Jumaat, 18 Januari 2013

tak suka marah............

Berdasarkan teori EQ, emosi-emosi seperti marah adalah kuasa atau tenaga yang tidak boleh dihalang kehadirannya. Emosi muncul dan berkait dengan faktor genetik, pengalaman, pendidikan dan kebiasaan kita," katanya ketika memberi seminar sempena Kempen Kenali Anak Kita 
anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) baru-baru ini.

Pengawalan kemarahan dapat dilakukan
 dengan pelbagai cara antaranya:

 
Fokus pada masalah, bukan pada perasaan

Ketika seseorang sering mencari kesalahan terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, kita mungkin marah dan mula memfokus kepada emosi tersebut. Jika kita tidak mengutamakan soal penyelesaian masalah tersebut, kemarahan hanya akan membawa kepada masalah lain iaitu kita mula mencari dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut.

 
Jangan mudah membuat kesimpulan. Siasat dan semak sebaik mungkin

Ketika seseorang memiliki tanggapan terhadap terhadap seseorang terutamanya persepsi negatif, penilaian menjadi tidak rasional. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang tersebut akan dianggap negatif.
 Oleh itu, perlu siasat dan teliti sebaik mungkin.

 
Bersabar

Reaksi marah yang tidak dikawal amat berbahaya kerana kesannya adalah situasi menjadi bertambah sukar.

 
Jangan terlalu mengharap

Kemarahan terjadi kerana kecewa akibat harapan yang tidak dipenuhi. 
 Padahal ia merupakan sesuatu yang biasa kerana kita sering menetapkan standard yang terlalu tinggi.

Contohnya, jika anak anda masih melakukan kesalahan matematik walaupun sudah beberapa kali diterangkan kepadanya, jangan berteriak 'bodoh' atau memarahi dengan panggilan yang tidak elok. Cara itu hanya menyebabkan perasaan anak-anak terluka.

 
Jangan melibatkan sebab-sebab lain

Banyak kemarahan terjadi kerana sebab-sebab lain yang langsung tidak ada kaitan.
 Ini disebabkan kita menyimpan sesuatu emosi terhadap seseorang.

 
Alihkan kemarahan kepada perkara-perkara lain

Setiap daripada kita memiliki pola kemarahan yang pelbagai. Ada yang bertindak balas secara serta-merta dengan memaki hamun, menyergah atau berteriak, melempar barangan, menangis dan sebagainya. Sebenarnya pola tersebut boleh dialihkan kepada cara yang lebih terkawal dan tidak menimbulkan aib kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi.

 
Menilai dengan bertanya kepada diri

Emosi kemarahan boleh mendatangkan penyakit fizikal. Oleh itu, kita perlu mencari kaedah untuk mengurangkan ketegangan emosi. Misalnya dengan memikirkan 'kenapa saya perlu memikirkan masalah yang kecil ini hinggakan mengganggu ketenangan saya?' atau 'saya ada hal lain yang lebih penting untuk diurus'; atau 'sudahlah, perkara sudah berlaku'.

Kita perlu bersikap relaks dalam menghadapi masalah yang silih berganti dan memancing emosi.

 
Melakukan aktiviti melepas tekanan

Emosi marah seseorang boleh dibendung jika ia rajin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat melupakan permasalahan. Contohnya adalah dengan menyanyi, berteriak, memukul-mukul bantal, beryoga, bermeditasi dan sebagainya.

 
Belajar menyatakan emosi

Kita sering berfikir masih ada hari esok. Kita selalu menangguh dan selalu berfikir bahawa orang akan tahu perasaan kita. Mungkin esok bukan milik kita. Jadi, janganlah menangguh untuk menyatakan emosi atau perasaan yang terpendam kepada seseorang yang kita kasihi.
 Mengapa kita tidak melakukannya sekarang juga?

Isnin, 14 Januari 2013

kita dan kita.....

 bersama team Sinergy Trainer Ecology.

 Guru , Parenting di SK Merbau Sempak
Guru2 , Parent dan Kid di Sk Dusun Tua
CERITA DISANA DISINI. 
seorang rakan pengamal ilmu metafizik - numberlogi
berkongsi 2013
ADALAH TAHUN KEKELUARGAAN.
kita semua menganjakkan diri berfikir
sumbangan bagaimana untuk kita kemaskan diri.
SAYA TIDAK MENGASINGKAN DIRI
permintaan untuk berkongsi cerita keluargaan.
yang tentunya saya ada cerita dan ilmu yang berbeza
SUDAH DIAJAR DAN SUDAH BELAJAR.
sesuatu yang mahu dikongsikan.
kesilapan kita mencatur anak2 hari ini
menjadikan mereka mangsa seumur hidup.

