Rabu, 19 Disember 2012

kita kawan ketawa......

Ada ketikanya anda mungkin cukup bernasib baik kerana mudah membina hubungan mesra dan intim dengan pasangan sama ada suami atau isteri mahupun kekasih.
Ia nampak seperti satu hubungan yang sempurna, hangat dengan perbualan tanpa perlu bersusah-payah mencari topik yang serupa, berkongsi rahsia dan penuh kepastian bahawa anda berdua akan terus bersama untuk jangka masa yang panjang.
Bagaimanapun tidak semua perhubungan bermula dengan
 ikatan sekukuh itu dan tidak semua hubungan
 mesra serta intim mampu
 dikekalkan untuk jangka masa panjang.
Perhubungan memerlukan usaha dan ada perkara-perkara yang anda perlu lakukan untuk meningkat kemesraan dan keintiman. Berikut beberapa tip yang mungkin boleh diberi perhatian.

Cari minat yang serupa dan lakukannya bersama-sama

Mengikut kajian, kebanyakan perkahwinan berakhir dengan perceraian pada tempoh lapan tahun pertama. Kajian juga mendapati bahawa selepas tempoh tujuh tahun pasangan akan mula bosan dengan perhubungan mereka. Ketika itu hubungan menjadi renggang dan masing-masing
 mula kurang berpuas hati terhadap perkahwinan mereka.
Bunuh perasaan bosan itu sebelum ia menjadi 'barah' dengan 
cara berkongsi pengalaman antara satu sama lain.
Apa persamaan minat yang anda berdua miliki? Kongsi minat tersebut dengan melakukan aktiviti bersama. Ia bukan saja untuk merapatkan lagi hubungan bahkan anda akan 
berkongsi pengalaman dan gurau-senda bersama.

Ketawa bersama

Ketawa sebenarnya berjangkit. Ini kerana apabila
 kita mendengar orang ketawa, 
otak kita secara automatik mahu turut terbabit dalam situasi tersebut.
Berdasarkan beberapa kajian, termasuk kajian di Institute of Cognitive Neuroscience, University College London, kita secara semula jadi akan meniru gerak dan ekspresi wajah 
orang yang bercakap dengan kita, termasuk ketawa.
Kita akan ketawa apabila mendengar jenaka yang kelakar,
 ketika sedang bermain,  ketika digeletek dan sebagainya.
Bagaimanapun ketawa bukan saja tanda kita
 memikirkan sesuatu yang kelakar,
 ia juga salah satu cara kita mengukuh ikatan dengan orang lain.
Ketawa merupakan sesuatu yang universal dan pengubat duka, jadi pergilah menyaksikan filem-filem komedi ketika bertemu janji bukan saja ketawa anda akan membuatkan mood anda bertambah baik bahkan ia mungkin meningkatkan lagi ikatan perhubungan anda.

Jadilah seorang yang sentiasa menyokong

Dalam satu kajian selama lima tahun oleh penyelidik dari Universiti Iowa Amerika Syarikat, mendapati pasangan yang baru berkahwin memberi empat jenis sokongan yang mereka labelkan sebagai: 

1.Sokongan fizikal dan emosional - berkongsi dan mendengar selain
 berpegang tangan dan berpelukan.
2.Hormat - Menawarkan sokongan sebagai
 penghormatan dan keyakinan diri.
3. Informational - memberi nasihat secara umum
4.Tangible - membantu dengan tanggungjawab tambahan atau menyelesaikan masalah
Rahsianya ialah memberi bentuk dan tahap sokongan yang betul sebagaimana diperlukan. Tiada siapa yang suka jika mereka berasa seolah sentiasa diarah atau diperintah oleh pasangannya.

Setiap orang mempunyai idea berbeza mengenai bentuk dan jumlah sokongan yang diperlukan. Jadi pastikan pasangan anda tahu anda sentiasa berada di sisinya untuk menyokong 
dalam apa juga keadaan termasuk kewangan.

