranya sampai ke tua pun hidup anda masih ditakuk itu, bermaksud lelaki ini tiada objektif yang jelas dalam dirinya dan menganggap kehidupannya adalah mudah termasuk dalam soal kewangan.

ORANG MEMBERI.

SAYA HANYA INGIN 
MENJADI MANUSIA YANG MAMPU MEMBERI.
ada banyak cara untuk kita memberi sumbangan
yang pasti berdasarkan satu bacaan yang mahu dikongsikan
PENYUMBANG
dibahagikan kepada dua kelompok
orang yang memberi
tidak akan mempersoalkan apa aku akan dapat
orang yang mengambil
sumbangan diberi - dihujungnya akan mempersoalkan 
APA AKU DAPAT.
hari ini saya semakin percaya
orang yang memberi akan lebih banyak dari 
orang yang menerima.

Rabu, 12 September 2012

KITA PRAKTISKAN


SETIAP hari sebenarnya adalah peluang yang terbaik untuk anda menzahirkan 
rasa penghargaan kepada pasangan.

Ia menunjukkan bagaimana besarnya hati anda terhadap pasangan atas setiap pertolongan mahupun pemberian atau bermaknanya hubungan a
nda dengannya.
Hargai pasangan anda atas sikap tanggungjawab dan perhatiannya bukan sebab kerjanya. Ia berasaskan apa sahaja, mungkin si dia membantu anda memasak, mengemas rumah, menjaga anak kecil, membuang sampah atau apa sahaja yang berkaitan dengan hubungan dan perasaan.
Beritahu juga pasangan anda mengapa anda begitu menghargai apa yang dia telah lakukan untuk anda biarpun dengan sekadar ucapan 'terima kasih'.
Namun untuk mengucapkan terima kasih anda perlu kreatif, sekiranya sebutan terima kasih hanya dilafazkan seperti selalu, tentulah kurang 'magisnya'.

Kreatifkan ucapan

Anda boleh menyebut 'saya menghargainya..., saya amat terharu..., semoga Allah merahmati sayang... jika pasangan anda terlupa membeli sesuatu di pasar raya atas pesanan anda mungkin anda boleh berkata, 'tiada masalah besar sayang...'

Beritahu masalah anda dengan jujur 

Jika anda mengalami masalah atau terpaksa bekerja lewat malam atau apa sahaja, beritahu pasangan anda dengan sejujurnya, seperti "sayang saya terpaksa bekerja lewat hari ini sebab hendak siapkan projek itu tapi saya rasa sangat bersalah kerana terpaksa meninggalkan sayang lebih lama," 
ini akan menyebabkan pasangan anda tidak terasa hati.

Beri nota terima kasih

Anda akan rasa terkejut membayangkan bagaimana hanya dengan nota terima kasih akan menyebabkan hari pasangan anda ceria.

Pujilah di depan orang ramai

Pernahkah anda memuji dan ucapkan terima kasih kepada pasangan anda di depan orang ramai atau jiran atau rakan? Ucapkanlah rasa penghargaan anda kepada pasangan ketika berada di kalangan sanak saudara untuk membayangkan rasa penghargaan anda kepada pasangan. Pasangan anda pasti terkesima.

Ketahui hatinya

Sekiranya pasangan anda kelihatan sedih dan rasa gelisah, usah diganggu dirinya, biarkan dia tidur seketika tanpa gangguan anak-anak daripada asyik bertanya mengapa, kenapa, apa sebabnya kepada pasangan anda atas sesuatu yang terjadi.

Guna kaedah biasa

Ini merupakan satu strategi yang biasa, gunalah hadiah atau bunga untuk menyatakan perasaan anda kepadanya. Tidak perlu mahal, cukuplah ia datang ikhlas dari hati.
Eco Kid Adventure on Facebook