Jumaat, 4 Januari 2013

saya ada anak remaja juga....

MENJADI ibu atau bapa tunggal yang berjaya dalam mengasuh anak sesungguhnya bukan satu perkara mudah. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan anak remaja.

Berbanding dengan mereka yang memiliki keluarga sempurna, ketiadaan pasangan dalam bahtera perkahwinan sedikit sebanyak mempengaruhi 'tugas' penting mendidik anak.

Anda mungkin tercegat sambil tertanya-tanya '
Bagaimanakah untuk menjadi ibu 
dan bapa pada masa yang sama?'.

Malah, anda berkemungkinan juga terdengar bisikan sinis yang berkata:

"Susah untuk membesar apatah lagi mendidik anak remaja. 
Mungkin sebuah keluarga yang sempurna lebih 
sesuai untuk tugas berat ini."

Sebenarnya, terdapat banyak mitos mengenai didikan anak remaja
 yang perlu disingkirkan. Anak remaja lazimnya sukar
 menjadi jahat secara tiba-tiba.

Namun, andainya anda masih mempunyai tanggapan salah seperti itu, 
 berikut adalah beberapa mitos tentang cara mendidik anak remaja yang perlu diperbetulkan:



 Anak yang jahat akan sentiasa menjadi jahat

Satu perkara teruk yang boleh berlaku kepada ibu bapa adalah dengan melabelkan anak remaja mereka sebagai 'jahat'. Menerusi cara ini, ibu bapa sebenarnya menekankan bahawa anak mereka sememangnya jahat dan tindakan ini seterusnya akan melekat terus pada minda si anak. Apabila ini berlaku, tidak mustahil anak remaja anda akhirnya percaya mereka adalah sejahat dan senakal yang difikirkan oleh ibu bapa.
 Anda boleh memperbaiki anak remaja anda

Sekiranya hubungan anda dengan anak tidak baik, satu-satunya jalan penyelesaian adalah memperbaiki diri dan perilaku anda terlebih dahulu. Melalui cara ini, anda boleh mencari kaedah terbaik untuk berdepan dengan si anak. Mungkin sukar untuk anda mengawal emosi dan sifat pemberontak anak pada setiap masa tetapi anda dapat mengawal bagaimana tindak balas terhadapnya.
Hubungan yang baik adalah harmoni

Ramai ibu bapa gagal memberi garis panduan kepada anak agar tidak melepasi sempadan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan kerana takut berdepan dengan realiti. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka hanya untuk mengekalkan keharmonian sesebuah hubungan.
Berkongsi hampir segalanya dengan anak remaja anda

Berterus-terang dengan anak remaja tidak semestinya bermakna bersikap terbuka sepenuhnya. Ibu bapa merupakan contoh utama terbaik dalam kehidupan seseorang kehidupan anak remaja. Pada kebiasaannya, mereka ini akan berpendapat tidak salah untuk melakukan sesuatu yang turut dipraktiskan oleh ibu bapa.
Remaja lebih sayangkan kawan berbanding ibu bapa

Sebaik sahaja anak memasuki alam persekolahan, mereka kurang menghabiskan masa bersama keluarga. Pada ketika ini, kawan-kawan kelihatan lebih penting dalam kehidupan mereka.
 Anak remaja juga mulai membentuk identiti
 menerusi apa yang dilakukan, 
ke mana mereka pergi dan dengan 
siapa mereka menghabiskan masa.

Malangnya, remaja yang tidak berkeyakinan cenderung terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya. Tetapi, jika dalam awal kehidupan mereka didedahkan dengan strategi dan pengetahuan bagaimana berdepan dengan keputusan yang susah, sudah tentunya 
mereka mampu menangani cabaran ini dengan mudah.
Anak remaja saya enggan bercakap dengan saya
Remaja sebenarnya suka bercakap. Tetapi mereka mesti mempunyai seorang pendengar yang baik. 
Namun, pastikan terdapat keseimbangan antara bicara rutin dengan perbincangan atau sembang yang bermakna. Masa dan usaha diperlukan untuk mencari tempat yang 
sesuai bagi berbincang dengan anak remaja tentang kehidupan dan cabaran yang dilalui. Kekalkan minda yang terbuka dan bersedia memberi perhatian kepada apa yang ingin disampaikan oleh anak remaja anda.

