MENJADI ibu atau bapa tunggal yang berjaya dalam mengasuh anak
sesungguhnya bukan satu perkara mudah. Lebih-lebih lagi apabila ia
melibatkan anak remaja.
Berbanding dengan mereka yang memiliki keluarga sempurna, ketiadaan
pasangan dalam bahtera perkahwinan sedikit sebanyak mempengaruhi 'tugas'
penting mendidik anak.
Anda mungkin tercegat sambil tertanya-tanya '
Bagaimanakah untuk menjadi ibu
Bagaimanakah untuk menjadi ibu
dan bapa pada masa yang sama?'.
Malah, anda berkemungkinan juga terdengar bisikan sinis yang berkata:
"Susah untuk membesar apatah lagi mendidik anak remaja.
Mungkin
sebuah keluarga yang sempurna lebih
sesuai untuk tugas berat ini."
sesuai untuk tugas berat ini."
Sebenarnya, terdapat banyak mitos mengenai didikan anak remaja
yang perlu disingkirkan. Anak remaja lazimnya sukar
menjadi jahat secara tiba-tiba.
yang perlu disingkirkan. Anak remaja lazimnya sukar
menjadi jahat secara tiba-tiba.
Namun, andainya anda masih mempunyai tanggapan salah seperti itu,
berikut adalah beberapa mitos tentang cara mendidik anak remaja yang perlu diperbetulkan:
berikut adalah beberapa mitos tentang cara mendidik anak remaja yang perlu diperbetulkan:
Anak yang jahat akan sentiasa menjadi jahat
Satu perkara teruk yang boleh berlaku kepada ibu bapa adalah dengan
melabelkan anak remaja mereka sebagai 'jahat'. Menerusi cara ini, ibu
bapa sebenarnya menekankan bahawa anak mereka sememangnya jahat dan
tindakan ini seterusnya akan melekat terus pada minda si anak. Apabila
ini berlaku, tidak mustahil anak remaja anda akhirnya percaya mereka
adalah sejahat dan senakal yang difikirkan oleh ibu bapa.
Anda boleh memperbaiki anak remaja anda
Sekiranya hubungan anda dengan anak tidak baik, satu-satunya jalan
penyelesaian adalah memperbaiki diri dan perilaku anda terlebih dahulu.
Melalui cara ini, anda boleh mencari kaedah terbaik untuk berdepan
dengan si anak. Mungkin sukar untuk anda mengawal emosi dan sifat
pemberontak anak pada setiap masa tetapi anda dapat mengawal bagaimana
tindak balas terhadapnya.
Hubungan yang baik adalah harmoni
Ramai ibu bapa gagal memberi garis panduan kepada anak agar tidak
melepasi sempadan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan kerana takut
berdepan dengan realiti. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab
mereka hanya untuk mengekalkan keharmonian sesebuah hubungan.
Berkongsi hampir segalanya dengan anak remaja anda
Berterus-terang dengan anak remaja tidak semestinya bermakna bersikap
terbuka sepenuhnya. Ibu bapa merupakan contoh utama terbaik dalam
kehidupan seseorang kehidupan anak remaja. Pada kebiasaannya, mereka ini
akan berpendapat tidak salah untuk melakukan sesuatu yang turut
dipraktiskan oleh ibu bapa.
Remaja lebih sayangkan kawan berbanding ibu bapa
Sebaik sahaja anak memasuki alam persekolahan, mereka kurang
menghabiskan masa bersama keluarga. Pada ketika ini, kawan-kawan
kelihatan lebih penting dalam kehidupan mereka.
Anak remaja juga mulai
membentuk identiti
menerusi apa yang dilakukan,
menerusi apa yang dilakukan,
ke mana mereka pergi dan
dengan
siapa mereka menghabiskan masa.
siapa mereka menghabiskan masa.
Malangnya, remaja yang tidak berkeyakinan cenderung terikut-ikut
dengan pengaruh rakan sebaya. Tetapi, jika dalam awal kehidupan mereka
didedahkan dengan strategi dan pengetahuan bagaimana berdepan dengan
keputusan yang susah, sudah tentunya
mereka mampu menangani cabaran ini
dengan mudah.
Anak remaja saya enggan bercakap dengan saya
Remaja sebenarnya suka bercakap. Tetapi mereka mesti mempunyai
seorang pendengar yang baik.
Namun, pastikan terdapat keseimbangan
antara bicara rutin dengan perbincangan atau sembang yang bermakna. Masa
dan usaha diperlukan untuk mencari tempat yang
sesuai bagi berbincang dengan anak remaja tentang kehidupan dan cabaran yang dilalui. Kekalkan minda yang terbuka dan bersedia memberi perhatian kepada apa yang ingin disampaikan oleh anak remaja anda.
sesuai bagi berbincang dengan anak remaja tentang kehidupan dan cabaran yang dilalui. Kekalkan minda yang terbuka dan bersedia memberi perhatian kepada apa yang ingin disampaikan oleh anak remaja anda.
Satu lagi mitos umum yang sering menerima tanggapan
salah adalah pengaruh rakan
salah adalah pengaruh rakan
sebaya paling teruk pada peringkat zaman remaja.
Hakikatnya, pengaruh rakan sebaya
Hakikatnya, pengaruh rakan sebaya
merupakan satu dorongan positif yang
terlalu diperkatakan.
Pada amnya, remaja memilih kawan mengikut cita rasa dan nilai-nilai
persamaan yang ada pada diri mereka. Akan tetapi, pengaruh ibu bapa
masih kuat dalam kehidupan seseorang remaja.
Kajian menunjukkan ibu bapa
yang memantau kegiatan anak remaja boleh membantu mencegah perilaku
tidak elok. Pemantauan juga bertindak sebagai mesej
terhadap
tanggungjawab yang dijalankan oleh ibu bapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan