Ahad, 31 Ogos 2008
ANDA BOLEH MENANG.
Sabtu, 30 Ogos 2008
cerita malam merdeka
Hari yang di nanti - dimana mana banyak banner menyenai perkara di atas. aku - bangga kerana menjadi sebahagian daripada PBT yang aku telah lama bekerja ( teringat kawan2 lama di EEC dulu - murali , azam.en rohani.en jamal ) dan hari ini aku kembali.dengan komitmen baru.idea baru...
3.2.1 - mula.aku kirakan bebanan sudah hampir selesai.begitulah lebih kurang - tapi cerita sehari sebelum cukup menakutkan untuk di jadikan ' pengajaran '.aku kenal cara kerja aku ( orang tangan kiri ) , Lah ( tangan kiri ) - aku kirakan dah buat sehabis baik dari hari mula buat lawatan pertama.tapi sehari sebelum membuatkan jantung hampir gugur.Yatie ( pegawai alam sekitar ) minta tukar soalan - dan beberapa hal ( yang aku terlepas pandang ) - daripada terkantoi di hari perlaksanaan aku bersama crew ( ain dan lah ) ke pj untuk buat persiapan terakhir.jumaat.nasib tidak bersama kami.muzium ( soalan dan jawapan dalam muzium ) tutup.lap top ain pada lah - tidak berfungsi.banner belum pasang....aduh.jam berlalu.5.00 ptg.masuk hutan lagi.nozie call - en harun tambah buku program lagi !!!!.soalan belum masuk sampul.buku program belum di kemaskini.jawapan belum siap.malam di kem.ain + wani terima kasih kerana banyak membantu.Lah meeting di GPMS ( aku mula risau dan rimas - pengurusan diri dan masa sudah menjadi pertikaian aku ) - 11.00 malam.siap.tanya ain Lah di mana.masih di GPMS.aku mula berfikir bukan2 ( sebab clue utama pada Lah )- ok.5.00 pagi janji bangun...dan entah berapa ratus kali SMS masuk dan keluar dari phone ain ( orang muda - tidak tahu meletakkan kepentingan ) - 3 pagi....ADUHAI LAH + AIN.ESOK PJ AKAN MENYAKSIKAN KITA - KITA HARUS BERSEDIA FIZIKAL DAN MENTAL UNTUK ESOK.yang aku tahu begitulah.HANDPHONE + SMS = BUDAK SEKARANG......
Pagi.6.00 pagi dah sampai - ok Lah dah sampai ( tahniah dengan komitmen ).setelah itu dan ini.1000 penyertaan - aku mula tanya Lah itu dan ini ( dah siap belum - jawapanya belum tapi nasib baik pandai cover dan ain pun sama : bertukar soalan ). akhirnya semuanya selesai.kita mampu mengendalikan program yang besar dengan ( kesilapan yang kita aja tahu - ingat Lah salah bagi pelekat semasa di Menara - penanda jalan tak pasang - penanda di alihkan ). Akhirnya terima kasih....EXCO ALAM SEKITAR SELANGOR join acara penutup - opppps.lagi satu masih pasal ain.
Jumaat, 29 Ogos 2008
cerita seterusnya
penantian itu satu penyiksaan.kita terus menanti.menunggu.bukan sekali sekali menunggu ' orang hebat ' ni datang.tepat pada masa.teringat BULETIN UTAMA malam tadi. cerita mengenai SOFT SKILL di kalangan orang2 ber IQ ( tinggi ).berdasarkan banyak kajian menyatakan IQ hanya memberi 15 % kejayaan dalam hidup selebihnya ada EQ ( 85 % ).bila di lihat pada ramai rakan - rakan yang hebat ( berita malam tadi menyelak cerita lama dalam DEWAN MASYARAKAT ).apakah itu soft skill ( kita bincang di tajuk lain ) - cukup untuk hari ini - aku masih menanti orang hebat ini datang tepat pada masa.kepada semuanya orang 2 hebat - hidup ini umpama main boomerang - kita adalah pemimpin yang mahu menakhodahi ramai orang di bawah.teladannya pada kita.yang paling di atas adalah PENGURUSAN DIRI.uruskan masa.uruskan penampilan.uruskan komunikasi dan seterus.berdasarkan buku PEMBINAAN KAREKTOR- orang lambat - mementing diri sendiri - kepada sesiapa yang membaca cerita ini. ini harus di dahulukan.urus diri sebaik mungkin.hidup harus ada KEUTAMAAN.mana yang patut di dahulukan.MESTI BACA DI BAWAH.CYBERJAYA: To ensure they are competent workers, undergraduates in public universities will be taught soft skills beginning early next month.
Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed said he was taking into consideration complaints from employers that graduates lacked soft skills.
“We take these views seriously, which is why we are introducing this new module for the new 2006/07 intake,” he said after Multimedia University’s orientation programme for new students yesterday.
“My mission is to ensure our graduates have the necessary skills.”
Mustapa said he would meet the vice-chancellors from the 18 public universities in a week’s time to discuss the details of the soft skills module.
“We will start with public universities first before inviting the private colleges and universities for similar talks,” he said.
Mustapa said the soft skills module would be targeted at those who would be graduating soon.
Asked whether this module would be an examination subject, he said the details were still being worked out.
Multimedia University president Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, in his welcome address, encouraged the students to work hard and to take the opportunity to widen their experience by getting to know foreign students at the university.
Khamis, 28 Ogos 2008
nak jawab nora
tadi nora ( kenalan lama ) - tgk blog.kenapa ada gambar anwar.kenapa dengan anwar.dia bukan orang kita ke.bukan orang melayu.bukan orang malaysia.bukan orang islam.itu mungkin sebahagian dari kita.hanya orang UMNO yang sayangkan negara.hanya UMNO rakyat Malaysia sejati.PAS - KEADILAN - orang2 yang akan menghancurkan bangsa.orang yang tidak sayangkan negara.kita berbalik kepada teori KONFLIK - M + G + O = C . yang membezakan kita ada matlamat yang datang dari penafsiran yang berbeda.pada aku nora mudah.ilmu, potensi, bakat yang di berikan cukup untuk jadikan landasan - MELAYU & ISLAM harus di pertahankan. kita tidak boleh berkompromi dengan apa2 alasan lain lagi.
....terima kasih nora , akhirnya saya menulis disini.di sebelah gambar nora dengan sebahagian pelajar dari Smk Puteri Titiwangsa.cerita hari ini.
seronok dalam perjalanan ke UM - ada banyak nak buat itu dan ini.jumpa orang itu dan ini. tapi paling seronok menghabiskan bacaan SINAR. seronok bukannya sebab cerita politiknya - sedih dan insaf baca muka surat dua...PROGRAM MUNAJAT BUKAN BERUNSUR POLITIK . sedih dan insaf. aku tidak mahu bercerita panjang. cukup untuk kita katakan - politik kita keterlaluan ( tgk berita kat TV1 petang semalam : komen seorang menteri mengenai kemenangan anwar : " yang datang semasa percalonan anwar 50 ribu - sepatutnya anwar dapat lebih dari itu.....) terdetik dihati. yang datang semasa percalonan mungkin sokongan dari seluruh M'sia. politik oh politik. aku menang - kau kalah.cerita 2 agaknya menarik : juga dalam sinar.PEMBANGUNAN LERENG BUKIT TIDAK DIBENARKAN - tahniah kerana komitmen kalian.diharapkan ini bukannya RETORIK ( juga dalam sinar - gelaran Raja Retorik kepada Anwar Ibrahim ).berbalik kepada isu tanah tinggi. kita sudah cukup disedarkan ( pada siapa yang mahu sedar ) kesan daripada pengabaian terhadap ekosistem dan kepentingan kawasan tanah tinggi - satu persatu akta ( dasar ) di adakan untuk menyatakan pembangunan lereng bukit seharus lebih mesra alam - ini bukannya bermakna kita menentang perubahan - seharusnya perubahan ini meletakkan alam sekitar untuk mengimbangi pembangunan yang dirancang. tahniah tan sri......
cerita 3 : program bersama MBPJ Sabtu ini. dengar cerita EXCO ALAM SEKITAR SELANGOR akan turun - ini juga komitmen. semoga kita teruskan berkongsi komitmen.
Rabu, 27 Ogos 2008
mesti baca !!!!

cerita buku

Selasa, 26 Ogos 2008
cerita seterusnya

kedua : seorang lelaki ( pendita ) mengajar dua anak muda cara2 untuk memanah.lelaki itu meletakkan se ekor burung di atas batu untuk di panah oleh dua anak muda ini. sebelum kedua lelaki ini memanah : lelaki itu bertanya kepada kedua anak muda tersebut : kepada anak muda pertama - semasa kamu membelek mata panah kamu ke arah burung ( sasaran ) itu apa kamu nampak - jawab anak muda - saya nampak mata burung , batu , pokok , rumput......jawab anak muda kedua - saya nampak mata burung......kesimpulannya : untuk naik ke atas - fokus.fokus.fokus...cerita nak MERDEKA

Cerita malam ini – mungkin sama dengan semalam – ramai yang mula bertanya apa pendirian POLITIK aku.sekejap pekena dengan gang KEADILAN.sekejap duduk dengan gang UMNO.cerita beginilah.aku mungkin sebahagian kecil rakyat Msia yang tidak suka berpolimik.pada aku cukup 446 tahun kita membiarkan diri kita di jajah. Sudah hampir 51 tahun usia kemerdekaan – dalam tempoh ini bukan sedikit warna warna yang memberikan kita banyak cerita.yang pasti kita belum MERDEKA pemikiran.aku tidak senang dengan polimik yang tidak memberi banyak untungnya pada kita ( MELAYU ) dan seterusnya siapa yang rugi. Teringat abjad yang bermain di mulut kami dulu ( JL PLKN ) – D.K.R.T….kita perlu sebuah Negara yang ber DAULAT yang datang dari kestabilan KERAJAAN yang di pilih oleh RAKYAT yang menhuni TANAH ini sekian lama. TANAH yang subur tidak akan menjadi apa seandainya tidak ada RAKYAT yang perlu di uruskan oleh KERAJAAN yang stabil dan ber DAULAT.itu cerita seakan RETORIK dalam situasi terkini Negara kita. KERAJAAN yang ada seakan di ganggu kestabilannya oleh RAKYAT sendiri.Matlamat semuanya ber HALAL kan semua cara….akhirnya apa lagi yang mahu kita mahu katakana.51 tahun kemerdekaan yang semakin tidak menjanjikan apa apa.
Cerita ke 2 – buku SETENGAH BERISI SETENGAH KOSONG – tulisan PARLINDUNGAN MARPAUNG menjadi ayaman seterusnya. Kita bercerita tengtang PERUBAHAN.Fitrah manusia akan menentang perubahan – kita akan mencipta macam2 alasan untuk menentang perubahan.tapi bila kita akan berubah – seandainya ‘ menderita ‘ dengan sikap kita – seandainya bosan dengan sikap – hidayah dari Allah.kita akan berubah..perubahan tidak sekadar satu harapan.ianya harus di butirkan dengan tindakan yang datang dari strategi.Semua dari kita ada kapasiti untuk NAIK ke atas – yang menbezakan kita sejauh mana KEMAHUAN kita.Kata sarjana ilmu – satu matlamat yang kita inginkan bermakna 6 penghalang.hanya KEKUATAN dalam yang KUAT saja yang mampu untuk kita MELAWAN…fakir fikirkan.
Cerita ke 3 – cgu dari Sekolah Sukan Bkt Jalil call dari Negara China – bangganya. Ada kawan2 yang tidak surut surut memberi sokongan.terima kasih no – hang jangan lupa beli apa2…seterusnya cgu dari SMK Abdul Jalil – Seberang Perak.Ija.kawan lama sekarang sedang menjalani kursus ke PENGETUAAN – katanya nak ke Bandung , Indonesia. Diantara kita banyak cerita yang terlalu banyak untuk di kongsikan.terlalu banyak.amat banyak.tapi di ringkaskan. Hanya kita yang tahu….
Cerita ke 4 – bersama ain , wani – untuk pertama kali dalam tempoh 20 tahun agaknya masuk ke dalam BATU CAVES.Satu tangga hingga 200 tangga – ingat.untuk sampai ke tangga 200 harus mula dengan tangga 1.semuanya mesti di sertakan dengan KEINGINAN.tapi KEINGINAN sahaja tidak cukup – kemampuan untuk naik ( POTENSI ) ada – dah sampai jangan lupa.tengok langkah 1 semula…setidak2 kalau jatuh tahu bagaimana untuk naik semula.
Isnin, 25 Ogos 2008
cerita penutup hari ini - isnin.
cerita penutup hari ini - esok pilihanraya PERMATANG PAUH.cerita di semua blog semuanya sama.KALAH - MENANG.itulah kita , yang penting aku menang dan kau dan kau kalah - kita seakan hilang pertimbangan.MATLAMAT sudah menHALALkan semuanya cara.biarkan kalian sibuk dengan percaturan politik manusia.biar aku - mungkin tidak ramai nak join.politik alam sekitar .....cerita lagi.
TAHNIAH - MALAYSIA BOLEH

Membilang hari sekarang.isnin.selasa.rabu.khamis.jumaat.SABTU.cabaran sebenar – sejauh penglibatan aku dalam bidang latihan inilah cabaran terbesar. Teima kasih rakan – rakan dari dari Unit Jabatan Alam Sekitar MBPJ – yati , nozie ,enyusuf.semua sudah siap…
Dalam pada itu tahniah sekali lagi. MALAYSIA BOLEH – kita juara GANGSTAZ.aku bukan fanatik sangat dalam dunia hiburan , tapi malam tadi aku terpaku melihat sebahagian anak anak MALAYSIA memperagakan diri – yang pasti itulah hadiah kepada orang orang yang KOMITED.dan SERIUS untuk menang.tahniah ONE NATION EMCEE….5 bintang.
Rose – gang PUTERI UMNO call – en Harun tak pergi PERMATANG PAUH ke…sebelum tu EN SHAIFUL ( S.U KEADILAN HULU SELANGOR ) call….macamana pul , boleh menang ke.cerita Rose.dia sudah separuh jalan dari Rawang ke Gopeng – patah balik ke KL.takut nak pergi melihat ORANG MELAYU LANYAK ORANG MELAYU. Katanya Bahagian hantar satu bas – tapi 6 orang aja pergi. Secara peribadi –aku sendiri tidak berminat untuk menyertai. Sedangkan dah seminggu aku tidak membaca suratkhabar.Apatah lagi TV.malu tengok MELAYU LANYAK ORANG MELAYU.Aku berdiri atas kapasiti orang MELAYU yang cintakan keharmonian yang kita kecapi selama ini. – tidak berminat dengan cerita RETORIK………tinggal tak sampai 24 jam lagi. Undi anda akan menentukan warna Negara kita. Kita sedih – pada kemerdekaan yang ke 51 tahun ini kita berperang kerana MATLAMAT yang tidak kerauan…dan lebih sedih kita kita semakin jauh.dan jauh.dan jauh….sampai ke hari ini langsung tak rasa ‘ mood ‘ hari kemerdekaan.aku imbau tahun lepas 2007.aku sebahagian daripada HARI KEMERDEKAAN tersebut.Bersama rakan rakan JURULATIH & PELATIH PLKN aku berada di persada dunia – bendera besar di bawa oleh pelatih kami….dan 31.Ogos.2007 jugalah merupakan hari terakhir aku bergelar JURULATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA.sehabis sahaja perbarisan hari tu – aku bangga.amat bangga meninggalkan sumbangan yang diterima dan yang diberi.
Dan hari ini – sesekali mendengar POCO POCO.CHIKEN DANCE – aku sebahagian daripada program besar Negara.dan lagi sabtu ini , aku akan menjadi sebahagian daripada MBPJ.tahniah untuk aku , terima kasih ain, lah , wani , su kerana membantu...tahniah untuk ONE NATION EMCEE.kesimpulan KOMITMEN + KOSISTEM + TINDAKAN = HASIL…..
Ahad, 24 Ogos 2008
cerita semalam
ulat gonggok - jumpa semasa perjalanan ke sungai -alang sedayu.banyaknya - ini tempat dia beranak pinak agaknya.tapi mungkinkah anak cucu kita dapat tengok semua ini.....
Masih mengenai cerita yang sama : Kem Kesedaran Alam Sekitar - mungkin ini cerita biasa kepada ramai orang ( ber dasarkan kajian besar : 70 % orang kita tahu tentang alam sekitar dan perubahan persekitaran.30 % tahu dan faham tapi hanya 10 % yang meletakkan komitmen ).aku di mana.......Kem yang menjadi matlamat besarnya untuk melihat kesinambungan kehidupan ini terus terusan memberi bakti bakti kepada manusia.kita semakin takut dengan fakta demi fakta hari2 terakhir.sungai sungai kita mengalir umpama longkang2 besar - langit kita tidak lagi berwarna biru - dan banyak lagi cerita yang akhirnya menjadi cerita biasa........kemana kesudahnya kita. kita sibuk mencaturkan itu dan ini atas nama kemanusia tapi jarang kita meletakkan sedikit komitmen : bumi ini seakan menagih simpati....tolong.tolong.tolong.....Sabtu, 23 Ogos 2008
sabtu - yang penat
Masih pasal Lah - terima kasih t - shirt GPMS - selamat berjuang.
Jumaat, 22 Ogos 2008
cerita aku

BERHADAPAN DENGAN KONFLIK
cadang nak bercuti - lupa hari jumaat - petang ok...sibuk2 mencari bahan untuk bacaan terjumpa satu topik yang menarik untuk di kongsikan.KONFLIK.mungkin itu sebahagian daripada perkara yang tidak mampu di elak dalam hubungan sosial.tapi menurut hasil kajian besar menyatakan dalam proses pembinaan hubungan sosial skill untuk berhadapan dengan KONFLIK adalah satu keperluan. bagaimana.M + G + O = C....dalam bahasa ( M : untuk karektor peribadi G : untuk matlamat O : halangan dan C : konflik ).bagaimana skill untuk berhadapan dengan konflik.samakan GOAL ( MATLAMAT ) baru , sebab percanggahan matlamat akan menyebabkan kita terus terusan membina halangan demi halangan.tapi bukan mudah. untuk membina kesamaan matlamat seseorang itu harus menjadi seorang yang bersikap ASERTIF ( konsep menang - menang )...kesamaan matlamat akan merendahkan halangan dan seterusnya meruntuhkan matlamat.........terus terang ( hari ini aku berhadapan dgn konflik yang besar...tapi ilmu membatasi segalanya.untuk itu orang2 di luar sana.apa lagi.ruang terbuka.ilmu yang di jadikan Allah terbentang untuk kita cari dan cari dan cari......)....cerita semalam
Balik dari kem Kekas - penat - sempat juga sembang2 sekejap dengan ' gang puteri '...untuk program akan datang. tidak banyak yang boleh di kongsikan - cuma penat dan gambar di sebelah mengambarkan cerita yang banyak....kem yang di rancang untuk mempastikan kita semua berada dalam posisi yang betul...dan seterusnya MINGGU INI ...EXPLORACE ALAM SEKITAR...sibuk menguruskan soalan2 itu dan ini.menyelak buku itu dan ini.....kali ini pendekatan KENEGARAAN akan di terapkan.terjumpa buku lama.gambar2 lama.cerita cerita KENEGARAAN. sedih dan takut dengan apa yang berlaku hari ini kalau di lihat dari kegetiran orang2 dahulu......akhirnya SIAP. menanti lagi : 2 buku yang harus di selenggarakan.......yang pastinya.kejap lagi nak pergi JALAN JALAN CARI......kepada gang putrajaya yang bagi komen tu. cgu kenal sapa yang tulis ( duduk sebelah cgu masa penutup )....kalian adalah insan terpilih....teruskan , jangan tersasar......Khamis, 21 Ogos 2008

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR : 3 hari 2 malam - satu cerita yang amat menarik untuk di kongsikan. pertemuan bersama 50 orang rakan - rakan dari Jabatan Alam Sekitar ( seluruh Malaysia ) bersama pelajar - pelajar yang hebat ( handsome ) untuk menjadikan buku Alami Alamku sebagai modul - dan seterusnya FRIM sebagai medianya. satu persatu helaian kita buka bersama. bukan sedikit gelak ketawa mengiringi kita. poco2 - chcken dance mungkin sebahagian dari cerita yang mengikat kita - yang penting di hujung kita BERBANGGA menjadi sebahagian daripada orang orang TERPILIH untuk menyertai komitmen JABATAN ALAM SEKITAR untuk melihat bumi tidak kita warisi dari nenek moyang ini akan mampu kita serahkah dalam keadaan baik kepada anak cucu kita. terima kasih pada puteri , azlina , riduan..zaidan.cgu mat.cdu hashimi...pak mat , is , dan lain2.......paling best pelajar 2 dari SMK Putrajaya Pst 9.....
Isnin, 18 Ogos 2008
bro jinggo nak cerita untuk syafik dan kawan - kawan.
cerita 2 - rakan guru dari smk bukit jalil ( sekolah sukan )...lama kita cerita semakin ( izinkan kata menukar bahasa... ) tadi hang hantaq sms - tahniah kerana dapat pi cina.hanya jangan lupa beli lah apa yang patut . mengenangi cerita hang - gini ajalah - saya jadi seronok bercerita itu dan ini.terutamanya mengenai persenoliti dan sebagainya. kesimpulannya : dalam hidup kita ni kita di beri peluang untuk membuat pilihan....pastikan kita pilih apa yang yang kita nak pilih...dan kita ceritakan psal no 28...disini saya sertakan sedikit nota untuk hang...
tu - sedikit cerita.yang lain2 hang kena call.
sebahagian daripada cerita kita
......kembara si buta - singah.mus ( tomata ) : kena ingat bahawa MATLAMAT tidak mungkin akan menjadi apa kalau tan di tulis dan pamerkan - melalui aktiviti ini - kita melihat sukarnya perjalanan kalau tak nampak MATLAMAT.
aduh........
hai - amir hati hati jangan keluarkan ' out put ' - bon tak belakang tu
........ni - PATI dari mana agaknya......
letihnya

menghabis 3 hari bersama rakan - rakan dari smk la salle sentul. program yang cantik pembikinannya....terima kasih.amir.bon.singah.azri....shafik.meenyebut beberapa nama yang memberi warna pada kem.kem kecemerlangan pelajar ( untuk pmr dan spm ) - memang penat.amat penat.tapi best dengan kelegat dan keletah korang....terlalu best.tapi....mata dah mengantuk.nak tidur dulu.nanti nak masukkan gambar......
Jumaat, 15 Ogos 2008
cerita politik
buku yang hilang
kita masih bercerita pasal buku - buku , seronok menhabiskan masa di pekan buku UM.rasanya tidak ckup masa untuk menilai satu persatu buku buku yang banyak. sebuah buku yang hebat - tajuk lupa - last week jumpa.masa tu duit tak cukup...cari semula - dah hilang.......semuga di temukan sebuah buku yang hilang - terlupa tajuk di pekan buku.....
cerita yang di tinggalkan
Khamis, 14 Ogos 2008
banyak cerita hari ini.
Bersama lah - bincang program seterusnya..di sekitar MBPJ.bincang bincang susun atur perlaksanaan program.pertemuan berakhir ke BILIK GERAKAN GPMS ( di kuala lumpur ) - terkejut sekejap.tapi ok.disinilah lahirnya ramai orang hebat. yang lain2 no komen.....
Terus ke FRIM.bersama rakan2 dari Jabatan Alam Sekitar melawat kawasan.janji 230.menunggu lagi...tapi seronok dapat jumpa dua kawan yang menjadikan pengalaman KAMI dahulu sebagai kerjaya.THOMOS menjadi taukeh syarikat perlancungan yang membawa tok tok arab masuk ke hutan.....ROSLAN - timbalan pengarah di Jbt Reakrasi di PutraJaya - Run aku call engkau - ada projek nanti - aku tergesa2 ini..yang aku tahu di sana tu.lubuk untuk aku memberi sumbangan.........terutamanya dalam bidang pemuliharaan alam.
Seterusnya : penat.kesimpulan hari ini - 2 cerita.satu orang hebat dalam pembikinan ( LAH ) , kedua - dua rakan yang sama2 datang dari bawah.kejayaan tidak mungkin datang kalau sekadar ada keinginan sahaja.komitmen yang kosisten harus di sertakan. letakkan kepentingan untuk lakukan sesuatu berasaskan perkataan MESTI.....AKU MESTI BUAT ( aku akan buat ).Keluar dari zon selesa.......pertama : uruskan masa yang terbaik. jangan lewat.lewat.lewat.........dan orang yang menanti - orang yang hebat pasti tahu mengawal emosi.jangan marah ( tapi boleh terdetik di hati - orang hebat tidak mungkin terlewat....)
Rabu, 13 Ogos 2008
cerita rabu

hari ini - cuaca masih panas.mungkin kepeda orang biasa.ini sekadar cuaca.tapi kepada KAMI ( ....gang karam singh ) ini satu satu keadaan luar biasa.amat luar biasa.KESAN RUMAH HIJAU.ramai yang tahu , tapi semakin ramai yang buat tak kisah....dunia ini mahukan pembelaan kita.
gambar sebelah - bertuah kerana masuk ke sini.bekas fasi dan rakan.sekarang melanjutkan studi di UPSI.seronok dengar cerita - semakin maju.sebagaimana yang pernah kita dengar sebelum ini . hidup ini adalah ini adalah pilihan kita.tentukan kita caturkan dengan baik...ada 3 kelompok manusia yang melata atas muka bumi - orang cemerlang - orang malang seterusnya orang rugi - kita pilihlah yang mana. orang cemerlang mempastikan hari ini lebih baik dari semalam.orang malang hari ini sama dengan semalam.orang rugi hari ini lebih teruk.dalam menilai kesempatan ada 3B.orang BODOH.orang BAIK.orang BIJAK. orang BODOH mempersiakan semua peluang dan kesempatan yang datang.orang BAIK bijak menggunakan peluang dan kesempatan.orang BIJAK mencari peluang dan kesempatan untuk pembaikkan diri.......kita fikir2kan.