Satu lagi mitos umum yang sering menerima tanggapan
 salah adalah pengaruh rakan 
sebaya paling teruk pada peringkat zaman remaja.
 Hakikatnya, pengaruh rakan sebaya 
merupakan satu dorongan positif yang terlalu diperkatakan.

Pada amnya, remaja memilih kawan mengikut cita rasa dan nilai-nilai persamaan yang ada pada diri mereka. Akan tetapi, pengaruh ibu bapa masih kuat dalam kehidupan seseorang remaja. 
Kajian menunjukkan ibu bapa yang memantau kegiatan anak remaja boleh membantu mencegah perilaku tidak elok. Pemantauan juga bertindak sebagai mesej 
terhadap tanggungjawab yang dijalankan oleh ibu bapa.


Ahad, 30 Disember 2012

maaf................

“Terus memendam amarah sama seperti menggenggam bara panas untuk dilontarkan kepada seseorang, Andalah yang akan terbakar.”
Dalam hidup memang wajar kalau ada peristiwa-peristiwa yang membuat kita marah dan kecewa. Tapi cepat kendalikan emosi Anda kembali. Jangan biarkan rasa amarah, dendam, iri, kesal atau kecewa kepada pasangan, teman, rekan kerja, atau atasan di kantor bercokol lama di hati kita.
Kekesalan, amarah dan kekecewaan hanya 
akan mengaktifkan hukum tarik menarik,
 membuat Anda menerima
 apa yang Anda berikan.
Bila kesal pada pasangan atau ada kawan yang mengingkari janji, 
lalu Anda menyalahkan mereka atas kekacauan semua itu, 
maka Anda akan mendapatkan
 kembali keadaan yang dipersalahkan itu.
Kembalinya keadaan itu tidak harus selalu dari
 orang yang Anda salahkan, 
tetapi sejatinya Anda akan mendapatkan kembali keadaan yang Anda salahkan itu.
Ikhlaskanlah, maafkanlah. Hati akan terasa lebih lega dan ringan dalam menjalani hidup,
 lebih fokus terhadap tujuan hidup tanpa terbebani penyakit-penyakit hati 
yang hanya akan menghabiskan energi positif.
“Jika saya mengikhlaskan diri saya, saya menjadi yang saya inginkan. Jika saya mengikhlaskan yang saya punya, saya akan menerima apa yang saya butuhkan” -  Tao Te Ching


Khamis, 27 Disember 2012

saya suka sapa saya.....

Di sebuah taman, terdapat taman bunga mawar yang sedang berbunga. Mawar-mawar itu mengeluarkan aroma yang sangat harum. Dengan warna-warni yang cantik, banyak orang yang berhenti untuk memuji sang mawar. Tidak sedikit pengunjung taman meluangkan waktu untuk berfoto di depan atau di samping taman mawar. Bunga mawar memang memiliki daya tarik yang menawan, semua orang suka mawar, itulah salah satu lambang cinta. 
Sementara itu, di sisi lain taman, ada sekelompok pohon bambu yang tampak membosankan. Dari hari ke hari, bentuk pohon bambu yang begitu saja, tidak ada bunga yang mekar atau aroma wangi yang disukai banyak orang. Tidak ada orang yang memuji pohon bambu. Tidak ada orang yang mau berfoto di samping pohon bambu. Maka tak heran jika pohon bambu selalu cemburu saat melihat taman mawar dikerumuni banyak orang.

“Hai bunga mawar,” ujar sang bambu pada suatu hari. “Tahukah kau, aku selalu ingin sepertimu. Berbunga dengan indah, 
memiliki aroma yang harum, 
selalu dipuji cantik dan menjadi saksi cinta manusia yang indah,”
 lanjut sang bambu dengan nada sedih.
Mawar yang mendengar hal itu tersenyum,
 “Terima kasih atas pujian dan kejujuranmu, bambu,” ujarnya.
 “Tapi tahukah kau, aku sebenarnya iri denganmu,”
Sang bambu kehairan, dia tidak tahu apa yang membuat 
mawar iri dengannya. 
Tidak ada satupun bagian dari bambu yang lebih indah dari mawar. 
“Aneh sekali, mengapa kau iri denganku?”
“Tentu saja aku iri denganmu. Cuba lihat, kau punya batang yang sangat kuat, saat badai datang, kau tetap bertahan, tidak goyah sedikitpun,” 
ujar sang mawar.
 “Sedangkan aku dan teman-temanku, kami sangat rapuh, kena angin sedikit saja, 
kelopak kami akan lepas, hidup kami sangat singkat,” 
tambah sang mawar dengan nada sedih.
Bambu baru sedar bahwa dia punya kekuatan. Kekuatan yang dia anggap biasa saja ternyata bisa mengagumkan di mata sang mawar. 
“Tapi mawar, kamu selalu dicari orang. Kamu selalu menjadi 
hiasan rumah yang cantik,
 atau menjadi hiasan rambut para gadis,”

Sang mawar kembali tersenyum, “Kamu benar bambu, aku sering dipakai sebagai hiasan dan dicari orang, tapi tahukah kamu, aku akan layu beberapa hari kemudian, tidak seperti kamu,”
Bambu kembali bingung, “Aku tidak mengerti,”
“Ah bambu..” ujar mawar sambil menggeleng, “Kamu tahu, manusia sering menggunakan dirimu sebagai alat untuk mengalirkan air. Kamu sangat berguna bagi tumbuhan yang lain. 
Dengan air yang mengalir pada tubuhmu, kamu menghidupkan banyak tanaman,” lanjut sang mawar.
 “Aku jadi hairan, dengan manfaat sebesar itu, seharusnya kamu bahagia, bukan iri padaku,”

Bambu mengangguk, dia baru sedar bahwa selama ini, dia telah bermanfaat untuk tanaman lain. Walaupun pujian itu lebih sering ditujukan untuk mawar, sesungguhnya bambu juga memiliki manfaat yang tidak kalah dengan bunga cantik itu. Sejak percakapan dengan mawar, sang bambu tidak lagi merenungi nasibnya, dia senang mengetahui kekuatan dan manfaat yang bisa diberikan untuk makhluk lain.
Daripada menghabiskan tenaga dengan iri pada orang lain, lebih baik bersyukur atas kemampuan diri sendiri, apalagi jika berguna untuk orang lain.

Rabu, 26 Disember 2012

ini mimpi saya dan kami...



SEMUA ORANG ADA IMPIAN
sejauh mana ianya mampu kita zahirkan
semua bergantung pada komitmen + disiplin
DISAMPING KOSISTEN UNTUK MENCAPAI IMPIAN.
hari ini bersama sekumpulan rakan2 ..
Bengkel Aktiviti dan Permainan
DENGAN BEROBJEKTIFKAN.
bagaimana kuasa penghargaan
mampu mengubah pandangan pelajar terhadap keinginan untuk berubah.
kami salinkan dalam bentuk aktiviti softskill - suai kenal.
kerana kami percaya.
manusia hanya berubah kalau dia suka berubah
kami salinkan pandangan tersebut.
BAGAIMANA MENJADI GURU DAN TRAINER YANG DISUKAI.

penghargaan kepada rakan2 yang menjadikan ianya bukan mimpi lagi
rahimah , drrahmah , ustaz mantop , badrul hisyam , cgu muiz
mohd yusry , noraini onie , mahsuri , edi , aqua

Jumaat, 21 Disember 2012

KITA KONGSI NANTI....

sebahagian dari cerita seorang pelajar
yang memprastiskan kuasa bayangan melalui minda dibawah sedar. 
 KITA BOLEH MENANG.
BAGAIMANA
sekitar 10 tahun dahulu saya dihadiahkan 
sebuah buku yang saya boleh katakan inilah sebahagian
KITAB SAYA.
kebanyakkan cerita dan rujukan saya berpaksi pada buku ini.
U CAN WIN
dikala LAW OF ATTRACTION
belum diperkatakan.
bagaimana kita mampu menarik impian
melalui kuasa minda dibawah sedar.
kita tafsirkan mimpi kepada nyata.
SAYA TERJEMAHKAN DALAM BENTUK
 TINDAKAN DIRI SENDIRI.
matlamat tidak akan jadi2 apa seandai...
tidak ditulis
tidak dipamerkan.
tidak diangan2kan.
SEMUA YANG BERLAKU HARI INI
ADALAH SEBAHAGIAN IMPIAN YANG
PERNAH DI ANGAN2KAN.
HARI INI.
setelah melalui beberapa proses
penambahbaikan diri dan kemahiran mengenai
teori tersebut.
SAYA MAHU MULAKAN 2013.
SAYA AKAN KONGSIKAN.
 

Eco Kid Adventure on Facebook