Menerima seadanya tanpa syarat

Memang mudah untuk terbabit dalam perhubungan dengan idea bahawa anda mampu mendorong pasangan untuk berubah - walaupun kecil - untuk menjadi seperti yang anda ingini.
Bagaimanapun idea tersebut tidak selalunya
 realistik atau adil untuk pasangan anda.
Biarpun apa yang anda ingin ubah itu perkara kecil seperti meminta pasangan memotong rambut atau meminta pasangan meminati kumpulan muzik yang anda minati atau meminta pasangan berhenti memakai baju yang anda tidak sukai, semua itu mampu menjadi halangan kepada keintiman hubungan anda.
Terimalah pasangan seadanya. Penerimaan datang seiring dengan dorongan untuk pasangan berkongsi perkara-perkara yang peribadi dan intim seperti impian, perasan dan sejarah hidupnya.
Memanglah ada masa apabila perubahan itu perlu dan penting seperti meminta pasangan berhenti merokok kerana tabiat tersebut menjejaskan kesihatan, tetapi permintaan itu mestilah berasaskan kepada percaya dan menerima bukannya mengkritik dan menilai. 

Beri perhatian

Keintiman secara mental, emosional dan fizikal
 dengan pasangan anda bermula dengan
 anda mendengar apa yang dia perkatakan dan beri perhatian
 kepada segala tindakannya.
Bunyinya seperti mudah, tetapi sebenarnya tidak. Untuk beri perhatian sepenuhnya anda perlu menolak perkara lain ke tepi daripada keributan kerja hingga kepada senarai
 apa yang hendak dimasak untuk makan malam.
Ketepikan semua hal peribadi anda dulu dan dengarlah apa yang ingin disampaikan oleh pasangan anda.
Ketika mendengar luahannya, pandang mata pasangan anda, senyap ketika dia sedang berkata-kata dan apabila anda menyuarakan pandangan nadanya biar nampak 
anda benar-benar prihatin dan mengambil berat.

Kekalkan pandangan mata

Mata adalah jendela hati atau mungkin juga mata jendela keintiman. Ketika anda memandang mata pasangan anda dari seberang meja, anda bukan sekadar memberi perhatian tetapi 
sebenarnya anda meluahkan keintiman anda.
Pandangan mata adalah komponen penting tentang bagaimana kita bersosial dengan orang dan ia adalah salah satu perkara penting dalam mencetuskan hubungan intim dan romantik atau sebaliknya.
Komunikasi dari mata ke mata bersifat lembut, dan penegasan secara senyap (non-verbal) bahawa anda amat penting bagi pasangan. Pandangan mata memperlihatkan rasa percaya dan terbuka.

Pastikan anda 'ada' ketika bersama pasangan

Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh membahayakan, 
tetapi ia juga boleh membuatkan hubungan kekeluargaan anda berisiko.
Ini sebabnya. Menggunakan telefon bimbit nampak
 seperti perkara sangat penting, 
tetapi sebenarnya ia mengurangkan 'keberadaan' anda bersama pasangan.
Apabila anda membuat pelbagai kerja pada satu masa - contohnya memandu dan bercakap di telefon - anda tidak menumpukan kepada perbualan dan tidak dapat menangkap isu-isu penting yang dibualkan yang boleh membawa kepada salah faham serta membuatkan pasangan terasa seperti disisihkan dan terluka.
Anda membahagi masa antara telefon, jalan raya dan perbualan. Untuk membina dan mengekalkan keintiman, pilih salah satu pada satu-satu masa.
Jadi cuba fikirkan, adakah iPhone lebih mendapat perhatian berbanding pasangan anda? Adakah anda bekerja apabila telefon berbunyai sedangkan ketika itu anda sedang makan dengan pasanga? Adakah anda membawa BlackBerry ke bilik tidur? Jika semua jawapannya ya, anda mungkin perlu mematikannya untuk memberi lebih perhatian kepada perhubungan anda.

Selasa, 18 Disember 2012

cerita aqilah.......

CERITA SEORANG LELAKI YANG MENJUAL BELON
setiap hari akan melepaskan belon naik keatas.
biasanya dia akan melepaskan belon yang berwarna
KUNING , MERAH , OREN.
agar orang nampak dia jual belon.
MAKA BEGITULAH SETIAP HARI.
datang seorang budak bertanya
PAK CIK KENAPA PAKCIK TAK PERNAH LEPASKAN 
BELON YANG BERWARNA HITAM
adakah belon warna hitam tidak akan naik.
JAWAPAN LELAKI ITU.
yang menaikkan belon bukan disebabkan
oleh warnanya.yang menaikkan belon adalah
ISI DALAM BELON.
 SIKAP KITA ADALAH WARNA KITA
yang membentuk sikap kita adalah.
KELAZIMAN 
BUDAYA
TABIAT
SIKAP 
TAKDIRKAN.
apa kita kita selalu buat akan membentuk budaya akan membentuk tabiat
akan membentuk sikap akan membentuk takdirkan.
BUKAN WARNA KITA.



Jumaat, 14 Disember 2012

SAYA SUKA KERJA SAYA....


MENURUT BRIAN TRACY DALAM BUKUNYA
80 % kita mendapat gaji hasil dari kerja yang tidak ada kaitan
dengan tugasan hakiki kita.
kita habiskan masa pada
lewat masuk pejabat.
pulang awal dari pejabat.
banyak masa dihabiskan masa minum pagi dan makan tenghari.
selain aktivit2 yang tidak memberi sumbangan pada tugasan hakiki.

Pengurusan Msa dipejabat ( nota untuk diri sendiri ) -
  menurut brian tracy...ABCDE...

A - tugas yg mesti dilakukan.
B - tugas yg patut kita buat.
C - tugas yang seronok kita lakukan.
D - tugas yg dapat kita wakilkan pada orang lain.
E - tugas yg patut kita singgirkan sama sekali....


YANG PASTI SAYA SUKA KERJA SAYA.

Khamis, 13 Disember 2012

kita mulakan....


UNTUK MEMULAKAN
tentu sahaja tidak mudah
seakan kaki kita dirantai kuat
untuk memulakan langkah 1.
HARI INI.
saya memulakan langkah 1 untuk langkah2 seterusnya
untuk memulakan.
3 M
mulakan sekarang.
mulakan dari diri sendiri
mulakan dari hal yang kecil2...

Ahad, 9 Disember 2012

kita bercakap soal perubahan....

 PERUBAHAN ITU BUKAN FITRAH MANUSIA
sedayanya manusia mahu.
kenyang tanpa makan
wangi tanpa mandi
pandai tanpa belajar
kaya tanpa usaha.
PERUBAHAN
perubahan dikaitkan dengan komitmen dan disiplin.
YANG PASTI
setiap perubahan ada harga yang perlu dibayar
SEJAUH MANA KITA SANGGUP MEMBAYAR.
ini yang membezakan kita dan kita.
berdasarkan kepada banyak kajian.
perubahan berfaktor kepada..
ANCAMAN
DORONGAN.
itu paksi perubahan pada kita dan kita..

selain itu.
KITA SUKA DAN SENANG BERADA DALAM ZON SELESA KITA.


Ahad, 18 November 2012

banyak yg dipelajari..........

Apa yang akan berlaku bila motivator berkampung
cerita sama - cara berbeza
PERUBAHAN
yang pasti.
perubahan diri sendiri vc perubahan orang lain.
sumbangan diri vc pembanggunan diri.
CERITANYA SAMA.
yang menarik hari ini.
semua datang dengan keinginan yang sama
BELAJAR DAN BERKONGSI
 dari kemahiran rakan2 lain
SESUATU YANG MAHU SAYA KONGSI
menjadi manusia yang memberi
adalah satu anugerah.
percayalah orang memberi akan dapat
lebih banyak dari orang yang menerima.
YANG PASTI RAKAN2 YANG DITEMUI
AKAN TERUS MEMBERI.
 
 

Selasa, 6 November 2012

mudah aja.........

Di sebuah ladang terdapat sebongkah batu yang amat besar. Dan seorang petani tua selama bertahun-tahun membajak tanah yang ada di sekeliling batu besar itu. Sudah cukup banyak mata bajak yang pecah gara-gara membajak di sekitar batu itu. Padi-padi yang ditanam di sekitar batu itu pun tumbuh tidak baik.

Hari ini mata bajaknya pecah lagi. Ia lalu memikirkan bahwa semua kesulitan yang dialaminya disebabkan oleh batu besar ini. Lalu ia memutuskan untuk melakukan sesuatu pada batu itu. Lalu ia mengambil cangkul dan mulai menggali lubang di bawah batu. Betapa terkejutnya ia ketika mengetahui bahwa batu itu hanya setebal sekitar 6 inchi saja. Sebenarnya batu itu boleh dengan mudah dipecahkan dengan tukul biasa. Kemudian ia lalu menghancur
kan batu itu sambil tersenyum gembira. Ia teringat bahawa semua kesulitan yang di alaminya selama bertahun-tahun oleh batu itu ternyata mampu diatasinya dengan mudah dan cepat.

Renungan:
Kita sering ditakuti oleh bayangan seolah permasalahan yang kita hadapi nampak besar, padahal ketika kita mau melakukan sesuatu, persoalan itu mudah sekali diatasi. Maka, atasi persoalan anda sekarang. Kerana belum tentu sebesar yang anda takutkan, dan belum tentu sesulit yang anda bayangkan.
Eco Kid Adventure on Facebook