Selasa, 12 Ogos 2008
cerita baru.
selasa yang kelabu
ok. pokok di sebelah adalah sebatang pokok mungkin tidak menjadi apa apa kepada sesiapa yang tak tahu - FICUS - beringin. kata orang di kala bertafakur di bawah pokok jenis ini gautama buddha mendapat ilham agama....kepada orang orang melayu.pokok ini ada penunggu....pada aku.pokok ini menarik - kerana berbuah di batang dan dalam buah ada bunga.
cerita seterusnya. sempat jumpa bekas KJ Fizikal - Kem PLKN KKB.Kj Safri - apa cerita , bergaduh dengan TKL ke.cerita mungkin sama dengan orang lain. cgu azzah.cgu syah - kita mungkin sebahagian jurulatih yang pernah nak melatih atas niat untuk melihat pembanggunan insan- tapi kita habiskan masa , komitmen kita untuk sesuatu yang tidak di hargai..cerita Kj Safri sama...kesimpulan disini. kejayaan di asaskan kepada komitmen + kosisten = keputusan......
seterusnya : Sinar hari ini - tajuk depan.menakutkan.PAS nak keluar PAKATAN.....tanpa mahu menyatakan siapa menang - kalah.yang pasti kita semua sudah hampir lemas . kami sudah hampir lemas dengan percaturan cerita yang kadang kadang amat ' lawak '.....MERDEKA semakin dekat....untuk itu sama sama kita tenung dan renung kembali sikap dan tindakan kita untuk seterusnya.....KITA TIDAK MEWARISI BUMI INI DARI NENEK MOYANG KITA , TAPI KITA HANYA MEMINJAM DARIPADA ANAK CUCU KITA............
Isnin, 11 Ogos 2008
ekosistem yang terabai.....
cerita semalam
Menarik. Terima kasih kerana komitmen kalian menjadikan saya sebahagian daripada orang penting dalam perlaksnaan program Pendidikan Alam Sekitar negara. KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR – pelancaran Modul ( baru ) Pendidikan Alam Sekitar untuk guru-guru seluruh Malaysia. aku dapat tajuk : Pengurusan Sisa Pepejal dan Ekologi…..FRIM : 19 – 21 OGOS 2008. Kita semakin tidak ada banyak pilihan : bumi dan alam ini harus di lihat dari sudut yang berbeza.....pendidikan mengenai alam harus di letakkan di atas ( sebaris dengan komitmen lain untuk menguruskan permasalahan sosial ). Pendidikan MENGENAI ALAM , UNTUK ALAM , MENGGUNAKAN ALAM ini harus di jadikan sebahagian daripada agenda besar kita...
Pagi ( sabtu ) : bersama sekumpulan pelajar dari SK Selayang Jaya – aku bersama bersama rakan rakan guru–guru yang terlibat dalam pengajian di UIA… dan seronok dapat jumpa cikgu mahizan (…orang besar NGO) – pengerusi guru–guru pembimbing pelajar daerah gombak. 12 tahun tak jumpa....
PETANG SABTU – AHAD.
Selagi tak siap soalan Eplorace – Alam Sekitar ni , rasanya aku macam sesak nafas…dari Dewan Sivik. Assunta. Taman Jaya- A&W…sampai melecet kaki…terima kasih Ain dan Su kerana bantu cikgu.
Malam : tidur dengan soalan – soalan…….AHAD.
Lokasi seterusnya : soalan untuk dewasa ( awam ). masuk hutan. keluar hutan.penat. penat.dan penat…..pada korang di luar sana : 30.OGOS.2008 – DATANG KE DEWAN SIVIK….JOIN EPLORACE ( ALAM SEKITAR / KENEGARAAN )…….
Jumaat, 8 Ogos 2008
cerita hari ini.....
Tahniah - kerana usaha berterusan Jabatan Alam Sekitar dengan pengajuran Kem Kesedaran Alam Sekitar.terima kasih puteri , puan aminah kerana memberi ruang kepada saya untuk menyertai kalian meletakkan komitmen.
Tahniah MBPJ- pengajuran Program Mencari Harta Karun ( alam sekitar )....ini adalah komitmen kita...apa pula cerita Bapak Bapak Menteri di atas sana....




