T.C Hamlett bercerita mengenai kisah dua ekor katak yang jatuh ke dalam satu tempayan susu lembu segar. Dinding dingan tempayan itu licin dan curam , manakala susu lembu di dalamnya begitu sejuk
‘ alamak macamana ni ?
Kata kata pertama. ‘ Ini takdir , tiada ada orang yang akan menolong kita. Selamat tinggal sahabatku. Selamat tinggal dunia yang menyedihkan ‘ . Katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.
Tetapi , katak yang kedua it terus mengayuh kakinya dan mula berenang. Sesekali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan menyeringkan matanya yang penuh dengan susu.
‘ Biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati ‘
Jadi si katak pun terus berenang. Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu , tidak sekali pun menyeluh. Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti2 itu akhirnya susu lembu di dalam tempayan it terus menjadi keras. Selepas susu berubah menjadi mentega , katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan diri.
Moral untuk aku :
Satu perkara yang membezakan antara kedua katakan tadi adalah : cara mereka melihat dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindakan terhadap dugaan dan cabaran yang di hadapi. BAGAIMANA KITA MELIHAT MASALAH @ CABARAN ITU YANG MEMBEZAKAN KITA.
Apa yang membentuk pemikiran kita untuk menafsirkan cabaran tersebut : persekitaran yang datang daripada SIKAP kita - yang terbentuk daripada persekitaran , pengalaman dan pendidikan ( sebab itu dikatakan – untuk melihat siapa kita 5 tahun akan datang lihat buku apa yang dia baca hari ini ).
Menurut Stephen Covey ( seven habit ) ‘ sekiranya kita melihat sesuatu masalah dan dugaan itu berpunca daripada diri kita , maka sebenarnya diri kita sendirilah yang sedang bermasalah : Pepatah Cina ada berkata : daripada menyalahkan kegelapan , lebih baik ambil sebatang lilin dan menyalakannya..
12 ulasan:
Iya betul tue...
Kejayaan bermula dengan cara berfikir..kalu berfikir dengan negatif..negatif le jadinya...
Salam Jinggo....
Hehehe...cerita katak2 ni, terbayang pulak kisah orang2 politik kat luar tu...
hehehee
terima honey bee - saya setuju kejayaan bermula dengan cara kita berfkir..salam perkenalan.
cgu dady cool - kat luar banyak katak : tapi katak2 kat luar belum berani ' membakor jambatan ' sebab tu rame benor yg teragak2 buat keputsan.
P/S : bila kita nak jamming sama2 -bolehlah setekad gitar tong.....
katak juga ada di sini? hehehe, tadi tu ala-ala sajak jenaka, heheheh, tak serius.
kat sana cerita katak - kat sini pun cerita kata...terima kasih.tension.panas......
Ambil pengajaran dari cerita...jadi katak yang positif... Bila hari kita bermula dengan sesuatu yang positif, insyaAllah sepanjang hari kita akan bersemangat...
puan tirana - saya suka ayat tu : kita kena mulakan HARI kita....dan melihat dunia & hidup daripada pandangan positf.....
salam cikgu...
ramai bijak pandai..kadang kita kelu nak berkata apa..
...kelu nak berkata ( sebab apa ) -saya menulis ni cgu untuk diri sendiri ( setidaknya motivasi diri sendiri ) - kalau orang lain nak join : ok. sebab saya yakin hidup tidak semudah yg di sangka dan jangka - yang penting kita ada banyak pilihan untuk memilih..untuk itu buat pilihan ( kadang2 tersalah juga buat pilihan )
cikgu...
sekadar berkongsi dari sstu yang pernah sy alami dan memnimbulkan konflik dlm diri suatu ketika dl..
http://sedetikhati.blogspot.com/2008/05/lagi-salji-biru.html
cgu azza - macam ada sesuatu nak di kongsi aja.ok saya segera buka blog tu.
Catat Ulasan